Sabtu, 19 Mac 2011

SAYA BLOGGER GILA TRAFFIC

sebenarnya atok buat entry ni sebab nak join blog list Helios Blog..saje..nak dapatkan backline banyak-banyak..hihihi..jom la join..

tarikh tutup tengah malam ni (19/3/2011)

syarat2nya :

image

  1. letakkan banner blog TH ni

    • Dah letak pun

  2. korang buat satu entry bertajuk “saya blogger gila trafik” 

    • tengah buat la ni..hihihi

  3. ceritakan kepentingan trafik kepada blogger,

    • uish..memang penting la..PERTAMA, sebagai penanda aras kemajuan blog dan kefemesannya..KEDUA, nak kasi gempak pendapatan nuffnang la..sebab, nuffnang mementingkan traffic tuk letak iklan dan bagi duit..hihihi..KETIGA, atok memang suka tengok traffic..jadi, tiap hari atok wajib tengok traffic

  4. biasanya ape anda lakukan untuk mendapatkan trafik.

  5. submit url anda di entry nih.

      • ok..jap ye…nk publish entry ni dulu..

senang je kan? jom la join..sebelum terlambat..klik disini : . Bloglist “Blogger Gila Trafik” untuk join

         

ALASAN GADIS MELAYU PAKAI SELUAR PENDEK

AMARAN : INI BUKAN ENTRY LUCAH

image

kena pesan awal-awal..nanti orang baca ingat atok ni gatal pulak..hihihi..

entry malam ni sekadar nak petik post dari seorang hamba Allah yang ambil berat pasal pakaian perempuan khususnya anak gadis..

ank melayu

hamba Allah tersebut mempersoalkan “mengapa semakin ramai anak gadis melayu zaman sekarang lebih gemar pakai seluar pendek?”

atok ada jawapannya..hihihihi…jeng…jeng..jeng…

JAWAPANNYA

1. harga seluar pendek lebih murah berbanding seluar panjang

dalam keadaan sekarang yang tertekan akibat kenaikan harga barangan dan taraf hidup, manusia mula mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup..kalau nak kurangkan makan, memang susah la..jadi, kurangkan kos pakaian..atok pernah survey di kedai-kedai..menag sah..harga seluar pendek lebih murah..kebanyakannya sekitar RM10- RM20 sahaja..

jadi, atas desakan hidup yang melampau akibat duit PTPTN yang tidak cukup serta tidak mendapat sebarang biasiswa, maka, anak gadis lebih senang untuk memilih seluar pendek sebagai alternatif mudah bagi mengurangkan perbelanjaan pakaian..

2. seluar pendek lebih mesra alam

ini bukan lawak..ini adalah kebenaran..kebenaran yang akan menuju ke jalan yang benar..

“hoit, tang mana mesra alam seluar pendek tu!!”

semua orang x sedar, malah, ada yang buat-buat x sedar bahawa lelaki amat suka melihat betis perempuan yang gebu, putih dan mulus itu..malah, kalau diberi betis, nak pulak paha..jadi, kalau seluar pendek itu menampakkan paha lagi lah mesra alam..perempuan seluar pendek amat mesra dengan mata-mata lelaki keranjang..itulah mesra alam..go to green and green technology la katakan..

3. mengurangkan geseran dan halangan angin

YES!! ini memang tepat dan ini adalah fakta yang telah dikaji berkurun lamanya serta telah dibuktikan di makmal berteknologi tinggi..pernah x tengok orang lumba lari atau berenang? kebanyakannya pakai seluar pendek dan ketat kan? malah, kalau diorang x pakai apa-apa..kemungkinan besar mereka mampu mencatat rekod dunia dalam acara masing-masing iaitu rekod olahraga bogel pertama kali didunia..hahaha

cucu pun sedia maklum..apabila kita pakai seluar pendek, maka rintangan angin dapat kita kurangkan..

apabila rintangan angin dapat kita kurangkan, maka kita hanya memerlukan sedikit tenaga untuk melangkah atau bergerak..

apabila kita hanya perlu gunakan sedikit tenaga untuk bergerak, maka kita menggunakan sedikit karbohidrat yang dihasilkan oleh tubuh melalui pemakanan..

apabila sedikit karbohidrat diperlukan, maka kita tidak perlu makan banyak bagi menjana tenaga yang cukup untuk bergerak.

apabila kita tidak makan banyak, kita dapat mengurangkan kos makanan yang perlu dibeli setiap hari..dan ini mampu menjimatkan perbelanjaan seharian..

4. kesimpulannya..anak gadis memakai seluar pendek bagi menjimatkan kos sara hidup bagi menjamin kelangsungan survival hidup…

AMARAN KERAS : HARAM MEMBUKA AURAT

image

SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK?

hah! akhirnya sampai jugak hajat atok nak buat segmen ni..mungkin atok orang pertama yang terfikir nak buat segmen macam ni*perasan…hahaha..sebenarnya, segmen macam ni dah ramai orang buat..tapi, atok menginovasikannya menjadi segmen yang semacam lain..
pelik x? hahaha..x peliknya..macam ni…
sempena meraikan pembaca blog atok dan cucu yang setia mengikuti blog atok ni..atok nak kasi peluang cucu-cucu sekalian tuk promote blog cucu dengan sendirinya di blog atok..
x paham?
senang je..cucu buat satu entry..entry untuk promote blog cucu la..kalau xnk publish..cucu antar je email..hihihi..
syarat-syarat penyertaan…
  1. buatkan satu entry untuk promote blog cucu di blog peTUA KITA semua..kalau entry tu mengandungi sumpah-seranah, atok akan buang entry tu ke dalam tong sampah..hihihi..
  2. dalam entry tu..cucu letak je la header blog atok ni.image
  3. lepas tu, dalam entry tu kasi link ke entry segmen ni..senang untuk orang lain join segmen ni skali..
  4. tinggalkan url (kalau cucu postkan entry tu di blog masing-masing) di ruangan komen entry segmen ni
  5. kalau xnk publish, cucu boleh hantar entry tu ke email atok di aimanwhd@yahoo.com
dah faham? atok akan “publish”kan entry promosi blog cucu tu di blog atok skali sahaja..hanya satu entry bagi setiap hari..maknanya, first come, first serve..
tarikh tutup?

atok x tetapkan lagi bila tarikh tutupnya..kemungkinan besar atok x akan tutup kerana ini adalah tanda terima kasih atok kepada pembaca blog atok dan cucu-cucu atok..jadi, cucu-cucu boleh la promote blog masing-masing di blog peTUA KITA semua dengan PERCUMA mulai sekarang…
cepat2…siapa cepat dia dapat..

contoh entry promote blog yang atok dah buat : BLOG PRINCE PEMBUKA SEGMEN | peTUA KITA semua

sila tengok giliran atok promot blog cucu disini : http://trafik-petuakitasemua.blogspot.com/ pada bahagian bawah di ruangan SEGMEN PROMOTE BLOG..blog yang telah dipromot atok akan tulis [DAH] dibahagian hadapan nama blognya..blog yang paling atas adalah blog yang paling akhir atok akan promot mengikut turutan..

TIKET KE ANGKASA LEPAS ELAK KIAMAT

ini bukan cerita dongeng..ini cerita  bukan lawak..ini serius..ini bukan mainan..

bahawasanya kiamat akan berlaku pada bila-bila masa sahaja..ini adalah fakta yang x dapat disangkal..namun, bilakah tarikh sebenar kiamat akan berlaku, itu masih menjadi misteri..

namun, setelah bermacam petanda-petanda kiamat akan berlaku sudah muncul, maka, segelintir manusia mula menjangkakan bahawa kiamat kemungkinan akan berlaku pada tahun 2012..kalau ini benar?

memang x benar..hahaha..sebab hanya ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI..

manusia hanya merancang dan menjangka sahaja..

jika ada tarikh jangkaan, mesti ada cara untuk selesaikan masalah kiamat ni..kan?

teeeeet……SALAH…memang xde cara..bila kiamat berlaku..semuanya akan hancur..x perlu nak lari jauh2…tunggu saja balasan dari ALLAH atas perbuatan kita..

tapi………

ada orang nak berniaga atas kejadian kiamat ni..peniaga ni nak bawa umat manusia ke planet lain sebelum kiamat berlaku…

kejap…kah…kah..kah…lawak bodoh ke ni? kalau masuk raja lawak 6 lepas ni..komfem menang..serius, ini memang lawak paling lawak selawak-lawaknya..kah..kah…kah…

x nk percaya ada lawak ni? nah buktinya

image

mesti ada yang x percaya lagi kn? nak lagi?

image

siap kene ada pasport dengan ID card bagai..hahaha..benda ni sume macam IC la..nanti baru boleh berumah tangga kat planet baru tu..

image

yang x tahan tu..ada 2 pakej..cucu boleh la pilih yang mana cucu nak..pasal pekej tu..cucu tengok sendiri la ye..jap agi atok kasi link ke website tu kat bawah skali..

harganya murah je..pekej pertama : 24.49 USD is equal to: 74.548 MYR (Exchange rate: 3.04400)

pakej kedua : 44.99 USD is equal to: 136.950 MYR (Exchange rate: 3.04400)

memang murah..kalau macam ni..nanti dah kahwin..atok nak ajak isteri atok tu honeymoon kat bulan…hahahha..xpun, kat planet baru ke…

sape nak tempah boleh klik kt sini : Escape Earth 2012 Tickets

kalau macam ni..boleh la bawa rakyat jepun yang kene tsunami tu ke planet baru..kesian kat diorang..lari dari negara kerana radiasi..

PEMBACA BERGADUH DI ENTRY TSUNAMI JEPUN ATOK..

huhuhu..pagi tadi on laptop, terus ke blog kesayangan ni..x lengkap rasanya sarapan pagi kalau x jenguk blog tersayang ni..tapi, kalau dah jenguk blog ni..x payah sarapan pun xpe..dah jadi kenyang dengan sendirinya bila tengok earning BE nuffnang..

nak taw atok dapat bape earning BE nuffnang?? cepat cakap di ruangan komen “saya nak tengok BE atok!” hihihi..kalau ade yang komen cam tu..insyaALLAh atok akan kongsikan gambar BE dan earning atok..bukan kongsi duit ye nuffnang ye..jangan salah paham..

dah lari topik nampaknya..

lepas baca entry yang atok buat semalam..atok terdetik nak tengok ruangan BERAPA PETUA? (sebenarnya tu widget untuk komen terbaru)

tengok je…

ALAMAK!!! ada orang gaduh..dush…dush…dush…diorang bertumbuk pakai aksara-aksara yang terdapat dalam dunia maya ni..maka keluar la pelbagai huruf dan tanda-tanda bagai…huh! nasib diorang x pakai pisau ke hapa..kalau x..abis rosak blog atok nih..

nak taw dioarang gaduh kat mana? kat sini : TSUNAMI JEPUN : KARTUN ULTRAMAN BERITA HARIAN DIKECAM | peTUA KITA semua

agak dasyat la diorang gaduh.sampai rabak2 sikit ruangan komen entry tu..kekekeke..ak baca ke komen diorang tu??

kalau umur lom mencapai 13 tahun..tolong jangan baca..kalau ada orang sekitar yang berusia bawah 13 tahun..tolong halau diorang dari berdekatan dengan laptop atau PC cucu tu..

buat budak-budak < 13 tahun : ”please get out from this entry right now!!!”

budak-budak dah xde kan?

jom layan~

image

atok printscreen kan je..sebab menyenangkan..hihihi…

atok pun xtaw, siapa lah tanpa nama tu..yang pastinya ada 2 orang yang tanpa nama kat sini..biasala tu..bila dah ada perbezaan pendapat, mesti pertembungan idea berlaku..atok x kisah pun cucu-cucu nak bentangkan idea masing-masing..tapi, kalau boleh tegur biarla beradab sikit..hihihi

atok paham, anak muda berdarah panas..atok pun pernah je marah-marah orang..bila jari menaip mendahului akal, maka keluar la perkataan bla2~…hihihi..

buat pembaca blog atok..baca la ye..kalau ada pape yang x setuju dengan blog atok..komen la..atok x kisah sangat pun..tapi, kalau boleh tegur yang beradap la walaupun x membina..hihihi

kepada pembaca setia blog atok..atok ucapkan bebanyak terima kasih pada kalian kerana sudi luang masa di blog atok selama ni..

MAJULAH BLOG UNTUK KELESTARIAN HIDUP

yang benar,

AIMAN

MUHAMMAD AIMAN BIN WAHID,

pemilik peTUA KITA semua,

Saya Join Bloglist Yuyu Zulaikha

selamat pagi~

hihihi

pepagi ni…aip..dah tengah hari pun..hik3…

atok nak join bloglist yuyu..x kenal?? hah?? nah bannernya…

image

kalau x kenal..klik je kat banner tu..n kalau sesapa nak join bloglist beliau pun boleh je klik kt banner tu..atok dah hyperlinkkan pun..

cantik tuannye kan? mesti ramai nak join bloglist beliau.harap2 la atok sempat nak join…terhad kepada 50 penyertaan je….jom..cepat2!…hihihi

ATOK MENANG CONTEST!

image

lalalala~ terasa diriku bertebangan diawan gemawan..hihihi

ini adalah kali kedua atok menang peraduan..dah banyak yang join, tapi susah la nak menang..

x sangka lak kali ni boleh menang..nak taw atok menang contest pe? klik je kt sini : [CONTEST] : SUDOKU ..ロスマワニ..n0thing impossible.....

sebenarnya, atok menang bukan sebab atok dapat tempat pertama siapkan sudoko dengan betul..tapi, atok dapat hadiah sebab entry best..atok x pasti la tang mana yang best tu..tapi, mekasih buat cik ros sebab pilih entry atok..xde yang best sangat pun sebenarnya..cuma, mungkin entry tu atok lengkapkan bersama gambar menampakkan entry tu nampak menarik dan simple serta menarik..

atok pun masih baru lagi dalam dunia blogging ni..baru nak mancuba untuk taip entry terbaik bagi menarik pembaca setia..huhuhu..kalau ade sesapa yang otai, boleh la tulong2 ajar atok ye..sharing is caring~..

kalau nak tengok senarai pemenang contest sudoku tu, boleh klik kt sini : ..ロスマワニ..n0thing impossible...: .1st give away AKA contest from me :Keputusan!!! =)

kepada pemenang lain..TAHNIAH…