Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

PETUA : LARANGAN MINUM AIR SAMBIL BERDIRI

Dipetik dari blog aku dan blog

image

kenapa Nabi Muhammad melarang kita minum sambil berdiri??

entry asal dalam bentuk esei..jadi atok ambil point-point supaya senang untuk dibaca..

  • kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri.
  • Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup.
  • Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.
  • jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi.
  • Air itu boleh terus masuk menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.
  • Kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.

nak baca entry penuh?? disini : Jangan Minum Air Putih Sambil Berdiri | aku dan blog

Jumaat, 8 April 2011

VIDEO : BAYI JANTUNG DILUAR MASIH HIDUP

atok petik cerita dari KOSMO ONLINE

Derita bayi jantung di luar badan

image

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.

sumber : Derita bayi jantung di luar badan

VIDEO BAYI TERSEBUT

 

sama-sama kita doakan kesejahteraan bayi terbabit…kehebatan Allah tiada bandingannya..

Isnin, 14 Mac 2011

KERAJAAN HARAMKAN BOTOL SUSU BAYI

mulai hari ini..kerajaan malaysia akan mengharamkan penggunaan botol susu bayi yang mengandungi bisphenol A..

atok pun xtaw apa kebendanya bisphenol A tu..bunyi macam best je..hihihi.

kalau nak taw baca petikan dari Berita harian dibawah

image

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu

yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan

botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A,

di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

 

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

berita penuh : Berita Harian Online | Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

kepada ibubapa yang mempunyai bayi yang manggunakan botol susu..tolong-tolong la tengok-tengok balik botol susu tu..ada bahan terlarang ni x? kalau ada tu, tolong la gantikan dengan yang lebih selamat..bukan apa, nyawa bayi anda tu lebih berharga..

apapun,kepada ibu-ibu jangan lupa untuk memberikan susu badan kerana susu badan adalah formula diet yang terbaik untuk bayi…

Khamis, 10 Mac 2011

PETUA BUANG TAHI LALAT

image

ramai x ada tahi lalat? hehehe..tahi lalat kt muka? manis apa ada tahi lalat di tepi bibir..agak mengancam la kalau gadis bertahi lalat di hujung bibir…emmmph!..manis wooo….hihihi

tapi, ada jugak yang x suka dengan tahi lalat ni..nak2 kalau tahi lalat hidup..macam mana tahi lalat tu boleh wujud dan hidup subur itu masih menjadi misteri…tapi, kadang-kadang ramai la yang nak buang tahi lalat hidup ni..mak saudara atok pun pernah buat pembedahan kecil untuk buang tahi lalat tu..tahi lalat tu ada di sebelah hidung dia..jadi, atas nasihat doktor, doktor suruh bedah di hospital..maka, jadi cantik bagai la beliau sekarang..hik3…

nak tahu x? atok ada cara atau petua nak buang tahi lalat hidup ni sebenarnya..yang bestnya petua ni boleh jugak untuk rawat tumit kaki yang pecah..caranya senang saja…

PETUA BUANG TAHI LALAT DAN RAWAT TUMIT PECAH (secara organik)..

1. Dapatkan getah daun kemboja.kenal pokok kemboja? kalau x kenal, meh atok tunjuk bunganya…

image

2. lepas tu, bubuhlah getah tu pada tahi lalat hidup, ataupun kat tumit yang pecah-pecah.

3. Lepas tu, tampalkan saje ia dengan kapas.

Ulang proses di atas sehinggalah tahi lalat anda tanggal ataupun kutil dan kesan pecah pada kaki cucu tu hilang.kalau x hilang..buat la sampai hilang ye..hik3..

awas..lalat ini sedang bersenggama..bukan sedang berak…kah..kah…kah…jangan tiru aksi ini..tidak senonoh..hik3..

SELAMAT MENCUBA PETUA HARI INI..hik3..

*p/s : jangan lupa join contest simple ni : Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

Rabu, 9 Mac 2011

PETUA BUANG LEMAK BAWAH DAGU

image

pepagi buta ni atok nak kongsi petua pasal lemak bawah dagu..lemah bawah dagu biasa la kan..lagi-lagi perempuan..hihihi..xde lah, lelaki pun ade jugak..

kadang-kadang badan xdelah obes atau berat melebihi bmi normal, namun masalah lemah bawah dagu ni tetap ada..macam mana nak buang lemak bawah dagu yep??

petuanya : BUAT SENAMAN DAGU & MULUT

1. Kunyah gula-gula getah

baik untuk otot rahang dan dagu..pastu boleh la kasi nafas yang segar dan tidak berbau..hihihi

2. Percikan air

~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.
~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher
~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.

3. Menjulurkan lidah

~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.
~ Cuba sentuh hidung dengan lidah (kalau boleh arr). =)
~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.

4. Tepukan @ tamparan ehh… bertepuk tampar la plak

~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.
   Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.
~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.
~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.

5. Mendongak

~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu.
~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.

Selamat Mempraktikkannya!

Ahad, 6 Mac 2011

AWEK KELANTAN SEDAP MEMANDANG–PETUA KEKAL CANTIK

image

sebenarnya tajuk entry ni atok da ubah dari tajuk di harian metro iaitu : myMetro Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan..

apa yang atok nak kongsi bukan soal siapa yang paling lawa di kelantan..tapi dalam artikel tu ada ceritakan bahawa

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

tapi yang peliknya..adakah semua gadis-gadis pasir mas itu cantik? malah ada yang lebih mengujakan atok bila mengkaitkan kecantikan gadis pasir mas disebabkan mewarisi kecantikan puteri sa’adong..betul atau tidak, itu masih menjadi misteri..malah, kes puteri sa’adong ni pun masih lagi menjadi cerita lagenda misteri nusantara..

tapi, yang bestnya ada cerita pasal bagaimana gadis2 tu boleh jadi cantik..

PETUA GADIS PASIR NAS CANTIK..hihihi

  • Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
  • Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
  • “Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.
  • Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

yang last tu..sesapa nak cantik boleh la berkelana ke siam ek..hahahaha..

kalau nak baca entry penuh pasal kes perempuan pasir mas come lote ni..boleh klik di sini : myMetro Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan..

Sabtu, 5 Mac 2011

MANDI BUNGA BUANG SIAL, CEPATKAN JODOH?

image

atok terpanggil untuk berkongsi pasal mandi bunga sebab atok terbaca satu entry pasal mandi bunga : Zam+Sha = Love: 043 : Mandi Bunga... Untuk Cepat Jodoh ??? mandi bunga can chase away bad luck and halau jin?..???

best jugak entry tu..apa sebenarnya mandi bunga ni?

imageimage

image

kenapa masyarakat melayu kita masih terikat dengan mandi bunga? kadang-kadang masih ramai orang-orang tua yang memaksa anak-anak dara untuk mandi bunga bila lambat dipinang..malah, ada yang mandi bunga untuk buang sial..

atok pun x paham la macam mana hubungkait antara mandi bunga dengan jodoh..orang tua kata kalau mandi bunga ni dapat menaikkan seri pada wajah..kalau dah naik seri, ramai la orang yang nak masuk meminang..

kalau part buang sial tu x pasti la pulak..hahaha

kadang-kadang kalau fikir balik kelakar jugak..macam mana la orang-orang dulu boleh fikir benda ni semua..atau kita terlampau maju hingga mengabaikan untuk fikir soal ingin berumah tangga? hahaha..

yang peliknya..kenapa kalau mandi bunga je mesti sinonim dengan perempuan..atok search gambar di google dengan perkataan “mandi bunga”, kebanyakannya gambar perempuan..orang lelaki x boleh mandi bunga ke? xkan la orang perempuan je ada sial..

nak pergi bual sial jugak la..buang dalam tong sampah sudah..hahaha

[ALI RUSTAM MB MELAKA] KARI BIAWAK DISANGKA AYAM

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

image

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'

"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.

http://www.malaysiakini.com/news/157727

bersyukur dengan apa yang cucu makan pada hari ini..atok bukan nak mengulas mengenai politik, tetapi ingin mengajak cucu bersyukur dan ingat bahawa masih ada rakan-rakan kita yang miskin dan tidak mampu makan dengan sempurna.. 

macam mana agaknya rasa kari biawak eh? uweeek..hohoho

image

KOMEN MENGENAI RASA BIAWAK : » Weird Food Series 8: Cobra (Naja naja) & Biawak (Varanus indicus) Michelle Walewangko’s Fave Things

  • Kita pesen: Cobra (15ribu), Biawak (20ribu) sama Monyet (40ribu), semuanya digoreng. Kita makan tanpa nasi, karena sebelumnya udah begah abis makan di Sushi Tei dan Haagen Dazs PS, jadi niat ke sini icip2 aja ngemil gitu.
  • recommended at all. Dagingnya agak2 amis gitu, yieekss…walao sama2 digoreng kering tapi taste-nya gak enak. Entah bumbunya yg laen atau emang karakter dagingnya gitu. Gw sih sekali ini aja dah, gak mau lagi. Si PB aja gak abis makannya, Cuma coba sekali trus stick to the snake. Sisanya mao gak mau gw yg abisin..hehehhe..gak doyan blaz pun bisa abis ternyata..daripada mubazir gitu sayang udah dibeli..

agak memualkan la..nak tido je lah..huhuhu

Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

AWAS : TELUR AYAM PALSU

pernah x dengar kes telur ayam buatan? yang dibuat dengan bahan kimia? meh tengok gambar dulu

image

dah nampak? semua ni berlaku di CHINA..berita selanjutnya

imageimage

Semua orang tahu, China terkenal dengan produk-produk yang berjaya dipalsukan oleh mereka. Terbaru berita harian, telur ayam berjaya dipalsukan mereka. Pihak berkuasa telah berjaya menyita sebahagian besar telur ayam palsu di gedung pasaraya kota Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong, China. Harganya pula murah, mestilah ramai yang terpedaya dan terus membelinya. Manakan tidak, sebiji telur ayam palsu dijual serendah 0.15 yuan bersamaan RM0.074 iaitu separuh daripada harga sebenar.

imageimage

Di sana, kalau hendak belajar membuat telur ayam palsu ada caranya. Masuk kursus. Kurusus cara-cara membuat telur ayam palsu diadakan selama 3 hari dengan bayaran serendah 30 yuan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk belajar dan memulakan bisnes haram lagi menipu ini.

Berbagai macam bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan bahkan tawas, yang biasanya digunakan untuk membuat telaur ayam palsu ini. Untuk kuning telur itu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida. Ini membolehkan ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. Telur kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan. Shell tidak dilupakan.

imageimage

Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering. Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelmbung muncul pada telur putih. Tetapi para ahli memperingatkan akan bahaya makan telur palsu kerana tidak mengandungi sebarang nutrisi. Seorang profesor Universiti China dari Hong Kong memperingatkan pengguna telur ayam palsu boleh mengalami demensia.

imageimage

macam2..semua orang nak ambil untung tanpa hirau kesan negatif kepada pengguna..

Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

Khamis, 3 Mac 2011

LAGI PELAJAR MATI AKIBAT H1N1, SEKOLAH DITUTUP

image

dipetik dari berita harian online 3/3/2011

Sekolah ditutup pelajar mati kena H1N1

Jabatan Kesihatan sahkan 15 murid turut mempunyai simpton dijangkiti selesema

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Sungai Long, Kajang diarah tutup sekurang-kurangnya seminggu mulai hari ini selepas seorang pelajarnya yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada 24 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di sekolah berkenaan sejak tiga hari lalu menunjukkan wujud simpton virus berkenaan.

berita penuh : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahditutuppelajarmatikenaH1N1/Article/

nampaknya kes HINI masih belum tamat..kene berjaga-jaga lagi la nampaknya dengan wabak H1N1 ni…atok ingatkan kes H1N1 dah game over..tapi x jugak..degil betul virus ni..huh!

macam mana nak cegah dan elak H1N1? nah atok kasi petua sikit..

Petua2 Mencegah dan Merawat H1N1 yang boleh dicuba:

  1. Masukkan kurma ke dalam mangkuk, tuangkan air kelapa dan biarkan selama sejam. Kemudian kurma dimakan dan air kelapa diminum.
  2. Makan sekurang2nya 6 biji epal hijau sehari selama diserang wabak.
  3. Minum jus oren segar.
  4. Minum air ECPI sekurang2nya 5 liter sehari.
  5. Bancuh gula melaka dgn air panas dalam gelas mcm teh o pekat. Pastu ambil secubit garam campurkan skali. Dah sejuk minum dengan selawat.
  6. Kopi Radix dari HPA.
  7. Sentiasa bawa cengkih dan kulit kayu manis ke mana-mana. Bila dah mula bersin, mamah 5 kuntum cengkih dan 1/2 inci kayu manis, 2-3 X sehari.
  8. Bila ada tanda2,  guna 1/2 inci kayu manis , 5 kuntum cengkih, 1/4 – 1/2 jari halia hidup, 1/4 – 1/2 jari kunyit hidup & 5 biji lada hitam. Tumbuk hingga lumat. Tambah 1 cawan air panas dan minum, 2-3 kali sehari

sumber : email forward..

kalau nak informasi tambahan mengenai H1N1 boleh tengok di INFO SIHAT : http://www.infosihat.gov.my/menuutama/Wabak/SwineFlu/Langkah.php

Selasa, 1 Mac 2011

PETUA KURUS DARI SELURUH NEGARA part2

petang ni atok nak kongsi sikit pasal petua untuk kurus yang atok dapat setelah menjelajah ke beberapa benua..hohoho..sebenarnya, ini adalah petua ke dua selepas petua kurus yang pertama..sesiapa yang belum baca bahagian pertama tu..boleh baca disini : PETUA & RESIPI KURUS DARI SELURUH NEGARA part 1

petang ni atok nak kongsi PETUA KURUS DARI THAILAND & INGGERIS..

THAILAND

KELEBIHAN REMPAH

image

thailand terkenal sebagai makanan yang pedas diseluruh negara. cili padi yang banyak digunakan dalam masakan mereka memainkan peranan kepada proses metabolisme badan. walau bagaimanapun, menurut James Hill, Presiden American Society for Nutrition mengatakan makanan pedas perlulah dikunyah perlahan-lahan. ini untuk memastikan sistem pencernaan dapat memberi isyarat yang jelas ketika anda merasa kenyang

INGGERIS

ELAKKAN MEMBELI SAIZ MENU BESAR WALAUPUN MURAH

bagi anda yang pernah ke London, cuba perhatikan kebanyakan jurujual lebih suka menawarkan saiz menu yang lebih besar dengan harga yang sama. bagi anda yang mudah terpengaruh mungkin akan menerimanya. tetapi, bagi warga inggeris mereka lebih suka mengambil dalam jumlah yang kecil kerana wanita disana menganggap seksi adalah identiti ukuran badan yang profesional.

dipetik dari buku rapi ; 1 DIS 2010 ; BIL.153

Khamis, 24 Februari 2011

[GEMPAR] RON 97 NAIK HARGA AWAL MAC 2011, RON 95 AKAN NAIK LAGI.

haih..tiap bulan harga minyak naik..buat masa sekarang, harga RON97 ialah RM2.50 seliter dan RON95 ialah RM1.90 seliter..mahal sangat ke? macam murah je kan?

5sen

MURAH!!!..nak kene cepuk ke? atok cepuk sesapa cakap harga tu murah..apa punya manusia la cakap tu masih murah..masalahnya, bila harga minyak naik, harga barangan lain pun naik..apa yang sedihnya, harga barang keperluan asas seperti beras, tepung, barangan dapur pun akan turut naik mendadak..

tu belum kira makanan yang dah siap masak seperti kuih dan lauk-pauk harian..dah la biasiswa x naik-naik..yang buat pinjaman PTPTN lak makin terhimpit dan menyempit..yang sedih lagi, gaji kakitangan awan dan swasta tu takat tu je..x lama lagi jatuh miskin la rakyat malaysia..yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus papa kedana..hmmm

ARTIKEL MENGENAI HARGA RON 97 & RON 95 AKAN NAIK : Ron 95 akan dinaikkan..

Rabu, 23 Februari 2011

[ VIDEO ] MANUSIA MAKAN NAJIS LEMBU..

hohohoho..tajuk video yang menyeramkan lagi meloyakan tekak..first time atok tengok video ni macam x caya..selepas second time..woooo…x mo tengok dah..

x nak caye ke? tengok dengan mata sendiri la..hohohoho..ada berani?

AWAS : JANGAN TENGOK KALAU BELUM MAKAN

amacam? nampak sedap x?hahaha..nak cuba makan?

Selasa, 22 Februari 2011

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

 

imagememalam ni..atok nak berkongsi sikit dengan cucu pasal petua atau cara mudah nak ubati sakit gigi..petua ni boleh pakai kejap je..kalau dah sakit sangat tu, elok cabut je la..kalau klinik dah tutup atau klinik x buka, boleh la cuba petua ni sementara menunggu klinik buka..

Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

namun, sebelum gigi menjadi sakit..ada satu lagi petua untuk elakkan sakit gigi..caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

itu je dua petua pasal gigi yang atok jumpa..boleh la cucu cuba ye..atok pun tengah sakit gigi jugak ni..hohoho..gigi berlubang..nak cuba dengan bunga cengkih, tapi sayangnya xde..hohohoho..x mo jumpa doktor..waaaaa!!!

Sabtu, 19 Februari 2011

PELIK & X PASTI part6

dah lama atok x berkongsi mengenai benda pelik kan? dan sampai sekarang sudah sampai bahagian ke-6..sesiapa yang baca siri-siri sebelumnya boleh cari dalam blog atok..

benda pelik pertama ialah ALIEN ni..betul ke wujud si Alien ni? atau ni tayol? atau makhluk apa?

ada sesiapa tahu x kewujudan makhluk macam ni?

image

Khamis, 17 Februari 2011

[ JAWAPAN ] PEREMPUAN 7–9 TAHUN DIROGOL MASIH BERDARA?

Sudah 2 kali atok mendapat sol;an yang serupa..soalannya berbunyi :

adakah seorang perempuan tu masih dara lagi kalau di rogol semasa kecil dalam umur 7 hingga 9?

Atuk klau pompuan kena rogol mse umur 7 hingga 9 tahun dikira tiada dara ke tuk???

hmmm…atok x tahu nak jawab macam mana..atok pun x pasti adakah kanak-kanak perempuan berusia 7-9 tahun yang telah dirogol hilang dara ataupun tidak..

cucu rasa, agak-agaknya bilakah dara itu terbentuk? adakah selepas baligh? atau semenjak lahir lagi? kalau semenjak lahir sudah ada dara, maka dara itu mungkin hilang jika “ehem-ehem” lelaki itu tertusuk kedalam..hohohoho

kalau lah dara itu terbentuk selepas baligh..dan kebiasaannya perempuan baligh seawal usia 11 atau 12 tahun..maka kanak-kanak tersebut tidak akan hilang daranya kerana daranya terbentuk selepas dia baligh..

tetapi atok x tahu dara itu terbentuk bila…ada sesiapa tahu x?? hmmm…boleh kita kongsi..

Rabu, 16 Februari 2011

PETUA & RESIPI KURUS DARI SELURUH NEGARA part 1

pagi ini atok dengan suka hati nak berkongsi petua kurus yang atok kutip dari negara ke negara yang atok jelajah..atok ada jumpa beberapa petua kurus yang berlainan dari setiap negara..

atok bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memendekkan senarai petua kurus tersebut..sesiapa yang nak cuba boleh la yep..kalau x jadi jangan marah..

BRAZIL

NASI DENGAN KEKACANG

Rio de Jenairo terkenal dengan makanan yang lazat. Pernahkah anda terfikir, bagaimana wanita-wanita di sana dapat mempertahankan bentuk badan yang menarik walaupun sering digoda dengan makanan lazat.

menurut penetilian dalam jurnal Obesity Research mengatakan nasi yang dicampur bersama kekacang mampu mengurangkan risiko berat badan sehingga 14%. Dengan mencampurkan kekacang bersama nasi akan membuatkan makanan anda berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.

Selasa, 15 Februari 2011

[ 13SX ] BAPA GAY MENANTI KELAHIRAN ANAK KE-4

hua3…lelaki boleh mengandung ke? al kisahnya terlalu amatlah pelik bunyinya..atok jumpa berita ni dalam akhbar..tetapi dalam bahasa inggeris bunyinya..atok cuba-cuba la baca dan paham la sikit-sikit..

nampaknya dunia dah terbalik 1800pelik betul dunia sekarang nih..meh la baca berita penuh tu.

image

A homosexual couple who made legal history when they fathered twins are to have a fourth child.

Barrie and Tony Drewitt-Barlow sparked outrage when they controversially travelled to the U.S. and used donated eggs and a surrogate mother to become fathers to twins Aspen and Saffron, now nine.

They used the same surrogate mother four years later when they went on to become fathers to Orlando.

Read more: http://www.dailymail.co.uk/femail/article-1194073/Millionaire-gay-fathers-await-baby-No-4-maybe-fifth.html#ixzz1DztKqIo3

kalau nak baca lagi..klik je di url “read more”..

manyak takot woo..seram sejuk atok membacanya..

Selasa, 8 Februari 2011

LAWAK - MUSUH UTAMA YANG WAJIB DILAWAN

image

ALkisah…tersebutlah kisah…hihihihi..cucu baca la yep..ini musuh baru yang kita wajib lawan…

"Siapa yang berani menyerang kita? Pakatan siapa yang berani menyerang kita. Kita akan bertahan hingga hingus kita kering. Jangan siapa berani mencabar."

"Musuh baru melanggar kita, Tok Seri. Nak katakan geruda bukan geruda. Nak kata unggas bukan unggas. Tapi Musuh ini berkepak. Nak kata hantu bukan hantu. Tapi sekejap hilang sekejap muncul.

Bila nak ditangkap dia hilang. Kita lari dia datang. Kuman pun bukan hama pun bukan. Bukan ulat bukan binatang. Ada kecil, ada besar. Boleh dilihat tapi tak dapat dipegang. Kadang kadang ramai, kadang kadang sedikit,” sahut Menteri Dalam.

Isnin, 6 Disember 2010

PETUA PULIH MIGRAIN

image

Dah lama atok x menulis pasal petua ni..hehehe….dan tadi ada cucu tanya pasal migrain…bukan si NOONA yang migrain..tapi kawan dia kot..hehehe..atok pun x pasti..terima kasih sebab tanya…

xpe lah cucu..meh atok “check” sebab apa cucu migrain ni…hmmm…jap ye nak isi air lam mangkuk ajaib nih..x leh isi banyak-banyak sekarang..sebab harga air di Selangor akan dinaikkan 37% kalau SYABAS masih lagi berkuasa…

hah! dah jumpa pun sebab migrain..jom baca…hehehehe