Jumaat, 24 Jun 2011

PRA U : BIASISWA JPA DIHENTIKAN!!

image

Biasiswa pra-U dihenti

Sebagai ganti pelajar cemerlang SPM akan ditawarkan dermasiswa, pinjaman kerajaan

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian peringkat prauniversiti, termasuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level.

Sebaliknya, mereka hanya ditawarkan bantuan kewangan atau dermasiswa daripada kerajaan, manakala biasiswa JPA dikhaskan kepada pelajar pra universiti yang cemerlang dan mendapat tempat di universiti terkemuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semakan semula dasar sedia ada perlu kerana kerajaan mendapati pemberian biasiswa pada peringkat SPM bukan idea yang sesuai kerana ia setaraf O-Level.

Beliau berkata ini kerana pelajar yang cemerlang pada peringkat SPM tidak bermakna akan cemerlang apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti.

berita penuh : Berita Harian Online | Biasiswa pra-U dihenti

komen atok :

nasib la..hihihi..nak cerita sikit..sebelum ni atok dapat biasiswa JPA semasa belajar di Pusat Asasi Sains UM dalam bidang sains fizikal..sekarang atok berjaya meneruskan biasiswa JPA di peringkat ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Malaya..

nak diceritakan, ada benar jugak cakap Najib ni walaupun pada hakikatnya atok agak x suka dengan pemerintahan najib..hihihi..memang betul..masa atok diperingkat asasi dulu, ada 99 orang pelajar asasi memerima biasiswa JPA, malah ada yang menerima biasiswa berstatus universiti penyelidikan..malangnya, tidak semua pemegang biasiswa diperingkat asasi mampu melanjutkan biasiswa tersebut ke peringkat ijazah kerana tak dapat “perform” masa asasi.

malah, lebih kurang 200 orang pelajar asasi yang gagal (pointer bawah 2.0) masa keputusan akhir keluar..agak malang kepada mereka yang tidak dapat sambung ke ijazah kerana keputusan Asasi adalah gagal..maka, mereka perlu menggunakan balik keputusan spm untuk memohon Diploma..membazirlah satu tahun di asasi..

nasihat atok, masa masih panjang..kepada cucu-cucu di asasi dan matrikulasi, masih terbuka luas peluang anda untuk mendapatkan biasiswa JPA apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di dalam negara..kepada cucu-cucu yang mengambil SPM, atok nasihatkan buat yang terbaik untuk mendapat tempat ke luar negara..insyaAllah pasti mendapat tempat jika keputusan cemerlang..

apa-apa pun..selamat belajar dan selamat maju jaya~