Memaparkan catatan dengan label PERUTUSAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERUTUSAN. Papar semua catatan

Ahad, 22 Mei 2011

ATOK KEMBALI LAGI!!

salam..

akhirnya ada jugak mood nak berblogging..sebenarnya dah lama atok x update blog..xtaw kenapa rasa malas nak jenguk blog menghantui diri..ada la jugak cucu yang prihatin duk tanya pasal atok..

kenapa x update blog?

kenapa menyepi sekian lama?

atok pergi mana? lama x nampak..

hah?? x caya ada orang rindukan atok? nah buktinya..hihihi

image

sebenarnya atok sibuk ngan kenduri kesyukuran kat rumah minggu lepas..dan sekarang dah banyak masa free..boleh la atok bersurah di blog ni sampai lebam..hahaha..

k.la.kepada yang rindukan entry atok, nantikan entry yang akan membuatkan cucu rasa macam nak tumbuk je skrin laptop cucu tuh..

jangan bawak kemarahan ni sampai kat kerja dan sekolah dah la ye..

nantikan ( sambil bunyi lagu suspen )

Isnin, 2 Mei 2011

OSAMA MASIH HIDUP!

ahhhh..makin rumit pulak kes kematian osama ni..selepas pengunguman bahawa osama telah mati..atok terjumpa makin banyak bersoalan yang timbul

  1. Adakah benar Osama telah mati? kalau benar..mana gambarnya?
    • image
    • sah..gambar diatas telah di edit dan berjaya di buktikan..sebenarnya..gambar ini telah tersebar sebelum kematian osama diumumkan..gambar diatas yang didakwa mayat osama telah pun dimuat naik di internet semasa pemerintahan regim Bush lagi..
  2. Adakah benar Osama itu wujud?
    • konspirasi ini telah lama ditimbulkan oleh rakyat diseluruh dunia..memang betul syarikat milik keluarga Laden itu wujud..tapi, sejauh mana kebenaran bahawa susuk tubuh osama bin laden ini wujud?
    • adakah susuk tubuh osama sengaja diwujudkan semata-mata sebagai alasan untuk amerika menyerang afganistan suatu masa dahulu untuk mengusai telaga minyak?
    • malah, telah banyak konspirasi yang telah didedahkan oleh barat sendiri tentang perancangan 11.September itu didalangi oleh yahudi dan pemimpin amerika yang lain.
    • video yang menerangkan tentang konspirasi 9/11 adalah ciptaan yahudi dan amerika : BAHAYA SYIRIK: 080 - Runtuhnya WTC, 9 September : Sebuah Konspirasi
  3. ingatkah cucu semua mengenai satu khabar angin bahawa Osama pernah meninggal dunia beberapa kali sebelum ini??
    • antara khabar angin paling terkenal ialah osama mati akibat demam kapialu dan alasan ini tidak diterima oleh perancis.
    • pada Disember 2001, Osama juga telah dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru
    • setelah 2001 dan 2006..Osama dikatakan “hidup” kembali dan meninggal dunia pada November 2007 akibat dibunuh oleh Omar Sheikh..namun, terdapat banyak keraguan dan berita ini dikatakan palsu dan Benazir Bhutto sengaja mereka cerita tersebut.

macam mana?? setelah sedikit demi sedikit atok baca di internet..segala entry yang atok tulis iaitu

menjadi satu keraguan yang amat besar pada atok..apa yang sebenarnya dirancang oleh Amerika??

image

P/S : sama-sama kita kongsikan entry ini di FACEBOOK untuk perbincangan lanjut bersama kawan-kawan..jangan lupa di TWEETER

Rabu, 27 April 2011

ENTRY MENAGIH SIMPATI

hahahaha…amacam tajuk entry? rasa kesian x? kalau x kesian…atok bagi penampoo laju-laju kang..

meh nak citer ni….bukan bed time story atau citer pasal hantu mak limah mahupun cerita kedai kopi..ini cerita pasal kawan atok bernama KAT yang menjoin contest blog tercantik!

dia ada join 1 contest di woot woot ! , malangnya..kemenangan undian tu dikira atas faktor bilangan undian..atok pun x berapa suka sebenarnya join contest pakai undian ni..satu masalah pulak nak suruh orang pergi undi kita..dah la pembaca blog tu sayang teramat sangat nak tinggalkan blog kita sebab nak baca entry best-best…(bajet je lebih)

jadi..dengan kesianya..atok nak PAKSA cucu tolong undi kawan atok kat bawah ni..

taw x nak undi yang mana???

1) http://jaa64.blogspot.com

dah…x payah banyak songeh..pergi undi je NO 1

http://iniwootwoot.com/undian-contest-blog-tercantik/

 

Ahad, 24 April 2011

ATOK NAK “RACING”..JOM FIGHT

churp2

JOM BERLUMBA…

HADIAH KEPADA PEMENANG : iPAD 2,iPOD TOUCH, BLACKBERRY BOLD 3, 100 PASS WAYANG PERCUMA!!

nak?? kalau nak berlumba dengan atok..klik je url ni : http://www.churpchurp.com/aimanwhd/share/thegreatrace/

kepada yang masih belum mendaftar churp-churp..daftar dulu kat sini : http://www.churpchurp.com/aimanwhd/invite

FREE JE!! 
SEHINGGA 20.MEI.2011

EXAM DAH DEKAT~

salam..dah lama atok x update blog kn? kesian kt cucu yang menjenguk-jenguk blog atok tanpa berita..hihihi..maaf ye..atok bukan malas nak update..cuma agak sibuk sikit dengan ulangkaji ditambah lagi dengan masalah internet di bilik atok ni..entah apa masalah WIFI tu..kejap ok..kejap x..hampeh!

esok (25/4/2011) atok akan mula exam..hohoho..manyak takot woo..sem ni, atok amik 7 paper semuanya..3 paper subjek universiti, 1 paper fakulti dan 3 paper jabatan..paper jabatan la yang membawak masalah ni..hohoho..dah la susah..

hmmm..atok akan abis exam pada 9/5/2011..maknanya..lepas tu, atok boleh la berblogging puas-puas..kih3..doakan kejayaan atok dalam exam ni ye..tq..

Rabu, 20 April 2011

[SEBARKAN] PELAJAR TINGKATAN 2 HILANG DARI RUMAH

atas dasar kemanusiaan..tolong sebarkan..harap adik intan najiha dapat dijumpai dengan segera

image

DIPETIK DARI NOTES FACEBOOK ADUN PAS SELANGOR

image

PELAJAR TINGKATAN 2 HILANG DARI RUMAH | Facebook

YB Dr Rani telah berkunjung ke rumah Saudara Junniy bin Che Dek di Lot 2195 Jalan Khamis, Meru untuk mendengar sendiri dari seorang bapa yang berasa sedih tentang kehilangan seorang anak sulungnya yang tidak pulang kerumah sejak Hari Selasa 12 hb April 2011 yang lalu.

Anak yang di maksudkan ialah adik Intan Najiha bt Junaidy , 14 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Meru dan telah mula tidak hadir ke sekolah pada 4, 5 dan 6 hb April. Keluarganya hanya mengetahui mengenai perkara tersebut setelah di beritahu oleh pihak sekolah.

Setelah di nasihati dan diberikan kaunseling oleh pihak sekolah dan keluarga, Intan kembali menghadiri sekolah pada 7 hb April seperti biasa.

Pada 12 hb April adik Intan dikatakan pergi kesekolah namun apabila tidak pulang kerumah sehingga jam 7 petang, keluarganya telah keluar rumah mencarinya namun gagal menemuinya hingga kehari ini.

Dr Rani yang diiringi Ketua Kampong Meru, Tuan Hj Taifor Hj Nor dan Tuan Nazir Masjid Meru Tuan Hj Asimoni Hj Ehsan telah menasihati En Junniy dan keluarga agar bersabar menghadapi dugaan dari Allah dan meminta mereka membuat solat hajat berterusan.

Selain dari itu beberapa buah surau berhampiran telah pun mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon supaya adik Intan Najiha dapat di kembalikan kepangkuan keluarga dalam masa yang terdekat.

Tuan Hj Taifor memaklumkan setakat ini pihaknya telah mengedarkan 500 keping gambar dan maklumat mengenai kehilangan adik Intan kepada penduduk Meru.

Adik Intan dikatakan telah hilang dari rumah bersama-sama seorang lagi rakannya iaitu adik Norfazliana bt Mohd Suib dari Taman Meru 3.

Sesiapa yang ada maklumat mengenai adik Intan Najiha atau Norfazliana sila hubungi Encik Junniy di talian 019-3679499 .

Sila layari http://khidmatmeru.blogspot.com/

image

p/s : bersama kita menolong dan membantu pencarian adik Intan Najiha..cara paling mudah..sebarkan di facebook..

BOLEH TEKAN BUTANG “LIKES” DIBAWAH UNTUK MENYEBARKAN DI FACEBOOK MASING-MASING..

Sabtu, 16 April 2011

PEMBATALAN SEGMEN UNTUK HARI INI

mest ramai yang tertunggu-tunggu, blog siapa la yang atok akan promot hari ini kan?? tapi..atas sebab kesibukan kerja yang x dapat dielakkan..blog yang akan dipromot hari ini iaitu blog wancikgumuzik akan ditunda ke hari esok..

kepada wancikgumuzik atok minta maaf..

Rabu, 13 April 2011

SEDIH : AWEK CUN MAJOK DENGAN ATOK

hmmm…i’m so sorry..

sebenarnya macam ni..ada sorang perempuan tu..dia selalu likes post atok..asal atok post entry dekat FB je, dia mesti likes..atok pun happy..yea!!!..suka la kan..sebab ada orang likes entry kita..

sekejap tadi..atok pergi la jenguk-jenguk profile FB dia..mana la taw..kot-kot sedara mara, kawan, atau sapa2 yang atok kenal la..hmmm…x kenal kot..kenal di FB je lah..skali atok terbaca maklumat tentang dia..wah…hangat..

dia ada tulis  “F**K…bla2…” mungkin sebab dia nak marah dekat seseorang kot…hmmm..atok pun x terfikir sampai tahap camtu sekali…dengan niat saja nak bergurau, atok copy balik ayat tu, then paste dekat ruangan komen di wall dia..pastu atok tulis “can I?”..sekali dia majok dengan atok..huhuhuhu

atok mengaku la yang atok agak keterlaluan pasal tu..huhuhu..sedihnya bila hilang kawan ni..dah la kawan yang selalu likes post atok..nak kawan balik..yang tambah sedih lagi..dia dah remove atok as friends dan mungkin dah block terus atok dari menengok profile FB dia lagi..huhuhuhu..atok dah hantar mesej dekat dia..tapi….x berbalas…wowowoo..nak nangis je rasa..

lupa nak kenalkan awek cun tu..nama awek cun tu Shandy Aulia..atok nak tunjuk dia punye FB pun x boleh..sebab, dia dah block atok..huhuhuhu..yang atok ada hanyalah blog dia.. inilah blog dia : ♥♥♥greentrees♥♥♥

image

kalau sesiapa kenal Shandy Aulia ni dah boleh “contact” dia..cakap kat dia, yang atok minta maaf sangat-sangat..atok xde niat pun nak mintak dan cakap benda-benda pelik camtu kat dia..huhuhu..maafkan atok sebab gurau x senonoh (keterlaluan)…atok janji atok xkn buat lagi..

p/s : kalau boleh..cucu cari FB dia, dan cakap atok minta maaf dengan dia ok..ertolongan cucu-cucu amat atok hargai..

Selasa, 5 April 2011

BLOG ATOK DICARI-CARI?

pagi-pagi ni sengaja nak kasi “proud” sikit kat blog atok yang x seberapa  ni…hihihihi

kenapa pulak blog atok dicari-cari?

siapa yang cari?

macam mana atok taw ada orang cari blog atok?

jeng…jeng…jeng…ini buktinya

melalui traffic source di stats blogger untuk 1 hari (2011 Apr 4 00:00 – 2011 Apr 4 23:00)

image

nampak x?

atok dapat search keyword yang tertinggi dengan perkataan “petua kita semua” iaitu nama blog atok

kenapa ada orang cari blog atok? huhuhu..

ada sapa-sapa tahu x?

Sabtu, 2 April 2011

LUKIS DOODLE, KENE PANGGIL DENGAN CIKGU

MAAF..LAGU YANG BERBUNYI TU BUKAN DARI BLOG ATOK..

TAPI DARI BLOG YANG ATOK PROMOTE DI DALAM ENTRY NI..MAAF YE..

KALAU NAK “STOP” LAGU TU BOLEH TEKAN BUTANG “PAUSE” PADA WIDGET LAGU DALAM BLOG YANG DIPROMOTE( paling bawah)

image

gambar ni atok printscreenkan dari facebook dalam group Sahabat Blogger @ SB, sukan Special Branch ye..hihihi

sebelum ni di Sahabat Blogger, kalau mana-mana cucu yang perasan ada berlambak-lambak yang pakai doodle..memang jadi satu sindrom pulak masa tu..atok pun dah lupa bila masa sebenar sindrom doodle ni bermula..yang atok yakin, atok x terpengaruh pun dengan gejala doodle mendoodle ni..bukan apa, x pandai lukis..wawawa..dah suruh orang lain lukis, tapi xde sesapa pun nak tolong lukiskan..kejamnye..huhuhu

atok pun suka sebenarnya dengan doddle ni..nampak comey.tapi yang atok lukis jadi batu..hahaha..rasa jelez teramat sangat bila tengok orang lain pakai doodle untuk profile facebook dan header blog masing-masing..dah ramai sebenarnya dah pakai doodle ni..antaranya blog lollipopmarsmallow,lollilow? milik tuan gambar dibawah..hahaha

image

nah ko kiss sebijik!! mmmuah!..kui3

nak tengok blog dia ke? dia pakai doodle tuk header blog..amat kelakar..hahaha

http://sayasukemakanlollipop.blogspot.com/2011/03/nak-promote-blog-la.html

lawa x doodle cik tiqa? dia lukis sendiri ni..x caya? hah?!?! atok taw..mesti cucu ingat cik tiqa ni tangan bangku(x pandai melukis) kan ? jahat..hahaha..

kalau cucu x caya boleh ke entry ni : lollipopmarsmallow,lollilow?: muke baru..

dah caya?

citer pasal kene panggil dengan cikgu pulak….hihihi..atok banyak kisah pasal kena panggil dengan cikgu ni..bermacam sebab..

  • sebab atok ni pelajar cemerlang (ceeewah) <--- tipu je…
  • sebab atok ni hensem sangat (ramai perempuan dalam kelas minat, menyebabkan budak pompuan x boleh “concentrate” masa belajar) <--- perasan je lebih..
  • sebab atok x siap kerja sekolah <--- yang ni serius x tipu..hihihi
  • sebab suka menyakat pompuan <--- masa sekolah rendah dulu
  • sebab main-main dalam kelas..

kalau nak senaraikan memang panjang la..tapi, yang atok paling ingat bila kes kene panggil dengan cikgu ni, masa kelas bahasa inggeris tahun 5.waahh…

mamang kecut perut la bila cikgu Bi tu panggil.cikgu tu lelaki..kalau masuk kelas je mesti dia bagi kertas pasal perkataan bahasa inggeris dan “student” kena “translate” ke bahasa melayu..kalau dapat kurang dari 70% (kalau x silap atok la) kena piat dengan rotan kat tangan atau jalan itik keliling kelas..

memang doa panjang bebenar la kalau masa test “vocabulary” tu..nak bagi betul lebih dari 70%..seingat atok, atok ada 2-3 kali kena panggil dengan cikgu BI tu untuk menerima hukuman piat di tangan..woooo..sakit..tapi, padan muka, sapa suh malas belajar..kan2? memang terketar-ketar la kalau dia panggil tuk menerima hukuman..

satu lagi..kalau dalam kelas, pernah x cucu kena panggil untuk jawab soalan atau buat pape dalam kelas? atok selalu la jugak kena..atok x pasti apa yang menarik sangat dnegan atok ni sampai cikgu-cikgu suka sangat panggil atok tuk jawab soalan..

kalau cucu nak taw petua nak elak jadi mangsa kene panggil dengan cikgu..boleh ke entry ni : lollipopmarsmallow,lollilow?: tips tak nak cikgu panggil suruh pegi depan...heee..:) enjoy... harap-harap la menjadi..

tu je untuk masa sekarang..hari ini hari minggu..soo, enjoy! hahaha

*p/s : atok pomot blog lollipopmarsmallow,lollilow? cik tiqa..kalau cucu ada masa pergi melawat ye..sapa-sapa nak join segmen promot blog dalam blog atok macam blog lollipopmarsmallow,lollilow? …boleh ke entry ni : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua bye2…

Ahad, 27 Mac 2011

BLOGGERS KEJAR DUIT, SALAH NIAT BLOGGING?

salam..maaf sebab entry promote blog lambat sikit pada hari ini..kebiasaannya atok akan buat entry promote blog sebelum tidur atau selepas bangun..tapi, di atas kesuntukan masa pagi tadi dan ditambah pulak dengan kesibukan di malamnya..maka, terlambat sudah entry promosi blog hari ini..

kepada tuan punya blog yang di promot pada kali ini, atok minta maaf sangat-sangat..sebenarnya atok sibuk dengan dikir barat..x caya?

 xploriaxploria1

siap JOHAN lagi…hahaha…ade sapa2 nampak atok tadi?? angkat tangan…x boleh letak gambar banyak-banyak..nanti riak…haahaa

dah jauh ni..panjang betul mukadimah…berbalik pada tajuk..BLOGGERS KEJAR DUIT, SALAH NIAT BLOGGING?

sebenarnya, x salah nak berblogging sambil kejar duit..apa yang salahnya bila menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan duit melalui blogging..bersepah spam dalam blog..x cukup dengan spam, main tipu link pun ada…mula-mula cakap di tajuk atau ayat tu lain..tapi bila klik, pergi ke “page” iklan churp-churp..argh!! sape yang x marah??

itu dah dikira menipu tu..x pasti la duit 20 sen dari hasil penipuan klik tu halal atau haram..atok x pasti..malah, atok pernah mendapat teguran dari seorang blogger femes..dia tanya atok, apa hukum meletakkan iklan churp-churp yang seksi?? wahhh..ade sapa2 ingat x iklan yang perempuan pakai baju ketat warno koko? iklan tu lah..pastu, atok buang je terus..bukan apa..takut berdosa la pulak..hihihi..nasib baik iklan nuffnang atok x pernah lagi dapat yang seksi meksi..

betul ke punca duit nuffnang dan churp-churp menyebabkan bloggers bergaduh di blog?? sorang blogger yang pernah menganugerahkan kemenangnan pada atok dalam sebijik contest tahu….hihihi..ni entry beliau

..ロスマワニ..n0thing impossible...: .[ISU].. duit punca pergaduhan!!!!.

owh..bukan pasal duit nuff dan churp-churp je..malah, pasal segalam macam duit lah..malah, diibaratkannya duit itu seperti racun? ye ke? hihihi

malah, cik Rosmawani Ramli pernah berkongsi mengenai pendapatan churp-churpnya lebih banyak dari nuffnang..betul ke?? sebab, atok terbalik..hihihi..nuff banyak..tapi churp-churp, alahai…lembab betul nak naik..rahsianya? ehem2…

..ロスマワニ..n0thing impossible...: .[HELP] churp churp earn lebih dr NUFFNANG?.

yang syoknya..dia ada promot pasal cara terbaru dan termudah nak dapatkan duit online..melalui survey..atok pun x pasti la macam mana program tu berfungsi..jawab survey dapat duit…nak tahu caranya? klik je kat sini

..ロスマワニ..n0thing impossible...: .[bEst]. tmbh duit p0cket dgn IPANELONLINE.

atok selalu la jugak ke blog cik Rosmawani ni, kalau cucu nak jenguk blog dia..atok letak kat bawah ni

http://r0sieee.blogspot.com/2011/03/jasa-mu-akan-ku-kenang.html

amacam? ok x blog ..ロスマワニ..n0thing impossible...? apa komen cucu? boleh je “hentam” cik rosmawani di blognya..dia sporting..hihihi

buat bloggers..atok nak pesan..nak dapatkan duit melalui blogging tu x salah..dan atok pun berusaha ke arah itu…tapi, jangan menggunakan teknik atau perbuatan yang salah..akhirnya, pembaca akan “benci” untuk ke blog kita kerana terlalu banyak link yang menipu..harap-harap cucu x buat ye..

orang lain akan klik iklan kita bila diorang rasa terhibur di blog kita..apa yang lebih penting..tarik traffic ke blog seramai yang mungkin, baru lah pendapatan nuffnang dan churp-churp masyuk…hihihi..biarkan orang yang klik iklan nuff dan churp-churp serta iklan lain di blog kita tu sekadar berminat dan bersedekah kepada tuan punya blog..jangan pulak cucu menipu diorang..

ok? kepada yang terasa..atok minta maaf..

*p/s : kepasa sesapa nak atok me”review” blog nya beserta promosi sekali..boleh jenguk2 di entry ni SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua

Sabtu, 19 Mac 2011

ALASAN GADIS MELAYU PAKAI SELUAR PENDEK

AMARAN : INI BUKAN ENTRY LUCAH

image

kena pesan awal-awal..nanti orang baca ingat atok ni gatal pulak..hihihi..

entry malam ni sekadar nak petik post dari seorang hamba Allah yang ambil berat pasal pakaian perempuan khususnya anak gadis..

ank melayu

hamba Allah tersebut mempersoalkan “mengapa semakin ramai anak gadis melayu zaman sekarang lebih gemar pakai seluar pendek?”

atok ada jawapannya..hihihihi…jeng…jeng..jeng…

JAWAPANNYA

1. harga seluar pendek lebih murah berbanding seluar panjang

dalam keadaan sekarang yang tertekan akibat kenaikan harga barangan dan taraf hidup, manusia mula mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup..kalau nak kurangkan makan, memang susah la..jadi, kurangkan kos pakaian..atok pernah survey di kedai-kedai..menag sah..harga seluar pendek lebih murah..kebanyakannya sekitar RM10- RM20 sahaja..

jadi, atas desakan hidup yang melampau akibat duit PTPTN yang tidak cukup serta tidak mendapat sebarang biasiswa, maka, anak gadis lebih senang untuk memilih seluar pendek sebagai alternatif mudah bagi mengurangkan perbelanjaan pakaian..

2. seluar pendek lebih mesra alam

ini bukan lawak..ini adalah kebenaran..kebenaran yang akan menuju ke jalan yang benar..

“hoit, tang mana mesra alam seluar pendek tu!!”

semua orang x sedar, malah, ada yang buat-buat x sedar bahawa lelaki amat suka melihat betis perempuan yang gebu, putih dan mulus itu..malah, kalau diberi betis, nak pulak paha..jadi, kalau seluar pendek itu menampakkan paha lagi lah mesra alam..perempuan seluar pendek amat mesra dengan mata-mata lelaki keranjang..itulah mesra alam..go to green and green technology la katakan..

3. mengurangkan geseran dan halangan angin

YES!! ini memang tepat dan ini adalah fakta yang telah dikaji berkurun lamanya serta telah dibuktikan di makmal berteknologi tinggi..pernah x tengok orang lumba lari atau berenang? kebanyakannya pakai seluar pendek dan ketat kan? malah, kalau diorang x pakai apa-apa..kemungkinan besar mereka mampu mencatat rekod dunia dalam acara masing-masing iaitu rekod olahraga bogel pertama kali didunia..hahaha

cucu pun sedia maklum..apabila kita pakai seluar pendek, maka rintangan angin dapat kita kurangkan..

apabila rintangan angin dapat kita kurangkan, maka kita hanya memerlukan sedikit tenaga untuk melangkah atau bergerak..

apabila kita hanya perlu gunakan sedikit tenaga untuk bergerak, maka kita menggunakan sedikit karbohidrat yang dihasilkan oleh tubuh melalui pemakanan..

apabila sedikit karbohidrat diperlukan, maka kita tidak perlu makan banyak bagi menjana tenaga yang cukup untuk bergerak.

apabila kita tidak makan banyak, kita dapat mengurangkan kos makanan yang perlu dibeli setiap hari..dan ini mampu menjimatkan perbelanjaan seharian..

4. kesimpulannya..anak gadis memakai seluar pendek bagi menjimatkan kos sara hidup bagi menjamin kelangsungan survival hidup…

AMARAN KERAS : HARAM MEMBUKA AURAT

image

Jumaat, 18 Mac 2011

FACEBOOK PUNCA SEBAR VIRUS

sebelum atok cerita lagi panjang..cucu tengok dulu gambar-gambar ni :

facebook2

pernah x dapat mesej sebegini pada ruangan chatting?? yang atok peliknya..bukan orang tu yang hantar..tapi, macam dia generate sendiri untuk hantar mesej tu,

facebook

yang tambah lagi peliknya..bukan je sorang yang hantar..tapi ramai..kemungkinan mesejnya lain..yang samanya, dalam mesej tu ada link dan spam ke macam-macam aplikasi facebook..

facebook1

kadang-kadang, orang yang hantar mesej sebegitu melebihi 10 orang pada satu masa..

adakah ini satu ancaman virus???

atok pernah skali je klik pada link yang diberi..dan dia terus ke satu aplikasi facebook..lepas tu, terus atok tekan [ X ] ..hihihi..takot la..kan jadi pape kat laptop tersayang ni susah pulak..

cucu-cucu pernah x dapat mesej semacam tu? macam mana nak elak benda tu berulang ye?

adakah benda ni yang melambabkan lagi facebook?

Rabu, 16 Mac 2011

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ATOK DAH BER”ISTERI”~

test4

gambar yang masuk contest edit gambar..tapi kalah

hahaha…mesti ramai yang terkejutkan? mesti ada jugak yang mengeluh..huh! kenapa la atok ni x pilih aku..hahaha..*perasan

sebermula ceritanya sebegini..pagi tadi, mata air atok ajak atok pergi hospital..katanya sakit..atok dah taw pun dia sakit, sebab malam tu dia ada muntah-muntah, pening-pening dan sesak nafas..maka, sebagai teman lelaki yang bertanggung jawab, atok pun dengan tanpa segan silu teman la mata air atok ni pergi hospital..

hospital mana? Hospital Kuala Lumpur je..hihihi

sampai je di hospital, jumpa la seorang doktor ni..dia tanya mata air atok, sakit apa? mata air atok cerita la, muntah-muntah, bla2..semua bagai la ada..apa doktor tu jawab??? awak ni dah kahwin ke belum??

WTH..woitttt…agak2 la nak tanya soalan pun..atok dah agak dah, mesti doktor tu pikir bukan-bukan..dah la masa tu nurse tu dah tengok semacam je..celaka tol..kitorang masih suci lagi la..

maka, dengan menurut perintahnya..mata air atok pun pergi la buat urine test..dalam hati ( kalau positive??) hohoho..takot jugak..dah la duk sumpah seranah kat doktor tu..hihihi..mana la taw kan..tiba-tiba kena bala or what..x sampai sejam kemudia..dapat la keputusan..NEGATIVE!!!

nah ko!!!!( doktor & nurse) tadi..hihihi…then. kene jumpa doktor tadi balik..padan muka..fitnah la lagi atok yang masih teruna nih..hihihi…dosa tuh…rupa-rupanya…hmmmm….mata air atok kene masuk wad..laaaaaa…keciannya..meh atok teman ye sayang…hihihi

kene jumpa jururawat lain pulak lepas tu, sebab nak daftar masuk wad..masa nak daftar tu la lawak bermula..bila atok ketuk pintu nak masuk dalam bilik tu, nurse tu cakap…”suami tunggu kat luar ye”…kah..kah..kah..”saya masih teruna”, hati atok berkata-kata..masa tu, atok tersenyum simpul malu..haish…ada jodoh kot…

lepas tu, atok hantar la mata air atok ke wad..sampai dalam wad..ada sorang lagi doktor perempuan buat lawak..atok duduk la sebelah mata air atok tu..doktor tu tnye mata air atok “ puan ye?”…hahahaha..tergelak sekali lagi atok..atok pun cakap la.”kami kawan”…lepas tu boleh pulak doktor tu tanya “ awak nak dengar ke saya nak soal kawan awak ni?..lepas tu saya nak buka baju dia nak periksa perut dia”

ala…malu la doktor..cakap je la..”boleh adik keluar sebentar”…hihihi..atok yang dah faham ni dengan machonye cakap “ ye, saya tunggu kat luar”..lepas tu atok tunggu je kat luar wad..

dan sekarang..mata air atok tidur sorang-sorang je kat hospital..nak buat camne, orang lelaki x boleh teman pesakit perempuan di wad perempuan walaupun suami dan adik beradik..kecuali untuk bilik kelas satu..tapi, xde duit la nak duduk kelas satu..lagi pun, parent mata air atok tu keje sendiri je..huhuhu

buat mata air atok : sabar je la ye sayang..kalau abang jadi suami ayang pun belum tentu boleh teman ayang tidur dekat wad malam ni..inikan pula yang masih berstatus “kawan”…hihihi..petang esok abang pergi temankan ye..sabar..jaga diri elok-elok..tido malam ni jangan buas-buas..nanti jatuh katil..hik3…

buat doktor & nurse : tq sebab fikir atok ni suami kepada mata air atok..harap-harap la tu doa yang jujur dan ikhlas dari anda semua…hahaha

buat nurse pelatih di wad : jaga mata air atok elok-elok..awak ni lawa la..minta facebook..hahaha…*kalau mata air taw mesti dia marah..

mata air : gurau je la sayang….hihihi

x sabar rasanya nak kahwin..hik3..mesti syok jadi suami dan

buat doktor first check : dapat jadi bapa ( tangan ke bahu, mata pandang ke atas) sekaligus…

Ahad, 13 Mac 2011

[HOT] BORANG PERMOHONAN MENJADI AWEK KINI DIBUKA!!!

hari ini..atok mengishtiharkan..sesiapa yang nak jadi awek atok mulai saat ini hendaklah mengemukakan borang permohonan..selain itu, perempuan-perempuan semua hendaklah mengisi borang dibawah yang akan disediakan di kaunter hadapan pejabat atok atau perempuan-perempuan semua boleh memuat turun dari entry ini..

applicationforgirlfrien

kalau x nampak boleh klik pada gambar untuk gambar ini membesar

disamping itu, perempuan-perempuan tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat dibawah

  1. sembahyang fardu tidak tinggal
  2. sihat tubuh badan dan minda serta waras
  3. status wajib single..dah berpunya tidak akan dilayan sama sekali
  4. tidak banyak “songeh”/ kerenah..macam karenah birokrasi la..
  5. tidak mengada-ngada.
  6. umur hendaklah tidak melebihi 25 tahun
  7. perempuan yang bekerjaya lebih diutamakan
  8. diharamkan meminta barang kemas sepanjang menjadi awek atok.
  9. semasa keluar “dating”, awek tersebut hendaklah membayar sendiri segala kos, meliputi kos makan,minum,tengok wayang mahupun kos ke tandas..
  10. sekiranya anda telah terpilih menjadi awek atok, anda tidak semestinya akan kekal bersama atok..atok boleh ceraikan anda pada apa-apa masa dan keadaan sekalipun.
  11. awek atok wajib setia pada atok..namun, atok boleh memiliki seberapa banya awek yang atok suka..

 

setakat ini, itu saja yang dapat atok gariskan..segala peraturan dan syarat tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa..keputusan atok adalah muktamad

segala rayuan akan ditolak mentah-mentah jika mana-mana permohonan yang telah melanggar syarat serta peraturan yang telah ditetapkan..

SELAMAT BERJAYA~

Isnin, 7 Mac 2011

MASALAH DIA PROBLEM, PROBLEM DIA MASALAH

matikatak

arghhhh…terasa geram bercampur sedih hiba dan nak marah atas masalah-masalah yang berlaku..

malam ni nak update blog..hihihi..dah jadi macam ketagih pulak..kalau x update tiap malam x boleh tido..hohoho

malam ni jugak nak kene hantar email pada pensyarah BI,dah siap hantar tu beliau nak pulak di“print screen”kan email yang telah dihantar tu dan printkan menggunakan kertas A4..ESOK (4/7/2011) WAJIB HANTAR..

seperti yang selalu di cakapkan kura-kura dan siput babi, masalahnya…

kura-kura : internet lembab macam siput babi

siput babi : internet lembab macam kura-kura

atok x pasti la yang mana satu lembab, samada kura-kura atau siput babi sebab kedua-duanya suka menyalahkan satu sama lain..(kedua-dua lembab)

lembab di sini bukan bermaksud bodoh..tetapi bermaksud lambat..hihihi..

lepas tu printer pulak buat hal..kalau print warna itam macam-macam warna keluar..sebelum ni warna merah, lepa tu hijau pulak..padahal sebelum ni atok pakai “single ink mode” yakni katridge warna sahaja ok je.sekarang ni printer tu jadi lembab* pulak tuk campurkan warna-warna tu jadi warna hitam..hohoho

*lembab = bodoh..

ohhh internet dan printer..kenapakah kau  mengendalakan segala macam kerja ku pada malam ni….abis semua kerja x dapat buat..apa la agak2nya aku nak cakap kat pensyarah BI esok pagi..hmmm..mesti beliau xnk percaya…

Sabtu, 26 Februari 2011

Blog Hijau

image

kenapa anda memilih warna tersebut dalam blog anda?

agak-agaknya kenapa warna hijau? MESRA ALAM kot..hihihi..atok pun x pasti kenapa atok pilih tema berwarna hijau..yang pastinya atok memang suka warna hijau sebab nampak tenang dan x sakitkan mata memandang..macam ok je..hihihi..lagipun sesuai dengan tema blog atok yang agak simple..

2 blog rakan anda yang mempunyai tema warna yang sama dengan anda.

sissyira.com

kepala lutut

sesiapa nak join segmen blog berwarna ni..boleh klik pada gambar blog pilihan malaysia diatas..atok da hyperlinkkan..

Jumaat, 25 Februari 2011

EARNING NUFFNANG SATU PENIPUAN!!!

image

arghhhhh! nak marah ni..kenapa la jadi macam ni hah? sebelum ni x pernah pun jadi macam ni..TIDAK!!! atok x dapat terima hakikat..

apa la yang atok merepek ni? hihihihi..apa x nya..dah lebih 2 minggu nuffnang tersayang ni x update earning..huhuhu..kenapa ni nuffnang sayang? majok lagi ek? dulu dah majok..xkan sekarang majok lagi…hmmm..olololo, nuff manja nih..sayang nuff…kah3…macam bodo je kan pujuk camtu..pujuk nenek ok jgk..ni pujuk syarikat iklan..hahahaha

atok pelik la..dah ramai pengguna nuff ni komplain pasal nuffnang x update earning semenjak 2 minggu ni..adakah nuffnang sudah kerugian? hingga menyebabkan nuffnang x dapat bayar duit pada bloggers…atau nuffnang akan gulung tikar??? hah! biar betul..

cucu pun sama macam atok x? ngeeee~

CARA MENUNJUKKAN CINTA & SAYANG DI FACEBOOK

haaaa…tadi atok sibuk dengan pasal perempuan yang #$%&&*@ di entry [KAJIAN] SEMUA PEREMPUAN MATA DUITAN?? ..petang ni, atok nak kongsi..cara untuk tunjukkan kasih sayang dan cinta pada sesiapa sahaja di FACEBOOK.hihihi

mungkin ramai terfikir macam mana la aku nak bagi taw kat kekasih aku ni yang aku sayang sangat kat dia..jangan risau..atok ada penyelesaiannya…jeng..jeng..jeng..

TEXT ART FOR FACEbOOK………

imageimageimage

cantikkan? hihihi..macam mana nak buat ni tok? nah..masuk je ke website ni : http://fsymbols.com/text-art/

lepas tu cucu godek2 la sendiri..macam2 gambar ada..lepas tu..kalau x tahu cara nak tampal di wall..boleh jenguk disini : http://fsymbols.com/generators/carty/facebook/

di page tu, dia ada ajar cara nak pasang benda ni di wall atau komen facebook..

SELAMAT MENCUBA~

UNTUK NENEK TERSAYANG..hihihihi

────(♥)(♥)(♥)────(♥)(♥)(♥) __ ɪƒ ƴσυ'ʀє αʟσηє,
──(♥)██████(♥)(♥)██████(♥) ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɧα∂σѡ.
─(♥)████████()████████(♥) ɪƒ ƴσυ ѡαηт тσ cʀƴ,
─(♥)██████████████████(♥) ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɧσυʟ∂єʀ.
──(♥)████████████████(♥) ɪƒ ƴσυ ѡαηт α ɧυɢ,
────(♥)████████████(♥) __ ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ρɪʟʟσѡ.
──────(♥)████████(♥) ɪƒ ƴσυ ηєє∂ тσ ɓє ɧαρρƴ,
────────(♥)████(♥) __ ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɱɪʟє.
─────────(♥)██(♥) ɓυт αηƴтɪɱє ƴσυ ηєє∂ α ƒʀɪєη∂,
───────────(♥) __ ɪ'ʟʟ ʝυѕт ɓє ɱє.

Selasa, 22 Februari 2011

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA

bagi lepasan STPM dan SPM..mesti cucu semua tengah pening kan..kemana la nak pergi lepas ni..nak belajar apa la di universiti nanti..universiti mana ek yang best? nak pergi oversea atau local? hurmmm..

sebelum tu..fikir dulu, masa sebelum dapat keputusan STPM atau SPM..ada isi borang kemasukan ke IPTA 2011/12? kalau ada..lengkapkan borang itu sekarang..

image

kepada pelajar lepasan STPM yang ingin memohon biasiswa JPA..boleh layari laman web ini :  http://esilav2.jpa.gov.my/ ..mana la taw..kot2, JPA bermurah rezeki nak beri biasiswa tahun ni…hihihi

image

lepas tu..borang UPU dah penuhkan belum? bagi cucu yang belum penuhkan borang UPU..boleh klik pada link ini (http://upu.mohe.gov.my/) untuk penuhkan ruangan yang belum penuh..

kepada pelajar lepasan SPM 2010..cucu jangan risau..tidak ada mana borang yang perlu diisi buat masa sekarang..kerana, keputusan SPM 2010 masih menjadi teka teki..nak isi borang apa2 pun, sekitar seminggu atau dua minggu selepas keputusan spm keluar..

kepada cucu yang nak tahu bila tarikh pengunguman keputusan SPM 2010, boleh tengok disini

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010

TARIKH JANGKAAN KEPUTUSAN SPM 2010

InsyaALLAH betul…