Memaparkan catatan dengan label NASIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASIHAT. Papar semua catatan

Ahad, 26 Jun 2011

[WAJIB BACA] PANDUAN PENTING SEMASA DEMO BERSIH 2.0

atok nak kongsi sikit beberapa panduan yang amatlah penting dan semua wajib tahu sebelum turun ke sebarang demonstrasi apatah lagi demonstrasi yang besar seperti MANSUHKAN ISA dan juga BERSIH..

dah baca pesanan pertama atok? lau belum baca..boleh baca disini : [FORWARD] PESANAN PENTING KEPADA PESERTA BERSIH! | peTUA KITA semua

Sila baca dan ingat apa yang perlu dilakukan..atok hanya petik beberapa bahagian yang amat penting sahaja..benda lain pun banyak seperti bawa bendera negeri, pakai baju yang seragam n bla2..tapi, atok nak berkongsi pasal ISU KESELAMATAN SEMASA DEMO

  1. imageSetiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  2. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  3. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  4. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  5. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  7. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  8. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula

itu sahaja dari atok buat masa sekarang..

imagesalute buat mereka yang berani~

P/S : tolong sebarkan kepada semua yang akan menyertai demonstrasi BERSIH 2.0 nanti..TQ

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti -------------------->

 

imageimage

 

 

sumber : SUARAM » Blog Archive » Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0

Rabu, 25 Mei 2011

KENAPA BABI?

image

tajuk haram macam babi…hahaha..

atok nak tanya sikit ni..kenapa ye orang suka tambah perkataan “BABI” bila cakap atau kutuk sesuatu yang keji, hina dan kotor?

contohnya :

  • kotornya bilik ko..macam kandang babi…
  • celaka babi betul perompak tuh..

hahaha…

ada pendapat x?

malah, lebih teruk lagi..ada pulak atok jumpa page di facebook dan blog yang kutuk orang macam babi..haram jadah betul pengutuk tu..macam babi..kah..kah..kah..

antaranya: (AWAS : JANGAN TERKEJUT BILA TENGOK LINK YANG ATOK BAGI)

  • Melayu Memang BABI | Facebook
  • image
  • ntah sapa la yg biadap sangat nak permainkan isu perkauman camni nih..atok bukan nak kutuk kaum mana-mana..tapi, atok kutuk individu yang buat page ni je..haram tol..sengaja nak permainkan isu perkauman..huh!
  • satu lagi, page dan blog si makcik bangang tu..sume dah taw kan? atok cari link blog dia tadi..tp, blog tu dah xde..mungkin dah dipadamkan kot..atau disekat oleh SKMM…haram tol..
  • antara gambar yang dikeluarkan oleh si makcik bangang tersebut..
  • image
  • cucu leh ke link ini ( Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam | .:: AWAN FANTASIA ::. ) kalau nak taw pasal makcik ni secara lebih lanjut..

apa yang penting..atok nak taw..kenapa orang suka tambah perkataan “BABI” bila nak kutuk atau nyatakan sesuatu yang keji? keji sangat ke babi tu?

image

BABI : arghh! malu aku…

Sabtu, 30 April 2011

GADIS MELAYU KELANTAN & TERENGGANU KURANG AJAR?

haish!! sensitip nih..tapi, sensitip lgi jiwa atok bila baca dibawah ni :

image

yang ni atok atok printscreen dari notes facebook katak hijau..sumber : Welcome to Facebook - Log In, Sign Up or Learn More

hampeh..kalau nak marah dekat kawan dia tu, kenapa semua orang kelantan dan orang terengganu yang kena??

“orang kelantan n orang terengganu nie harap ajer kuat agama tapi semua to bertopeng aje”

apa masalah semua orang terengganu dan kelantan dengan dia sampai dia tuduh orang melayu dan kelantan sebegitu? adakah semua orang melayu terengganu dan kelantan sebegitu??

x habis dengan ini..ada pulak sebijik blog ni yang duk kutuk-kutuk gadis kelantan..arghhh!!!!

[ tidak perlu atok letak url blog dia disini untuk mengelakkan orang lain pergi serang blog dia dengan kapak dan parang ]..image

tuan punya blog tu cakap, gadis kelantan xde adab sebab  [atok petik sedikit je eh]

  • x pandai nak BERMANIS MULUT.. i mean dorang x pernah memanis mulut mempelawa atau sebagai nya.. walaupun hanya ajak-ajak ayam..
  • masuk rumah orang x MEMBERI SALAM...contoh nye.. melangkah masuk pintu rumah org wlpon ade dan xde org.. or maybe ade org yang dorg x suke dlam rumah tu.. x pernah bagi salam dulu atau ketuk pintu dulu..
  • terlalu BERMUKA2.. apabila ade bende yang xpuas hati.. mereka akan terus bermuke2 .. kalo muke tu cntik x pe... ini x.. muke ntah pape.. plastik jer byk..
  • erlalu bersifat KAMPUNG DAN KUNO..for example.. even dorg couple and get a present from their bf.. terlalu bangga... padahal present tu hanay satu bende yang simple. jer.. cam la org lain xde pakwe..
  • memang cepat LUPA DARATAN... dorg bile dpat hidup senang cikit wlpon dengan duit pnjam ja...for example.. dorg kurg berfikir tntang fmily n siblings dorg..

woooo..agak-agak la..semua ke gadis kelantan sebegitu?? hah?pada atok..soal personaliti dan sikap bukannya dipengaruhi oleh faktor geografi semata-mata..maknanya, gadis negeri lain semuanya bagus la?? cmtu?

banyak lagi faktor yang mempengaruhi seseorang individu menjadi sedemikian, mungkin faktor kawan, tidak pandai bersosial, kurang pendedahan agama dan lain-lain..jadi soal hanya gadis kelantan sahaja bersifat sedemikian amatlah atok x setuju..

tuan punye blog tu siap bagi pesanan lagi dekat perempuan kelantan..katanya

p/s: wahai pompuan2 klntn.. jangan nak perasan bagus boleh x.. aku menyampah giler dengan korg.. korg nk belagak biar kene tempat la.. kalo kt sini jer korg nk belagak memang x kena la.. korg xtau g dunia luar korg tu cam ne.. kebelagakkan korg xkan kemane.. even aku dak luar.. yang nakal dan xla sebaik korg.. sekurang2 nye ade g sifat nk menghormati wlpon x suke..

amacam?? arghhhhhhhh!!! geramnya!!!

p/s : atok adalah seorang anak yang dihasilkan dari benih ayah terengganu dan di mengandungkan dalam perut ibu terengganu, tetapi dilahirkan di kelantan atas sebab faktor geografi kawasan tempat tinggal (besut, terengganu) yang berdekatan dengan HUSM, Kubang kerian, kelantan..namun, dibesarkan di besut,terengganu yang semua penduduknya berloghat kelantan..kih3..

Rabu, 27 April 2011

ENTRY MENAGIH SIMPATI

hahahaha…amacam tajuk entry? rasa kesian x? kalau x kesian…atok bagi penampoo laju-laju kang..

meh nak citer ni….bukan bed time story atau citer pasal hantu mak limah mahupun cerita kedai kopi..ini cerita pasal kawan atok bernama KAT yang menjoin contest blog tercantik!

dia ada join 1 contest di woot woot ! , malangnya..kemenangan undian tu dikira atas faktor bilangan undian..atok pun x berapa suka sebenarnya join contest pakai undian ni..satu masalah pulak nak suruh orang pergi undi kita..dah la pembaca blog tu sayang teramat sangat nak tinggalkan blog kita sebab nak baca entry best-best…(bajet je lebih)

jadi..dengan kesianya..atok nak PAKSA cucu tolong undi kawan atok kat bawah ni..

taw x nak undi yang mana???

1) http://jaa64.blogspot.com

dah…x payah banyak songeh..pergi undi je NO 1

http://iniwootwoot.com/undian-contest-blog-tercantik/

 

Selasa, 26 April 2011

ADEGAN RANJANG LISA BERSAMA AARON AZIZ

image

SUMBER : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lisagementaraksiranjang/Article/index

Apabila diminta mengulas mengenai adegan ranjang yang dilakonkan bersama Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu, Lisa memberitahu, “Saya berdebar sangat apatah lagi Aaron sudah berkahwin. Saya akui tak selesa, janggal, takut dan risau melakonkan adegan ini. Agak lambat juga untuk saya selesa dengan Aaron untuk melakonkan adegan ini.

“Walaubagaimanpun, kita hidup dalam masyarakat ketimuran, jadi ada keseimbangan dalam babak ini. Ada juga perkara yang lucu berlaku di sebalik babak ini di mana sebelum melakukan penggambaran, saya makan banyak petai. Abang Aaron pula tak suka petai, jadi memang makan masa jugalah saya nak hilangkan bau petai itu,”ujar Lisa mengakhiri perbualan.

DIPERKUATKAN LAGI DI SINI : c-tea: LISA SURIHANI DAN MAYA KARIN BERAKSI RANJANG BERSAMA AARON AZIZ

Ahad, 24 April 2011

EXAM DAH DEKAT~

salam..dah lama atok x update blog kn? kesian kt cucu yang menjenguk-jenguk blog atok tanpa berita..hihihi..maaf ye..atok bukan malas nak update..cuma agak sibuk sikit dengan ulangkaji ditambah lagi dengan masalah internet di bilik atok ni..entah apa masalah WIFI tu..kejap ok..kejap x..hampeh!

esok (25/4/2011) atok akan mula exam..hohoho..manyak takot woo..sem ni, atok amik 7 paper semuanya..3 paper subjek universiti, 1 paper fakulti dan 3 paper jabatan..paper jabatan la yang membawak masalah ni..hohoho..dah la susah..

hmmm..atok akan abis exam pada 9/5/2011..maknanya..lepas tu, atok boleh la berblogging puas-puas..kih3..doakan kejayaan atok dalam exam ni ye..tq..

Rabu, 20 April 2011

[SEBARKAN] PELAJAR TINGKATAN 2 HILANG DARI RUMAH

atas dasar kemanusiaan..tolong sebarkan..harap adik intan najiha dapat dijumpai dengan segera

image

DIPETIK DARI NOTES FACEBOOK ADUN PAS SELANGOR

image

PELAJAR TINGKATAN 2 HILANG DARI RUMAH | Facebook

YB Dr Rani telah berkunjung ke rumah Saudara Junniy bin Che Dek di Lot 2195 Jalan Khamis, Meru untuk mendengar sendiri dari seorang bapa yang berasa sedih tentang kehilangan seorang anak sulungnya yang tidak pulang kerumah sejak Hari Selasa 12 hb April 2011 yang lalu.

Anak yang di maksudkan ialah adik Intan Najiha bt Junaidy , 14 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Meru dan telah mula tidak hadir ke sekolah pada 4, 5 dan 6 hb April. Keluarganya hanya mengetahui mengenai perkara tersebut setelah di beritahu oleh pihak sekolah.

Setelah di nasihati dan diberikan kaunseling oleh pihak sekolah dan keluarga, Intan kembali menghadiri sekolah pada 7 hb April seperti biasa.

Pada 12 hb April adik Intan dikatakan pergi kesekolah namun apabila tidak pulang kerumah sehingga jam 7 petang, keluarganya telah keluar rumah mencarinya namun gagal menemuinya hingga kehari ini.

Dr Rani yang diiringi Ketua Kampong Meru, Tuan Hj Taifor Hj Nor dan Tuan Nazir Masjid Meru Tuan Hj Asimoni Hj Ehsan telah menasihati En Junniy dan keluarga agar bersabar menghadapi dugaan dari Allah dan meminta mereka membuat solat hajat berterusan.

Selain dari itu beberapa buah surau berhampiran telah pun mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon supaya adik Intan Najiha dapat di kembalikan kepangkuan keluarga dalam masa yang terdekat.

Tuan Hj Taifor memaklumkan setakat ini pihaknya telah mengedarkan 500 keping gambar dan maklumat mengenai kehilangan adik Intan kepada penduduk Meru.

Adik Intan dikatakan telah hilang dari rumah bersama-sama seorang lagi rakannya iaitu adik Norfazliana bt Mohd Suib dari Taman Meru 3.

Sesiapa yang ada maklumat mengenai adik Intan Najiha atau Norfazliana sila hubungi Encik Junniy di talian 019-3679499 .

Sila layari http://khidmatmeru.blogspot.com/

image

p/s : bersama kita menolong dan membantu pencarian adik Intan Najiha..cara paling mudah..sebarkan di facebook..

BOLEH TEKAN BUTANG “LIKES” DIBAWAH UNTUK MENYEBARKAN DI FACEBOOK MASING-MASING..

Rabu, 13 April 2011

SEDIH : AWEK CUN MAJOK DENGAN ATOK

hmmm…i’m so sorry..

sebenarnya macam ni..ada sorang perempuan tu..dia selalu likes post atok..asal atok post entry dekat FB je, dia mesti likes..atok pun happy..yea!!!..suka la kan..sebab ada orang likes entry kita..

sekejap tadi..atok pergi la jenguk-jenguk profile FB dia..mana la taw..kot-kot sedara mara, kawan, atau sapa2 yang atok kenal la..hmmm…x kenal kot..kenal di FB je lah..skali atok terbaca maklumat tentang dia..wah…hangat..

dia ada tulis  “F**K…bla2…” mungkin sebab dia nak marah dekat seseorang kot…hmmm..atok pun x terfikir sampai tahap camtu sekali…dengan niat saja nak bergurau, atok copy balik ayat tu, then paste dekat ruangan komen di wall dia..pastu atok tulis “can I?”..sekali dia majok dengan atok..huhuhuhu

atok mengaku la yang atok agak keterlaluan pasal tu..huhuhu..sedihnya bila hilang kawan ni..dah la kawan yang selalu likes post atok..nak kawan balik..yang tambah sedih lagi..dia dah remove atok as friends dan mungkin dah block terus atok dari menengok profile FB dia lagi..huhuhuhu..atok dah hantar mesej dekat dia..tapi….x berbalas…wowowoo..nak nangis je rasa..

lupa nak kenalkan awek cun tu..nama awek cun tu Shandy Aulia..atok nak tunjuk dia punye FB pun x boleh..sebab, dia dah block atok..huhuhuhu..yang atok ada hanyalah blog dia.. inilah blog dia : ♥♥♥greentrees♥♥♥

image

kalau sesiapa kenal Shandy Aulia ni dah boleh “contact” dia..cakap kat dia, yang atok minta maaf sangat-sangat..atok xde niat pun nak mintak dan cakap benda-benda pelik camtu kat dia..huhuhu..maafkan atok sebab gurau x senonoh (keterlaluan)…atok janji atok xkn buat lagi..

p/s : kalau boleh..cucu cari FB dia, dan cakap atok minta maaf dengan dia ok..ertolongan cucu-cucu amat atok hargai..

Selasa, 5 April 2011

BLOG ATOK DICARI-CARI?

pagi-pagi ni sengaja nak kasi “proud” sikit kat blog atok yang x seberapa  ni…hihihihi

kenapa pulak blog atok dicari-cari?

siapa yang cari?

macam mana atok taw ada orang cari blog atok?

jeng…jeng…jeng…ini buktinya

melalui traffic source di stats blogger untuk 1 hari (2011 Apr 4 00:00 – 2011 Apr 4 23:00)

image

nampak x?

atok dapat search keyword yang tertinggi dengan perkataan “petua kita semua” iaitu nama blog atok

kenapa ada orang cari blog atok? huhuhu..

ada sapa-sapa tahu x?

Sabtu, 2 April 2011

LUKIS DOODLE, KENE PANGGIL DENGAN CIKGU

MAAF..LAGU YANG BERBUNYI TU BUKAN DARI BLOG ATOK..

TAPI DARI BLOG YANG ATOK PROMOTE DI DALAM ENTRY NI..MAAF YE..

KALAU NAK “STOP” LAGU TU BOLEH TEKAN BUTANG “PAUSE” PADA WIDGET LAGU DALAM BLOG YANG DIPROMOTE( paling bawah)

image

gambar ni atok printscreenkan dari facebook dalam group Sahabat Blogger @ SB, sukan Special Branch ye..hihihi

sebelum ni di Sahabat Blogger, kalau mana-mana cucu yang perasan ada berlambak-lambak yang pakai doodle..memang jadi satu sindrom pulak masa tu..atok pun dah lupa bila masa sebenar sindrom doodle ni bermula..yang atok yakin, atok x terpengaruh pun dengan gejala doodle mendoodle ni..bukan apa, x pandai lukis..wawawa..dah suruh orang lain lukis, tapi xde sesapa pun nak tolong lukiskan..kejamnye..huhuhu

atok pun suka sebenarnya dengan doddle ni..nampak comey.tapi yang atok lukis jadi batu..hahaha..rasa jelez teramat sangat bila tengok orang lain pakai doodle untuk profile facebook dan header blog masing-masing..dah ramai sebenarnya dah pakai doodle ni..antaranya blog lollipopmarsmallow,lollilow? milik tuan gambar dibawah..hahaha

image

nah ko kiss sebijik!! mmmuah!..kui3

nak tengok blog dia ke? dia pakai doodle tuk header blog..amat kelakar..hahaha

http://sayasukemakanlollipop.blogspot.com/2011/03/nak-promote-blog-la.html

lawa x doodle cik tiqa? dia lukis sendiri ni..x caya? hah?!?! atok taw..mesti cucu ingat cik tiqa ni tangan bangku(x pandai melukis) kan ? jahat..hahaha..

kalau cucu x caya boleh ke entry ni : lollipopmarsmallow,lollilow?: muke baru..

dah caya?

citer pasal kene panggil dengan cikgu pulak….hihihi..atok banyak kisah pasal kena panggil dengan cikgu ni..bermacam sebab..

  • sebab atok ni pelajar cemerlang (ceeewah) <--- tipu je…
  • sebab atok ni hensem sangat (ramai perempuan dalam kelas minat, menyebabkan budak pompuan x boleh “concentrate” masa belajar) <--- perasan je lebih..
  • sebab atok x siap kerja sekolah <--- yang ni serius x tipu..hihihi
  • sebab suka menyakat pompuan <--- masa sekolah rendah dulu
  • sebab main-main dalam kelas..

kalau nak senaraikan memang panjang la..tapi, yang atok paling ingat bila kes kene panggil dengan cikgu ni, masa kelas bahasa inggeris tahun 5.waahh…

mamang kecut perut la bila cikgu Bi tu panggil.cikgu tu lelaki..kalau masuk kelas je mesti dia bagi kertas pasal perkataan bahasa inggeris dan “student” kena “translate” ke bahasa melayu..kalau dapat kurang dari 70% (kalau x silap atok la) kena piat dengan rotan kat tangan atau jalan itik keliling kelas..

memang doa panjang bebenar la kalau masa test “vocabulary” tu..nak bagi betul lebih dari 70%..seingat atok, atok ada 2-3 kali kena panggil dengan cikgu BI tu untuk menerima hukuman piat di tangan..woooo..sakit..tapi, padan muka, sapa suh malas belajar..kan2? memang terketar-ketar la kalau dia panggil tuk menerima hukuman..

satu lagi..kalau dalam kelas, pernah x cucu kena panggil untuk jawab soalan atau buat pape dalam kelas? atok selalu la jugak kena..atok x pasti apa yang menarik sangat dnegan atok ni sampai cikgu-cikgu suka sangat panggil atok tuk jawab soalan..

kalau cucu nak taw petua nak elak jadi mangsa kene panggil dengan cikgu..boleh ke entry ni : lollipopmarsmallow,lollilow?: tips tak nak cikgu panggil suruh pegi depan...heee..:) enjoy... harap-harap la menjadi..

tu je untuk masa sekarang..hari ini hari minggu..soo, enjoy! hahaha

*p/s : atok pomot blog lollipopmarsmallow,lollilow? cik tiqa..kalau cucu ada masa pergi melawat ye..sapa-sapa nak join segmen promot blog dalam blog atok macam blog lollipopmarsmallow,lollilow? …boleh ke entry ni : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua bye2…

Isnin, 28 Mac 2011

APA YANG DIBENCI BILA BLOGWALKING?

MAAF, LAGU YANG BERBUNYI ITU DATANGNYA DARI BLOG YANG ATOK “PROMOTE” DI BAWAH

KALAU SESIAPA YANG “STOP”KAN LAGU TU..BOLEH “SCROOL”  KE BAWAH DAN CARI WIDGET LAGU TERSEBUT YANG TERLETAK PADA RUANGAN PALING BAWAH SEKALI PADA BLOG TERSEBUT..

HARAF MAAF~

salam…hari ini..UM dan kawasan sekitarnya amat panas terik dengan matahari yang memancar terus ke bumi tanpa dilindungi awan gemawan yang comey gitu…hahaha

dengan tajuk entry yang HOT kali ini, menambahkan kehangatan di blog atok..dah lama atok pendam perasaan pasal ni..hohoho..akibat x tahan sangat dengan kepanasan, akhirnya atok terluah di segmen promot blog…

kalau atok tanya cucu..apa yang cucu paling x suka blia blogwalking??? cepat jawab…

kalau atok la kan…ikhlas nak cakap ni..hihihi

  • blog yang terlalu lambat loading..setakat ni, atok rasa semuanya masih ok..tapi ada sebijik 2 blog je..bila dah lambat loading tu..butang [X] menjadi pilihan untuk ditekan…
  • terlalu banyak widget yang menyerabutkan..hihihi..serius…memang atok x suka..paling atok x suka ialah widget lagu..argh!!! tengah syok layan lagu tangkap jiwang..tetiba..nah!! berjenis-jenis lagu yang keluar..kalau blog yang pasang widget yang ada “PAUSE/STOP” tu ok la..masalah yang pakai AUTO ni..kalau blog yang ada lagu pasang auto..atok terus je tekan [X]…
  • tapi, kadang-kadang atok rasa kesian la jugak..kalau mood atok baik hari tu..atok akan korbankan lagu atok dengan menekan butang MUTED untuk menyenyapkan bunyi dari blog tu..kalau lagu feveret, atok layan je…hahahaha..xde la kejam sangat sebenarnya
  • yang atok agak x suka bila “cursor” tu ditukar bentuk..kalau tukar ke bentuk yang “simple”, xpe la..ini, siap ada nama blog, nama tuan..berbagai-bagai lagi lah..hohoho..saje je nak kasi nampak serabut..argh!! tension bila dapat walk ke blog gitu…

itu je kot..huhuhu..kepada yang terasa atok minta maaf sangat-sangat..bukan nak mengata..tapi, memang sudah hakikatnya atok x suka..huhuhu..xde lah sampai benci giler..

atok faham..itu blog cucu..tapi, bukan cucu sorang je yang baca kalau dah blog tu public..kalau xnak orang lain baca..baik buat private je..dan satu lagi,

kalau betul-betul nak berblogging untuk dapatkan trafik yang tinggi dan pembaca yang ramai, jangan buat blog ikut suka hati je..kadang-kadang, ramai pembaca yang x suka kat blog kita bukannya sebab entry x best..tapi, sebab masalah di atas tu je..atok harap, cucu boleh baiki..

kalau cucu-cucu nak check loading page dan saiz blog boleh try baca entry ni :

✿sitinurfaeezah official blogspot✿: cek berat blog

atau, kalau nak check tahap kelajuan loading beserta saiz setiap elemant pada blog boleh tengok disini :

✿sitinurfaeezah official blogspot✿: cek kelajuan load element blog

sebenarnya, entry ini untuk segmen promosi blog..tapi, kalau atok tulis di tajuk tu serta isi tentang promosi blog sahaja..amat sikitlah orang nak baca..jadi, atok akan selitkan benda lain dalam segmen tu..

kalau nak tahu, link yang atok bagi kat atas tu milik blog ✿sitinurfaeezah official blogspot✿ ..dia ada join segeman promot blog di blog atok

http://inisayapunyacerita.blogspot.com/2011/03/atok-nak-tlg-promotekn-blog.html

kepada ✿sitinurfaeezah official blogspot✿ , atok ucapkan bebanyak terima kasih sebab join segmen atok ni..atok harap, ✿sitinurfaeezah official blogspot✿ boleh pergi lebih jauh..

ada sapa-sapa ingat pasal iPanelonline yang atok cerita sebelum ni? cik siti nurfaeezah dah ceritakan..kalau cucu nak tahu..baca je di entry beliau..agak masyuk jugak kalau nak di bandingkan dengan churp-churp atok..huhuhu

✿sitinurfaeezah official blogspot✿: ipanelonline love u

ok, lah..kepada sesapa yang nak join promot blog di blog atok boleh ke link dibawah

SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua

Ahad, 27 Mac 2011

BLOGGERS KEJAR DUIT, SALAH NIAT BLOGGING?

salam..maaf sebab entry promote blog lambat sikit pada hari ini..kebiasaannya atok akan buat entry promote blog sebelum tidur atau selepas bangun..tapi, di atas kesuntukan masa pagi tadi dan ditambah pulak dengan kesibukan di malamnya..maka, terlambat sudah entry promosi blog hari ini..

kepada tuan punya blog yang di promot pada kali ini, atok minta maaf sangat-sangat..sebenarnya atok sibuk dengan dikir barat..x caya?

 xploriaxploria1

siap JOHAN lagi…hahaha…ade sapa2 nampak atok tadi?? angkat tangan…x boleh letak gambar banyak-banyak..nanti riak…haahaa

dah jauh ni..panjang betul mukadimah…berbalik pada tajuk..BLOGGERS KEJAR DUIT, SALAH NIAT BLOGGING?

sebenarnya, x salah nak berblogging sambil kejar duit..apa yang salahnya bila menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan duit melalui blogging..bersepah spam dalam blog..x cukup dengan spam, main tipu link pun ada…mula-mula cakap di tajuk atau ayat tu lain..tapi bila klik, pergi ke “page” iklan churp-churp..argh!! sape yang x marah??

itu dah dikira menipu tu..x pasti la duit 20 sen dari hasil penipuan klik tu halal atau haram..atok x pasti..malah, atok pernah mendapat teguran dari seorang blogger femes..dia tanya atok, apa hukum meletakkan iklan churp-churp yang seksi?? wahhh..ade sapa2 ingat x iklan yang perempuan pakai baju ketat warno koko? iklan tu lah..pastu, atok buang je terus..bukan apa..takut berdosa la pulak..hihihi..nasib baik iklan nuffnang atok x pernah lagi dapat yang seksi meksi..

betul ke punca duit nuffnang dan churp-churp menyebabkan bloggers bergaduh di blog?? sorang blogger yang pernah menganugerahkan kemenangnan pada atok dalam sebijik contest tahu….hihihi..ni entry beliau

..ロスマワニ..n0thing impossible...: .[ISU].. duit punca pergaduhan!!!!.

owh..bukan pasal duit nuff dan churp-churp je..malah, pasal segalam macam duit lah..malah, diibaratkannya duit itu seperti racun? ye ke? hihihi

malah, cik Rosmawani Ramli pernah berkongsi mengenai pendapatan churp-churpnya lebih banyak dari nuffnang..betul ke?? sebab, atok terbalik..hihihi..nuff banyak..tapi churp-churp, alahai…lembab betul nak naik..rahsianya? ehem2…

..ロスマワニ..n0thing impossible...: .[HELP] churp churp earn lebih dr NUFFNANG?.

yang syoknya..dia ada promot pasal cara terbaru dan termudah nak dapatkan duit online..melalui survey..atok pun x pasti la macam mana program tu berfungsi..jawab survey dapat duit…nak tahu caranya? klik je kat sini

..ロスマワニ..n0thing impossible...: .[bEst]. tmbh duit p0cket dgn IPANELONLINE.

atok selalu la jugak ke blog cik Rosmawani ni, kalau cucu nak jenguk blog dia..atok letak kat bawah ni

http://r0sieee.blogspot.com/2011/03/jasa-mu-akan-ku-kenang.html

amacam? ok x blog ..ロスマワニ..n0thing impossible...? apa komen cucu? boleh je “hentam” cik rosmawani di blognya..dia sporting..hihihi

buat bloggers..atok nak pesan..nak dapatkan duit melalui blogging tu x salah..dan atok pun berusaha ke arah itu…tapi, jangan menggunakan teknik atau perbuatan yang salah..akhirnya, pembaca akan “benci” untuk ke blog kita kerana terlalu banyak link yang menipu..harap-harap cucu x buat ye..

orang lain akan klik iklan kita bila diorang rasa terhibur di blog kita..apa yang lebih penting..tarik traffic ke blog seramai yang mungkin, baru lah pendapatan nuffnang dan churp-churp masyuk…hihihi..biarkan orang yang klik iklan nuff dan churp-churp serta iklan lain di blog kita tu sekadar berminat dan bersedekah kepada tuan punya blog..jangan pulak cucu menipu diorang..

ok? kepada yang terasa..atok minta maaf..

*p/s : kepasa sesapa nak atok me”review” blog nya beserta promosi sekali..boleh jenguk2 di entry ni SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua

Sabtu, 19 Mac 2011

ALASAN GADIS MELAYU PAKAI SELUAR PENDEK

AMARAN : INI BUKAN ENTRY LUCAH

image

kena pesan awal-awal..nanti orang baca ingat atok ni gatal pulak..hihihi..

entry malam ni sekadar nak petik post dari seorang hamba Allah yang ambil berat pasal pakaian perempuan khususnya anak gadis..

ank melayu

hamba Allah tersebut mempersoalkan “mengapa semakin ramai anak gadis melayu zaman sekarang lebih gemar pakai seluar pendek?”

atok ada jawapannya..hihihihi…jeng…jeng..jeng…

JAWAPANNYA

1. harga seluar pendek lebih murah berbanding seluar panjang

dalam keadaan sekarang yang tertekan akibat kenaikan harga barangan dan taraf hidup, manusia mula mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup..kalau nak kurangkan makan, memang susah la..jadi, kurangkan kos pakaian..atok pernah survey di kedai-kedai..menag sah..harga seluar pendek lebih murah..kebanyakannya sekitar RM10- RM20 sahaja..

jadi, atas desakan hidup yang melampau akibat duit PTPTN yang tidak cukup serta tidak mendapat sebarang biasiswa, maka, anak gadis lebih senang untuk memilih seluar pendek sebagai alternatif mudah bagi mengurangkan perbelanjaan pakaian..

2. seluar pendek lebih mesra alam

ini bukan lawak..ini adalah kebenaran..kebenaran yang akan menuju ke jalan yang benar..

“hoit, tang mana mesra alam seluar pendek tu!!”

semua orang x sedar, malah, ada yang buat-buat x sedar bahawa lelaki amat suka melihat betis perempuan yang gebu, putih dan mulus itu..malah, kalau diberi betis, nak pulak paha..jadi, kalau seluar pendek itu menampakkan paha lagi lah mesra alam..perempuan seluar pendek amat mesra dengan mata-mata lelaki keranjang..itulah mesra alam..go to green and green technology la katakan..

3. mengurangkan geseran dan halangan angin

YES!! ini memang tepat dan ini adalah fakta yang telah dikaji berkurun lamanya serta telah dibuktikan di makmal berteknologi tinggi..pernah x tengok orang lumba lari atau berenang? kebanyakannya pakai seluar pendek dan ketat kan? malah, kalau diorang x pakai apa-apa..kemungkinan besar mereka mampu mencatat rekod dunia dalam acara masing-masing iaitu rekod olahraga bogel pertama kali didunia..hahaha

cucu pun sedia maklum..apabila kita pakai seluar pendek, maka rintangan angin dapat kita kurangkan..

apabila rintangan angin dapat kita kurangkan, maka kita hanya memerlukan sedikit tenaga untuk melangkah atau bergerak..

apabila kita hanya perlu gunakan sedikit tenaga untuk bergerak, maka kita menggunakan sedikit karbohidrat yang dihasilkan oleh tubuh melalui pemakanan..

apabila sedikit karbohidrat diperlukan, maka kita tidak perlu makan banyak bagi menjana tenaga yang cukup untuk bergerak.

apabila kita tidak makan banyak, kita dapat mengurangkan kos makanan yang perlu dibeli setiap hari..dan ini mampu menjimatkan perbelanjaan seharian..

4. kesimpulannya..anak gadis memakai seluar pendek bagi menjimatkan kos sara hidup bagi menjamin kelangsungan survival hidup…

AMARAN KERAS : HARAM MEMBUKA AURAT

image

Jumaat, 18 Mac 2011

FACEBOOK PUNCA SEBAR VIRUS

sebelum atok cerita lagi panjang..cucu tengok dulu gambar-gambar ni :

facebook2

pernah x dapat mesej sebegini pada ruangan chatting?? yang atok peliknya..bukan orang tu yang hantar..tapi, macam dia generate sendiri untuk hantar mesej tu,

facebook

yang tambah lagi peliknya..bukan je sorang yang hantar..tapi ramai..kemungkinan mesejnya lain..yang samanya, dalam mesej tu ada link dan spam ke macam-macam aplikasi facebook..

facebook1

kadang-kadang, orang yang hantar mesej sebegitu melebihi 10 orang pada satu masa..

adakah ini satu ancaman virus???

atok pernah skali je klik pada link yang diberi..dan dia terus ke satu aplikasi facebook..lepas tu, terus atok tekan [ X ] ..hihihi..takot la..kan jadi pape kat laptop tersayang ni susah pulak..

cucu-cucu pernah x dapat mesej semacam tu? macam mana nak elak benda tu berulang ye?

adakah benda ni yang melambabkan lagi facebook?

Isnin, 14 Mac 2011

KERAJAAN HARAMKAN BOTOL SUSU BAYI

mulai hari ini..kerajaan malaysia akan mengharamkan penggunaan botol susu bayi yang mengandungi bisphenol A..

atok pun xtaw apa kebendanya bisphenol A tu..bunyi macam best je..hihihi.

kalau nak taw baca petikan dari Berita harian dibawah

image

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu

yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan

botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A,

di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

 

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

berita penuh : Berita Harian Online | Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

kepada ibubapa yang mempunyai bayi yang manggunakan botol susu..tolong-tolong la tengok-tengok balik botol susu tu..ada bahan terlarang ni x? kalau ada tu, tolong la gantikan dengan yang lebih selamat..bukan apa, nyawa bayi anda tu lebih berharga..

apapun,kepada ibu-ibu jangan lupa untuk memberikan susu badan kerana susu badan adalah formula diet yang terbaik untuk bayi…

Sabtu, 12 Mac 2011

SAMA & BEZA : NUFFNANG, CHURP-CHURP, HEARTBEAT

terima kasih buat Siti Noraien atas soalan:

 image

di sahabat blogger pada post ini : TIDAK UPDATE,TRAFFIK TERUK | peTUA KITA semua

apa itu nuffnang? apa itu churp-churp? apa itu heartbeat?

ramai yang keliru lagi kan antara unffnang,churp-churp dan heartbeat..apa guna benda alah ni sebenarnya? sekadar menghiasi blog atau menyemakkan ruangan templete blog?

aya yang samanya antara ketiga-tiga benda ini ialah ianya hanya IKLAN BERBAYAR..

maksudnya?

kita sediakan ruangan iklan untuk diorang dan letakkan iklan tersebut di blog..selepas itu, kita akan dibayar oleh syarikat(nuffnang,churp-churp,heartbeat) tersebut pada kadar tertentu dengan syarat tertentu..

apa yang membezakannya?

NUFFNANG : merupakan syarikat agen pengiklanan berdaftar yang menyediakan perkhidmatan iklan untuk sesiapa atau mana-mana syarikat..apa kaitan antara kita dengan nuffnang serta syarikat tu?

jawapanya ada di sini : NUFFnang & TRAFFIC & $$$ part2 | peTUA KITA semua

CHURP-CHURP : fungsinya sama sahaja dengan nuffnang..cuma churp-churp ada sedikit penambahbaikan dari segi promosi iklan dan perbezaan cara letak iklan..untuk letakkan iklan nuffnang, cucu wajib ada website atau blog untuk letak iklan tersebut..namun,dengan churp-churp cucu boleh beriklan dengan lebih meluas lagi seperti di laman sosial (facebook), email, YM, blog, dll..atok pun x sempat nak tulis semua..jap nak printscreenkan…

image

malah, kita boleh pilih untuk letakkan iklan yang ada di churp-churp..AWAS : cucu perlu up-to-date dengan iklan yang disediakan oleh churp-churp..mungkin cucu masih letakkan iklan yang dah lama di remove oleh churp-churp atau cucu x tahu apakah iklan yang terbaru yang ada di churp-churp.

kalau nak daftar churp-churp boleh klik pada gambar ini : image

HEARTBEAT : yang ni pun iklan jugak..tapi iklan personal hanya untuk iklankan barangan dari heartbeat semata-mata..heartbeat ni syarikat yang jual cenderamata dan hadiah..maka, dia buka ruangan untuk sesapa yang nak iklankan diorang punya barang jualan di blog atau laman sosial..jadi, kalau cucu dapat penuhi syarat-syarat yang dikehendaki, cucu dapat la ”earning” dari heartbeat..heartbeat pun best jugak..ini dia punya iklan :

kalau nak join heartbeat boleh klik pada iklan diatas..

atok ada tulis lagi pasal heartbeat kat sini : [DUIT BERBLOG] HEARTBEAT GANTI NUFFNANG?? | peTUA KITA semua

apa yang penting, kalau cucu letak iklan nuffnang, churp-churp dan heartbeat skaligus..nuffnang tidak akan tukarkan status glitterati kepada ordinary kerana churp-churp dan heartbeat bukanlah saingan kepada nuffnang..

image

JOM USHA BLOG CANTIK KAT ATAS NI : IMAGINE CREATE AND DISPLAY :)

Khamis, 10 Mac 2011

CELAKA PUNYA MANUSIA, F**K BUAT PEDAJAL KUCING!!!

hah..x puas hati lagi ni..sedih siot baca ayat dalam sebijik entry ni…part yang paling sedihnya :

image

KUCING YANG KUDUNG TU LAH HAIWAN YANG PALING AKU SAYANG KAT DUNIA NIH...SIANN,,,KAKI DEPAN DIA DA KENA KERAT OLEH ORANG YANG TAK BERHATI PERUT...AKU KUTIP DIA BAWAK BALIK UMAH...KALAU NAK TAU MACAMANA AKU JUMPA DIA, KORANG KLIK LA KAT SINI...AKU GERENTI KORANG MESTI NANGIS PUNYELAHH.

entry asal : http://kakimotong.blogspot.com/2010/04/alkisah-kucing-jalanan.html

ini video yang dimaksudkan oleh tuan punye blog tu..memang sedih tengok video ni..kalau baca komen di youtube..semua nak nangis bila tengok video kt bawah ni..atok tengok pun, da mengalir sikit-sikit air mata..nasib baik ada dekat library sekarang, x jadi nak nangis..malu kot..hak3..(bukan ego ye)

kucing ni asalnya seekor kucing jalanan..namanya HERO..semasa menjadi kucing jalanan, kaki depan (tangan la, senang citer) telah dikerat oleh seorang peniaga kerana kesalahan kucing tersebut curi seekor ikan..apa punya dajal la manusia tu..sanggup kerat kaki kucing semata-mata kerana seekor ikan dicuri.

memang x patut hidup la manusia macam tu..sanggup dia tengok kucing tu kesakitan..memang kalau atok ada kat situ pun memang atok naik angin..celaka punya manusia..kalau kaki dia kene potong jugak baru la taw..

cerita mengenai HERO : http://kakimotong.blogspot.com/2010/06/al-kisah-hero-kucing-dan-anjing-jalanan.html

dan sekarang HERO telah selamat bersama tuannya yang teramat baik hati kerana menyelamatkan HERO..memang atok tabik la PAPA HERO tu..memang beliau mempunyai rasa belas kasihan yang tinggi dan amat bertanggungjawab..sesapa nak jenguk blog dia..boleh klik di sini : http://kakimotong.blogspot.com/

*dah kantoi atok pun sayang kucing..hihihihi..atok pun bela kucing jalanan jugak..yang orang dah buang..kesian kot..tapi bukan bela kat hostel la..bela kat rumah..family yang jaga..sekrang dah ada 9 ekor kucing kat rumah..wahhh, rindunya kt diorang..huhuhuhu…

*p/s : KALAU SAYANG KUCING…share,likes, forwardkan entry ni kepada kawan-kawan..hik3..

PETUA BUANG TAHI LALAT

image

ramai x ada tahi lalat? hehehe..tahi lalat kt muka? manis apa ada tahi lalat di tepi bibir..agak mengancam la kalau gadis bertahi lalat di hujung bibir…emmmph!..manis wooo….hihihi

tapi, ada jugak yang x suka dengan tahi lalat ni..nak2 kalau tahi lalat hidup..macam mana tahi lalat tu boleh wujud dan hidup subur itu masih menjadi misteri…tapi, kadang-kadang ramai la yang nak buang tahi lalat hidup ni..mak saudara atok pun pernah buat pembedahan kecil untuk buang tahi lalat tu..tahi lalat tu ada di sebelah hidung dia..jadi, atas nasihat doktor, doktor suruh bedah di hospital..maka, jadi cantik bagai la beliau sekarang..hik3…

nak tahu x? atok ada cara atau petua nak buang tahi lalat hidup ni sebenarnya..yang bestnya petua ni boleh jugak untuk rawat tumit kaki yang pecah..caranya senang saja…

PETUA BUANG TAHI LALAT DAN RAWAT TUMIT PECAH (secara organik)..

1. Dapatkan getah daun kemboja.kenal pokok kemboja? kalau x kenal, meh atok tunjuk bunganya…

image

2. lepas tu, bubuhlah getah tu pada tahi lalat hidup, ataupun kat tumit yang pecah-pecah.

3. Lepas tu, tampalkan saje ia dengan kapas.

Ulang proses di atas sehinggalah tahi lalat anda tanggal ataupun kutil dan kesan pecah pada kaki cucu tu hilang.kalau x hilang..buat la sampai hilang ye..hik3..

awas..lalat ini sedang bersenggama..bukan sedang berak…kah..kah…kah…jangan tiru aksi ini..tidak senonoh..hik3..

SELAMAT MENCUBA PETUA HARI INI..hik3..

*p/s : jangan lupa join contest simple ni : Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

Sabtu, 5 Mac 2011

[VIDEO BULI] KELING BABI

tengok dulu video ni..



kenapa masih perlu sikap perkauman? kenana masih mahu membuli? melayu, cina, india, dll adalah sama sahaja..kita adalah rakyat malaysia yang bernaung bawah raja yang sama, menyanyikan lagu Negaraku yang sama dan hidup di bumi malaysia yang sama..


atok mengutuk sekeras-kerasnya terhadap mereka yang membuli pelajar india tersebut..diharapkan Allah dapat memberikan hidayah kepada mereka yang membuli..


Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

[ALI RUSTAM MB MELAKA] KARI BIAWAK DISANGKA AYAM

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

image

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'

"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.

http://www.malaysiakini.com/news/157727

bersyukur dengan apa yang cucu makan pada hari ini..atok bukan nak mengulas mengenai politik, tetapi ingin mengajak cucu bersyukur dan ingat bahawa masih ada rakan-rakan kita yang miskin dan tidak mampu makan dengan sempurna.. 

macam mana agaknya rasa kari biawak eh? uweeek..hohoho

image

KOMEN MENGENAI RASA BIAWAK : » Weird Food Series 8: Cobra (Naja naja) & Biawak (Varanus indicus) Michelle Walewangko’s Fave Things

  • Kita pesen: Cobra (15ribu), Biawak (20ribu) sama Monyet (40ribu), semuanya digoreng. Kita makan tanpa nasi, karena sebelumnya udah begah abis makan di Sushi Tei dan Haagen Dazs PS, jadi niat ke sini icip2 aja ngemil gitu.
  • recommended at all. Dagingnya agak2 amis gitu, yieekss…walao sama2 digoreng kering tapi taste-nya gak enak. Entah bumbunya yg laen atau emang karakter dagingnya gitu. Gw sih sekali ini aja dah, gak mau lagi. Si PB aja gak abis makannya, Cuma coba sekali trus stick to the snake. Sisanya mao gak mau gw yg abisin..hehehhe..gak doyan blaz pun bisa abis ternyata..daripada mubazir gitu sayang udah dibeli..

agak memualkan la..nak tido je lah..huhuhu

Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS