buat peminat-peminat kucing dan yang x suka bela kucing sebab kucing suka kencing atau berak lam umah..atok ada petua nk elak kucing kencing atau berak ni..
atok memang suka kucing…hohohoho..rindu kucing-kucing kat umah..kat umah atok ada 4 ekor kucing…ish..bestnya dapat tido ngn diorang tu..tp kadang2 diorang tu nakal sikit..suka sangat gigit jari kaki…kadang2 nk terterajang pun ada bila terkejut…hihihihi..
penah dulu orang tengok pelik je kat atok di cafe..sebab atok bercakap ngn kucing..hahaha…memang da tabiat atok sejak kecil..suka cakap ngan kucing..x pasti la kucing tu paham x..kalau kat rumah pun, kucing tu jadi adik bongsu..atok n adik atok ajar kucing tu panggil ma n abah kat parent atok..hahaha..kami sekeluarga memang suka kucing..yea!
da melalut panjang lak..nah atok kasi petua tu..baca sendiri la ye..
PETUA ELAK KUCING KENCING DALAM RUMAH
Cuka
Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
Toilet Traning
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.
Serai
Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
kredit to : MY TIPS