Ahad, 14 Ogos 2011

CHEERS : SETUJU ATAU TIDAK?

salam….

isu best ni..atok nak tanya sikit..universiti atau kolej mana yang ada buat cheers dan menari bagai masa minggu orientasi dah haluan sisiwa? cer komen sikit kat bawah nanti..atok nak tengok..

contoh CHEERS DI UM

al kisah sebermula bulan purnama, tersebutlah kisah…atok nak straight to the point..x ada niat nak malukan universiti atau bangsa serta negara..sebab ni soal agama..bukan boleh buat main-main..betoi x? kalau ada orang nk kondem atau nak marah…atok kasi peluang kt ruangan komen dibawah..cucu-cucu boleh la komen puas-puas..tapi, sekarang ni ruang untuk atok bermadah kata..baca je!

masa atok mula-mula masuk UM adalah di zaman asasi..pergh! masa dapat surat tawaran tu bukan main happy..klaau boleh, rasa nak melompat sampai tinggi ke cucur atap..memang dah mengidam sangat nak masuk UM ni..orang kata ni universiti terbaik di malaysia..xtaw la terbaik dari segi apa..huhuhu..

bila dah masuk..hurmmm..boleh tahan..besar gak universiti ni..xdelah macam universiti yang berselerak dicelah bangunan kedai sekitar bandar KL (maksud atok universiti swasta)..minggu pertama, MINGGU HALUAN SISWA..tup2 masuk..atok dah diajar tuk menari (baca : CHEERS)..pergh! malu beb..x pernah atok buat benda camni..tegelek-gelek depan pompuan..tobat atok malu..

tapi, kadang-kadang..bila tengok awek-awek berbaju ketat dan sendat menggoyangkan pinggulnya demi cheers buat hati atok meracau(pendedahan ekslusif)…hahaha…memang “hot” la masa buat cheers tu sebab main campur je laki dan pompuan..lepas tu jerit-jerit dan gelek-gelek..sumpah atok x tipu yang mata lelaki ni asyik menari-nari di tubuh perempuan..BEST! (hati terdetik)

masa tu memang dah lupa kot pasal nak jadi manusia berguna bila masuk universiti (pesanan yang selalu kedengaran dari ibubapa)..siapa yang x lupa cer bagitaw…kah..kah..kah..jangan nak tipu atok..lepas tu..bila dah habis asasi…masuk degree pulak..still kene buat benda yang sama..

soo, sepanjang 2 kali atok buat tarian gedik (baca : CHEERS) ni..dah banyak kopmplen yang atok terima dari member-member..cuma kami terpaksa follow sebab kami JUNIOR! kalau x buat nanti kene buat atas pentas sorang-sorang..lagi la F#&K! damn! malah, masa minggu haluan siswa asasi hari tu..ada student APIDS yang “ponteng” minggu haluan siswa kerana xnk buat cheers..tapi, ponteng dengan cara terhormat la..buat-buat demam! hahaha…ye la..mana taknya…atok tengok pun kesian kat student APIDS perempuan..dengan sifat pemalu yang feminin tu disamping tudung labuh dan jubah, dipaksa pulak untuk menari..

sekarang ni kecoh pasal page di facebook yang membantah budaya CHEERS masa minggu haluansiswa di UM..jujurnya atok setuju dengan page tu..dah lama sebenarnya student complain..tapi, macam atok cakap tadi la..KAMI JUNIOR! TERPAKSA IKUT! (masa zaman tersebut la)..

lantak la apa alasan yang student lain nak bagi..memupuk perpaduan melalui cheers la..nak upkan keyakinan diri la..apa ntah lagi..atok x amik port langsung..yang atok taw, Minggu Haluan Siswa di UM pada zaman dulu x begini..kalau nak taw camne minggu haluan siswa di UM dulu boleh tengok video dibawah

Student Power - Fahmi Reza (Ops Bilang 2010 pt 1) from seluanpegak on Vimeo.

part 2 boleh kesini : Student Power - Fahmi Reza (Ops Bilang 2010 pt 2) on Vimeo

kesimpulannya atok x setuju dengan cheers yang dah bercampur aduk dengan hedonisme serta ada percampuaran antara lelaki dan perempuan (walaupun nafsu kata nak)..tak ada alternatif lain ke? jom pakat-pakat brainstorming kat bawah ni..hehehe

p/s : buat CHEERS ni boleh kasi up ranking universiti x? kalau boleh up…mungkin atok akan sokong kooooot….

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

dipetik dari page Kami Bantah Budaya 'cheers' di Minggu Haluansiswa UM | Facebook

image

pesanan dari pihak penaja

image

opsss…satu lagi..ada orang marah..sebab page ni dah memalukan UM dan semua orang tahu..komen atok, memang group ni dibuat untuk hebahan pada orang ramai pun bahawasanya UM ni ada benda “stim” camni..kalau korang sendiri rasa malu..itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa CHEERS INI SALAH! tol x? satu lagi…elok kalau benda ni masuk lam paper n news…hahaha..kasi gempak sikit..baru ranking universiti boleh naik..

image

“BERSAHUR” DIRANJANG

dipetik dari mymetro

image

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.

Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.

sumber : myMetro‘Bersahur’ di ranjang

kih..kih..kih..ini memang terbaik punya..ada ke patut..orang lain tengah syok duk tarawih dan tahajud malam-malam, ada jugak yang tengah khusyuk layan nafsu..haish..bulan yang tak ada setan pun dah macam ni..kalau ada setan macam mana agaknya?

insaf-insaf la…sebolehnya tutuplah tempat-tempat maksiat tu sempena bulan ramadhan ni..kalau tak mampu tutup pun..haramkan kepada yang muslim..tapi, masalahnya orang muslim la yang ramai..hahahaha..macam mana nak niaga kalau melayu tak datang kan?

hurmmm…

siang berpuasa..malam mentekedarah…agak-agak dapat pahala dan dosa sama banyak x? hehehehe

GAMBAR YUYU ZULAIKHA DISABOTAJ

ingat lagi pada yuyu zulaikha yang atok pernah citer banyak kali dalam blog suatu ketika dulu? orangnya kecik comel memikat hati..huhuhuhu…kepada sesiapa yang belum kenal boleh ke blognya di http://kupukupukecik.blogspot.com/

image

dan..ingat lagi tak entry atok yang pernah menggemparkan tanah air pasal curi gambar awek-awek cun di pesbuk?? kalau dah lupa-lupa ingat boleh ke sini : [WAJIB BACA!!] FACEBOOK : Pengumpul Gambar Awek Bertudung ~ Petua Kita Semua …kat situ atok penah citer pasal sekumpulan manusia yang tak bertanggungjawab mancurik pic gadis-gadis yang cun sebagai santapan mata…atok pun penah tengok jugak..kui3..tapi, tu cerita lama..

ini ada cerita baru..kali ini menggunakan taktik yang sama, cuma tujuan yang berbeza..si fulan ni akan amik gambar sesiapa saja yang dia suka dan buat FAKE FB PROFILE!! sebelum ni atok selalu je tengok fake fb profile..tapi semuanya guna pic pemimpin dan orang yang atok tak kenal..kali ni atok terkejut..

WTF!! YUYU pun kene?? hah! mesti cucu tak cayakan? nah atok sertakan buktinya..

image

si Princess Rara ni guna pic yuyu!! arghhh..atok tak dapat nak terima..atok yakin tu bukan keje yuyu..

image

memang banyak dan aktif si Rara ni

image

damn!! ingatkan satu dua keping je gambar yuyu yang dia cilok..berlambak beb!

imageimage

amacam?? 18 gambar yang dia curik!! sesiapa yang nak kenal si Princess Rara ni boleh ke sini : http://www.facebook.com/profile.php?id=100002602735709

pesanan atok : tolong jaga pic cucu sume..especially perempuan..sebab dah banyak orang yang kene sabotaj diluar sana..diorang akan guna pic kita dan buat fake fb profile lalu komen dan kata yang bukan-bukan..bukan apa..takut nanti family atau kawan kita tengok macam mana? malu sakan tu dah satu hal..satu hal lagi, mesti ada yang pandang serong kalau diorang tak tahu benda sebenar..

satu lagi..kalau boleh tolong la privatekan gambar-gambar tu..sekarang macam-macam boleh jadi..jangan terkejut kalau muka cucu tapi body model pakaian dalam…mula la orang kata kita ni pelakon lucah..bukan apa..sekadar mengingati..

soo, WATCH OUT plissss…..

p/s : tolong LIKES untuk sebaran di facebook bagi memperingati sesama mulim dan muslimat supaya kita terhindar dari perkara khianat seperti ini..insyaAllah

p/s : lupa lak nak bagi taw..sesiapa yang kenal yuyu zulaikha atau ada fb dia..boleh tolong bgtaw dia x? ataupun kasi je entry atok ni kt dia..cakap kat dia..atok dah cuba nak hantar mesej di pesbuk..tapi, x dapat..huh!

BEZA ANTARA RUSUHAN DI LONDON DAN PERHIMPUNAN AMAN BERSIH

imageimage

Salam..mungkin buat masa sekarang..mereka yang anti perhimpunan aman Bersih akan menggunakan dalil rusuhan di london untuk mengharamkan tindakan rakyat yang turun ke jalanraya bagi menyokong 8 tuntutan Bersih 2.0..

namun, jauh bezanya..hehehe..buat sesiapa yang ingin berhujah dengan mereka yang anti Bersih ni..boleh menggunakan hujah dibawah sebagai sokongan..

* Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;

* Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong BERSIH 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;

* Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;

* Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;

* Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;

* Di KL, penyokong BERSIH 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;

* Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;

* Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta BERSIH 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.

* Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.

* Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.

P/S : demonstrasi patriot pun lagi merbahaya dari rusuhan dilondon..sebab menggunakan kepakaran dari luar negara untuk melawan Bersih..mana ketuanan melayu hishamuddin keris?

image

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

P/S : tolong SHARE dekat mamat dan minah UMNO, PERKASA, PESILAT WHEELCHAIR