Selasa, 1 Mac 2011

PETUA KURUS DARI SELURUH NEGARA part2

petang ni atok nak kongsi sikit pasal petua untuk kurus yang atok dapat setelah menjelajah ke beberapa benua..hohoho..sebenarnya, ini adalah petua ke dua selepas petua kurus yang pertama..sesiapa yang belum baca bahagian pertama tu..boleh baca disini : PETUA & RESIPI KURUS DARI SELURUH NEGARA part 1

petang ni atok nak kongsi PETUA KURUS DARI THAILAND & INGGERIS..

THAILAND

KELEBIHAN REMPAH

image

thailand terkenal sebagai makanan yang pedas diseluruh negara. cili padi yang banyak digunakan dalam masakan mereka memainkan peranan kepada proses metabolisme badan. walau bagaimanapun, menurut James Hill, Presiden American Society for Nutrition mengatakan makanan pedas perlulah dikunyah perlahan-lahan. ini untuk memastikan sistem pencernaan dapat memberi isyarat yang jelas ketika anda merasa kenyang

INGGERIS

ELAKKAN MEMBELI SAIZ MENU BESAR WALAUPUN MURAH

bagi anda yang pernah ke London, cuba perhatikan kebanyakan jurujual lebih suka menawarkan saiz menu yang lebih besar dengan harga yang sama. bagi anda yang mudah terpengaruh mungkin akan menerimanya. tetapi, bagi warga inggeris mereka lebih suka mengambil dalam jumlah yang kecil kerana wanita disana menganggap seksi adalah identiti ukuran badan yang profesional.

dipetik dari buku rapi ; 1 DIS 2010 ; BIL.153

BOB LOKMAN BANTU KEMPEN PAS DI PRK KERDAU

image

dipetik dari malaysiakini :

Setelah muncul di Merlimau sebelum ini, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini turun ke Kerdau dengan misi memenangkan calon PAS Hassanuddin Salim.

Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga mendedahkan beberapa kali terlibat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi membantu calon BN dan dibayar antara RM2,000 hingga RM3,000 ribu.

Bob juga berjenaka dengan menyentuh pelbagai perkara, antaranya bertanyakan penonton sama ada calon BN bernama "Side Effect" (kesan sampingan) dan tidak akan percaya lagi pada Datuk Seri Najib Razak walaupun walaupun perdana menteri berucap "dengan golek kepala".

bagus la..bob lokman dah insaf dan mendekati agama islam..tapi, ada jugak yang x seberapa setuju bila bob lokman ini terjun ke arena politik..apatah lagi politik pembangkang..huhuhu..

tapi atok ok je..hihihi

pendapat cucu lak camne? ok x bob lokman ni masuk politik? ada nak bagi komen?

BERITA PENUH : Bob Lokman berkempen di Kerdau pula

AWAS! FACEBOOK TIRUAN BERBAHAYA

image

atok terjumpa benda ni dalam laman FACEBOOK yang betul..tajuk artikel tu : Protect Yourself Against Phishing

rupanya bahaya jugak facebook tiruan ni..admin facebook tiruan ni dapat informasi mengenai email dan password facebook kita yang sebenar..apa yang bahayanya, pisher(yang buat  kerja jahat ni) akan menggunakan email kita untuk hantar atau edar sebarang spam, virus dan lain2 lagi..malah, ada yang hantar mesej berunsurkan porno kepada rakan-rakan kita..hurmm…

macam mana nak elak jadi mangsa pishing ni ek?

  • Gunakan up-to-date pelayar yang memaparkan sebuah senarai hitam anti-phishing. Beberapa contoh termasuk Internet Explorer 8 atau Firefox 3.0.10.
  • Gunakan login dan password unik untuk setiap website yang anda gunakan.
  • Semak untuk melihat bahawa anda login dari laman Facebook yang sah dengan domain facebook.com.
  • Berhati-hatilah dari setiap posting, mesej atau link anda dapati di Facebook yang kelihatan mencurigakan atau memerlukan login tambahan.

Menjadi peminat Facebook Security Page untuk  lebih lanjut tentang ancaman baru serta maklumat bermanfaat tentang cara melindungi diri anda secara online.