Memaparkan catatan dengan label seharian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seharian. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

[VIDEO] SEBAB KENAPA TIDAK BOLEH MAKAN BINATANG

hah? tidak boleh makan binatang?? biar betul?? betul..

pertama, binatang yang haram iaitu babi, anjing serta keturunannya

kedua, binatang yang tidak disembelih mengikut cara islam..

ketiga..tengok je vidoe di bawah ni..lepas tu cucu fikir kan sendiri..patut x nak makan binatang seperti ini…

macama mana?? nak makan lagi?? hihihi

baik jadi vegeterian kalau macam ni yang berlaku di malaysia..

P/S : panjangkan entry ini di FACEBOOK untuk diketahui rakan dengan menekan butang LIKES dibawah

Khamis, 28 April 2011

PETUA LUPUSKAN BRA LAMA

hahahaha..lucah!!

image

x payah ngada-ngada nak buat pasu bunga ye…ini bukan petua yang atok nak bagi..gambar sekadar hiasan

AWAS : budak2 lelaki jangan baca..

mesti cucu akan tergelak sakan..ini bukan lawak bodoh..ini serius giler2…kah..kah..kah…

meh nak cerita..diceritakan..atok terbaca satu entry iaitu : Apa korang buat dengan bra lama? | Belog Cik Aish ..lepas atok baca abis..baru la atok taw..macam mana caranya nak hapuskan baju dalam lama nih (untuk pompuan la)..

nak taw caranya??atok petik dari entry tu

kalau nak buang, koyak koyak kan sampai hancur bungkus dalam suratkhabar tebal tebal baru buang ok.

atau

aku( Belog Cik Aish , bukan atok ye) tanam belakang rumah je.

owh..canggitu..baru atok taw..kih3..mak cik aish cakap bahaya kalau buang camtu je lam tong sampah..sebab..

tak baik kalau kita buang pakaian dalam kita secara terbuka. korang bayangkan ea. benda tu kalau lelaki lelaki yang kerja MPS ambik sampah tu, nampak barang barang tu, dikhuatiri dorang akan ambik. sebab lelaki GILA SEKS sekarang ni ramai tau!

hahahah..ade jugak ke orang lelaki yang gila seks camtu sekali?? sanggup kutip balik bra lama yang dah campur dengan sampah?? lagipun, diorang nak buat apa?? nak jual bundle eh? kih3…

dorang yang dapat pakaian dalam kita yang lama lama tu, lagi dorang suka sebab kita dah pernah pakai. dan kalau korang nak tahu, pakaian dalam yang pernah dipakai, adalah barang paling mujarab untuk bomoh bomoh tak bertauliah buat benda benda tak senonoh kat kita.

hahahaha..ini part yang lawak TAPI ADA BENARNYA!!! mungkin kot..kan? mana la taw..mamat bangla yang dah lama syok kat cucu pompuan yang kiut miut ni boleh buat camni..tiap-tiap hari kutip sampah, tup-tup dapat cucu punye bra!! x pasal-pasal diorang bomohkn..hik3..habis la kalau camni..

jadi..cara yang paling selamat..cucu bakar je la bra tu..kih3..itu petua dari atok..x payah susah2 nak koyak,buang dan tanam..kan? kalau bakar semua hilang terus..kuman-kuman pun mati sekali..xdelah ada penyakit berjangkit akibat bra lama tu…lepas tu..abu tu simpan dalam bekas buat kenangan atau cenderamata..cantik jugak kan?

p/s : nak try bakar spender la…kih3

Selasa, 26 April 2011

[18SX] KEGUNAAN, KEKURANGAN, & KELEBIHAN CYBERSEX

pernah cucu dengar pasal cybersex??

image

atok pun baru je dengar semalam..kih3..melalui entry satu blog..atok dah lupa blog mana..lepas baca entry tu, atok rasa tertarik pulak nak taw..apa itu cybersex..

apa kebendanya cybersex?

sex dengan alatan komputer? atau, sex dengan robot??

teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet…

SALAH!!Nyah-Nyah

 

cybersex tu maksudnya aktiviti seksual atau ghairah melalui komunikasi oleh komputer.

dipetik dari wikipedia

Cybersex - Wikipedia, the free encyclopedia

Cybersex, also called computer sex, Internet sex, netsex, mudsex, TinySex and, colloquially, cybering, is a virtual sex encounter in which two or more persons connected remotely via computer network send each other sexually explicit messages describing a sexual experience. It is a form of sexual roleplay in which the participants pretend they are having actual sex. In one form, this fantasy sex is accomplished by the participants describing their actions and responding to their chat partners in a mostly written form designed to stimulate their own sexual feelings and fantasies

paham?? dah taw cara guna cybersex..apa gunanya cyber sex ni?

image

  • untuk mendapatkan pengalaman bagi penulis yang ingin menulis adegan seks lebih realistik, dengan bertukar idea
  • Kerana cybersex dapat memuaskan beberapa keinginan seksual tanpa risiko penyakit menular seksual (PMS) atau kehamilan, itu adalah cara fizikal yang selamat bagi kaum muda untuk bereksperimen dengan fikiran seksual dan emosi.
  • Dalam hubungan jarak jauh, cybersex boleh berfungsi untuk mempertahankan dimensi hubungan seksual  di mana mereka melihat satu sama lain..macam webcam la

itu dalam hukum hakam bukan islam..apa pulak yang islam tegur tentang perkara yang melibatkan cybersex ni

Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7]

atok rasa..firman Allah tersebut sudah cukup untuk menjelaskan bahawa cybersex ini diharamkan apatah lagi jika berhubungan dengan selain isteri..hohoho

Jumaat, 15 April 2011

PETUA : LARANGAN MINUM AIR SAMBIL BERDIRI

Dipetik dari blog aku dan blog

image

kenapa Nabi Muhammad melarang kita minum sambil berdiri??

entry asal dalam bentuk esei..jadi atok ambil point-point supaya senang untuk dibaca..

  • kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri.
  • Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup.
  • Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.
  • jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi.
  • Air itu boleh terus masuk menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.
  • Kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.

nak baca entry penuh?? disini : Jangan Minum Air Putih Sambil Berdiri | aku dan blog

Rabu, 6 April 2011

PETUA CANTIKKAN RAMBUT

imageEhem2…salam…

dah lama atok x berkongsi pasal petuakan? xpelah, malam ni atok nak kongsi petua rambut..orang cakap rambut ni mahkota setiap insan? ye ke? abis tu kenapa ada yang botakkan rambut? x suka pakai mahkota ke? ataupun pepatah tu sesuai untuk perempuan je? hmm..

x kisah la apa pendapat masing-masing pasal rambut..tapi, malam ni atok nak kongsi sikit pasal petua untuk cantikkan rambut dengan cara organik..semua lapisan masyarakat boleh cuba, lelaki, perempuan, tua, muda, melayu,cina dan india kecuali makhluk asing..hihihi

petuanya atok salin dari artikel di Scribd..

 

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.

2. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

3.Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.

Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

hah! itu je yang atok dapat kongsikan dalam entry kali ni..selamat mencuba…

Sabtu, 2 April 2011

[HOT] AWEKKU YANG SUKA BERMEKAP

hahaha..nah..amik buat awek-awek yang suka bermekap..entry ini KHAS UNTUK LELAKI SAHAJA..

image

tadi..masa atok berjalan-jalan sambil berkomen-kumen..atok terjerumus ke satu blog..tuan punye blog tu perempuan la..x payah cakap la blog mana..ewah-ewah..bukan main suka lagi dia bermekap..hahaha

memang cun la dia..tambah lagi dengan mekap serta bulu mata palsu..wow! anggun dan menawan..tapi atok terfikir..hmmm..elok ke kalau awekku bermekap ni? hihihi

atok bukan nak salahkan orang perempuan bermekap, tapi mekap tu biar la berpada-pada..atok terfikir jugak..macam mana agaknya kalau masa bercinta dulu bukan main lawa lagi..ye la, semuanya palsu..mata palsu, eye lens palsu (pakai contact lens), warna kulit pun palsu (sebab mekap tebal sangat)..hihihi..lepas kahwin..alamak…lain la pulak..apasal masa bercinta dulu kulit muka isteri aku ni putih gebu, bila dah kahwin dah jadi macam HULK pun ada…hahaha..

jahatnya atok…

atok pun x suka sangat sebenarnya perempuan yang bermekap bagai nak rak ni..siap ada kotak mekap besar lagi..tu dah kira over la tu.dah jadi macam mak andam pulak..kan2? kadang-kadang atok tengok pun takot,dah macam jadi pelakon opera tu..hihihi

image

cucu lelaki camne lak? kisah x kalau awek cucu sekalian tu bermekap macam gambar kat atas ni? hahahaha

Selasa, 8 Mac 2011

GIVEAWAY CONTEST PALING PELIK DI ALAM MAYA

haish..atok terjumpa satu contest yang pelik..x perlu buat apa-apa..sekadar beritahu orang ramai dan dapat hadiah..hadiahnya pulak lumayan..kesemua hadiah bernilai RM80..hohoho..agak banyak la..amacam? nak tahu x apa ke benda CONTEST PELIK NI? NAK JOIN?

KLIK JE DI URL NI : http://deejaywani.blogspot.com/2011/02/ketagih-join-contest-atau-giveaway.html

ADA LAGI CONTEST YANG PELIK-PELIK? BAGI TAW ATOK BOLEH..hihihi..cucu pernah x jumpa contest pelik yang lain? hurm...komen sikit pendapat cucu..kah3..

Sabtu, 5 Mac 2011

[VIDEO BULI] KELING BABI

tengok dulu video ni..



kenapa masih perlu sikap perkauman? kenana masih mahu membuli? melayu, cina, india, dll adalah sama sahaja..kita adalah rakyat malaysia yang bernaung bawah raja yang sama, menyanyikan lagu Negaraku yang sama dan hidup di bumi malaysia yang sama..


atok mengutuk sekeras-kerasnya terhadap mereka yang membuli pelajar india tersebut..diharapkan Allah dapat memberikan hidayah kepada mereka yang membuli..


Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

AWAS : TELUR AYAM PALSU

pernah x dengar kes telur ayam buatan? yang dibuat dengan bahan kimia? meh tengok gambar dulu

image

dah nampak? semua ni berlaku di CHINA..berita selanjutnya

imageimage

Semua orang tahu, China terkenal dengan produk-produk yang berjaya dipalsukan oleh mereka. Terbaru berita harian, telur ayam berjaya dipalsukan mereka. Pihak berkuasa telah berjaya menyita sebahagian besar telur ayam palsu di gedung pasaraya kota Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong, China. Harganya pula murah, mestilah ramai yang terpedaya dan terus membelinya. Manakan tidak, sebiji telur ayam palsu dijual serendah 0.15 yuan bersamaan RM0.074 iaitu separuh daripada harga sebenar.

imageimage

Di sana, kalau hendak belajar membuat telur ayam palsu ada caranya. Masuk kursus. Kurusus cara-cara membuat telur ayam palsu diadakan selama 3 hari dengan bayaran serendah 30 yuan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk belajar dan memulakan bisnes haram lagi menipu ini.

Berbagai macam bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan bahkan tawas, yang biasanya digunakan untuk membuat telaur ayam palsu ini. Untuk kuning telur itu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida. Ini membolehkan ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. Telur kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan. Shell tidak dilupakan.

imageimage

Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering. Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelmbung muncul pada telur putih. Tetapi para ahli memperingatkan akan bahaya makan telur palsu kerana tidak mengandungi sebarang nutrisi. Seorang profesor Universiti China dari Hong Kong memperingatkan pengguna telur ayam palsu boleh mengalami demensia.

imageimage

macam2..semua orang nak ambil untung tanpa hirau kesan negatif kepada pengguna..

Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

Jumaat, 4 Mac 2011

PROTON EMAS BAKAL DILANCAR

image

lawa x PROTON EMAS..dari luar nampak bergaya..model PROTON EMAS adalah bercirikan kompak dan memenuhi citarasa yang segar..atok tengok pun ada jugak rasa berkenan dihati..

dengar-dengar cerita, PROTON EMAS ni bakal menggantikan PROTON PERDANA..betul ke? malah, ada ura-ura mengatakan bahawa segmen PROTON EMAS keluaran akan datang kemungkinan besar menyerupai NISSAN FUGA

laporan di berita harian online : Kerjasama Nissan percepat model baru PROTON

image

memang mantap la NISSAN FUGA ni..kalau nak tengok bahagian dalam boleh cari di GOOGLE..hihihi..tapi yang peliknya,sebelum ni PROTON EMAS dicadangkan untuk kereta kompak tetapi kalau dah amik platform NISSSAN FUGA jadi kereta mewah sedan la pulak..hurmmm…ataupun akan ada modifikasi dari proton?

apapun, tahniah buat proton sebab mampu murahkan kereta import (tangan ke bahu, mata ke atas)…hahahaha..paham2 la sendiri..

bila PROTON EMAS dilancar? kemungkinan 2012…tahun depan la nampaknya..

links mengenai PROTON EMAS DAN NISSAN FUGA

New Proton Perdana: Nissan Fuga?

Proton EMAS Concepts: over 50 live images!

Proton’s Emas launched in Geneva

Khamis, 3 Mac 2011

[GEMPAR] IMAM MUDA AGENDA YAHUDI?

image

terkejut jugak atok baca di satu artikel tadi..ada ceritakan bahawa program imam muda ni satu rancangan yahudi dan israel laknatullah..betul ke? meh baca komen yang atok dah printscreen kan..hmmm

image

image

image

image

image

image

macam-macam la dunia sekarang..atok pun dah bertambah keliru..semua benda nak dikaitakn dengan illuminati dan yahudi..cucu rasa camne? atok pening ni..huhuhuhu

atau ini hanyalah lawak semata-mata? hohoho

kalau nak baca komen penuh mengenai isu ini..boleh ke facebook : http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=197962030228650&id=163629210328599

LAGI PELAJAR MATI AKIBAT H1N1, SEKOLAH DITUTUP

image

dipetik dari berita harian online 3/3/2011

Sekolah ditutup pelajar mati kena H1N1

Jabatan Kesihatan sahkan 15 murid turut mempunyai simpton dijangkiti selesema

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Sungai Long, Kajang diarah tutup sekurang-kurangnya seminggu mulai hari ini selepas seorang pelajarnya yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada 24 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di sekolah berkenaan sejak tiga hari lalu menunjukkan wujud simpton virus berkenaan.

berita penuh : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahditutuppelajarmatikenaH1N1/Article/

nampaknya kes HINI masih belum tamat..kene berjaga-jaga lagi la nampaknya dengan wabak H1N1 ni…atok ingatkan kes H1N1 dah game over..tapi x jugak..degil betul virus ni..huh!

macam mana nak cegah dan elak H1N1? nah atok kasi petua sikit..

Petua2 Mencegah dan Merawat H1N1 yang boleh dicuba:

  1. Masukkan kurma ke dalam mangkuk, tuangkan air kelapa dan biarkan selama sejam. Kemudian kurma dimakan dan air kelapa diminum.
  2. Makan sekurang2nya 6 biji epal hijau sehari selama diserang wabak.
  3. Minum jus oren segar.
  4. Minum air ECPI sekurang2nya 5 liter sehari.
  5. Bancuh gula melaka dgn air panas dalam gelas mcm teh o pekat. Pastu ambil secubit garam campurkan skali. Dah sejuk minum dengan selawat.
  6. Kopi Radix dari HPA.
  7. Sentiasa bawa cengkih dan kulit kayu manis ke mana-mana. Bila dah mula bersin, mamah 5 kuntum cengkih dan 1/2 inci kayu manis, 2-3 X sehari.
  8. Bila ada tanda2,  guna 1/2 inci kayu manis , 5 kuntum cengkih, 1/4 – 1/2 jari halia hidup, 1/4 – 1/2 jari kunyit hidup & 5 biji lada hitam. Tumbuk hingga lumat. Tambah 1 cawan air panas dan minum, 2-3 kali sehari

sumber : email forward..

kalau nak informasi tambahan mengenai H1N1 boleh tengok di INFO SIHAT : http://www.infosihat.gov.my/menuutama/Wabak/SwineFlu/Langkah.php

Rabu, 2 Mac 2011

[PANAS] PETUA LAJUKAN BROADBAND

image

broadband macam beruk?

ataupun memang pakai berukband?

berukband = broadband slow menjadi-jadi?

jangan risau…atok dah temui penyelesaiannya..

nah, klik saja pada tajuk entry ini : Lajukan Broadband Yang Dah Sampai Limit

*p/s : kalau x jadi jangan marah atok ek..hihihihi

atok pun pernah pakai broadband..kalau masa mula-mula bayar tu ok la..bila dah hujung bulan..taw pulak si broadband tu nak jadi slow macam kura-kura..hampah tol..sekarang atok guna wi-fi yang universiti bagi je..laju dan free(mungkin terbayar dalam yuran..hohoho)…hahaha

Selasa, 1 Mac 2011

PETUA KURUS DARI SELURUH NEGARA part2

petang ni atok nak kongsi sikit pasal petua untuk kurus yang atok dapat setelah menjelajah ke beberapa benua..hohoho..sebenarnya, ini adalah petua ke dua selepas petua kurus yang pertama..sesiapa yang belum baca bahagian pertama tu..boleh baca disini : PETUA & RESIPI KURUS DARI SELURUH NEGARA part 1

petang ni atok nak kongsi PETUA KURUS DARI THAILAND & INGGERIS..

THAILAND

KELEBIHAN REMPAH

image

thailand terkenal sebagai makanan yang pedas diseluruh negara. cili padi yang banyak digunakan dalam masakan mereka memainkan peranan kepada proses metabolisme badan. walau bagaimanapun, menurut James Hill, Presiden American Society for Nutrition mengatakan makanan pedas perlulah dikunyah perlahan-lahan. ini untuk memastikan sistem pencernaan dapat memberi isyarat yang jelas ketika anda merasa kenyang

INGGERIS

ELAKKAN MEMBELI SAIZ MENU BESAR WALAUPUN MURAH

bagi anda yang pernah ke London, cuba perhatikan kebanyakan jurujual lebih suka menawarkan saiz menu yang lebih besar dengan harga yang sama. bagi anda yang mudah terpengaruh mungkin akan menerimanya. tetapi, bagi warga inggeris mereka lebih suka mengambil dalam jumlah yang kecil kerana wanita disana menganggap seksi adalah identiti ukuran badan yang profesional.

dipetik dari buku rapi ; 1 DIS 2010 ; BIL.153

BOB LOKMAN BANTU KEMPEN PAS DI PRK KERDAU

image

dipetik dari malaysiakini :

Setelah muncul di Merlimau sebelum ini, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini turun ke Kerdau dengan misi memenangkan calon PAS Hassanuddin Salim.

Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga mendedahkan beberapa kali terlibat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi membantu calon BN dan dibayar antara RM2,000 hingga RM3,000 ribu.

Bob juga berjenaka dengan menyentuh pelbagai perkara, antaranya bertanyakan penonton sama ada calon BN bernama "Side Effect" (kesan sampingan) dan tidak akan percaya lagi pada Datuk Seri Najib Razak walaupun walaupun perdana menteri berucap "dengan golek kepala".

bagus la..bob lokman dah insaf dan mendekati agama islam..tapi, ada jugak yang x seberapa setuju bila bob lokman ini terjun ke arena politik..apatah lagi politik pembangkang..huhuhu..

tapi atok ok je..hihihi

pendapat cucu lak camne? ok x bob lokman ni masuk politik? ada nak bagi komen?

BERITA PENUH : Bob Lokman berkempen di Kerdau pula

AWAS! FACEBOOK TIRUAN BERBAHAYA

image

atok terjumpa benda ni dalam laman FACEBOOK yang betul..tajuk artikel tu : Protect Yourself Against Phishing

rupanya bahaya jugak facebook tiruan ni..admin facebook tiruan ni dapat informasi mengenai email dan password facebook kita yang sebenar..apa yang bahayanya, pisher(yang buat  kerja jahat ni) akan menggunakan email kita untuk hantar atau edar sebarang spam, virus dan lain2 lagi..malah, ada yang hantar mesej berunsurkan porno kepada rakan-rakan kita..hurmm…

macam mana nak elak jadi mangsa pishing ni ek?

  • Gunakan up-to-date pelayar yang memaparkan sebuah senarai hitam anti-phishing. Beberapa contoh termasuk Internet Explorer 8 atau Firefox 3.0.10.
  • Gunakan login dan password unik untuk setiap website yang anda gunakan.
  • Semak untuk melihat bahawa anda login dari laman Facebook yang sah dengan domain facebook.com.
  • Berhati-hatilah dari setiap posting, mesej atau link anda dapati di Facebook yang kelihatan mencurigakan atau memerlukan login tambahan.

Menjadi peminat Facebook Security Page untuk  lebih lanjut tentang ancaman baru serta maklumat bermanfaat tentang cara melindungi diri anda secara online.

Sabtu, 26 Februari 2011

“FACEBOOK BLOG” ALTERNATIF BLOG BARU

image

atok terjumpa pasal FACEBOOK BLOG ni dah lama..sekitar beberapa hari yang lepas..tapi x sempat nak share..sementara ada masa free ni, atok nak berkongsi sikit pasal FACEBOOK BLOG..

memang dpat kaut keuntungan berganda-ganda la si tokey FACEBOOK ni..dah nak cabar BLOGGER dan WORDPRESS nampaknya..tahniah la ye..hihihihi

kalau cucu nak taw apa tu FACEBOOK BLOG dengan lebih dekat, cucu boleh ke FACEBOOK dan taipkanimage FACEBOOK BLOG di ruangan “search”..dari situ akan keluar la semacam yang atok dah print screen ni..

tapi, yang atok konpiusnya..dalam kerancakan promosi pasal FACEBOOK BLOG ni..sehingga sekarang atok x tahu bagaimana nak gunakannya..dah puas atok pusing2, keliling2 sekitar page tu dan siap tukar dari english ke bahasa malaysia lagi..tapi tetap x tahu macam mana nak gunakan..

ada sesiapa tahu x pasal FACEBOOK BLOG ni? boleh tolong ajar sikit camne nak guna..huhuhu

Khamis, 24 Februari 2011

[GEMPAR] RON 97 NAIK HARGA AWAL MAC 2011, RON 95 AKAN NAIK LAGI.

haih..tiap bulan harga minyak naik..buat masa sekarang, harga RON97 ialah RM2.50 seliter dan RON95 ialah RM1.90 seliter..mahal sangat ke? macam murah je kan?

5sen

MURAH!!!..nak kene cepuk ke? atok cepuk sesapa cakap harga tu murah..apa punya manusia la cakap tu masih murah..masalahnya, bila harga minyak naik, harga barangan lain pun naik..apa yang sedihnya, harga barang keperluan asas seperti beras, tepung, barangan dapur pun akan turut naik mendadak..

tu belum kira makanan yang dah siap masak seperti kuih dan lauk-pauk harian..dah la biasiswa x naik-naik..yang buat pinjaman PTPTN lak makin terhimpit dan menyempit..yang sedih lagi, gaji kakitangan awan dan swasta tu takat tu je..x lama lagi jatuh miskin la rakyat malaysia..yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus papa kedana..hmmm

ARTIKEL MENGENAI HARGA RON 97 & RON 95 AKAN NAIK : Ron 95 akan dinaikkan..

Selasa, 22 Februari 2011

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA

bagi lepasan STPM dan SPM..mesti cucu semua tengah pening kan..kemana la nak pergi lepas ni..nak belajar apa la di universiti nanti..universiti mana ek yang best? nak pergi oversea atau local? hurmmm..

sebelum tu..fikir dulu, masa sebelum dapat keputusan STPM atau SPM..ada isi borang kemasukan ke IPTA 2011/12? kalau ada..lengkapkan borang itu sekarang..

image

kepada pelajar lepasan STPM yang ingin memohon biasiswa JPA..boleh layari laman web ini :  http://esilav2.jpa.gov.my/ ..mana la taw..kot2, JPA bermurah rezeki nak beri biasiswa tahun ni…hihihi

image

lepas tu..borang UPU dah penuhkan belum? bagi cucu yang belum penuhkan borang UPU..boleh klik pada link ini (http://upu.mohe.gov.my/) untuk penuhkan ruangan yang belum penuh..

kepada pelajar lepasan SPM 2010..cucu jangan risau..tidak ada mana borang yang perlu diisi buat masa sekarang..kerana, keputusan SPM 2010 masih menjadi teka teki..nak isi borang apa2 pun, sekitar seminggu atau dua minggu selepas keputusan spm keluar..

kepada cucu yang nak tahu bila tarikh pengunguman keputusan SPM 2010, boleh tengok disini

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010

TARIKH JANGKAAN KEPUTUSAN SPM 2010

InsyaALLAH betul…

Rabu, 16 Februari 2011

PETUA & RESIPI KURUS DARI SELURUH NEGARA part 1

pagi ini atok dengan suka hati nak berkongsi petua kurus yang atok kutip dari negara ke negara yang atok jelajah..atok ada jumpa beberapa petua kurus yang berlainan dari setiap negara..

atok bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memendekkan senarai petua kurus tersebut..sesiapa yang nak cuba boleh la yep..kalau x jadi jangan marah..

BRAZIL

NASI DENGAN KEKACANG

Rio de Jenairo terkenal dengan makanan yang lazat. Pernahkah anda terfikir, bagaimana wanita-wanita di sana dapat mempertahankan bentuk badan yang menarik walaupun sering digoda dengan makanan lazat.

menurut penetilian dalam jurnal Obesity Research mengatakan nasi yang dicampur bersama kekacang mampu mengurangkan risiko berat badan sehingga 14%. Dengan mencampurkan kekacang bersama nasi akan membuatkan makanan anda berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.