Isnin, 14 Mac 2011

contest : PEREMPUAN/LELAKI MELAYU TERAKHIR

++ tarikh tutup contest ++
31 MAC 2011

image

sapa nak join boleh klik pada banner

cewah….nama contest pun dah taw apa sebenarnya contest ni..cuba teka contest pe ni? hihihi

atok nak join first contest dari blog kisah seorang pelaut..macam best je kn? cuba teka..atok nak join perempuan melayu terakhir atau lelaki melayu terakhir???

kah…kah..kah…mestilah lelaki melayu terakhirkan..nama dah atok..bukan nenek..jom tengok gambar yang atok nak pertaruhkan..pasti menang nih!!!

DSCF3680DSCF3710

dua gambar yang atok pertaruhkan..gambar masa raya aidilfitri tahun lepas nih..hihihi..kalau x menang lagi, xtaw la nak cakap apa….wajib kasi menang! yeah!

1.kenapa korang nk join contest ni...?

alamak..susah nak jawab ni..atok join sebab nak menang dan nak hadiah je..lepas tu, nak promote baju melayu raya taun lepas..mana taw, kot2 ada sesapa yang berkenan boleh atok jual second-hand…hahaha

2.cipta tagline paling kreatif anda untuk memartabatkan pakaian tradisional melayu kita...

PAKAIAN TRADISIONAL, WARISAN BANGSA..

itu je..hihihi..

atok nak tag

HELIOUS BLOG

HuNnyLOVEgooD'AngeLsideoFarhaniEza

AkuFakhrul

join la ye..hihihi

KERAJAAN HARAMKAN BOTOL SUSU BAYI

mulai hari ini..kerajaan malaysia akan mengharamkan penggunaan botol susu bayi yang mengandungi bisphenol A..

atok pun xtaw apa kebendanya bisphenol A tu..bunyi macam best je..hihihi.

kalau nak taw baca petikan dari Berita harian dibawah

image

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu

yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan

botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A,

di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

 

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

berita penuh : Berita Harian Online | Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

kepada ibubapa yang mempunyai bayi yang manggunakan botol susu..tolong-tolong la tengok-tengok balik botol susu tu..ada bahan terlarang ni x? kalau ada tu, tolong la gantikan dengan yang lebih selamat..bukan apa, nyawa bayi anda tu lebih berharga..

apapun,kepada ibu-ibu jangan lupa untuk memberikan susu badan kerana susu badan adalah formula diet yang terbaik untuk bayi…

TARIKH SEBENAR KEPUTUSAN SPM 2010 DIUMUMKAN

setelah atok berteka-teki mengenai keputusan SPM 2010 pada 2 entry iaitu

hari ini atok ingin mengumumkan tarikh sebenar keputusan SPM 2010 akan diumumkan pada tanggal 23 MAC 2011..hihihi

tapi, atok x boleh janji la..betul atau tidak tarikh tersebut..namun, ramai yang beritahu tarikh keputusan SPM 2010 akan keluar pada 23 MAC 2011..jadi, buat calon SPM 2010..berjaga-jaga la ye..

cuak x? hahaha

TSUNAMI JEPUN : KARTUN ULTRAMAN BERITA HARIAN DIKECAM

Dipetik dari malaysiakini

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.
entry asal : http://www.malaysiakini.com/news/158502

KOMENTAR ATOK :

agak kurang beradap pelukis kartun ni kerana tidak terasa sensitif atas apa yang berlaku kepada mereka yang terkorban dan mengalami bencana..ini juga, kesilapan pihak berita harian kerana tidak menapis secara terperinci akhbar tersebut sebelum dicetak dan diedarkan kepada orang ramai

walaubagaimanapun, pihak berita harian telah memohon maaf secara terbuka melalui kenyataan penuh di berita harian :

Berikut adalah kenyataan penuh Berita Harian:

Merujuk kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

lain kali jangan nakal-nakal lagi~



PERMOHONAN AWEK DITUTUP

tadi atok ada post satu entry ([HOT] BORANG PERMOHONAN MENJADI AWEK KINI DIBUKA!!! | peTUA KITA semua) mengenai permohonan untuk mana-mana perempuan tuk jadi awek kn? huhuhuhu..

tapi, atok kena marah dengan budak mucuk ni..huhuhuhu

Picture0453

cuba teka siapa ni? hihihihi…dia la marah2 atok tadi..

mesti dia jelez..hihihi..cian kat dia..maaf ye sayang….

ini la mata air atok..buat kali kedua gambar dia ada lam entry blog ni..hik3..

atok xde niat pun nak cari yang lain..saje nak gurau2 dengan cucu-cucu perempuan..tapi, dia terasa kecik hati..huhuhu

maaf ye sayang..love u..hik..

*malu la plak…

maka dengan ini..sesiapa yang dah isi borang permonan tadi diminta buang la borang tu ye..maaf~