Khamis, 9 Disember 2010

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2010/11 (UKM)

keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010-2011 bagi penuntut UKM boleh disemak melalui smpweb dan juga sms mulai esok (10/12/2010)

SMPWEB :
https://smp.ukm.my/smpweb/

SMS :
UKM RESULT< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888

Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010.

"DARA ITU PENTING?”

BLOG ATOK ADALAH MILIK CUCU…jadi kalau cucu ada pape masalah boleh ceritakan pada atok..insyaALLAH atok akan menjawab..lepas terbangun dari tido..atok terkesima membaca komen yang agak menyentap hati cucu kesayangan atok, PENI ANANI…kalau nak baca komen tu…xyah lah..dah delete pun entry tu..hahaha

lepas tu..atok terbaca satu lagi komen yang atok merasakan, persoalan ini lebih penting..cucu baca la sendiri..

salam atok,,A pernah dikhianati oleh datuknya sewaktu berumur 7 tahun..dia bakal berkahwin tidak lama lg dan jika benar daranya telah hilang, dia tidak dapat mbayangkan bagaimana penerimaan bakal suaminya nanti.. dia stress dan takut akan memalukan ahli keluarganya..tolong beri pandangan...adakah dia perlu mhentikan pernikahannya ini kerana dia rasa mcm tidak layak untuk sesiapa pn di dunia ini.......”

komen ini atok amik dari entry : ATOK JAWAB SOALAN INI : Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?..kalau sapa2 lom baca entry tu..boleh baca..klik je pada ayat tu..

berbalik pada komen tu..pandangan atok..

memang betul..perempuan itu merasakan dia amat takut, tertekan dan gelisah yang teramat..atok rasa bukan saja pada hari perkahwinan, atau malam pertama..namun, atok merasakan pada tiap malam..mungkin dia masih trauma dengan peristiwa dirogol datuknya..

dalam perkara ini..hanya ada dua penyelesaian utama..pertama, cekalkan hati..beritahu perkara sebenar pada KELUARGA SENDIRI terlebih dahulu..minta pendangan mereka..sajahat-jahat mana seorang anak…ibunya tetap akan terima..dalam masalah ini..saudari yang nak berkahwin tu tidak jahat..tapi, atok rasa orang yang paling layak bagi pendapat ialah ibu kepada bakal pengantin perempuan tu..

kedua, senyap….hanya senyap….diam…sebab itu adalah keaiban kita dan keluarga..tapi sampai bila? mesti hati si perempuan tu x kan aman..betul x?

tapi…jikalau pengantin lelaki dapat menerima..itu tandanya kejujuran,keikhlasan, dan membuktikan cintanya pada perempuan tersebut..sanggup memaafkan atas keterlanjuran datuk perempuan itu..lagipun, itu bukan salah pepempuan tu..malah, perkara itu berlaku semasa kecil lagi…

apa pandangan cucu? boleh bagi sikit x?

komentar terbaik setakat ini yang boleh dijadikan pengajaran :

raudhah : untuk wanita yg telah pun jadik camtu nasibnya. Anda adalh diharamkan sama sekali menceritakan peristiwa tersebut kepada bakal suami anda. Optimislah sayang dalam menempuhi hidup ni. Dara bukan segala2nya. Bukan penetu kebahagiannya kau dengan suami kau nnti. Tolong, saya minta lagi sekali, tolong jangan ceritakan pengalaman pahit anda pada suami atau dengan org lain melainkan org yg anda benar2 percaya. Tolong lupakan. Past is past my dear. Mintalah pada Allah taala, mengadulah padaNya, saya dan org lain dah tak boleh nak kembalikan dara anda semula tetapi Allah sentiasa akan menumbuhkan keyakinan dan perasaan bahawa kamu itu masih suci drp dosa org lain (cth citer kat atas, atok yg GS tu). Alahai, sayang sungguh saya tak ingat artikel yg menceritakan ttg hal ini. Nanti ade masa, saya bg linknya yer.Jgn harap sgt yer. Tak janji taw.