Sabtu, 13 November 2010

TAMBAH FOLLOWER DENGAN CEPAT


tadi selepas sembahyang maghbrib atok tido..atok bermimpi..hehehe...takot jugak jadinya..terus tersedar dan mendap laptop..patu ternampak la satu entry menyentuh kalbu atok...ape tu? apa yang penting?...apa la yang penting sangat ni? atok tengok2, baca2..upanya cucu ni nak tambah follower..jadi dengan kudrat yang ada..atok nak promote la blog cucu ni..lau sapa nk kenal..meh klik kat gambar blog cucu tu..ni atok snap sendiri ni..hehehe

cucu atok..pergi la melawat dia..dia pun dah kira otai lam blog..bermula sejak tahun 2006 lagi..entry pertamanya ialah sajer jer test..hehehe..pada 15 september 2006..lamanya...atok time tu duk main friendster lg..hehehe..otai jugak la cucu atok yg sorang ni..cuma sikit je followernya..jadi, cucu2 atok yang lain, sebagai menghormati entry atok ni..PERGI MELAWAT BLOG DIA SEKARANG!!hehehe..bukan pe..kesian...atok xleh tgk cucu sedey..sayang cucu2...mmmmmuah!

p/s : buat cucu2..atok ada bagi petua nak jd blogger yang berjaya kan..hehehe..tajuknya..APA YANG BLOGGER PATUT TAHU...cucu tengok2 la..lau boley praktik..jalan atau tidak..itu kuasa tuhan..babai2....

NAK KAHWIN ANAK RAJA.....

hehehe..Atok nk kahwin anak raja? mimpi ape atok ni? dah nak mampus? buat tabiat?

hehehe..atok nak kahwinkan cucu atok la...atok ada sorang cucu...kiut miut orangnya...cantik molek..pastu, pada pagi tadi..lepas atok pergi pasar..atok dapat call dari mak cucu tok nih..anak atok la..dia cakap "AYAH, CUCU AYAH DILAMAR RAJA.!"... WOW!..terkejut beruk atok..raja mana pulak ni?

yang tu,atok xleh bagi taw sebab itu rahsia sultan tersebut dan keluarga atok..atok harapkan CUCU ATOK DAPAT KAHWIN DENGAN RAJA TU..bukan sebab pe..nak taw sebabnya? mayak elaun dapat..kaya raya atok..lau x caya...klik kt SINI ..kat situ ada info pasal elaun raja/sultan dan kerabat.

SIAPA RAJA TU? ATOK BAGI CHANCE TUK CUCU PILIH...hehehe

YANG DIPERTUAN AGONG?

ada anak lelaki..tapi kecik lagi...bukan2...hehehe..tp ok je..tol x? asal dapat duit..

RAJA PETRA?

kah3...aku xtaw ni asal dari raja mana..tup2 ada raja kat depan..ish3...

RAJA GOPAL?

yang selalu je mama atok cakap kat adik atok yg puan.."ko ni malas nak kahwin ngn raja gopal ke?" hihihi

RAJA RIMBA?

hahaha..jangan silap paham..ini bukan harimau atau singa..ini tarzan malaya..hua3

KING?


hahaha...yang pasti bukan raja lam permainan chess tu ye..

p/s : tunggu la ye..mesti cucu2 x sabar nak taw..hahaha

KOMEN ATOK TENTANG CERITA ASMA

sebelum cucu baca komen atok..cucu tengok dulu video ni....



video cara nak putuskan hubungan? atok!!!! nak suh cucu break up ke?

tidak cucu...sebelum cucu buat penilain tentang video tu..cucu baca dulu entry atok yang terdahulu..mengenai : CIRI-CIRI LELAKI YANG WANITA MESTI TINGGALKAN..

atuk bukan pe..atok xnak cucu menggigit jari nanti..bagi cucu2 perempuan..ingat x pada entry atok sebelum ini mengenai kawan nenek? kalau dah lupa..klik di SINI...kalau mahu mengubat hati yang lara di SINI jawapannya..itu yang atok boleh khabarkan buat masa sekarang..

kepada cucu2 atok..kepercayaan adalah asas utama dalam apa-apa hubunga..jika tiada kepercayaan..sampai kiamat rasa cinta dan sayang kita tidak akan kekal..maka bersilih gantilah cinta kita...berdasarkan sejauh mana kepercayaan pada pasangan..formulanya cukup mudah..cemburu tandanya sayang..namun, cemburu buta menbawa kepada kehancuran..

jangan jadi seperti ikhwan dan ayah asma kerana tiada kepercayaan kepada asma, maka hidup asma musnah..buat cucu lelaki..anda mesti percaya pasangan anda..jangan terlalu mudah syak wasangka dan berfikiran negetif..cubalah memahami pasangan anda..kadangkala perempuan memerlukan waktu untuk bersendirian..berilah waktu padanya..jangan terlalu mudah menghukum perempuan kerana mereka jua manusia..

buat cucu perempuan..yakinkan lah kepada pasangan anda bahawa anda mampu bersendirian tanpa mereka..cuba yakinkan pasangan bahawa anda boleh keluar ke pasaraya dengan ditemani rakan perempuan cucu..caranya cukup mudah..cuba buat date dengan pasangan bersama rakan-rakan perempuan cucu..kenalkan kepada pasangan anda tentang kawan2 cucu..bertukar-tukar no telefon antara rakan dan pasangan anda adalah salah satu cata untuk yakinkan kepada pasangan cucu..lepas tu,cucu keluar la dengan kawan2 cucu tadi.beritahu padanya, cucu keluar bersama rakan2 yang pernah dijumpainya dulu..lihat reaksinya..jika dia percaya..ok la...kalau dia tidak percaya..suruh pasangan anda call kawan anda sendiri..sebab itu penting bertukar nombor telefon tadi..untuk menunjukkan bahawa cucu bersikap telus dalam perhubungan ini..

setakat itu dulu komen dari atok..semoga percintaan cucu hingga ke akhir hayat..namun ingat, soal jodoh dan maut semuanya ditangan Allah(muslim)..bagi yang bukan muslim..semoga cucu mampu menjaga hubungan tersebut..yang penting..ikhlaskan hatidan jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi pada pasangan kerana yang sudah berkahwin pun boleh bercerai...PEACE~

SAYANG,CEMBURU,CINTA,KEPERCAYAAN..

Cinta...sayang dan cemburu adalah lumrah dalam bercinta...siapa yang x pernah bercinta jangan baca..kerna ini menjauhkan rasa kemahuan anda dalam mempercayai cinta...kah3..atok2..apela yang atok merepek nih...

malam ni..sebelum cucu2 tido..atok ada 1 cerita...tentang C.I.N.T.A

pada zaman dahulu, di sebuah kampung terpencil tinggal sekelompok masyarakat yang hidup aman damai..mereka saling bantu membantu dan beramah mesra antara satu sama lain..di dalam kelompok ini, ada seorang perempuan yang amat jelita...namanya Asma..dia adalah perempuan idaman setiap jejaka di kampung tersebut.namun, disebabkan kemanjaan oleh ibu serta ketegasan ayahnya...Asma' tidak pernah keluar dari rumah tanpa ditemani oleh ibu atau bapanya..

pada suatu hari..ayahnya ditegur oleh emaknya tentang si Asma..mereka berfikir mahu mengkahwinkan Asma dengan seorang jejaka di kampung seberang...Asma pun bersetuju dengan cadangan ibunya kerana Asma mahu hidup berdikari tanpa kongkongan ayahnya..selepas semuanya bersetuju, ayah asma terus ke kampung seberang untuk menemui bapa kepada jejaka yang dimaksudkan oleh ibu asma tadi...

setelah berbincang selama kira-kira sepuntung rokok lamanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengkahwinkan anak mereka...mereka bersetuju untuk menkahwinkan anak masing2 pada purnama hadapan..jejaka itu bernama ikhwan...sepanjang sepurnama menunggu,ikhwan telah mendengar pelbagai cakap2 orang kampung Asma..mereka mengatakan bahawa Asma tidak pandai menjaga diri kerana, ke mana Asma pergi pasti ditemani oleh bapa atau ibunya..malah, mahu pergi ke rumah jiran untuk menghantar sedikit makanan pun ditemani abang sulongnya..pendek kata, Asma ini tidak pernah bergaul dengan orang lain..walhal..dalam hati Asma tidak begitu..Asma ingin bermain bersama rakan sebayanya, namun dihalangi oleh bapanya kerana bimbang akan keselamatan Asma.

setelah sepurnama berlalu..maka Asma dan Ikhwan berkahwin...ke mana sahaja Ikhwan pergi, mesti Asma turut ada bersama..yela...pasangan yang masih lagi dibuai cinta indah..ini menambahkan lagi keyakinan di hati ikhwan bahawa Asma tidak dapat kemana-mana tanpanya..malah, jika ikhwan pergi menjala ikan..Asma lah yang akan tolong mengutip ikan yang terperangkap didalam jaring..mereka hidup dalam keadaan yang bahagia sekali kerana tidak pernah duduk berasingan walau sejenak..

pada suatu hari,ikhwan telah dititahkan oleh sultan untuk berperang..maka, ikhwan terpaksa menuruti perintah sultan tanpa sedikit ingkar pun..maka, ikhwan bimbang tentang isterinya,Asma..setelah berbincang dengan Asma..Asma bersetuju untuk tinggal di rumah jiran sebelahnya iaitu rumah mak cik bedah..mak cik bedah ni penjual kuih..jadi, semasa Asma tinggal dengan makcik bedah..asma menolong mak cik bedah menjual kuih serta pisang goreng..di situ,asma sudah mengenali orang kampung sekitarnya..Asma sudah mula berkenalan dengan orang kampung ikhwan..

setelah perang tamat, ikhwan pulang dengan hati yang menanggung rindu pada Asma..namun, semasa dalam perjalanan pulang, ikhwan terserempak dengan mak cik bedah yang sedang mengutip lada di kebun..ikhwan berasa hairan kerana Asma tiada bersama mak cik bedah..tanpa berlengah, ikhwan terus pulang kerumah degan perasaan hairan,sangsi dan pelik..dicarinya sekitar rumah...TIADA...tiba2, dia terserempak dengan pak Ali...ikhwan bertanya kepada pak Ali jika ada ternampak isterinya..Pak Ali memberitahu bahawa isterinya sedang menjual pisang gorang dikedai mak bedah...makin hairan si ihkwan..tadi, dia nampak makcik bedah dikebun..namun, pak ali mengatakan Asma di kedai Pisang goreng..

ikhwan mula syak sesuatu...mustahil Asma menjual pisang goreng berseorangan kerana sepanjang mereka berkahwin, Asma tidak pernah menegur orang lain kecuali makcik bedah sahaja..lagi pun, sepanjang mereka kahwin..mereka tidak pernah berpisah..sentiasa bersama-sama walau ke tandas sekalipun..tambahan pula, Asma tidak kenal penduduk kampungnya..ikhwan mula syak bahawa Asma mesti sudah terpikat pada lelaki lain di kedai tersebut sehingga berani untuk menjual pisang goreng tanpa ditemani makcik bedah..padahal, makcik bedah memberikan kepercayaan kepada Asma untuk menguruskan gerainya semasa makcik bedah ke kebun..

dengan perasaan syak wasangka, cemburu buta...ikhwan terus menunggu di rumah..dia tidak bertanya pada siapa pun tentang Asma kerana dia menganggap bahawa orang lain tidak tahu apa2 tentang isterinya kecuali dirinya seorang..menjelang petang..Asma pulang..Asma terkejut bila melihat suaminya berada di halaman rumah..dengan rasa rindu dan sayang yang mendalam pada suami..asma mendapatkan suaminya dan cuba memeluk dengan erat..namun, ditepis suaminya hingga Asma rebah..terkejut dengan tindakan suaminya..Asma menangis dan bertanya mengapa suaminya sudah berubah..ikhwan terus menuduh Asma sanggup menduakannya kerana sudah berani keluar rumah tanpa ditemani dirinya dan makcik bedah..asma menerangkan segalanya..namun..atas keegoan yang tinggi..ikhwan tidak percaya pada Asma..ikhwan mengatakan bahawa asma tidak pernah keluar rumah tanpa ditemani oleh ayahnya,ibunya dan dirinya sendiri..ditambah pula cakap2 dari orang kampung sebelah..

dengan hati yang berat..ikhwan meninggalkan asma kerana menganggap asma telah curang padanya..namun ikhwan tidak tahu bahawa sepanjang bersama mak cik bedah..makcik bedah yang memperkenalkan Asma kepada orang kampung..Ikhwan tidak sedar semasa dia ke medan perang,mak cik bedah la yang mengurut perut isterinya yang sedang sarat mengandung...ikhwan tidak tahu, bahawa asma bukannya takut untuk berseorangan..tetapi disebabkan kongkongan ayahnya dan sifat suaminya yang terlalu mengambil berat menyebabkan Asma tidak pernah berenggang dengan ayah,ibu dan Ikhwan sendiri..kini..asma hidup bersendirian menanti kelahiran anaknya...dan kini..asma berasa puas hati kerana niat utamanya untuk berkahwin iaitu bebas dari kongkongan ayahnya tercapai..'terima kasih ikhwan",bisik asma didalam doa...

apa pendapat cucu tentang cerita atok? panjang?hahaha..komen la kat bawah ye..