Memaparkan catatan dengan label video seks anuar ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video seks anuar ibrahim. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2011

VIDEO : JOHARI MENGAKU ITU “ANWAR” ??

nampaknya UMNO sudah amat terdesak..rakyat pun sudah makin meluat dengan taktik kotor UMNO! rakyat sudah bijak menilai..bila pemimpin pakatan mengajak berdebat soal ekonomi, katanya jam omega belum diserahkan..bila pemimpin pakatan ajak berdebat soal ketulusan kerajaan, dibicarakan oleh mereka soal video yang penuh kepalsuan

semua mainan politik UMNO ini akhirnya menjahamkan UMNO sendiri..pada mulanya fitnah video seks muncul, rakyat terpegun dengan kehebatan trio dato’…

namun, sumpah laknat memakan diri,

umno terus demam kuning x henti-henti..

najib meroyan siang dan malam,

polis menggila mendengar ceramah pakatan..

malah, atok rasa, umno sudah mula menggunakan senjata baru iaitu mendakwa kononnya johari abdul mengesahkan bahawa lelaki dalam fitnah video seks tersebut adalah Anwar..ini amat bertentangan dengan penerangan yang diberikan oleh johari abdul sebelumnya..rujuk sini :[SEBARKAN] PENERANGAN FITNAH VIDEO LUCAH ANWAR | peTUA KITA semua

apa video tersebut? sama-sama kita saksikan

kalau benar apa yang didakwa..kenapa tidak tunjukkan video yang penuh??

kenapa perlu sunting video terbabit?

malah, atok rasa video tersebut sengaja disunting untuk mengambil bahagian tertentu sahaja bagi membuktikan bahawa itu lah anwar!!

kita tidak tahu apa yang diperkatakan oleh johari abdul secara keseluruhannya..mungkin johari abdul menafikan bahawa itu adalah anwar..siapa tahu??

kalau betul…mana video yang asal?

mengenai jam omega..Eskay mendakwa bahawa jam Omega ada bersamanya dan di tonjolkan dalam video diatas..namun, lupakah kita bahawa setiap jam omega original mempunya nombor siri..melalui nombor siri tersebut, pihak polis sudah pun mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa pemilik jam terbabit kerana setiap pembeli dan pemilik jam omega akan direkod siapa pemiliknya..

kenapa sampai sekarang polis tidak mendedahkan siapa pemilik jam terbabit? kalau benar anwar..kenapa tiada sebarang dakwaan??

imagesama-sama kita fikirkan~

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti --------------------->

Selasa, 21 Jun 2011

RAKYAT MALAYSIA PALING KETAGIH SEKS?

image

manusia diberi pilihan..antara baik atau buruk..tiada ditengah-tengah..hanya ada syurga dan neraka..

sejak semalam atok meniti dari berita ke berita, dari portal ke portal, dari blog ke blog..huh! banyak jugak cerita seksnya..antara kisah seks yang paling femes dalam alam melayu adalah

  1. kes video seks yang difitnah melibatkan pemimpin pembangkang
    • atok x dapat mengesahkan siapa pelakunya..malah, sudah berbulan-bulan polis menyiasat dan janjinya hanya perlukan 2 minggu untuk mengetahui siapa pelakunya..namun, sehingga sekarang ketua polis negara tidak mampu menunjukkan pelaku dalam video tersebut..yang mereka tahu jam omega dan ketulenan video semata-mata..
  2. kisah seks melibatkan keluarga sendiri atau sumbang mahram.
    • kes seperti ini amat banyak dibicarakan dalam blog..malah, semalam gempar dengan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah keatas ayah dan anak yang berzina hingga melahirkan 3 orang anak..kes-kes sebegini amat banyak dihurai dalam blog-blog
  3. cerita lucah/seks
    • yang ni pun boleh tahan banyaknya..atok terkejut bila menaip carian cerita lucah dan melihat hasil carian di GOOGLE
    • image
    • terdapat lebih daripada 7,030,000 carian yang terkandung dalam pencarian google..betapa banyaknya blog atau portal yang mengandungi perkataan “CERITA” dan “LUCAH”
  4. yang paling disukai remaja..3gp..
    • pada mulanya atok hairan..apakah yang ada dengan 3gp..ianya hanyalah format video di telefon bimbit..setelah selidik sedikit demi sedikit, rupa-rupanya bani melayu ini sedang ramai memuatnaik video seks yang dirakam dengan telefon bimbit masing-masing..ohh..alangkah malunya..malah, bertambah ramai lagi yang memuat turun 3gp tersebut..
    • nampaknya semakin bertambah koleksi video seks melayu di internet.

di atas hanyalah sedikit kes atau cerita yang panas tentang seks di alam maya ini..berlambak lagi kes yang boleh ditemui..asalkan rajin mengkaji dan sedikit berfikir..namun, jangan kita tumpang menambah dosa dengan carian dan bahan seperti ini..

atok sekadar menasihati..

buat datuk, nenek, ayah, ibu, abg, kakak, dan adik diluar sana..pantaulah kegiatan ahli keluarga cucu..jangan kerana seketika kecuaian..keluarga kita menjadi seperti berita dibawah..nau’zubillah..

Bapa aniaya seks anak tiri selama 7 tahun dipenjara

21/06/2011 4:06am

MELAKA 21 Jun – Seorang pengusaha kedai makanan ringan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menganiayai anak tirinya secara seksual selama tujuh tahun sejak mangsa berusia sembilan tahun.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki tersebut yang berusia 43 tahun selepas tertuduh mengaku melakukan perbuatan sedemikian terhadap mangsa yang kini berusia 15 tahun.

berita penuh : Utusan Malaysia Online – Terkini

Pemuda rogol kakak saudara berusia 16 tahun ditahan

21/06/2011 4:08am

KENINGAU 20 Jun – Polis menahan seorang pemuda berusia 27 tahun setelah dipercayai merogol kakak saudaranya berusia 16 tahun sebanyak dua kali di Kampung Biah, di sini pada 30 April dan 30 Mei lalu.

Suspek ditahan semalam, beberapa jam setelah mangsa yang tidak bersekolah bersama ibu bapanya membuat laporan polis.

berita penuh : Utusan Malaysia Online – Terkini

ini berita yang terkandung didalam utusan pada hari ini sahaja! adakah kita mahu melihat kes seksual sebegini setiap hari? renung-renungkan

atok masih terfikir…adakah rakyat malaysia merupakan manusia yang paling ketagih seks didunia??

Jumaat, 29 April 2011

VIDEO SUMPAH LAKNAT Shazryl Eskay Abdullah PART 2

VIDEO SUMPAH DATO’ T [Shazryl Eskay Abdullah]

amacam? ramai yang nak tengok kan?? jadi atok jumpa di youtube tadi..

aish..buat main-main pulak sumpah menyumpah ni..kang atok sumpah jadi sesumpah baru taw..

apa la nak jadi dengan politik malaysia ni..yang patut dibicarakan soal ekonomi dan sosial rakyat..yang ini pulak nak di ceritakan..hampeh!!

jom kita tengok apa kata DATO’ SERI ANWAR

Ceramah DSAI:

8 Mlm ini (29 Apr)

Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang.

turut ucap Azmin Ali, Tian Chua, Zuraida Kamaruddin, Khasim Abdul Aziz.

Datang beramai2, kita tolak fitnah!!!!

Selasa, 26 April 2011

ADEGAN RANJANG LISA BERSAMA AARON AZIZ

image

SUMBER : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lisagementaraksiranjang/Article/index

Apabila diminta mengulas mengenai adegan ranjang yang dilakonkan bersama Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu, Lisa memberitahu, “Saya berdebar sangat apatah lagi Aaron sudah berkahwin. Saya akui tak selesa, janggal, takut dan risau melakonkan adegan ini. Agak lambat juga untuk saya selesa dengan Aaron untuk melakonkan adegan ini.

“Walaubagaimanpun, kita hidup dalam masyarakat ketimuran, jadi ada keseimbangan dalam babak ini. Ada juga perkara yang lucu berlaku di sebalik babak ini di mana sebelum melakukan penggambaran, saya makan banyak petai. Abang Aaron pula tak suka petai, jadi memang makan masa jugalah saya nak hilangkan bau petai itu,”ujar Lisa mengakhiri perbualan.

DIPERKUATKAN LAGI DI SINI : c-tea: LISA SURIHANI DAN MAYA KARIN BERAKSI RANJANG BERSAMA AARON AZIZ

Isnin, 18 April 2011

[ANALISIS] ANWAR IBRAHIM MENGALAHKAN NAFSU SEKS MALAYSIA..

hahaha..semua orang nak tahu kan..apa jenis analisa yang atok buat ni..tajuk analisa ni ialah ANWAR IBRAHIM MENGALAHKAN NAFSU SEKS MALAYSIA..

adakah analisa ini betul? bergantung kepada ujikaji dan eksperimen yang atok telah jalankan..

bila malam menjelma je, sudah menjadi lumrah alam bahawa kebanyakan makhluk akan tidur kecuali makhluk aktif malam seperti mat rempit, bohsia dan pekerja seks(nak sebut pelacur malu, lucah sangat)..mata atok pun x ngantok lagi sekarang ni walhal jam di laptop bergedik-gedik menunjukkan waktu 4.24 pagi..ntah mengapa mata masih xnk pejam walau atok bukan makhluk aktif malam seperti yang dinyatakan diatas..mungkin sebab penangan exam yang bakal tiba kot (walhal x study pun)..

bila godek-godek internet ni, terlintas nak cari keywords berunsurkan seks..yela, boring jugak duk tengok video ceramah anwar ibrahim je(bukan video lucah ye)..apa lagi..bukak GOOGLE TRENDS la..

klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas

image

image

dah terfikir macam-macam keywords nk test di google trens ni..hihihi..benda pertama pasti lah SEKS!! nak tengok sejauh mana kegilaan seks rakyat malaysia di carian google..perghh!! memang tinggi semenjak tahun 2004 hingga sekarang..TAPI!! carian video seks tidak boleh meng"challenge" carian anwar ibrahim..kah..kah..kah..

nampaknya anwar ibrahim lebih mendominasi di google berbanding seks..malah kalau di teliti, carian mengenai kes liwat anwar lebih hot berbanding video seks yang dibarisi pelakon handalan seperti maria ozawa..hahaha..kes liwat anwar adalah carian paling tinggi di google dan selepas itu di tingkatkan lagi dengan carian video seks mirip anwar dengan pelacur cina akhir-akhir ini..

atok pun cuba bahagikan kepada topik yang lebih khusus iaitu SEKS MELAYU..bila di perhatikan pada google trends, carian video seks melayu membentuk separuh daripada carian video seks..ini bermakna, video lucah buatan tempatan setanding dengan video lucah pelakon professional di luar negara..

apabila dibahagikan mengikut negeri..rakyat negeri yang paling banyak dan paling suka mencari video seks ialah negeri PAHANG..hahaha..tapi, senario berbeza di selangor apabila anwar ibrahim mampu memberikan tentangan yang sengit kepada carian seks..diperingkat bandar pula, memang benar anwar lebih mengusai di selangor apabila Petaling Jaya, Kajang, Kelang dan Shah Alam semuanya didominasi dengan carian anwar ibrahim..mungkin orang selangor lebih minat politik dari seks..kih3...

yang sedihnya..bila atok try carian "ceramah agama" keputusanya adalah "0"

hmmm..macam mana ni?? adakah ini salah satu tanda akhir zaman??

p/s : kepada yang nak mencuba nasib SEO boleh try entry Anwar ibrahim...mana taw..kot2 sangkut..hihihihi

p/s : bila la nak tido ni..mata asik nak berkelip-kelip je..jam dah 4.49 pagi..hurmmmm...

Ahad, 10 April 2011

ENTRY LUCAH : BEST SANGAT KE?

Assalamualaikum dan Selamat Petang..maaf terlambat update entry kerana atok teramat sibuk dengan assigment buat masa sekarang..jap2…x boleh melalut panjang sangat..nanti assigment x siap…hihihi

k,la..straigrt to the point..pasal entry lucah ni..sejak atok mula start berblogging, atok perasan ramai blogger yang “publish” entry lucah, pasti ramai yang nak baca..kenapa ye? hmm..x caya? tengok dari blog C-Tea yang atok printscreenkan ni

image

serius atok x tipu..entry paling popular di blog C-Tea ialah buat seks dalam tandas awam : kantoi | C-Tea ..entry yang bercerita tentang orang ditangkap khalwat dalam tandas..sedap jugak baca…hahaha…ini kes benar..x tipu punye(tuan blog cakap la)..

entry kedua popular pulak  skill-skill malam pertama..tingkatkan rasa seronok ketika setubuh... | C-Tea ..hmm…lucah lagi..atok x baca sangat sebab lom kahwin lagi…hihihihi..tapi dah bookmark pun..nak tunggu kahwin baru nak baca…

entry ketiga ni pasal politik porno pulak..haishhh…pelik sungguh senario politik malaysia nih..video : pendedahan video skandal seks anwar ibrahim di youtube | C-Tea ..tapi, video pasal tu dah dibuang sebab atas sexual violent..maaf la ye..

entry ke empat pulak pasal sukan lucah..18sx sukan terlucah dalam dunia : bodoh sangat | C-Tea ..entry ni memang best..siap ada video lagi..hahaha..serius ini sukan paling bodoh yang pernah atok tengok…ada ke patut main terjun atas badan pasangan..katanya, pertandingan penis terkuat..hahaha..bodoh punye game..

teruk-teruk dunia sekarang nih…

kalau cucu nak baca entry ala-ala lucah sopan boleh la ke blog C-Tea ..hihihi..blog dia ada kat bawah ni :

http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/03/atok-tolong-promote-blog-ct-boleh.html

cucu boleh la tanya C-Tea pasal teknik nk lakukan traffik ke blog menggunakan idea ala-ala lucah sopan..hahaha

p/s : adakah bani melayu melayu ni sukakan porno teramat sangat? hmmmm

entah la..kadang-kadang atok terfikir jugak..kenapa la kita suka sangat baca benda yang berunsurkan lucah? adakah ini tanda akhir zaman? atau memang dah nafsu orang melayu ni memang teramat kuat sehingga x mampu ditahan? hahaha..

yang pastinya..entry yang lucah sikit-sikit setakat yang masih boleh diterima norma masyarakat adalah amat best kerana ia agak lawak dan santai…hahaha..cuma..jangan melebih-lebih pulak!!!

p/s : ada berani nak pomot blog di blog dan entry atok? jom daftar kt sini : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua

Rabu, 6 April 2011

PEGAWAI KASTAM MATI TERJATUH BANGUNAN SPRM

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI 6/4/2011

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

NONEMangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.
Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.
NONETambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

SUMBER : Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM – Malaysiakini

ni kes siasat sampai mati…hihihi..

lepas ni kita buat kempen..JOM TERJUN SEBELUM DIPENJARA…hahahaha

teruk la SPRM kene jawab lepas ni…

Selasa, 5 April 2011

ROKOK DIHARAMKAN KERANA BABI HARAM?

entry ni mesti menyentap perokok..kui3..mana x nya..meh tengok gambar keratan akhbar ni..

kalau kecik, klik pada gambar dan “zoom” kan

image

macam mana? agak-agak nak hisap rokok lagi x? x cukup lagi ke dengan fatwa mufti malaysia tentang pengharaman rokok? agak-agaknya kalau puntung rokok tu ada darah babi, apa hukumnya kalau kita letakkan puntung rokok tu kat bibir? kena samak x bibir tu lepas merokok? jeng…jeng…jeng…

atau, adakah puntung rokok di malaysia tidak menggunakan darah babi? siapa yang tahu?

atok x boleh nak bagi jawapan..cucu fikir la sendiri musibah merokok tu…hahahaha

imageimage

VIDEO VTS 01 1

carian paling hangat di internet terutamanya di yuotube..

tajuk tersebut dikhabarkan adalah tajuk video yang konannya dilakonkan oleh pihak pembangkang..namun adakah video tersebut benar-benar membariskan pembangkang? atok dah tersempat tengok video tu sebenarnya..hihihi..kantoi!

dalam video tu tidak ada langsung unsur lakonan seks kerana telah di potong..ada into je..hmm..setakat yang atok tengok dengan mata kasar atok..atok dapat rumuskan di entry ni :

[TERGEMPAR] VIDEO SEKS MIRIP ANWAR IBRAHIM | peTUA KITA semua

di MALAYSIAKINI (5/4/2011)

image

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video

yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

artikel penuh : 'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah – Malaysiakini

Polis siasat video seks dimuat di Internet

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.

"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dilaporkan, video pendek itu merupakan suntingan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.

Polis juga ingin tahu

Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat satu salinan sahaja.

artikel penuh : Polis siasat video seks dimuat di Internet – Malaysiakini

Isnin, 4 April 2011

[TERGEMPAR] VIDEO SEKS MIRIP ANWAR IBRAHIM

atok terjumpa video ni di sebuah laman web..pada mulanya atok tengok memang sebijik anwar..jom tengok..

VIDEO TELAH DIBUANG ATAS NASIHAT ORANG RAMAI..

selepas atok tengok..hmmm..

memang SAH BUKAN ANWAR IBRAHIM..

memang betul ada mirip wajah anwar..tetapi lihat tubuhnya..benar apa yang didedahkan..
  • VIDEO MEMANG SAH HITAM PUTIH
  • ADA 3 ORANG YANG DIRAKAM DALAM VIDEO TERSEBUT
  • 2 LELAKI, 1 PEREMPUAN..
  • ANWAR TIDAK BERPERUT BUNCIT TETAPI PELAKON TERSEBUT BERPERUT BUNCIT
  • PELAKON TERSEBUT MEMPUNYAI TUBUH YANG AGAK GEMPAL, TETAPI ANWAR IBRAHIM MEMPUNYAI TUBUH YANG SEDIKIT KURUS..
penilaian cucu? atok memberitahu sekadar untuk cucu mendapatkan maklumat yang adil dan saksama..atas kehendak cucu untuk menilainya..

p/s : atok buang link video tersebut kerana atas nasihat orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham berlaku..

Selasa, 22 Mac 2011

VIDEO SEKS ANUAR IBRAHIM

owh no…politik lagi…apa kes sebenarnya ni? layan berita sudah…hihihi

UTUSAN ONLINE 22/3/2010
Video seks pemimpin pembangkang didedah

KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

berita penuh : Utusan Malaysia Online - Berita Utama

image
Anwar nafi bukan dirinya

PETALING JAYA 21 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

berita penuh : Utusan Malaysia Online - Berita Utama

MALAYSIAKINI 22/3/2011

image

Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.
Ini kerana, kata Dr Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

berita penuh : Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri – Malaysiakini

Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

berita penuh : Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal – Malaysiakini

image

'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

berita penuh : 'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita' – Malaysiakini

image

Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor'

Pemimpin kanan PAS dan DAP hari ini tampil memberi sokongan penuh kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menolak video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu sebagai “taktik kotor” yang bertujuan mengelirukan rakyat bahawa Anwar tidak bermoral.

"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu," kata Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen.

"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya?

berita penuh : Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor' – Malaysiakini

image

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Beliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

berita penuh : Pita seks: Anwar buat laporan polis - Malaysiakini

YOUTUBE

Video sidang media penafian Anwar Ibrahim atas finah mengenai Video Seks yang melibatkan beliau