Sabtu, 16 April 2011

PEMBATALAN SEGMEN UNTUK HARI INI

mest ramai yang tertunggu-tunggu, blog siapa la yang atok akan promot hari ini kan?? tapi..atas sebab kesibukan kerja yang x dapat dielakkan..blog yang akan dipromot hari ini iaitu blog wancikgumuzik akan ditunda ke hari esok..

kepada wancikgumuzik atok minta maaf..

LIVE : PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

5.32pm: Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi.

5.30pm: Di Piasau, timbalan ketua menteri, Tan Sri Dr George Chan memberi cabaran hebat kepada calon DAP Ling Sie Kiong.
Daripada saluran 1 di DM Merbau, Chan mendapat 83 undi manakala Ling pula 90 undi manakala undi rosak - 2.

5.27pm: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedang mendahului di Balingian. Dengan lima pusat mengundi dikira, beliau mendapat majoriti 641 undi.
Taib dicabar oleh dua pupunya, bekas timbalan menteri, Datuk Salleh Jafaruddin, yang bertanding sebagai calon Bebas manakala PKR pula meletakkan ahli perniagaan wanita Suriati Abdullah dari PKR. 

5.00pm: Semua 1,748 pusat pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ditutup tepat pada pukul 5 petang ini, sementara di beberapa tempat pusat penjumlahan undi, pengiraan telah pun bermula.

4.50pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahuli di beberapa kerusi yang ditandinginya.
Di Meradong daripada 12 saluran yang telah dikira, calon DAP Ting Tze Fui mendahuli lawannya dari Supp, Ling Kie King dengan 800 undi.
Pecahan pengundi di Meradong adalah Melanau: 3.08 peratus, Cina: 56.18 peratus, Iban: 35.60 peratus dan bangsa lain 5.16 peratus.
Di Bukit Assek, selepas peti undi di tiga saluran dibuka, DAP mendahului dengan hanya 26 undi.
DAP diwakili oleh pengerusi Sarawak, Wong Ho Leng yang juga MP Sibu. Beliau dicabar oleh Chieng Buong Toon dan seorang calon Bebas.
Di DUN Bawang Assan, selepas 12 saluran dikira DAP ketinggalan dengan 1,200 undi.
Namun kebanyakan yang dibuka bukan daripada kawasan pengundi Cina.

4.47pm: Keputusan tidak rasmi dari sumber BN:

Semop

BN: 3134
PKR: 468
Bebas: 280

Saribas

BN: 2,105
PKR: 814 

Kedua-dua kerusi tersebut adalah majoriti pengundi Melayu/Melanau dan pada pilihan raya negeri 2006 dimenangi oleh calon-calon PBB.

4.35pm: Menurut satu sumber BN, kedudukan terkini keputusan ialah:

BN: 12 kerusi
Pakatan: 1 kerusi

4.24pm: Di Batang Ai, BN sedang mendahului dengan 200 undi daripada undi yang telah dikira.
Namun hampir separuh lagi undi belum dikira khususnya di saluran yang mempunyai bilangan pengundi yang tinggi khususnya di pekan Lubok Antu.
Ini bermakna PKR masih mempunyai peluang untuk membuat kejutan.

4.18pm: Sumber BN mendakwa kerusi Semop yang mempunyai 8891 pengundi - kebanyakan mereka pengundi Melayu/Melanau - berjaya dipertahankan dengan majoriti 2,712.
BN - 3138
PKR - 426
Bebas - 324

BN juga sedang mendahului di lima kawasan majoriti pengundi Melayu/Melayu - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Beting Maro, Saribas.

Mereka juga sedang mendahului di kerusi majoriti Iban di  Layar.

4.10pm: Di Saribas, PKR tewas di semua 12 pusat undi yang dikira setakat ini. Keputusan sebanyak 10 lagi pusat undi belum diketahui.

Majoriti BN di semua 12 pusat mengundi meningkat berbanding pilihan raya 2006.
Adalah dikatakan PBB mengekalkan kerusi tersebut pada pilihan raya lalu dengan 94 undi kerana menurungkan calon yang tidak popular.
Keputusan awal menunjukkan strategi PBB untuk menggantikan penyandangnya, Wahbi Junaidi dengan calon muda Muhammad Razi Sitam, berjaya meningkatkan sokongan.

3.58pm: DAP berkata mereka hampir pasti mengekalkan kerusi Meradong, yang dimenangi oleh penyandangnya, Ting Tze Fui empat tahun lalu. Beliau kini mendahului dengan 459 undi.
Sebelum ini, dengan angkatan kempen BN, DAP bimbang, wanita berusia 27 tahun itu akan dikalahkan.
DAP - 1,072
Supp - 613

3.53pm:
Sumber PKR berkata BN mendahului dengan 700 undi di Layar dan masih ada beberapa pusat mengundi yang belum ditutup. Adalah sukar untuk mengatasi majoriti BN itu, kata sumber tersebut.
Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat timbalan ketua menterti, Tan Sri Alfred Jabu, yang bertanding bagi kali kelapan.
Beliau dicabar oleh calon PKR Stanny Embat.

3.50pm: Menurut MP Serdang Teo Nie Ching, terdapat perubahaan sikap di kalangan pengundi yang kini cenderung menyokong DAP di Repok.
Di satu saluran, pengiraan awal mendapati DAP menang 165 undi berbanding 135 yang diperolehi 135.
“Ketika 2006 (pilihan raya negeri), kita kalah hanya dengan 23 undi,” katanya.

3.48pm: Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:
PKR -162
BN - 76
Snap -32
Bebas - 1
Rosak - 1

3.45pm: Sumber PKR berkata BN sedang mendahului dengan 400 undi di Engkilili. Kerusi majoriti pengundi Iban ini dikatakan satu ketika adalah kerusi ‘kelabu’ BN. Dalam pilihan raya ini, kerusi ini ditandingi oleh BN-Supp, PKR, Snap dan calon Bebas.

3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis beliau sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba’Kelalan. Keputusan tidak rasmi:

PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477 

4.10PM : DARI TWEETER AZMIN ALI

 AzminAli SPR sudah mula ingin menipu. Counting Agent KEADILAN tidak diberikan salinan Borang 14 iaitu keputusan rasmi di Pusat Mengundi

AzminAli DUN N70 Ba'kelalan. KEADILAN is still leading by 300 + votes.

AzminAli DUN N.53 Kakus. PKR 175 BN 140.

AzminAli N.42 Meluan - DM Beketan - SK Lubok Assam - PKR 135 BN 45.

AzminAli DUN N.17 Tarat - DM Rayang - PKR 271 BN 159

3.40pm: Dalam satu tweet, Lim Kit Siang berkata beliau terbang ke Kuching dari Sibu. Katanya, bukan sahaja calon tetapi semua pemimpin politik dalam kebimbangan kerana keputusan terbuka luas”.

3pm: Calon Sibu DAP bagi Pelawan, David Wong mendakwa berlaku kejadian membeli undi di Bahagia Jaya - kawasan pinggir bandar berpenduduk Iban dan Melayu - di mana ribuan pemilih akan mengundi hari ini.

2.50pm Seorang petugas PAS, Mohammad Izan Yaakob, telah meninggal dunia secara mengejut di bilik gerakan induk PAS, dekat Pusa di Beting Maro tengahari tadi.

2.20pm: Sarikei Penyandang kerusi Meradong dari DAP, Ting Tze Fui memberitahu Malaysiakini bahawa DAP telah membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku beli undi di sebuah restoran dekat bandar Bintangor.

1.56pm: Kuching (Batu Lintang) Satu palam elektrik di pusat mengundi Maksab berasap, menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup sementara pusat itu.

1.40pm: Miri. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, mengesahkan secara tidak rasminya, jumlah pengundi muda yang keluar mengundi di dua kerusi yang ditandingi DAP - Pujut dan Piasau - hanya 40 peratus sehingga jam 12 tengahari, lebih rendah berbanding dengan pengundi dewasa.

2.32PM : DARI TWEETER AZMIN ALI

AzminAli N.31 Layar - DM Penyaleh - PKR 74 BN 48

AzminAli N.43 Ngemah - DM Pidai - PKR 76 BN 34

AzminAli N.53 Kakus. SK Sg Bawang PKR 166 BN 87

AzminAli DUN Jepak: DM SK Sg Setian : PKR 91 BN 81

1.20pm Stesen radio berbahasa Cina milik kerajaan - Ai FM - melaporkan kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi.

1.15pm Pengiraan undi di kerusi yang ditutup awal, menunjukkan PKR mendahului di Layar, Meluan, kakus, Tamim, Jepak, tasik biru, dan Ba'Kelalan. BN mendahului di Saribas.

1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini.

12.54am: PKR kata mereka juga mendahului dalam awal pengiraan undi di Layar and Meluan.

Bagaimanapun, di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi dari enam pusat pengundi yang telah dikira. Ia merupakan kira-kira 10 peratus jumlah undian.

Saribas dianggap sebagai salah satu kerusi yang PKR berpeluang tertinggi untuk menang. Majoriti BN dalam pilihan raya negeri lepas hanya 94 undi.

12.49am: Keputusan tidak rasmi dari ibupejabat PKR:
Kakus
PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

12.30pm: Ba'Kelalan - Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, yang juga calon bagi kerusi Ba'Kelalan, memberitahu Malaysiakini bahawa proses pengundian bagi kerusi tersebut sedang berjalan lancar.

Pengiraan undi telahpun bermula di pusat mengundi yang telah ditutup.
Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

12.10pm: Bukit Saban - 29 daripada 34 pusat mengundi bagi kerusi Majoriti Iban ini telah ditutup pada jam 12 tengahari
Semua pusat mengundi itu, yang terletak di rumah panjang, ditutup antara jam 11 dan 12 tengahari. Proses pengiraan undi sedang berjalan.

11.54am: Piasau (Miri) - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bermesra dengan para pengundi di SJK(C) Chung Hua Lutong yang merupakan salah sebuah pusat pengundian bagi kerusi Miri.

11.35pm: Satok (Kuching) - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundi di SK Merpati Jepang, beberapa minit selepas
pertengkaran antara pemimpin PBB dan ejen PKR berakhir.

11.35am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.

11.30am -Sibu - Calon DAP bagi kerusi Bawang Assan, Alice Lau mengadu bahawa pegawai pengurus pilihan raya Wong See Meng, melihat bagaimana pengundi memangkah kertas undi mereka.
Beliau mendakwa, insiden tersebut berlaku di SJK Chung Hua - pusat pengundian terbesar dengan seramai 6,000 pengundi.

11.29am: Satok (Kuching) - Perbalahan berlaku di SK Merpati Jepang apabila ejen-ejen PKR masuk ke pusat pengundian untuk mengadu kepada SPR bahawa ada yang masuk ke pusat tersebut menerusi laluan yang tidak dibenarkan.

Mereka juga bertanya kepada pegawai polis di situ mengapa seorang lelaki yang memakai Kemeja-T BN, dibenarkan masuk ke dalam pusat pengundian.
Mereka bagaimanapun dihalang oleh timbalan menteri BN, Datuk Fadillah Yusof, yang cuba menarik mereka dari situ, menyebabkan seorang ejen PKR memintanya jangan mengasarinya.

11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.

11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

10.56am: Simanggang - DAP membuat laporan kepada polis dan SPR bahawa BN terus mendirikan 'pondok panas' di dalam kawasan pusat pengundian di SK Sri Aman Kampung Muhibbah manakala kain rentang BN juga dipasang dalam lingkungan 50km.

10.02am: Saribas (dekat Kuching) - Seorang anggota polis dan pegawai SPR yang enggan dinamakan, menjelaskan bahawa pusat operasi BN yang terletak bertentangan dengan pusat mengundi di SK Datuk Bandar Debak, yang membantu pengundi memeriksa butiran diri mere, bukan satu kesalahan kerana ia di luar lingkungan jarak 50 meter.

10.01am: Satok (Kuching): Seorang lelaki naik angin selepas diberitahu yang dia datang ke pusat pengundian yang salah.

9.55am: Melalui Twitter rasminya, PKR menggesa semua ejen pengundian supaya memprotes terhadap pengundi yang memegang kad pengenalan hijau kerana mereka adalah pemastautin tetap yang tidak mempunyai hak untuk mengundi.