Jumaat, 12 Ogos 2011

31 OGOS TIDAK BERMAKNA BAGI RAKYAT MALAYSIA?

Sambutan kemerdekaan tahun ini mungkin bersekali dengan 1 Syawal..mungkkin sambutan hari kemerdekaan pada kali ini amatlah dan palinglah hambar kerana umat manusia di malaysia dalam mood raya..

bagi atok..dah lama atok tidak ada mood untuk sambut hari kemerdekaan pada setiap kali 31 Ogos setiap tahun kerana kita telah ditipu oleh gerombolan..masa atok masih sekolah rendah, hari kemerdekaan adalah hari yang paling atok tunggu kerana nak tengok perarakan kereta berhias dan tentera…itu saja pengertian kemerdekaan bagi atok..

selepas meniti umur 12 tahun, atok telah terbaca tentang perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air..menarik! ada macam-macam jenis perjuangan dan penentangan..masa itu, atok masih tidak mampu untuk mentakrifkan apa yang atok baca..yang atok tahu..ianya amat menarik…

di zaman sekolah menengah..atok mula memberi tafsiran kepada apa yang atok baca..dari situ, atok mula ragui tentang sejarah tanah melayu dan malaysia dari buku teks sekolah..banyak bezanya dengan apa yang atok menelaah selama ini..yang atok pelajari, hanya UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan..betul ke?

huh! dengan kemajuan internet..atok cuba menelaah lebih lagi..nampaknya makin menarik..banyak persoalan mula timbul dan atok cuba cari jawapannya..antaranya

  • siapa itu AWAS, API, KMM, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al –Helmy, Abdullah CD dan beberapa pemimpin serta persatuan/kesatuan yang lain?
  • apa kaitan mereka dengan perjuangan menuntut kemerdekaan?
  • komunis pun turut sama meperjuangkan tanah melayu dari British?

persoalan tentang perjuangan rakyat sebelum merdeka banyak bermain difikiran atok..selepas merdeka..persoalan lain pula timbul

  • kenapa irama lagu Negaraku dan Mamula Moon sama? adakah lagu negeraku ini hasil ciplak?
  • kenapa bendera Malaysia semacam bendera Amerika je..huh!
  • apa jadi dengan bendera sang saka? (siapa x tahu tolong GOOGLE) kenapa x guna sebagai bendera malaysia?

sementara berfikir tentang soalan-soalan tu..mari sejenak kita bergumbira dengan lagu mamula moon

atok biarkan persoalan itu menari-manari buat cucu yang membaca entry ni…kalau sesiapa yang ada jawapan tentang persoalan diatas..boleh komen..atok amat hargai setiap komen tu..

HAPUSKAN SIKAP HARAP JALUR GEMILANG PERCUMA – utusan meloya

JOHOR BAHRU 11 Ogos - Masyarakat berbilang kaum di negeri ini tidak seharusnya mengharapkan pemberian Jalur Gemilang secara percuma setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan Negeri, Md. Jais Sarday berkata, mentaliti subsidi seperti itu harus dihapuskan kerana Jalur Gemilang hanya wajar diberikan percuma kepada mereka yang tidak mampu untuk membelinya.

"Sehingga hari ini masih ramai tidak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis, pejabat dan kenderaan walaupun berada dalam bulan kemerdekaan. Diharap semangat patriotisme diterjemahkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Apalah harga satu bendera dibanding nilai kemerdekaan yang tidak ternilai ini.

P/S : siapa nak bagi bendera free tahun ni? atok nak pasang kat rumah…

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..