Khamis, 17 Mac 2011

PEREMPUAN : NOVEL DAN DRAMA

malam ni atok nak buka topik pasal perempuan..kalau ade cerita best lagi pasal perempuan akan atok tokok tambahkan..

atok hairan la..kenapa eh..ramai sangat perempuan suka baca novel dan tonton drama..bukan maksud atok nak menidakkan golongan lelaki x baca novel mahupun tengok drama..tapi, kenapa sebilangan besar perempuan suka sangat buat dua benda tu jadi tabiat..huh!

biasanya atok keluar jalan-jalan naik kenderaan awam la..macam LRT, Komuter, Bas dan teksi jarang-jarang sekali..kalau naik bas je, mesti ada perempuan yang baca novel..kecuali naik bas ekspres masa nak balik kampung pada waktu malam..diorang x boleh nak baca sebab gelap dan x boleh buka lampu..padan muka!!

yang atok geramnya dengan spesis XX ni..bila “time” dia baca novel tu, khusyuk gila..sampai atok kat sebelah pun diorang boleh buat derkkk je…damn! nak marah pun ade..bukannya atok nak cakap yang atok ni sehensem shah rukh khan atau sefemes lee chong wei sampai nak minta tanda tangan di dada korang..tapi, tegur la..”hai, boleh berkenalan”..tegur macam tu kan sejuk hati atok memandang..ni x..sombong je..huhuhu..sombong tu satu hal..baca novel macam dia sorang je pandai mengeja..

image

ini satu lagi tabiat yang atok x berapa nak berkenan..pasal drama..x kisah la, drama melayu, korea, jepun, latin..semua sama je..mentebabkan perempuan ni macam terkena satu sindrom je..kalau masa atok kecik-kecik dulu..atok ingat lagi, mama atok, kalau bila dah balik sekolah terus suruh atok buka TV3..”aiman, buka TV3 cepat, mama nak tengok Rosalinda”..atok pun dengan menurut perintahnya membuka la TV3 yang sedang melalut x tentu pasal tentang Rosalinda..memang atok agak rasis dengan telenovela Mexico masa tu..kalau x silap atok, telenovela tu main tahun 1999..kadang-kadang atok join sekaki jugak..hahaha..sebab pelakon memang lawa-lawa..mantop lah!

yang atok peliknya, macam mana satu sekolah tempat mama atok mengajar tu boleh bercerita pasal Rosalinda tu..kalau di kantin, nampak je cikgu perempuan tengah makan, mesti ada jugak mengumpat pasal Rosalinda ni..x pasal-pasal si Rosalinda tu dapat pahala free..sampaikan, kalau x boleh tengok 1 episod je dah mengigau igau malam tu..

nasib baik la sekarang dah maju, kalau x sempat nak tengok di TV pun, boleh lagi tengok di TONTON TV3 tu..xpun download je terus..berlambak-lambak cerita dan drama kat lam internet..

masalah baru pulak datang..perempuan-perempuan masakini lebih suka bercerita pasal drama koren dan jepun..dari bercerita soal keselamatan negara, pasal status ekonomi malaysia atau pasal kemiskinan tegar di bandar dan desa..kenapa la diorang x penah fikir macam mana nak bangunkan masyarakat? kan itu lebih bagus dari bercerita pasal My Girl atau Boys Before Flower..

hairan betul atok sekarang ni..kenapa la orang perempuan suka baca novel dan tengok drama..sapa-sapa ada jawapan x?