Rabu, 6 April 2011

PETUA CANTIKKAN RAMBUT

imageEhem2…salam…

dah lama atok x berkongsi pasal petuakan? xpelah, malam ni atok nak kongsi petua rambut..orang cakap rambut ni mahkota setiap insan? ye ke? abis tu kenapa ada yang botakkan rambut? x suka pakai mahkota ke? ataupun pepatah tu sesuai untuk perempuan je? hmm..

x kisah la apa pendapat masing-masing pasal rambut..tapi, malam ni atok nak kongsi sikit pasal petua untuk cantikkan rambut dengan cara organik..semua lapisan masyarakat boleh cuba, lelaki, perempuan, tua, muda, melayu,cina dan india kecuali makhluk asing..hihihi

petuanya atok salin dari artikel di Scribd..

 

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.

2. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

3.Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.

Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

hah! itu je yang atok dapat kongsikan dalam entry kali ni..selamat mencuba…

PEGAWAI KASTAM MATI TERJATUH BANGUNAN SPRM

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI 6/4/2011

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

NONEMangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.
Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.
NONETambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

SUMBER : Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM – Malaysiakini

ni kes siasat sampai mati…hihihi..

lepas ni kita buat kempen..JOM TERJUN SEBELUM DIPENJARA…hahahaha

teruk la SPRM kene jawab lepas ni…

Contest:Cari Perbezaan Gambar

COPY AND PASTE DARI ENTRY : perrydaus90: Contest:Cari Perbezaan Gambar

No contest first Daus..disupport oleh che ain... cara nak join.. mesti followers blog Daus dan Che ain..klik gambar bawah ni untuk follow atau pun klik je url kami http://perrydaus90.blogspot.com/  http://ainlaxmana.blogspot.com/

 

Lepas tu Save gambar di bawah cara nya klik kanan then pilih "Save picture as" letak nama blog korang ok lepas dah save korang open gunakan paint dan cari la perbezaan nya dengan bulatkan gambar dengan warna merah...bila dah siap..buat satu entry letak kan bertajuk "Contest:Cari Perbezaan Gambar" copy jer entry yang Daus dah buat ni then tag 3 orang kawan dan pastikan diorang tau pasal contest ni lepas tu buat karangan pendek kalau korang ada dapur yang elegen macam tu apa korang.......lepas tu letak kan url korang kat comment Daus... jawapan jangan la buh sekali ok...jawapan send ke e-mail Daus perrydaus90@gmail.com xkan korang nak publish jawapan korang..kang ada yang tiru xpun copy jer..ni untuk keselamatan korang jugak..haha tempat pertama:Topup RM20 tempat kedua:Topup RM10 saguhati untuk 4 orang:Topup RM5 setiap sorang Pemenang dipilih berdasarkan ketepatan mencari dan karangan pendek yang paling menarik Tarikh akhir contest ni pada 10.4.2011 ps:kalu korang copy-paste tu xnampak pe2 korang ubah warna font kt post korang..sebab daus nyer font kat blog warna putih

DAH ABIS COPY AND PASTE..hihihi

jap..nak check syarat join..

  1. mesti followers blog Daus dan Che ain
    • mesti la dah follow..tengok la..ciap atok tolong printscreen kan lagi
    • image ini che ain punya blog
    • image ini Daus punye blog
  2. cari perbezaan nya dengan bulatkan gambar dengan warna merah
    • atok dah cari..2 hari dua mala atok bersengkang mata cari apa benda yang berbeza dalam gambar tu.
  3. buat satu entry letak kan bertajuk "Contest:Cari Perbezaan Gambar" copy jer entry yang Daus dah buat
    • dah buat pun…dan jugak dah copy seratus peratus
  4. tag 3 orang kawan
  5. buat karangan pendek kalau korang ada dapur yang elegen macam tu apa korang 
    • kalau lah atok ada dapur elegen camni, atok x sanggup nak guna tuk memasak..yelah, dapur punya la cantik..kalau guna mesti la kotor..x sanggup nak bersihkan balik..hahaha..lagipun baik beli makanan kat kedai je sebab atok masih bujang,kalau nak masak nasi dan lauk untuk sorang pun x berbaloi..baik beli kat kedai je, cepat,senang dan jimat masa..betoi x? apa yang atok akan buat dengan dapur tu? atok x buat apa-apa..sekadar pelengkap kepada sebuah rumah..atok nak kene tunggu suri rumah atok dulu, baru lah berasap dapur elegen tu..hihihi
  6. letak kan url kat comment Daus
    • ok..jap ye..nak kene publish dulu
  7. ...jawapan send ke e-mail Daus
    • ok…jap agi daus tengok la email ye..

dah lama x menang contest ni..harap-harap la yang ni menang..puh..puh..puh..

SHIT, TERUK BETUL BLOG NIH!!!

hahaha..tajuk gempak je kan? apa yang teruknya? siapa yang teruk? blog mana yang teruk tu?

arghh!! sebenarnya atok tension nak fikir idea best tuk promot blog she love's story ..hihihihi..ada banyak idea..tapi semua x kena dengan blog she love's story , mula-mula atok nak buat style PENJENAYAH WANTED macam atok pomot blog di entry ni ( GADIS WANTED , ADA SESIAPA KENAL ATAU JUMPA? | peTUA KITA semua ), tapi x cukup maklumat dan “kesalahan” untuk dakwa blog she love's story ..

lepas tu, atok belek-belek semua entry dalam blog she love's story , ada satu entry yang menarik minat atok iaitu entry she love's story: i lOve u .. cinta slamanyer ..masalahnya, x cukup idea bernas nak kaitkan apa yang ada dalam kepala atok dengan entry serta blog tu..last-last..atok main hentam je..lepas tu, letak tajuk entry pun ntah pape..hahaha..

pernah x cucu alami simptom macam atok? simptom nak update blog, tapi kering idea..huh! pagi ni memang serius atok kering idea..dah la perut “meragam”..pagi ni saja dah 3 kali atok ke tandas untuk menunaikan “hajat”..masa duk dalam tandas tu pun fikir jugak idea nak pomot blog she love's story ni..yang sedihnya, semua idea-idea tu pergi bersama air flush tandas..hmmm..

kalau la atok dapat blog macam ni tuk promote tiap-tiap hari…alamak tertonggeng la atok nak turunkan idea ke otak..serius atok x dapat idea yang best tuk pomot blog she love's story, idea tu ada..tapi semuanya x kena dengan blog dan entry dalam blog she love's story..x pelah..cucu pergi la jenguk sendiri blog she love's story

ada Content Warning la pulak..cucu klik la sendiri yep..

http://kamikazesakurahehe.blogspot.com/2011/03/yeay-atok-nak-promote-belog.html

hua3!! yes dapat idea..

nak tanya..cucu suka x kalau blog yang ada Content Warning ni?

bukan apa…kandungan dalam blog tu bukan ada apa-apa yang kene filter pun..xde benda lucah pun..tapi nak jugak letak filter macam ni..kadang-kadang atok rasa menyusahkan pun ada..yelah, kene klik 2 kali baru la sampai ke blog tu..kalau internet laju, ok la..

ini tak..nak loading blog tu pun satu hal..nak loading Content Warning ni pun satu hal lagi..

pendapaat cucu lak camne? setuju x ada Content Warning?

p/s : nak join pomot blog di blog atok? meh la daftar kat sini : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua