Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

[VIDEO] SEBAB KENAPA TIDAK BOLEH MAKAN BINATANG

hah? tidak boleh makan binatang?? biar betul?? betul..

pertama, binatang yang haram iaitu babi, anjing serta keturunannya

kedua, binatang yang tidak disembelih mengikut cara islam..

ketiga..tengok je vidoe di bawah ni..lepas tu cucu fikir kan sendiri..patut x nak makan binatang seperti ini…

macama mana?? nak makan lagi?? hihihi

baik jadi vegeterian kalau macam ni yang berlaku di malaysia..

P/S : panjangkan entry ini di FACEBOOK untuk diketahui rakan dengan menekan butang LIKES dibawah

Sabtu, 5 Mac 2011

[ALI RUSTAM MB MELAKA] KARI BIAWAK DISANGKA AYAM

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

image

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'

"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.

http://www.malaysiakini.com/news/157727

bersyukur dengan apa yang cucu makan pada hari ini..atok bukan nak mengulas mengenai politik, tetapi ingin mengajak cucu bersyukur dan ingat bahawa masih ada rakan-rakan kita yang miskin dan tidak mampu makan dengan sempurna.. 

macam mana agaknya rasa kari biawak eh? uweeek..hohoho

image

KOMEN MENGENAI RASA BIAWAK : » Weird Food Series 8: Cobra (Naja naja) & Biawak (Varanus indicus) Michelle Walewangko’s Fave Things

  • Kita pesen: Cobra (15ribu), Biawak (20ribu) sama Monyet (40ribu), semuanya digoreng. Kita makan tanpa nasi, karena sebelumnya udah begah abis makan di Sushi Tei dan Haagen Dazs PS, jadi niat ke sini icip2 aja ngemil gitu.
  • recommended at all. Dagingnya agak2 amis gitu, yieekss…walao sama2 digoreng kering tapi taste-nya gak enak. Entah bumbunya yg laen atau emang karakter dagingnya gitu. Gw sih sekali ini aja dah, gak mau lagi. Si PB aja gak abis makannya, Cuma coba sekali trus stick to the snake. Sisanya mao gak mau gw yg abisin..hehehhe..gak doyan blaz pun bisa abis ternyata..daripada mubazir gitu sayang udah dibeli..

agak memualkan la..nak tido je lah..huhuhu

Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

Rabu, 16 Februari 2011

PETUA & RESIPI KURUS DARI SELURUH NEGARA part 1

pagi ini atok dengan suka hati nak berkongsi petua kurus yang atok kutip dari negara ke negara yang atok jelajah..atok ada jumpa beberapa petua kurus yang berlainan dari setiap negara..

atok bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memendekkan senarai petua kurus tersebut..sesiapa yang nak cuba boleh la yep..kalau x jadi jangan marah..

BRAZIL

NASI DENGAN KEKACANG

Rio de Jenairo terkenal dengan makanan yang lazat. Pernahkah anda terfikir, bagaimana wanita-wanita di sana dapat mempertahankan bentuk badan yang menarik walaupun sering digoda dengan makanan lazat.

menurut penetilian dalam jurnal Obesity Research mengatakan nasi yang dicampur bersama kekacang mampu mengurangkan risiko berat badan sehingga 14%. Dengan mencampurkan kekacang bersama nasi akan membuatkan makanan anda berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.

Ahad, 21 November 2010

PETUA TERCEKIK TULANG

petua ni atok dapat dari FACEBOOK kawan2 atok..hehehe..tapi petua ni di ceritakan dalam bentuk penceritaan..atok petik hanya separuh dari ceritanya..begini ceritannya


Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku..

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

begitulah petuanya..kalau tercekik cuba la yep..moga2 x tercekik sampai mati..tapi lau susah sangat..cucu pegi je ospital..suh doktor buangkan benda tercekik tu..

P/S : MAAF NGN LAWAK TU..hehehe..atok ada yang versi betul2 punye..kt sini :
[versi serius] PETUA TERCEKIK

Ahad, 7 November 2010

Petua Pilih Sayur-Sayuran

Kubis - Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

Sawi - Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.

Timun - Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

Tomato - pilih yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.

Ubi keledek - Pilih buah yang lurus dan kulitnya putih bersih.

Bendi - Pastikan hujungnya lembut

Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.

Bersihkan Getah Nangka


Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.

PETUA DI DAPUR 2


• Mengelakkan Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
atau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air

• Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.

• Melemakkan Masakan Pulut
Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa.

• Menanggalkan Kerak
Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

• Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya .

• Hilangkan Hanyir Ikan Keli
Rendamkan ikan keli yang sudah disiang ke dalam air sagu lebih kurang 5 - 10 minit. Selepas itu basuh ikan keli tersebut dengan air bersih. Ikan keli tersebut tidak akan berbau hanyir apabila dimasak.

• Kurangkan Ulat Beras (Bubuk)
Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

• Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

• Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

PETUA DI DAPUR


• Mengekalkan Kesegaran Sayuran Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.

Jemput-jemput Sentiasa Lembut Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

• Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.

• Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

• Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

• Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

• Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

Sabtu, 6 November 2010

Ayam Goreng Lebih Rangup



Agar ayam goreng yang digoreng lebih rangup, gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan kemudian goreng ayam seperti biasa. Cara ini juga menjadikan ayam goreng lebih enak.

HILANGKAN LENDIR BENDI


Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Kemudian sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping itu apabila sayur tersebut hendak diangkat. Insyaallah lendir pada sayur bendi itu akan hilang serta-merta.Satu cara lagi, basuh dahulu bendi yang hendak dimasak, kemudian barulah potong bendi tersebut sebelum dimasukkan dalam masakan.