Sabtu, 7 Mei 2011

PESANANKU KEPADA ADMIN KK2

image

DARIPADA : PELAJAR KK 2

KEPADA : PENGURUSAN KOLEJ 2 YANG DIKASIHI

SUBJEK : KENAPA KAMI DIPERGUNAKAN?

TARIKH : 7. MEI. 2011

Merujuk kepada senarai nama pelajar yang diterima untuk menginap di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah 2011/2012.

Saya, mewakili pelajar yang memohon untuk menginap di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah sesi 2011/2012 ingin menyatakan BANTAHAN dan KETIDAKPUASAN HATI kami terhadap pentadbiran kolej dalam proses pemilihan pelajar..

Saya amat terkejut kerana rata-rata pelajar yang tidak dapat menginap bagi sesi 2011/2012 adalah pelajar yang aktif dengan aktiviti kolej. Malah, lebih menyedihkan lagi apabila terdapat pelajar kolej yang tidak aktif diterima masuk untuk menginap pada sesi 2011/2012

Kalau dilihat kepada kretiria yang dipilih oleh pentadbiran, secara jelas menunjukkan ketidak adilan berlaku terhadap mahasiswa yang aktif aktiviti kolej. Persoalannya :

1. KENAPA 76 PELAJAR TERAWAL KE ROADSHOW TNC DIBERIKAN MERIT KHAS UNTUK MENGINAP SESI 2011/2012?

a. Apakah roadshow itu terlalu agung hingga 76 pelajar terawal mendapat tempat untuk menginap? Maknanya, kalau pelajar itu tidak menyertai sebarang aktiviti kolej tetapi termasuk dalam golongan 76 terawal..maka, dia berhak untuk menginap pada sesi 2011/2012. Ini jelas bertentangan dengan apa yang diuar-uarkan kepada pelajar sebelum ini iaitu hanya pelajar yang aktif sahaja dibenarkan menginap pada sesi hadapan.

b. Malah, kalau diperhatikan pada senarai nama 76 pelajar terawal, rata-ratanya pelajar bukan muslim..kenapa pelajar muslim amat sedikit? Kalau rakan-rakan ingat, pada waktu dan saat 76 nama diambil ialah waktu maghrib dan sebagai seorang muslim, seorang muslim wajib menunaikan tanggungjawabnya terlebih dahulu untuk solat maghrib pada waktu itu.maka, tidak hairanlah kalau saya jelas menolak senarai nama 76 pelajar tersebut kerana jelas ketidak adilan berlaku terhadap pelajar muslim

2. KENAPA HANYA 2 ORANG PELAJAR YANG MENYERTAI BALAI ISLAM TERSENARAI UNTUK MENDAPAT TEMPAT PENGINAPAN DI KK2?

a. Persoalan yang bermain-main difikiran kebanyakan pelajar..setahu saya, pelajar yang menganggotai balai islam adalah pelajar yang aktif..masakan tidak, pelbagai aktiviti dibawah balai islam telah dijalankan antaranya Ihram, Prosas dan program mengimarahkan surau seperti kuliah maghrib dan bacaan Yasin.

b. Adakah hanya 2 orang pelajar terlibat dalam menjalankan program tersebut? Kenapa hanya 2 orang sahaja diberikan penginapan? Semuanya telah dirancang dan diatur untuk menutup kezaliman pentadbiran kolej dengan alasan mereka telah menyenaraikan 2 orang pelajar balai islam. Kalaulah ditakdirkan Presiden Balai Islam 2010/2011 tidak mendapat tempat, maka ianya secara jelas memperlihatkan bahawa balai islam lah penyebab pelajar tidak dapat penginapan kolej. Manakala, seorang lagi pelajar tersebut bakal ditabalkan menjadi Presiden Balai Islam 2011/2012.semuanya telah diatur dengan sangkaan bahawa pelajar itu bodoh untuk menilai.

3. SOKONG PRO-M TIDAK DAPAT PENGINAPAN?

a. Sekali lagi masalah politik kampus berlaku dikolej. Kalau dilihat pada Pilihanraya Kampus 2011/2012 baru-baru ini. Nampaknya pentadbiran kolej 2 begitu bertolak ansur dengan Pro mahasiswa. Adakah ini satu taktik dan cara untuk mengenali mahasiswa yang bersimpati dengan Pro mahasiswa dan memberikan penalti untuk di tolak permohonan menginap kolej bagi sesi 2011/2012? Adakah kerana bersimpati dengan perjuangan Pro Mahasiswa akan dikenakan tindakan? Kenapa ada wakil calon Pro Mahasiswa yang aktif kolej tidak mendapat tempat untuk menginap di kolej pada sesi hadapan?

4. TEMPOH RAYUAN YANG TIDAK MUNASABAH!

a. Kenapa tempoh rayuan dilakukan selepas minggu haluansiswa? Kenapa tempoh rayuan tidak dibuat dalam tempoh seminggu selepas keputusan keluar seperti kolej-kolej lain? Kalau tempoh rayuan dilakukan selepas minggu haluan siswa,adakah pelajar yang membuat rayuan tersebut terpaksa merempat di kaki lima sementara menunggu keputusan?

Apakah alasan yang bakal diberikan oleh pihak kolej apabila pelajar ingin tahu apakah kecelakaan dan musibah hingga mereka disingkirkan dari mendapat tempat untuk menginap di kolej kediaman?

Apakah alasan “Atas sebab yang tidak boleh diberitahu” akan dijadikan zikir dan munajat oleh pentadbiran kolej bagi mengelak kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran kolej..

Sama-sama kita nantikan….

P/S : LIKES la sekali…letih atok taip nih!!

PETUA LETAK IKLAN part 2.

sebelum ni atok dah cerita pasal petua nak letak iklan untuk dapatkan earing tinggi di sini :

hari ni atok nak kongsi pulak..macam mana caranya nak letak iklan-iklan semua nih…senang je..meh nak citer..

sebenarnya cara nak letak iklan advertlets dan nuffnang ni sama je..cuma si advertlets ni x ajar cra nak letak iklan..hampeh!

Langkah 1: Akses akaun Blogger anda
  1. Log masuk ke dalam akaun Blogger anda di http://www.blogger.com/start.
Langkah 2: Masuk ke dalam halaman Design
  1. Anda seterusnya akan dibawa ke halaman Dashboard dan anda akan dapat melihat senarai blog anda di bahagian 'Manage Your Blogs'. Klik pada pautan 'Design' pada blog yang anda ingin memasang kod iklan Nuffnang.
  2. Klik pada pautan 'Edit HTML' untuk mengubah templat blog tersebut.
  3. pasang iklan Leaderboard (728x90)

sila pastikan opsyen pilihan 'Expand Widget Templates' telah ditandakan: ✓

letakkan code iklan dari advertlets selepas <body ……………..>

bagaimana nak cari code <body?

tekan Ctrl+F dan type kan <body

p/s : abaikan ikaln nuffnang

image

4. pasang iklan Large Rectangle (336x280)

Cari "post-footer-line-2" di dalam templat, diikuti dengan elemen </b:includable> yang berdekatan. Tampal kod iklan di atas lokasi elemen </b:includable> seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut:

image

begitulah caranya..kredit untuk Nuffnang Malaysia | Asia Pacific窶冱 First Blog Advertising Community » Invalid Cookie Information walaupun atok dah memadukan nuffnang..

[TERBONGKAR] SIAPA YANG TEMBAK OSAMA?

hasih..setelah kematian osama disahkan sendiri oleh Al-Qaeda..kini, Al-Qaeda menjalankan misi membela kematian ketuanya iaitu osama.. rujuk malaysiakini : Al-Qaeda ikrar balas dendam - Malaysiakini

isu terbaru timbul..siapakah yang membunuh osama?? adakah ia seorang muslim atau kritian atau yahudi? adakah ianya lelaki atau perempuan..malah, isu rasis iaitu adalah penembak osama ini berkulit hitam atau putih?

atok ada terbaca diberita yahoo mengenai ciri-ciri lelaki yang menembak mati osama..antara ciri-cirinya

image

  • He is the unknown shooter. The nameless, faceless triggerman who put a bullet in the head of the world’s most notorious terrorist.
  • He’s likely between the ages of 26 and 33, says Marcinko, founder of the elite “SEALs Team 6” — now known as DEVGRU
  • He’ll be old enough to have had time to hurdle the extra training tests required to join the elite counter-terrorism unit, yet young enough to withstand the body-punishing rigors of the job.
  • The shooter’s a man, it’s safe to say, because there are no women in the SEALs.
  • And there’s a good chance he’s white, though the SEALs have stepped up efforts to increase the number of minorities in their ranks
  • He was probably a high school or college athlete, Smith says, a physical specimen who combines strength, speed and agility.
  • He’s got a lot of upper-body strength. Long arms. Thin waist. Flat tummy.
  • There are SEALs who are 5 feet 4 and SEALs who are 6 feet 5
  • not the crew-cut, neatly shaven ideal we’ve come to expect from American fighting forces.

image

banyak lagi sebenarnya..kalau cucu nak baca penuh..boleh kesini : Who shot bin Laden? Former SEALs fill in the blanks - The Washington Post

siapa pembunuh osama sebenarnya?? kenapa unit ini dirahsiakan? adakah kerana ianya hanya satu konspirasi pembunuhan atau ingin mengelakkan lelaki tersebut diserang…

adakah osama ini hanyalah satu boneka Amarika untuk menyerang iraq dan afganistan? atau, sememangnya osama ini pejuang jihad islam?? adakah semuanya terjawab disini OSAMA MASIH HIDUP! | peTUA KITA semua ?