Sabtu, 13 Ogos 2011

[HOT] NAJIB DIPAKSA LETAK JAWATAN OLEH PEMIMPIN UMNO

salam..

desas desus bahawa najib akan dipaksa letak jawatan oleh pemimpin umno dah lama kedengaran..malah, semenjak dua tahun pertama najib memerintah malaysia..sudah ada kedengaran suara sumbang dari umno sendiri untuk menggesa najib razak berundur sebagai perdana menteri malaysia atas sebab tertentu..

paling jelas apabila muhyidin cuba merampas takhta PM dari najib dengan senyap apabila mengumpul 100 ahli parlimen BN baru-baru ini..malah, kali ini nampaknya muhyidin boleh tidur dengan lena dan aman damai sekali kerana beberapa pemimpin umno sudah mula mengkhianati akidah 1MALAYSIA najib secara terang-terangan..najib yang amat terkenal dengan 1MALAYSIA  nya kini dalam keadaan bingung dan tercabar dengan pelbagai isu yang tidak mampu dijawab oleh beliau antaranya kes rasuah kapal selam, kes BERSIH 2.0, masalah ketirisan wang rakyat dan dibebani dengan sikap isterinya yang boros.

tidak keterlaluan untuk melabel najib sebagai liabiliti kepada survival UMNO dan BN pada PRU-13..video dibawah sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa ada komplot dibelakang najib yang cuba menjatuhkan akidah 1MALAYSIAnya yang bertunjangkan kepada PERPADUAN KAUM..

dua-tiga kerat pelompat dari Keadilan kepada Bebas dan UMNO (video : Ezam lancar perang jihad keatas penganut kristian) yang dibanggakan oleh penyokong gerombolan sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka adalah politikus yang rasis..sanggup menggadaikan keamanan negara dengan melancarkan perang jihad terhadap bukan Islam tanpa usul periksa..

VIDEO : EZAM LANCAR PERANG JIHAD TERHADAP PENGANUT KRISTIAN

kenapa pihak mereka dan UMNO tidak menuntut penjelasan daripada gereja dan JAIS? sedangkan itu yang dianjurkan dalam islam..semasa nabi membuka kota mekah sekalipun, bukannya nabi terus lancarkan perang jihad..nabi berunding dan berbincang dulu dengan kebilah-kabilah di kota mekah..

malah, dengan cara yang UMNO & PERKASA tunjukkan ini…seolah-olah menggambarkan Islam ini agama yang kejam dan tiada tolak ansur..sedangkan mereka yang murtad terlebih dahulu dinasihati dan jika sifulan tersebut tetap ingkar atas nasihat untuk kembali kepada islam, barulah dia boleh dibunuh..

pada atok, ini adalah cara UMNO mengalihkan pandangan rakyat malaysia keatas isu yang dibawa dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0 dan juga isu rasuah kapal selam akan akan dibuka di mahkamah perancis pada bulan 9 nanti..kalau benar UMNO ingin menegakkan islam, kenapa najib razak meluluskan judi bola sepak? boleh tolong jawab?

P/S : nampaknya Rosmah kene ceraikan najib dan kawin dengan muhyidin cepat-cepat..nanti hilang takhta First Lady tu..kalau dengar cerita rosmah fail cerai terhadap najib..maknanya…jeng..jeng..jeng..ini konspirasi terhebat! hahahaha

UMNO DAH TAK LAKU??

image

gambar ini dipetik dari Isu gereja: Ezam ugut 'bakar' Malaysiakini – Malaysiakini

atok mula-mula tak perasan bila pertama kali tengok gambar ni..bila tengok dua tiga kali, baru atok perasan..atok tengah pelik ni..apa yang atok pelik??

atok pelik, yang ramai sokong tindakan JAIS ni adalah pemimpin UMNO dan mereka yang Pro-UMNO..yang peliknya, dalam gambar ni kenapa ada guna lambang PAS? sedangkan Pas masih lagi belum mengeluarkan kata putus tentang isu gereja ni sehingga berjumpa dengan pihak JAIS dan gereja “face to face” pada 15.8.2011 nanti.

yang tambah peliknya, sejak bila UMNO pandai cakap bab hudud ni? setahu atok..sebelum ni, Presiden Pas dah banyak kali usulkan agar rang undang-undang murtad dan hudud dibahaskan di parlimen..tapi, tak pernah diterima..

imagepadahal, masa PM luluskan lesen judi bola dan si Kak Mah ke Islamic Fesyen Festival yang berbulu mata atok tengok hari tu..xde la pulak puak-puak umno ni pergi berdemo kalau benar nak tegakkan islam dan hukum hudud..sedangkan ianya sudah terang bertentangan dengan islam..

yang atok makin hairan..adakah Islam bagi umno hanyalah diharamkan murtad kerana dalam perlembagaan malaysia termaktub bahawa melayu mesti islam walaupun mentekedarah arak dan berjudi tiap malam? kalau orang melayu murtad..hilang ke status melayu dan bumiputra tu? maka, berkecil hatilah hang tuah kerana melayu makin hilang didunia..

kah..kah..kah..

P/S : kesian UMNO..ahli UMNO nak guna lambang UMNO pun malu..sanggup guna lambang Pas…

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..