Memaparkan catatan dengan label BAYI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAYI. Papar semua catatan

Jumaat, 8 April 2011

VIDEO : BAYI JANTUNG DILUAR MASIH HIDUP

atok petik cerita dari KOSMO ONLINE

Derita bayi jantung di luar badan

image

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.

sumber : Derita bayi jantung di luar badan

VIDEO BAYI TERSEBUT

 

sama-sama kita doakan kesejahteraan bayi terbabit…kehebatan Allah tiada bandingannya..

Isnin, 14 Mac 2011

KERAJAAN HARAMKAN BOTOL SUSU BAYI

mulai hari ini..kerajaan malaysia akan mengharamkan penggunaan botol susu bayi yang mengandungi bisphenol A..

atok pun xtaw apa kebendanya bisphenol A tu..bunyi macam best je..hihihi.

kalau nak taw baca petikan dari Berita harian dibawah

image

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu

yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan

botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A,

di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

 

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

berita penuh : Berita Harian Online | Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

kepada ibubapa yang mempunyai bayi yang manggunakan botol susu..tolong-tolong la tengok-tengok balik botol susu tu..ada bahan terlarang ni x? kalau ada tu, tolong la gantikan dengan yang lebih selamat..bukan apa, nyawa bayi anda tu lebih berharga..

apapun,kepada ibu-ibu jangan lupa untuk memberikan susu badan kerana susu badan adalah formula diet yang terbaik untuk bayi…

Sabtu, 11 Disember 2010

KENAPA LELAKI TERTARIK PADA PAYUDARA?

Persoalan yang tidak pernah dirungkai….hahahahahaha

maaf kalau entry ini cucu rasa agak lucah..sekadar untuk menghiburkan hati membasahkan gusi je…hik3…

percaya x bahawa lelaki amat tertarik pada payudara perempuan? cucu perempuan tahu x? kalau xtahu hari ini cucu tahu lah ye..

nakalnakal2

atok pun x pasti apa yang menariknya pada seketul lemak dan daging itu..tapi atok hairan..kenapa benda itu lah yang orang lelaki geram dan gilakan..huh! kenapa ye? sejak semalam atok fikir…atok pusing-pusing,jalan-jalan,lari-lari dari blog ke blog..maka dapat satu idea..

idea yang merungkai misteri kenapa lelaki teramat suka pada payudara…

rupa-rupanya..semenjak hari pertama kita lahir…antara benda yang terawal yang masuk dalam mulut dan pertama kali kita tengok ialah payudara..semenjak lahir lagi, ibu yang menyusukan kita sehingga kita berusia 2 tahun..

selepas baligh, cucu lelaki dah x dapat lagi tengok payudara secara “live”…hahaha…sebab tu diorang geramkan sangat..mungkin ingat kat mak kot…hik3…

jadi perempuan..tutuplah dada mu dengan kain yang labuh supaya mata-mata golongan XY ini tidak tersiksa..orang lelaki bukan nak sangat tengok benda tu..tapi disebabkan golongan XX ini sengaja tonjolkan..maka, XY akan teringat kisah ketika bayi bersama ibunya…hahahahaha

ada tiga benda yang atok tahu tentang payudara..klik la kalau nak tengok

SILICON DI "PAYUDARA TATOO "
Patung yang membawa keuntungan jika disentuh payudaranya
Payu Dara Panjangkan Usia Lelaki

itu pendapat atok..cucu rasa sebab apa lelaki tertarik pada payudara perempuan? ada idea x?

Khamis, 11 November 2010

PETUA UNTUK BAYI DEMAM


hari ni atok nak bagi petua pasal budak kecik@bayi yang demam..biasa la wahai ibu2..jangan risau jika anak anda demam..sebab masa kecik ni.diorang punya antibodi masih lagi lemah..bukan macam ibu2..hehehe...malah, macam2 jenis demam yang mereka mudah terdedah..antaranya demam kuning,demam biasa,demam campak dan selsema..

kebanyakan ibubapa cuba untuk mengelakkan memberikan anak mereka minum ubat di farmasi dan klinik...mengapa? adakah ibu ngak percaya sama doktor?hehehe..cakap indon pulak..hahaha..bukan x percaya, cuma bimbang kesan kan? saya paham situasi ibu2...sebab atok ramai cucu...hehehe..namun awas..JIKA DEMAM PANAS..TERUS BAWA KE HOSPITAL @ WAD KECEMASAN..KERANA IA AMAT MERBAHAYA..boleh menyebabkan terencat akal dan kematian..

bagi bayi yang demam biasa..ibu2 boleh mencuba petua ini..

1) ambil beberapa helai daun bunga raya..basuh hingga cuci..jangan basuh guna sabun pulak..hehehe..lepas tu, sediakan semangkuk air..ramas2kan daun bunga raya hingga keluar lendir...kacau hingga sebati..lepas tu..amik kain kecik..basahkan tubuh anak anda..

mama atok pun buat cmni jgk kat adik2 atok yang lain..2,3 hari dah ok..untuk demam biasa jela..demam panas..bawak pegi jumpa doktor..sekali lagi atok pesan..

2) suapkan anak anda madu yang dicampur dengan asam limau..petua ini juga boleh digunakan kepada mereka yang batuk dan selsema..

dalam islam sendiri menceritakan bahawa madu lebah dah herbatusauda mampu mengubat segala penyakit kecuali tua dan mati sahaja..

yang tu atok ingat..nanti lain kali atok tanya nenek ngn mama atok ye...harap dapat amalkan...jangan terlalu kerap memberikan bayi anda menggunakan ubat hospital kerana ubat hospital mengandungi dadah dan kesan lain..

satu lagi atok nak pesan..dapatkan suntikan imunisasi untuk bayi secukupnya...dan selalu timbang berat bayi..supaya masalah obesiti tidak berlaku..masalah sekarang..ibubapa suka sangat tengok bayi mereka gemuk..dikatanya sihat..tapi AWAS!! anda sedang mencorakkan pemakanan anak anda..mungkin anak anda berisiko untuk mengidap diabetis mallitus, lam bm nya..kencing manis..hehehe..

itu je pasanan dan petua dari atok..selamat beramal...