Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2011

10 PETUA KENALI LELAKI YANG KURANG BERGUNA

buat cucu-cucu lelaki jangan marah ye..bukan semua orang lelaki camni..sedelintir aje..buat cucu-cucu perempuan..atok dah sediakan sedikit guidelines lelaki kurang berguna..kih3..

sekadar berkongsi gelak ketawa dan nasihat di tengah hari..kepada cucu lelaki yang mana terasa tu, boleh jadikan panduan ni sebagai nasihat dan jadi yang terbaik..

ada 10 cara nak kenali lelaki yang kurang berguna ni..jeng..jeng..jeng…

image1. dah ada awek, kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

image5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

hahaha…

selamat memilih pasangan buat cucu perempuan

Rabu, 25 Mei 2011

LELAKI ITU RUMIT? NO WAY!

image

salam..

sebenarnya, atok ter nak taip entry ni sebab nak menjawab balik entry dari Nick di entry ..M!Z D!ARY..: lelaki itu rumit!! ..aish..memang atok x setuju la kalau dia cakap lelaki ni rumit..nak taw kenapa dia cakap lelaki tu rumit??

alasannya~

1. bile pompuan layan lelaki bebaik..dikatenye pompuan neh mau menggode..ececee..bnyk cantek muke hangg!!

kalau tak layan lelok plak dikatenye bongkak sombong!! jadahnye..tak kan la nak amek tau hal ko 24 jam..lantak ko la heh!!hahaha

ATOK : cewah..banyak cantik! sedap-sedap je kata lelaki ni cam gitu..memang orang puan ni dia suka menggoda..saja nak kikiskan duit lelaki..

laaa…memang la tanggungjawab isteri tuk melayani suami..klu pompuan, mesti la kene amek taw pasal lelaki setiap masa supaya diri ini (lelaki) terasa dihargai..bukan menggoda nak kikis duit ye~

2. bile pompuan pakai cantik2 cakap pompuan neh nak menggatal..nak tunjuk itu ini..tapi bile pompuan tak kemas cakap pompuan plak selekehh..ape neh baiiiii~~~lu pikir sendrik~~

ATOK : ala…kalau pakai cantik tutup aurat ok la..tp, masalahnya ramai yang pkai cantik tapi tersembul sana, tersembul sini..tu yang x tahan tu..bukan kah itu namanya menggoda? pakai cantik-cantik dan tutup aurat sepenuhnya ye..pasti sejuk mata memandang..

3. bile pompuan ngadu macam2..dikatenye pompuan neh manje..gedik..dan sewaktu dengannye..tapi bile pompuan diam dikatenye pula pompuan ini membosankan....wohh!!!nyampahh haihhh~~

ATOK : issshhhhh..bukan takat ngadu je..yang paling x tahan bab membebel..pompuan ni suka ngadu n membebel x tentu hala eh? yang patutnya jadi nasihat dah jadi syarahan pulak..huh!

Allah ciptakan Hawa untuk nabi Adam bagi menghilangkan kebosanan nabi Adam..jadi, kalau pompuan tu duk senyap memanjang je..baik xyah ada pompuan..memang membosankan kalau perempuan diam~ huh!

4. bile pompuan saketkan haty lelaki..dikatenye pompuan neh tak de haty n perasaan..bile lelaki menyakiti hati pompuan..katenye pompuan neh sensitip!! suke merajuk!! purkey??purkeyy??miahaha

ATOK : bila lelaki bahagiakan pompuan..ade pompuan nak hargai? hah? ucap terima kasih pun x..hampeh~

5. bile pompuan menyintai lelaki..die sedaye upaye nak mengekalkan hubungan..tapi bile lelaki tau pompuan menyintai dirinye..die cube menjauhkan diri pule!!haihhh...

ATOK : ala..biasa lah tu..lelaki nak test sejauh mana cinta pompuan tu..kene try berjauh jauhan sikit..hihihihi..sedangkan lidah lagi tergigit..kan2?

6. bile pompuan berpangkat besar ckit dari lelaki..dikatenye perempuan itu kerek..berlagak..tapi bile lelaki berpangkat besar..die merase dirinye sudah terlalu hebat!! perghh..apekah!!hahaha

ATOK : ala..dah lumrah..lelaki mesti la kene hebat dari perempuan..dah namanya lelaki ni ketua dalam keluarga..tol x?..kih3

7. bile pompuan cube mengambil berat..dikatenye pompuan ini mengongkong...tapi bile pompuan buat tak tahu..dikatenye pule pompuan ini tidak prihatin langsung!! ececeeee...tinju kang!!

ATOK : lalala..pompuan memang suka mengongkong..nak kuar ngan pompuan lain x boleh..jelez la tu~ huh..lom kawin lagi dah pandai-pandai nak kongkong..

8. bile pompuan berkate ini semua..maybe lelaki akan mengatakan ini tidak benar..malah membantah sepenuhnye..miahahhaa..ahhhh..rilekla..kalau ko terase mknenye hape??hahaha..pikirrr ahh sdrik!wahaha..larikkkk...

ATOK : pompuan memang suka mencari kesalahan lelaki..yang betul buat-buat x nampak..macam la pompuan tu perfect sangat~

kih3..baru puas hati atok..amacam? mesti ada pompuan yang x puas hati kan?? tambah la kalau berani..cucu lelaki lak boleh tambah lagi kalau ada x puas hati ngan pompuan ni..huh! padan muka..muahahahahaha

Ahad, 15 Mei 2011

[HOT] LAGI ARTIS BERANI ADEGAN BERAHI

Huh! pagi-pagi dah ada citer camni..

hihihi

image

MUMBAI: Sejak aktres Jacqueline Fernandez mengambil alih daripada Mallika Sherawat bagi membintangi filem Murder 2, banyak pihak melabelnya bersikap serius dan imej gadis baik.

Tetapi, wanita jelita dari Sri Lanka ini tidak suka dibandingkan dengan Sherawat yang lebih terkenal dengan watak seksi.

“Tidak mengapa jika ada pihak membandingkan antara kami. Ia adalah perkara biasa dibandingkan dengan Mallika kerana beliau yang berlakon dalam filem pertama Murder manakala saya terbabit dalam sambungannya.

“Saya tidak pernah bertemu Mallika dan saya secara peribadi tidak mengenali beliau tetapi daripada apa yang saya lihat, saya rasa beliau adalah seorang aktres yang baik.”

Fernandez juga tidak senang dengan kenyataan bahawa filem Murder 2 akan banyak memaparkan adegan mendedahkan dan hubungan intim.

5 BAHAGIAN TUBUH LELAKI YANG DIPERHATIKAN PEREMPUAN

salam

aish..dah bersawang abis blog atok nih…dah lama atok x update blog kan? ada jgk cucu yang tertanya-tanya..kemana la atok nih..dah lama x nampak kt blog..atok sebenarnya agak malas nak update blog bila blogger ni buat problem..huh! nasib baik blog atok dah ok semalam..

sebenarnya atok dah ada kt umah ni..tengah berseronok dengan merehatkan diri..hihi..ye la..baru je lepas exam..nak jugak rehat-rehat jap..sekarang ni baru atok nak berblog sampai lebam..kih3…jom la baca entry baru atok ni..hik3

5 BAHAGIAN TUBUH LELAKI YANG DIPERHATIKAN PEREMPUAN

imageSenyuman

amacam? msti ramai yg x caya kan yang senyuman menjadi bahagian yang paling disukai perempuan..aish..kalau atok la..mesti la atok nak pilih perempuan yang senyum kt atok..hihihi..bukan senyum memanjang macam kambing..kih3..tapi, buat lelaki, sebelum nak tackle awek tu..kene belajar cara senyum yang terbaik dulu la ye~

Mata

dari mata turun ke hati..jadi x hairan la kalau perempuan suka tengok mata lelaki kn? hihi..lagipun mata ni menggambarkan kikhlasan dan ketulusan hati seseorang..ye ke?

Tangan

sebenarnya, bab tangan dan jari ini ada satu rahsia lelaki..tapi, atok x pasti ianya mitos ataupun fakta..apa2 pun..bahaya untuk atok ceritakan pada umum..hihihi..sebenarnya, orang perempuan suka tengok tangan untuk menilai kebersihan lelaki tersebut..

Lengan

bab ni atok x pasti..hihihi..orang kata, perempuan suka lengan lelaki yang berketol-ketol..ye ke?hmm..ada sapa2 leh jawab?

Rambut

yang ni atok setuju! hihi..memang la wajib nampak rambut kalau dah tengok muka..lagipun, dari rambut la terserlah personaliti seseorang samada kemas, bergaya dan bajet korea..kah..kah..kah

k.la..atok senaraikan 5 je dulu..tengok tajuk la..hihihi..tapi, itu hanya penilaian dari luaran..yang penting adalah hati, perasaan dan sikap..kalau boleh nk dua-dua kn?

Sabtu, 30 April 2011

♥♥♥VIDEO JIWANG♥♥♥

hihihihi..saja nak kongsi video-video jiwang ni..

cewahhhh….

sayu hati bila tengok…

GADIS MELAYU KELANTAN & TERENGGANU KURANG AJAR?

haish!! sensitip nih..tapi, sensitip lgi jiwa atok bila baca dibawah ni :

image

yang ni atok atok printscreen dari notes facebook katak hijau..sumber : Welcome to Facebook - Log In, Sign Up or Learn More

hampeh..kalau nak marah dekat kawan dia tu, kenapa semua orang kelantan dan orang terengganu yang kena??

“orang kelantan n orang terengganu nie harap ajer kuat agama tapi semua to bertopeng aje”

apa masalah semua orang terengganu dan kelantan dengan dia sampai dia tuduh orang melayu dan kelantan sebegitu? adakah semua orang melayu terengganu dan kelantan sebegitu??

x habis dengan ini..ada pulak sebijik blog ni yang duk kutuk-kutuk gadis kelantan..arghhh!!!!

[ tidak perlu atok letak url blog dia disini untuk mengelakkan orang lain pergi serang blog dia dengan kapak dan parang ]..image

tuan punya blog tu cakap, gadis kelantan xde adab sebab  [atok petik sedikit je eh]

  • x pandai nak BERMANIS MULUT.. i mean dorang x pernah memanis mulut mempelawa atau sebagai nya.. walaupun hanya ajak-ajak ayam..
  • masuk rumah orang x MEMBERI SALAM...contoh nye.. melangkah masuk pintu rumah org wlpon ade dan xde org.. or maybe ade org yang dorg x suke dlam rumah tu.. x pernah bagi salam dulu atau ketuk pintu dulu..
  • terlalu BERMUKA2.. apabila ade bende yang xpuas hati.. mereka akan terus bermuke2 .. kalo muke tu cntik x pe... ini x.. muke ntah pape.. plastik jer byk..
  • erlalu bersifat KAMPUNG DAN KUNO..for example.. even dorg couple and get a present from their bf.. terlalu bangga... padahal present tu hanay satu bende yang simple. jer.. cam la org lain xde pakwe..
  • memang cepat LUPA DARATAN... dorg bile dpat hidup senang cikit wlpon dengan duit pnjam ja...for example.. dorg kurg berfikir tntang fmily n siblings dorg..

woooo..agak-agak la..semua ke gadis kelantan sebegitu?? hah?pada atok..soal personaliti dan sikap bukannya dipengaruhi oleh faktor geografi semata-mata..maknanya, gadis negeri lain semuanya bagus la?? cmtu?

banyak lagi faktor yang mempengaruhi seseorang individu menjadi sedemikian, mungkin faktor kawan, tidak pandai bersosial, kurang pendedahan agama dan lain-lain..jadi soal hanya gadis kelantan sahaja bersifat sedemikian amatlah atok x setuju..

tuan punye blog tu siap bagi pesanan lagi dekat perempuan kelantan..katanya

p/s: wahai pompuan2 klntn.. jangan nak perasan bagus boleh x.. aku menyampah giler dengan korg.. korg nk belagak biar kene tempat la.. kalo kt sini jer korg nk belagak memang x kena la.. korg xtau g dunia luar korg tu cam ne.. kebelagakkan korg xkan kemane.. even aku dak luar.. yang nakal dan xla sebaik korg.. sekurang2 nye ade g sifat nk menghormati wlpon x suke..

amacam?? arghhhhhhhh!!! geramnya!!!

p/s : atok adalah seorang anak yang dihasilkan dari benih ayah terengganu dan di mengandungkan dalam perut ibu terengganu, tetapi dilahirkan di kelantan atas sebab faktor geografi kawasan tempat tinggal (besut, terengganu) yang berdekatan dengan HUSM, Kubang kerian, kelantan..namun, dibesarkan di besut,terengganu yang semua penduduknya berloghat kelantan..kih3..

Khamis, 28 April 2011

PETUA LUPUSKAN BRA LAMA

hahahaha..lucah!!

image

x payah ngada-ngada nak buat pasu bunga ye…ini bukan petua yang atok nak bagi..gambar sekadar hiasan

AWAS : budak2 lelaki jangan baca..

mesti cucu akan tergelak sakan..ini bukan lawak bodoh..ini serius giler2…kah..kah..kah…

meh nak cerita..diceritakan..atok terbaca satu entry iaitu : Apa korang buat dengan bra lama? | Belog Cik Aish ..lepas atok baca abis..baru la atok taw..macam mana caranya nak hapuskan baju dalam lama nih (untuk pompuan la)..

nak taw caranya??atok petik dari entry tu

kalau nak buang, koyak koyak kan sampai hancur bungkus dalam suratkhabar tebal tebal baru buang ok.

atau

aku( Belog Cik Aish , bukan atok ye) tanam belakang rumah je.

owh..canggitu..baru atok taw..kih3..mak cik aish cakap bahaya kalau buang camtu je lam tong sampah..sebab..

tak baik kalau kita buang pakaian dalam kita secara terbuka. korang bayangkan ea. benda tu kalau lelaki lelaki yang kerja MPS ambik sampah tu, nampak barang barang tu, dikhuatiri dorang akan ambik. sebab lelaki GILA SEKS sekarang ni ramai tau!

hahahah..ade jugak ke orang lelaki yang gila seks camtu sekali?? sanggup kutip balik bra lama yang dah campur dengan sampah?? lagipun, diorang nak buat apa?? nak jual bundle eh? kih3…

dorang yang dapat pakaian dalam kita yang lama lama tu, lagi dorang suka sebab kita dah pernah pakai. dan kalau korang nak tahu, pakaian dalam yang pernah dipakai, adalah barang paling mujarab untuk bomoh bomoh tak bertauliah buat benda benda tak senonoh kat kita.

hahahaha..ini part yang lawak TAPI ADA BENARNYA!!! mungkin kot..kan? mana la taw..mamat bangla yang dah lama syok kat cucu pompuan yang kiut miut ni boleh buat camni..tiap-tiap hari kutip sampah, tup-tup dapat cucu punye bra!! x pasal-pasal diorang bomohkn..hik3..habis la kalau camni..

jadi..cara yang paling selamat..cucu bakar je la bra tu..kih3..itu petua dari atok..x payah susah2 nak koyak,buang dan tanam..kan? kalau bakar semua hilang terus..kuman-kuman pun mati sekali..xdelah ada penyakit berjangkit akibat bra lama tu…lepas tu..abu tu simpan dalam bekas buat kenangan atau cenderamata..cantik jugak kan?

p/s : nak try bakar spender la…kih3

Selasa, 26 April 2011

[18SX] KEGUNAAN, KEKURANGAN, & KELEBIHAN CYBERSEX

pernah cucu dengar pasal cybersex??

image

atok pun baru je dengar semalam..kih3..melalui entry satu blog..atok dah lupa blog mana..lepas baca entry tu, atok rasa tertarik pulak nak taw..apa itu cybersex..

apa kebendanya cybersex?

sex dengan alatan komputer? atau, sex dengan robot??

teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet…

SALAH!!Nyah-Nyah

 

cybersex tu maksudnya aktiviti seksual atau ghairah melalui komunikasi oleh komputer.

dipetik dari wikipedia

Cybersex - Wikipedia, the free encyclopedia

Cybersex, also called computer sex, Internet sex, netsex, mudsex, TinySex and, colloquially, cybering, is a virtual sex encounter in which two or more persons connected remotely via computer network send each other sexually explicit messages describing a sexual experience. It is a form of sexual roleplay in which the participants pretend they are having actual sex. In one form, this fantasy sex is accomplished by the participants describing their actions and responding to their chat partners in a mostly written form designed to stimulate their own sexual feelings and fantasies

paham?? dah taw cara guna cybersex..apa gunanya cyber sex ni?

image

  • untuk mendapatkan pengalaman bagi penulis yang ingin menulis adegan seks lebih realistik, dengan bertukar idea
  • Kerana cybersex dapat memuaskan beberapa keinginan seksual tanpa risiko penyakit menular seksual (PMS) atau kehamilan, itu adalah cara fizikal yang selamat bagi kaum muda untuk bereksperimen dengan fikiran seksual dan emosi.
  • Dalam hubungan jarak jauh, cybersex boleh berfungsi untuk mempertahankan dimensi hubungan seksual  di mana mereka melihat satu sama lain..macam webcam la

itu dalam hukum hakam bukan islam..apa pulak yang islam tegur tentang perkara yang melibatkan cybersex ni

Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7]

atok rasa..firman Allah tersebut sudah cukup untuk menjelaskan bahawa cybersex ini diharamkan apatah lagi jika berhubungan dengan selain isteri..hohoho

Jumaat, 15 April 2011

NAMA PANGGILAN PASANGAN

LAGU YANG BERBUNYI BUKAN DARI BLOG ATOK

TOLONG OFF kan LAGU DI DALAM BLOG DIBAWAH INI KALAU RASA MENGGANGGU

image

Best ni…hihihi..ada pasangan? bukan pasangan gay dan lesbian ye..kih3..

atok nak tanya la..kalau cucu ada pasangan, cucu nak panggil apa kat pasangan cucu tu?hihihihi

atok terasa nak kongsi ni sebab atok terbaca entry ni RUMAH KECIL TIANG SERIBU: Panggilan nama pasangan.

Suami dan isteri mesti ada sikap hormat dan menghormati. Panggilan manja khusus untuk pasangan masing-masing turut digalakkan kerana Rasulullah juga ada panggilan manja untuk isterinya.

Tidak ada larangan untuk memanggil pasangan dengan panggilan ‘papa’ dan ‘mama’ tetapi ia mungkin mengelirukan anak.

Adalah digalakkan dalam Islam, jika mempunyai anak bernama Qasim, si suami boleh dipanggil Abul Qasim manakala isteri dipanggil Ummu Qasim supaya bertambah berkat dengan nama anak itu.

Sumber:  MY METRO ( Soal jawab bersama Dr Mashitah )

sapa ada pasangan? hihihi..cepat bagi taw apa yang cucu panggil dekat pasangan cucu tu..kui3..setahu atok la..hihihi

SAYANG / SAYANG

ABANG / AYANG

HUBBY / HONEY

PANGGIL NAMA / PANGGIL NAMA ( je kot )..hihihi

PAPA / MAMA

ada lagi x? hihihi..jom kongsi..nanti senang nak panggil dekat pasangan masing-masing..x kira la dalam bahasa apa sekalipun..

jap..lupa pulak..hihihi..kredit untuk blog RUMAH KECIL TIANG SERIBU ..kalau sapa2 nak terjha..jom ke blog kt bawah ni..

LAGU YANG BERBUNYI BUKAN DARI BLOG ATOK

TOLONG OFF kan LAGU DI DALAM BLOG DIBAWAH INI KALAU RASA MENGGANGGU

http://ummi-ieraakmal.blogspot.com/2011/03/segmen-nak-promote-blog-di-blog-atok.html

BLOG RUMAH KECIL TIANG SERIBU JOIN SEGMEN ATOK..

nk join skali?? meh daftar disini : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua

tapi!! jangan lupa kongsi nama panggilan pasangan ye..kih3…

Rabu, 13 April 2011

[BUKTI] BANYAK BLOG CURI GAMBAR GADIS MELAYU!!

image

SUMBER : ruangan komen entry [WAJIB BACA!!] FACEBOOK : Pengumpul Gambar Awek Bertudung | peTUA KITA semua dan Pengumpul Gambar Awek Bertudung Part2 | peTUA KITA semua

manusia semakin tamak sekarang…atok bagi info ni bukan nak kongsi dosa suruh cucu tengok gambar perempuan dalam blog tu..tapi nak cucu sedar bahawa gambar cucu tidak selamat sebenarnya..

atok nasihatkan..jangan letak gambar yang agak seksi..bukan saja seksi dari segi fizikal..tapi seksi dari segi emosi bila melihatnya..maksud atok, gambar posing yang melebih-lebih dan keterlaluan..contohnya macam gambar perempuan yang muncung bibir ataupun seolah-olah bercium dengan kamera..

harap pesanan atok ni dijadikan teladan..bukan niat atok nak mengata atau nak mengutuk sapa-sapa yang buat aksi macam tu, tapi, sekadar peringatan sesama muslim..

atok minta maaf kalau ada yang terasa..

page PENGUMPUL GAMBAR AWEK BERTUDUNG dah direport dan dah x boleh dibuka…Tahniah dan syabas kepada cucu yang prihatin dengan masalah ini..

masalah baru ialah..BLOG YANG MENCURI GAMBAR GADIS!!! ada sesiapa tahu cara nak halang mereka buat benda macam ni x??

entry berkaitan :

[WAJIB BACA!!] FACEBOOK : Pengumpul Gambar Awek Bertudung | peTUA KITA semua

Pengumpul Gambar Awek Bertudung Part2 | peTUA KITA semua

P/S : TOLONG FORWARD UNTUK SEDARKAN ORANG RAMAI…atas kesedaran menasihat sesama muslim..

AMOI CANTIK KONGSI TIP PASAL CINTA LELAKI

meh cepat tekan laju-laju..cepat!!!! jangan lambat-lambat..kan si Amoi cun xnk kasi “share” dia punye tips dengan cucu-cucu..

ini amoi memang cantik, cun,matap gitu..nak kenal amoi mana? nah atok kasi link : ❤Amoilicious❤ ..mengikut firasat dan ramalan atok..perkataan ❤Amoilicious❤ ini terbit dari Amoi + delicious = ❤Amoilicious❤ …betul x?

berbalik kepada tajuk..atok sebenarnya duk cari idea nak pomot blog ❤Amoilicious❤ sebab dia join segmen pomot blog di blog atok (SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua).. macam biasa, atok akan jelajah segenap inchi blog tu sampai atok jumpa benda best nak share ngn cucu..di blog ❤Amoilicious❤ atok jumpa entry ❤Amoilicious❤: Tip Cinta : Lelaki suka dan tak suka ..best jugak entry ni sebab amoi share pasal apa yang lelaki suka dan x suka bila bercinta..

yang bestnya..hihihi

Lelaki suka : 'takpelah, tadi u dah belanja i makan, sekarang i belanja u tengok wayang'

bahagian ni memang atok setuju sangat-sangat..hahaha..asyik lelaki je kene belanje..pompuan bila pulak nak belanja lelaki..bila lelaki suh pompuan belanja.,mula la pompuan dengan gediknya berkata “ ala…x macho la kalau pompuan belanja lelaki”..ewah,ewah,ewah…sejak bila pulak ke”macho”lan lelaki ni diukur dengan tahap belanja pompuan? hihihi..

sebelum ni, pompuan kencang je cakap yang orang pompuan pun kene la kerja jugak, orang pompuan boleh bekerjaya hebat seperti lelaki..tapi, kalau bab belanja..suruh orang lelaki jugak belanja..hebat sangat la tu..abis tu, duit gaji pompuan siapa yang nak guna?? nak simpan buat banglo lepas kahwin?? jangan harap…kih3…

hmmm..betol x apa yang atok cakap ni?? kalau cucu rasa x betul..cucu marah la si ❤Amoilicious❤ dekat bawah ni..atok x bertanggung jawab..kih3…

http://amoilicious.blogspot.com/2011/03/segmen-nak-promote-blog-di-blog-atok.html

kalau cucu nak kenal siapa amoi cun ni..boleh baca entry pomot diri dia sendiri kat sini : ❤Amoilicious❤: Siapa Aku...??

kepada gadis-gadis yang giler addict dengan kaler pink..dia da bagi nasihat jugak..atok malas nak citer panjang-panjang dekat sini..cucu boleh baca sendiri kat sini : ❤Amoilicious❤: TIPS : Si Gadis Merah Jambu

tapi, sekali amoi ni nyanyi..boleh meruntuhkan jiwa kental lelaki..kalau x caya tengok video yang dia nyanyi ni :❤Amoilicious❤: Maafkan aku by aleeya amoi lilax ..mungkin lepas ni boleh ganti siti nurhaliza yang dah bersara..

akhir kata..sapa2 nak kene pomot dengan atok..meh daftar kat sini : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua ..kalau cucu berani la..kalau takut..baik xyah!!

Selasa, 12 April 2011

Pengumpul Gambar Awek Bertudung Part2

owh noooooo…nampaknya page Pengumpul Gambar Awek Bertudung makin panas..admin pun dah mula marah-marah..kadang-kadang lawak jugak baca komen kat situ..

apa yang diorang komen?

image

ada yang mempersoalan tentang admin…atok pun pelik..kalau baca komen-komen admin yang terdahulu, dia cakap dia buat benda ni sebab nak nasihatkan perempuan-perempuan yang bertudung seksi ni..yang peliknya..kenapa admin letak gambar macam ni?? hahahaha

image

cakap nak nasihatkan perempuan bertudung seksi..tapi, kenapa pulak gambar si admin kelaki bertudung perempuan?? kenapa x tubuhkan group untuk nasihat LELAKI YANG MENYERUPAI PEREMPUAN?yang bestnya..admin pun tahu bab agama..siap berdalil lagi menggunakan surah al-nas..ayat mana, admin x bagi taw..

image

ada ramai yang membantah tindakan tidak bertanggung jawab admin ni..tapi, admin masih lagi tidak mahu mengaku salah dan berhenti dengan tindakannya..

image

yang bestnya…hahaha..admin cakap dia xde niat pun nak nasihatkan orang…hahaha..abis tu?? dah terang lagi bersuluh la dia nak malukan orang..saja suka-suka nak curi gambar perempuan dan tayang dekat orang ramai..cakap benda-benda lucah dekat umum..sambil betulkan tindakan dia menggunakan ayat Al Quran(gambar atas)..lepas tu gelak-gelak, suka-suka sebab ramai orang “likes” page dia..

image

x cukup dengan tu..ada jugak yang pertahankan tindakan admin page dengan mengatakan bahawa

Skurang2nya page cmni wt korng sdar jgk..(yg trasa saja)..sapa nk igatkn korang kalu korang x sdar sndri..page ni wt korang xpuas ati kn...so korang pkir la sndri...bkn mgaibkn korang..eh,korang aibkn dri sndri xpe lak..sndri mau ingat..

entah la…macam-macam benda dah jadi dalam dunia sekarang ni..

[UPDATE 13/4/2011 ; 5.00 PM] [BUKTI] BANYAK BLOG CURI GAMBAR GADIS MELAYU!! | peTUA KITA semua

ENTRY BAHAGIAN PERTAMA : [WAJIB BACA!!] FACEBOOK : Pengumpul Gambar Awek Bertudung | peTUA KITA semua

Isnin, 11 April 2011

Sabtu, 9 April 2011

MOVIE TERBARU : DATIN GHAIRAH

image

Tarikh Terbitan May/June 2011

Genre Comedy

Studio The Millionaire's Club

Perihal KALAU TAK PECAH PANGGUNG...PECAH PUNGGUNG....

Keterangan KALAU TAK PECAH PANGGUNG...PECAH PUNGGUNG....

Garis Kasar Plot

kisah seorang datin bernama ghairah yg kononnya kematian suami seorang hartawan dan jutawan. jADI, BIOASLAH BANYAK NAK TRY...ADA YG JAHAT ADA JUGA YG BAIK NAK BIDA UTK MASUK BERSAING...Lakonan paling seksy dan baik dari Maria Faridah & Arron Aziz di bantu oleh Faizal Hussein, Sheera Iskandar, Yank Kasim dll.

Anugerah FILEM KOMEDI TERDIDIK SEDUNIA....

Dibintangi Oleh Aaron Aziz, Maria Farida

Diarah Oleh Sabree Fadzil

Ditulis Oleh Taiko Z LOKMAN & Isa MJ

Lakon Layar Oleh ALL THE TEAM

Diterbitkan Oleh de Baron Production

INFORMASI TAMBAHAN DI SINI : Profile Pictures | Facebook

Movie terbaru ni..sedang hebat di promosi di facebook..jap atok printscreenkan

image

ha..macam mana? atok ada dia punya OST kt youtube..

Selasa, 5 April 2011

LELAKI Awww KAWAN YANG SETIA?

toink..toink..atok ada disini lagi..hihihi

pasal lekai ni dah berlambak atok tulis..kadang-kadang dah naik jemu pun..hihihi..kalau nak baca entry sebelum ni pasal lelaki boleh klik tajuk entry kat bawah

LELAKI, GAYBOY, KENAL, BERCINTA, PUTUS, MENINGGAL DUNIA | peTUA KITA semua

[HOT] LELAKI BERMEKAP | peTUA KITA semua

PAKWE TINGGI DAN RENDAH : PILIHAN AWEK? | peTUA KITA semua

cukup la tiga..hari ni atok nak sembang balik pasal lelaki Awww ni..senang cakap, lelaki lembut la..mungkin jugak lelaki berperwatakan perempuan..masing-masing punya definisi la..senang kira, bapuk atau pondan..

kalau cakap bab ni mungkin ramai yang marah..x senfitif la, x jaga perasaan orang la, bla-bla laaa…macam-macam la..

tapi, setelah terbaca entry ni : Budak kuat makan: Lelaki aww?hehe , atok rasa terpanggil balik nak menulis pasal lelaki aww ni..ada benar jugak dalam entry tu..tuan blog cakap

Dan..orang cakap..lelaki lembut2 ni..setia dalam berkawan..
Apa korang rasa erk pasal lelaki lembut gini? :D

ye ke lelaki lembut ni setia dalam berkawan? artok x berapa pasti la..adakah kerana penulis tu pompuan dan mungkin lelaki lembut ni mempunyai keserasian yang agak rapat dengan perempuan? pelik….hihihi..

tapi, kalau ikut logik akal, ada besar kemungkinan bahawa lelaki lembut ni lebih selesa berkawan dengan perempuan kerana mungkin ada sedikit keserasian antara mereka samada perasaan,sikap dan perlakuan..fizikal dan jantina tu memang sah la lain..hihihi..tapi, jangan cepat salah sangka sebab ada jugak lelaki yang sanggup bertukar jantina kerana lebih selasa menjadi perempuan..

atok pun pernah jugak beberapa klai terserempak dengan lelaki lembut ni..bukan setakat bermekap dan bergincu..berpayudara pun ada walaupun ada halkum yang jelas menonjol..bukan niat atok untuk memerli lelaki lembut kerana masalah tu boleh diubah secara perlahan-lahan..yang atok kutuk, lelaki yang sengaja nak berperwatakan perempuan..

cucu pernah ada kawan lelaki lembut x? hihihi..budak kuat makan ada..x caya? tanya la dia..hihihi

http://luvmia97.blogspot.com/2011/03/segmen-nak-promote-blog-di-blog-atok.html

hmmm…mungkin benar kot bahawa lelaki aww ni boleh menjadi sahabat baik dan setia bagi perempuan..kalau bagi lelaki, atok belum dapat lagi feedback yang macam tu..kuang3..

x kisah la lelaki, aww, perempuan, tomboy, yang penting kita hendaklah menjadi kawan yang baik..kalau nak tahu apa itu sahabat sejati boleh ke entry ni ( Budak kuat makan: kawan sejati )

pada atok, blog Budak kuat makan ni memang best..macam-macam cerita ada..antara entry yang atok suka ialah pasal klik iklan ( Budak kuat makan: Klik iklan aku meh ! ) atok pun pernah jugak jumpa blog macam tu..macam-macam cara yang diorang buat tuk tipu kita supaya klik iklan..memang tindakan yang amat tidak bertanggungjawab..

nak baca pasal lelaki aww lagi? jom ke sini Budak kuat makan: Lelaki aww?hehe

nak atok pomot blog cucu dal blog dan entry atok? jom la join segmen atok ni..

SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua

cepat-cepat..sebelum terlambat~

Sabtu, 2 April 2011

[HOT] AWEKKU YANG SUKA BERMEKAP

hahaha..nah..amik buat awek-awek yang suka bermekap..entry ini KHAS UNTUK LELAKI SAHAJA..

image

tadi..masa atok berjalan-jalan sambil berkomen-kumen..atok terjerumus ke satu blog..tuan punye blog tu perempuan la..x payah cakap la blog mana..ewah-ewah..bukan main suka lagi dia bermekap..hahaha

memang cun la dia..tambah lagi dengan mekap serta bulu mata palsu..wow! anggun dan menawan..tapi atok terfikir..hmmm..elok ke kalau awekku bermekap ni? hihihi

atok bukan nak salahkan orang perempuan bermekap, tapi mekap tu biar la berpada-pada..atok terfikir jugak..macam mana agaknya kalau masa bercinta dulu bukan main lawa lagi..ye la, semuanya palsu..mata palsu, eye lens palsu (pakai contact lens), warna kulit pun palsu (sebab mekap tebal sangat)..hihihi..lepas kahwin..alamak…lain la pulak..apasal masa bercinta dulu kulit muka isteri aku ni putih gebu, bila dah kahwin dah jadi macam HULK pun ada…hahaha..

jahatnya atok…

atok pun x suka sangat sebenarnya perempuan yang bermekap bagai nak rak ni..siap ada kotak mekap besar lagi..tu dah kira over la tu.dah jadi macam mak andam pulak..kan2? kadang-kadang atok tengok pun takot,dah macam jadi pelakon opera tu..hihihi

image

cucu lelaki camne lak? kisah x kalau awek cucu sekalian tu bermekap macam gambar kat atas ni? hahahaha

Khamis, 31 Mac 2011

LELAKI, GAYBOY, KENAL, BERCINTA, PUTUS, MENINGGAL DUNIA

Blog Budak ChumeyllMati itu lumrah alam..setiap yang hidup pasti akan merasai mati..namun, yang membezakannya hanyalah masa,tempat dan cara kematian..

yang hidup perlu hidup, yang telah mati biarkan dia pergi..yang hidup hanya mampu mendoakan kebahagiaan roh si mati..itulah adat kehidupan..yang pasti, mati itu adalah pasti..tiada sesiapa yang mampu menangguhkannya atau mempercepatkannya kerana sudah tertulis pada Qada’ dan Qadar masing-masing..

hanya itu yang mampu atok ucapkan buat pemilik blog Blog Budak Chumeyll yang baru saja kehilangan orang tersayang dan tercinta setelah beberapa tahun berkenalan..nak baca entry menyayat hati boleh ke sini : Blog Budak Chumeyll: Missed U !! …atok pun secama terasa kehilangan arwah setelah membaca entrynya..terasa sedih dan hiba terselit..

yang bestnya..Blog Budak Chumeyll ada bermacam kisah cinta pemiliknya..hihihi..nak baca kisah bercinta dengan gay boy? Maya, pemilik Blog Budak Chumeyll pun pernah berpengalamak kapel dengan gayboy..memang awwwww la…hihihihi..baca la pengalaman dia kat sini : Blog Budak Chumeyll: Pengalaman Couple dengan Gay Boy

ada orang cakap..kawan lebih penting dari cinta..tapi, maya lain…hihihi..dia cakap kawan ni tak ada makna pun..hohoho

Kawan ? Sahabat ? Bagi aku mereka ni tak ada makna ! Tak percaya ? Its up to you larh !
Ada kawan aku cakap, "kau ni asyik pentingkan cinta je, kawan kau yang duduk kat sebelah ni sikit pun kau tak pandang" sorrylah babe ! Aku bukan manusia yang pentingkan kawan.. Bagi aku kawan ni, senang je nak cari, melainkan cinta.. Aku dahulukan cinta daripada persahabatan aku sendiri..

entry penuh : Blog Budak Chumeyll: Sahabat? Cinta? Apakah !

kalau nak ke blognya..atok ada sediakan kat bawah..jom la melawat ke Blog Budak Chumeyll  tengok apa yang patut..

http://akuchumeyll.blogspot.com/2011/03/atok-nak-tulun-prommote-blog-si-comeyl.html

*P/S : sesapa nak join promot blog di blog atok..boleh ke sini : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua

Selasa, 29 Mac 2011

PAKWE TINGGI DAN RENDAH : PILIHAN AWEK?

nah…entry sentapan jiwa lagi…hahaha

bukan apa..macam biasa..satu hari, satu blog akan di promosi terus berjalan..sebenarnya atok buat promosi ni untuk mempromosi blog cucu dan pada masa yang sama atok nak mencari ieda-idea yang best untuk di karang setiap hari..

setelah berminit mengodek blog http://sabenazakey.blogspot.com/ ..atok terjumpa entry kenapa lelaki yang tinggi?

bikin panas betul entry tu..mana x nya..ada ke patut, lelaki yang x seberapa tinggi (pendek sebenarnya) dinafikan hak untuk mengorat empunya blog.lepas tu, dia banding-banding pulak antara lelaki rendah dengan lelaki ni..

lelaki tinggi ni menjadi pilihan dia sebab, lelaki tinggi ni konannya….hmmm….

atok “copy n paste” dari blognya..itu pandangan peribadi cik sabenazakey ok!

  • Sebab lelaki tinggi nampak cool. wahh!!
  • Terutama sekali bila dia jalan sorang sorang. Nampak cool sangat.
  • Ermm,.nanti senang nak pakai high heels kegemaran korang. Betol tak?
  • Korang nak ke kalau lelaki lagi rendah dari korang? Mesti tak nak kan. Tapi, ada sesetengah orang oke je. Orang kata kalau lelaki lagi rendah daripada kita, murah rezeki. Tapi nanti lelaki tu rasa rendah diri plak, sebab si dia lagi rendah. Aku tetap pilih lelaki tinggi.
  • Lelaki tinggi nampak sweet.
  • Dia akan nampak macam protektif. Walaupon tak kuat mana pon.

sebanarnya atok terasa jugak..hihihi..sebab atok ni rendah je sebenarnya..bukan lelaki tinggi je sweet ok..sebab, mata air atok cakap “atok ni romantik” hahaha….maknanya lelaki rendah pun sweet la..kui3

kalau semua perempuan “demand” nak yang tinggi bak galah tu..lelaki rendah macam mana pulak? nak biarkan je? huh! pada atok, ini adalah deskriminasi yang teruk dalam cinta…hahahaha..ade ke patut “reject” lelaki rendah..kalau lelaki rendah ni kaya camne? ade je perempuan terhegeh-hegeh nak kahwin or kapel kan?

pandangan cucu lak camne? cucu perempuan nak pilih lelaki tinggi atau rendah? cucu lelaki rasa macam mana? adakah orang lelaki ini telah dizalimi or what? hik3..

kalau ada sesapa yang x puas hati dengan kenyataan terbuka cik sabreena zakey mengenai lelaki rendah dan tinggi di entry kenapa lelaki yang tinggi? beliau..cucu boleh la komen di sana..

ataupun terjah je kat sini..kasi pecah dia punya blog!!! huh!!!

http://sabenazakey.blogspot.com/2011/03/atok-nak-tolong-promote-blog.html

sesapa nak mencuba nasib dipromosi, boleh ke sini : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua

kepada yang dah join tapi blog belum dipromosi, atok minta maaf..satu hari satu blog je..kene ikut giliran..giliran tu atok dah buatkan..nantikan je..hihihi..kalau nak tengok giliran tu..boleh ke sini : XTRA TRAFFIC PETUA KITA SEMUA dan tengok pada ruangan SEGMEN PROMOTE BLOG di “footer” blog..blog yang berada kedudukan paling atas adalah paling lambat untuk di promote,maksudnya dia baru daftar ke segmen tu la..yang atok dah promote, atok akan letak [DAH] di depan nama blog dia tu.

cepat-cepat join segmen ni sebelum blog cucu terlambat untuk dipromote…pergi je ke sini : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua dan buat mengikut arahan..hihihi

Isnin, 28 Mac 2011

[HOT] DIANA DANIELLE LARI KE LOS ANGELAS

image

biar betul? terkejut jugak atok bila terbaca pasal ni..

masalah apa yang dihadapi diana hingga terpaksa lari ke Los Angelas?

masalah cinta?

masalah keluarga?

masalah karier?

masalah kecantikan?

atau sekadar berhibur disana?

semuanya terjawab disini : Diana tinggalkan Malaysia sekejap