Selasa, 26 April 2011

ADEGAN RANJANG LISA BERSAMA AARON AZIZ

image

SUMBER : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lisagementaraksiranjang/Article/index

Apabila diminta mengulas mengenai adegan ranjang yang dilakonkan bersama Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu, Lisa memberitahu, “Saya berdebar sangat apatah lagi Aaron sudah berkahwin. Saya akui tak selesa, janggal, takut dan risau melakonkan adegan ini. Agak lambat juga untuk saya selesa dengan Aaron untuk melakonkan adegan ini.

“Walaubagaimanpun, kita hidup dalam masyarakat ketimuran, jadi ada keseimbangan dalam babak ini. Ada juga perkara yang lucu berlaku di sebalik babak ini di mana sebelum melakukan penggambaran, saya makan banyak petai. Abang Aaron pula tak suka petai, jadi memang makan masa jugalah saya nak hilangkan bau petai itu,”ujar Lisa mengakhiri perbualan.

DIPERKUATKAN LAGI DI SINI : c-tea: LISA SURIHANI DAN MAYA KARIN BERAKSI RANJANG BERSAMA AARON AZIZ

PEROGOL PELAJAR UiTM MELAKA DIKENAKAN JEL 30 TAHUN, 16 SEBATAN

MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit, 18 April lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas meneliti rayuannya serta hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang memohon hukuman berat.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu merogol penuntut berusia 19 tahun tujuh bulan di Kolej Siswi Tun Mutakhir, Jalan Tun Mutakhir, dekat sini pada 18 April lalu.

Bagi tuduhan kedua iaitu menyamun telefon Blackberry dan wang tunai RM133 milik mangsa di tempat dan tarikh sama kira-kira jam 2.25 petang serta mendatangkan kecederaan kepadanya iaitu lebam di muka dan leher, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.

Bagi kesalahan menceroboh ke asrama berkenaan pada tarikh dan di tempat sama kira-kira jam 2.15 petang, dia dihukum penjara dua tahun.

Bagi kesalahan rogol, Mohd Karimi dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 394 akta sama yang jika disabitkan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim menetapkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Dalam hujahnya, Mahmoodah berkata perbuatan tertuduh menceroboh asrama wanita pada waktu petang menunjukkan dia langsung tidak menghormati undang-undang “Kawasan itu dikawal rapi pengawal tapi dia berjaya menceroboh masuk, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka.

“Tertuduh hilang sifat kemanusiaan kerana menumbuk muka dan bibir serta mencekik mangsa, malah bernafsu binatang apabila merogol mangsa yang datang haid.

“Akibatnya, mangsa trauma dan terpaksa menangguhkan pengajiannya satu semester serta tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.

“Saya merayu hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak memijak maruah wanita sesuka hati,” katanya.

Tertuduh yang berpakaian lokap hanya tenang dan merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.

Berdasarkan fakta dikemukakan Mahmoodah, tertuduh memanjat pagar di belakang kolej itu lalu masuk ke bilik ketika mangsa sedang tidur menyebabkan dia terjaga sebelum melihat tertuduh yang berbogel terus datang dan menindih badannya.

Walaupun mangsa melawan, tertuduh menghempap dan memeluknya serta cuba mencium menyebabkan dia meronta dan menjerit meminta tolong sambil mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa sama mangsa terbau cecair peluntur cat dari tubuh tertuduh.

“Melihat mangsa menjerit, tertuduh mencekik kuat lehernya dengan kedua-dua tangan, menumbuk muka dan bibir serta menghentak kepalanya di dinding katil menyebabkan dia lemah lalu menanggalkan seluar sukan dan seluar dalamnya.

“Dia menarik kedua-dua tangan mangsa hingga jatuh ke lantai sebelum mangsa mencapai bateri komputer riba lalu mengetuk kepada tertuduh tiga kali, namun dihalangnya.

“Dalam ketakutan, mangsa berkata dia datang bulan, namun tertuduh tetap merogol serta mencabulnya,” katanya.

Katanya, selepas itu tertuduh mengambil telefon dan duit mangsa sebelum mangsa berlari meminta tolong kepada rakannya di bilik sebelah yang kemudian menjerit meminta bantuan pengawal keselamatan.

Tertuduh ditangkap pengawal keselamatan, Saiful Ambia pada jam 3 petang di tingkat tiga asrama itu.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Jel30tahun_16sebatan/Article

giler lah….dalam kolej pun nak rogol?? dah la siang hari…

giler ke apa??

[18SX] KEGUNAAN, KEKURANGAN, & KELEBIHAN CYBERSEX

pernah cucu dengar pasal cybersex??

image

atok pun baru je dengar semalam..kih3..melalui entry satu blog..atok dah lupa blog mana..lepas baca entry tu, atok rasa tertarik pulak nak taw..apa itu cybersex..

apa kebendanya cybersex?

sex dengan alatan komputer? atau, sex dengan robot??

teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet…

SALAH!!Nyah-Nyah

 

cybersex tu maksudnya aktiviti seksual atau ghairah melalui komunikasi oleh komputer.

dipetik dari wikipedia

Cybersex - Wikipedia, the free encyclopedia

Cybersex, also called computer sex, Internet sex, netsex, mudsex, TinySex and, colloquially, cybering, is a virtual sex encounter in which two or more persons connected remotely via computer network send each other sexually explicit messages describing a sexual experience. It is a form of sexual roleplay in which the participants pretend they are having actual sex. In one form, this fantasy sex is accomplished by the participants describing their actions and responding to their chat partners in a mostly written form designed to stimulate their own sexual feelings and fantasies

paham?? dah taw cara guna cybersex..apa gunanya cyber sex ni?

image

  • untuk mendapatkan pengalaman bagi penulis yang ingin menulis adegan seks lebih realistik, dengan bertukar idea
  • Kerana cybersex dapat memuaskan beberapa keinginan seksual tanpa risiko penyakit menular seksual (PMS) atau kehamilan, itu adalah cara fizikal yang selamat bagi kaum muda untuk bereksperimen dengan fikiran seksual dan emosi.
  • Dalam hubungan jarak jauh, cybersex boleh berfungsi untuk mempertahankan dimensi hubungan seksual  di mana mereka melihat satu sama lain..macam webcam la

itu dalam hukum hakam bukan islam..apa pulak yang islam tegur tentang perkara yang melibatkan cybersex ni

Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7]

atok rasa..firman Allah tersebut sudah cukup untuk menjelaskan bahawa cybersex ini diharamkan apatah lagi jika berhubungan dengan selain isteri..hohoho

[GEMPAR] MENGAKU DIRINYA IMAM MAHDI DI MAKKAH

kredit to Milo Ais kerana translate berita asal dari bahasa arab [مصرى يخطف "ميكروفون" إمام الحرم بزعم أنه المهدى المنتظر ] ke bahasa melayu [Gempar!!! Imam Mahdi Muncul Di Makkah | Milo Ais©]

Gempar!!! Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada petang 12 April semasa solat Asar.Menurut sumber yang dipercayai,seorang lelaki warganegara Mesir telah merampas mikrofon semasa permulaan solat asar yang diimani oleh Syeikh Abdullah Al-Juhany lalu mangatakan dirinya “Akulah Mahdi yang ditungu-tungukan…..Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan…”

Suaranya dapat didengari oleh seluruh jemaah yang sedang solat asar di Masjid Haram pada ketika itu.Polis yang menjaga Masjid Haram telah menahannya untuk disoal siasat.Lelaki tersebut dipercayai datang untuk menunaikan umrah atau merupakan pendatang secara haram di Arab Saudi dan dipercayai mempunyai msalah mental.Solat Asar pada hari tersebut dapat ditunaikan seperti biasa kerana kecekapan polis Masjid Haram menyelesaikan masalah tersebut.

Macam-macam ada dalam dunia ni..hmmm