Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2011

KERAJAAN HARAMKAN BOTOL SUSU BAYI

mulai hari ini..kerajaan malaysia akan mengharamkan penggunaan botol susu bayi yang mengandungi bisphenol A..

atok pun xtaw apa kebendanya bisphenol A tu..bunyi macam best je..hihihi.

kalau nak taw baca petikan dari Berita harian dibawah

image

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu

yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan

botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A,

di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

 

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

berita penuh : Berita Harian Online | Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

kepada ibubapa yang mempunyai bayi yang manggunakan botol susu..tolong-tolong la tengok-tengok balik botol susu tu..ada bahan terlarang ni x? kalau ada tu, tolong la gantikan dengan yang lebih selamat..bukan apa, nyawa bayi anda tu lebih berharga..

apapun,kepada ibu-ibu jangan lupa untuk memberikan susu badan kerana susu badan adalah formula diet yang terbaik untuk bayi…

Sabtu, 5 Mac 2011

AWAS : TELUR AYAM PALSU

pernah x dengar kes telur ayam buatan? yang dibuat dengan bahan kimia? meh tengok gambar dulu

image

dah nampak? semua ni berlaku di CHINA..berita selanjutnya

imageimage

Semua orang tahu, China terkenal dengan produk-produk yang berjaya dipalsukan oleh mereka. Terbaru berita harian, telur ayam berjaya dipalsukan mereka. Pihak berkuasa telah berjaya menyita sebahagian besar telur ayam palsu di gedung pasaraya kota Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong, China. Harganya pula murah, mestilah ramai yang terpedaya dan terus membelinya. Manakan tidak, sebiji telur ayam palsu dijual serendah 0.15 yuan bersamaan RM0.074 iaitu separuh daripada harga sebenar.

imageimage

Di sana, kalau hendak belajar membuat telur ayam palsu ada caranya. Masuk kursus. Kurusus cara-cara membuat telur ayam palsu diadakan selama 3 hari dengan bayaran serendah 30 yuan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk belajar dan memulakan bisnes haram lagi menipu ini.

Berbagai macam bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan bahkan tawas, yang biasanya digunakan untuk membuat telaur ayam palsu ini. Untuk kuning telur itu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida. Ini membolehkan ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. Telur kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan. Shell tidak dilupakan.

imageimage

Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering. Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelmbung muncul pada telur putih. Tetapi para ahli memperingatkan akan bahaya makan telur palsu kerana tidak mengandungi sebarang nutrisi. Seorang profesor Universiti China dari Hong Kong memperingatkan pengguna telur ayam palsu boleh mengalami demensia.

imageimage

macam2..semua orang nak ambil untung tanpa hirau kesan negatif kepada pengguna..

Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

Khamis, 3 Mac 2011

LAGI PELAJAR MATI AKIBAT H1N1, SEKOLAH DITUTUP

image

dipetik dari berita harian online 3/3/2011

Sekolah ditutup pelajar mati kena H1N1

Jabatan Kesihatan sahkan 15 murid turut mempunyai simpton dijangkiti selesema

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Sungai Long, Kajang diarah tutup sekurang-kurangnya seminggu mulai hari ini selepas seorang pelajarnya yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada 24 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di sekolah berkenaan sejak tiga hari lalu menunjukkan wujud simpton virus berkenaan.

berita penuh : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahditutuppelajarmatikenaH1N1/Article/

nampaknya kes HINI masih belum tamat..kene berjaga-jaga lagi la nampaknya dengan wabak H1N1 ni…atok ingatkan kes H1N1 dah game over..tapi x jugak..degil betul virus ni..huh!

macam mana nak cegah dan elak H1N1? nah atok kasi petua sikit..

Petua2 Mencegah dan Merawat H1N1 yang boleh dicuba:

  1. Masukkan kurma ke dalam mangkuk, tuangkan air kelapa dan biarkan selama sejam. Kemudian kurma dimakan dan air kelapa diminum.
  2. Makan sekurang2nya 6 biji epal hijau sehari selama diserang wabak.
  3. Minum jus oren segar.
  4. Minum air ECPI sekurang2nya 5 liter sehari.
  5. Bancuh gula melaka dgn air panas dalam gelas mcm teh o pekat. Pastu ambil secubit garam campurkan skali. Dah sejuk minum dengan selawat.
  6. Kopi Radix dari HPA.
  7. Sentiasa bawa cengkih dan kulit kayu manis ke mana-mana. Bila dah mula bersin, mamah 5 kuntum cengkih dan 1/2 inci kayu manis, 2-3 X sehari.
  8. Bila ada tanda2,  guna 1/2 inci kayu manis , 5 kuntum cengkih, 1/4 – 1/2 jari halia hidup, 1/4 – 1/2 jari kunyit hidup & 5 biji lada hitam. Tumbuk hingga lumat. Tambah 1 cawan air panas dan minum, 2-3 kali sehari

sumber : email forward..

kalau nak informasi tambahan mengenai H1N1 boleh tengok di INFO SIHAT : http://www.infosihat.gov.my/menuutama/Wabak/SwineFlu/Langkah.php

Selasa, 1 Mac 2011

PETUA KURUS DARI SELURUH NEGARA part2

petang ni atok nak kongsi sikit pasal petua untuk kurus yang atok dapat setelah menjelajah ke beberapa benua..hohoho..sebenarnya, ini adalah petua ke dua selepas petua kurus yang pertama..sesiapa yang belum baca bahagian pertama tu..boleh baca disini : PETUA & RESIPI KURUS DARI SELURUH NEGARA part 1

petang ni atok nak kongsi PETUA KURUS DARI THAILAND & INGGERIS..

THAILAND

KELEBIHAN REMPAH

image

thailand terkenal sebagai makanan yang pedas diseluruh negara. cili padi yang banyak digunakan dalam masakan mereka memainkan peranan kepada proses metabolisme badan. walau bagaimanapun, menurut James Hill, Presiden American Society for Nutrition mengatakan makanan pedas perlulah dikunyah perlahan-lahan. ini untuk memastikan sistem pencernaan dapat memberi isyarat yang jelas ketika anda merasa kenyang

INGGERIS

ELAKKAN MEMBELI SAIZ MENU BESAR WALAUPUN MURAH

bagi anda yang pernah ke London, cuba perhatikan kebanyakan jurujual lebih suka menawarkan saiz menu yang lebih besar dengan harga yang sama. bagi anda yang mudah terpengaruh mungkin akan menerimanya. tetapi, bagi warga inggeris mereka lebih suka mengambil dalam jumlah yang kecil kerana wanita disana menganggap seksi adalah identiti ukuran badan yang profesional.

dipetik dari buku rapi ; 1 DIS 2010 ; BIL.153

Selasa, 22 Februari 2011

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

 

imagememalam ni..atok nak berkongsi sikit dengan cucu pasal petua atau cara mudah nak ubati sakit gigi..petua ni boleh pakai kejap je..kalau dah sakit sangat tu, elok cabut je la..kalau klinik dah tutup atau klinik x buka, boleh la cuba petua ni sementara menunggu klinik buka..

Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

namun, sebelum gigi menjadi sakit..ada satu lagi petua untuk elakkan sakit gigi..caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

itu je dua petua pasal gigi yang atok jumpa..boleh la cucu cuba ye..atok pun tengah sakit gigi jugak ni..hohoho..gigi berlubang..nak cuba dengan bunga cengkih, tapi sayangnya xde..hohohoho..x mo jumpa doktor..waaaaa!!!

Selasa, 15 Februari 2011

[ 13SX ] BAPA GAY MENANTI KELAHIRAN ANAK KE-4

hua3…lelaki boleh mengandung ke? al kisahnya terlalu amatlah pelik bunyinya..atok jumpa berita ni dalam akhbar..tetapi dalam bahasa inggeris bunyinya..atok cuba-cuba la baca dan paham la sikit-sikit..

nampaknya dunia dah terbalik 1800pelik betul dunia sekarang nih..meh la baca berita penuh tu.

image

A homosexual couple who made legal history when they fathered twins are to have a fourth child.

Barrie and Tony Drewitt-Barlow sparked outrage when they controversially travelled to the U.S. and used donated eggs and a surrogate mother to become fathers to twins Aspen and Saffron, now nine.

They used the same surrogate mother four years later when they went on to become fathers to Orlando.

Read more: http://www.dailymail.co.uk/femail/article-1194073/Millionaire-gay-fathers-await-baby-No-4-maybe-fifth.html#ixzz1DztKqIo3

kalau nak baca lagi..klik je di url “read more”..

manyak takot woo..seram sejuk atok membacanya..

Isnin, 6 Disember 2010

PETUA PULIH MIGRAIN

image

Dah lama atok x menulis pasal petua ni..hehehe….dan tadi ada cucu tanya pasal migrain…bukan si NOONA yang migrain..tapi kawan dia kot..hehehe..atok pun x pasti..terima kasih sebab tanya…

xpe lah cucu..meh atok “check” sebab apa cucu migrain ni…hmmm…jap ye nak isi air lam mangkuk ajaib nih..x leh isi banyak-banyak sekarang..sebab harga air di Selangor akan dinaikkan 37% kalau SYABAS masih lagi berkuasa…

hah! dah jumpa pun sebab migrain..jom baca…hehehehe

Khamis, 11 November 2010

CAYE JANGAN X CAYE...hehehe

semalam atok ada bgtaw pasal PETUA BAYI DEMAM kn? hari ni ada seorang cucu mengiyakan petua atok...bukan pe..saje nk meyakinkan cucu2 sekalian...hehehe...lgpun sebagai reward ke atas cucu yang rajin2 jenguk atok,baca ceritera tok n komen entry atok..nak kenal sapa cucu tu??

meh klik SINI

nama cucu tu aNa d'sKoDenG

kata cucu atok tu :

yer atok..
mekasih ingatkan..
cucu atok ni dah tadak baby ..yg ado cuma yg besar sorang
tp dulu² masa yg besor ni masih baby..gitew laaa cucu wat atok. alhamdulillah..mmg berkesan..esp tang daun bunga raya tuh. sanggup tanam pokok bunga raya..semata nak amik daun, pasal anak salu ngat demam..

atok : begitu la katanya..tapi satu je atok nak ingatkan..kita hanya mencuba..ALLAH yang menyembuhkan..tapi jangan lak duk berdoa je pada ALLAH tapi x berusaha..jika cucu berusaha..pasti ALLAH bantu...dan 1 lg..jangan percaya bulat2 pada petua atok..semua ni datang dari ALLAH..kalau cucu percaya bulat pada petua ni..akan jadi syirik pula sebab menyamakan petua atok dengan kehebatan ALLAH dan menafikan hak ALLAH untuk menyembuhkan penyakit..

pape pun..selamat beramal...

p/s : buat mereka yang bukan beragama islam..berdoalah pada tuhan masing2...kita mempunyai kepercayaan dan pegangan agama sendiri..namun, bagi mereka yang tidak pecayakan adanya tuhan..cucu boleh terus mencuba petua atok dan ubat-ubatan..moga2 cucu sihat selalu..

PETUA UNTUK BAYI DEMAM


hari ni atok nak bagi petua pasal budak kecik@bayi yang demam..biasa la wahai ibu2..jangan risau jika anak anda demam..sebab masa kecik ni.diorang punya antibodi masih lagi lemah..bukan macam ibu2..hehehe...malah, macam2 jenis demam yang mereka mudah terdedah..antaranya demam kuning,demam biasa,demam campak dan selsema..

kebanyakan ibubapa cuba untuk mengelakkan memberikan anak mereka minum ubat di farmasi dan klinik...mengapa? adakah ibu ngak percaya sama doktor?hehehe..cakap indon pulak..hahaha..bukan x percaya, cuma bimbang kesan kan? saya paham situasi ibu2...sebab atok ramai cucu...hehehe..namun awas..JIKA DEMAM PANAS..TERUS BAWA KE HOSPITAL @ WAD KECEMASAN..KERANA IA AMAT MERBAHAYA..boleh menyebabkan terencat akal dan kematian..

bagi bayi yang demam biasa..ibu2 boleh mencuba petua ini..

1) ambil beberapa helai daun bunga raya..basuh hingga cuci..jangan basuh guna sabun pulak..hehehe..lepas tu, sediakan semangkuk air..ramas2kan daun bunga raya hingga keluar lendir...kacau hingga sebati..lepas tu..amik kain kecik..basahkan tubuh anak anda..

mama atok pun buat cmni jgk kat adik2 atok yang lain..2,3 hari dah ok..untuk demam biasa jela..demam panas..bawak pegi jumpa doktor..sekali lagi atok pesan..

2) suapkan anak anda madu yang dicampur dengan asam limau..petua ini juga boleh digunakan kepada mereka yang batuk dan selsema..

dalam islam sendiri menceritakan bahawa madu lebah dah herbatusauda mampu mengubat segala penyakit kecuali tua dan mati sahaja..

yang tu atok ingat..nanti lain kali atok tanya nenek ngn mama atok ye...harap dapat amalkan...jangan terlalu kerap memberikan bayi anda menggunakan ubat hospital kerana ubat hospital mengandungi dadah dan kesan lain..

satu lagi atok nak pesan..dapatkan suntikan imunisasi untuk bayi secukupnya...dan selalu timbang berat bayi..supaya masalah obesiti tidak berlaku..masalah sekarang..ibubapa suka sangat tengok bayi mereka gemuk..dikatanya sihat..tapi AWAS!! anda sedang mencorakkan pemakanan anak anda..mungkin anak anda berisiko untuk mengidap diabetis mallitus, lam bm nya..kencing manis..hehehe..

itu je pasanan dan petua dari atok..selamat beramal...

Rabu, 10 November 2010

PETUA NAK GEMUK...


Aish..pelik sungguh!..hehehe..atok pun x sangka..ada jugak orang nak mintak petua nak gemuk..biasanya, yang tanya atok macam mana nak kurus n kempis kn perut..nak2 mak janda yang cun melecun tu..iye la...supaya senang di pinang..bagus la..jaga kecantikan..jangan x jaga cucu2 oii...

atok pun xtaw la nak suh makan pe..sebab atok pun kurus jugak..malu atok ngan nenek kalau bab timbang menimbang berat ni...kata mama atok..moyang korang la..dia cakap abah atok pun camni jugak..pas kawin baru gemuk..aish..kene kahwin cepat2 nih..

setahu atok antara petua yang boleh diamal :

1) cara yang paling mudah tapi perlu diamalkan selalu ialah makan telur separuh masak tiap2 pagi..untuk tambah protein..pastu banyakkan makan makanan yang bertepung seperti roti canai,capati, n MEE KUNING...ini serius..mee kuning dapat tingkatkan berat badan..satu lagi..banyakkan makan jagung..makhluk kekacang ni banyak karbohidrat..soo, kalau kerap ambil, dapat meningkatkan kandungan gula..seterusnya gula tersebut akan disimpan dalam bentuk lemak jika tidak diperlukan

2) makan benda ni..ape tu? klik jela cucu..atok dapat dari internet jugak..hehehe..tapi atok x pernah cuba..nak taw kesan,cara guna dan harga boley tanya penjual tu..tu je yang atok dapat nolong..hehehe

3) da makan UBAT CACING lom?? hehehe..ada banyak cacing kot lam perut cucu2 tu..cacing2 tu yang makan makanan cucu..patut la kurus..pegi farmasi..beli ubat cacing ye cucu ku sayang...

4) mengikut jin dalam lampu ajaib atok...orang kurus ni mempunyai kadar metabolisma yang tinggi..jadi tubuh cucu2 perlu lebih banyak tenaga..kalau cucu makan sikit,makin kurus la..kalau makan banyak pun x berubah jagk..maintain slim..hehehe..soo, cmne nak rendahkan kadar metabolisma?? atok x taw..tanya doktor..hehehe

yang tu je atok boley pesan..tapi ingat cucu2..jangan terlalu ghairah untuk menambah berat badan..bimbang cucu2 terdedah pada penyakit diabetes dan darah tinggi..soo, ambil zat yang seimbang ye..selamat mencuba...

ditanya oleh : peni anani..pelik sungguh nama cucu nih..time kasih tanya atok ye..lain kali tanya lagi..

Isnin, 8 November 2010

CARA MENGHILANGKAN WABAK HINGUS MELELEH @ SELSEMA



aku dapat satu persoalan dari pembaca..yang bertanya pasal hingus meleleh..ko masih meleleh lagi ke? macam budak kecik je..hahaha..klu mase kecik dulu main hirup je hingus tu..kah3...tol x? jangan tipu la...

nah!! orang tua bagi taw buat camni..ikot jangan x ikot..

1)Ambilkan satu camca minyak masak dan lumurkan dikepala biarkan sampai ia kering, secara perlahan-lahan masalah selsema anda akan berkurangan. Petua ini juga boleh digunakan kepada bayi atau anak-anak yang menghadapi masalah selsema.

2) Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

3) sumbat dengan kain..senang...

hahaha..tu je yg atok aku bagi taw..selamat mencuba..malaysia maju tanpa selsema..hahaha

Sabtu, 6 November 2010

Hilangkan Sakit Kurap


Penyakit kurap bukan sahaja memalukan malah membuatkan seseorang itu tidak berasa selesa. Keadaannya yang gatal boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit. Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari.

LEGAKAN SAKIT KEPALA


Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.