Memaparkan catatan dengan label virus facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label virus facebook. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2011

PETUA BUANG VIRUS DI FACEBOOK

haish..cucu dapat x chat yang pelik2 x?? atok berlambak-lambak dapat..atok jumpa satu artikel di FACEBOOK pasal cara nak buang virus tu di Facebook masing-masing..senang je caranya..meh baca..

image

Page ini sengaja diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran para pengguna Facebook untuk lebih berhati-hati terhadap virus Facebook atau lebih tepat lagi Facebook worm yang semakin merebak sekarang ini. Ia bermula apabila anda klik pada link yang anda peroleh samada di wall, chat, message atau event. Biasanya, ia berbunyi "hello, please click here to see who view your profile". Apabila anda klik link tersebut, virus tersebut sudah memasuki akaun Facebook anda. Virus tersebut dibina diatas platform Application menggunakan kod-kod tertentu.

Jadi, cara untuk membuangnya amat mudah sekali.

1) Log masuk kedalam akaun Facebook anda.
2) Klik pada menu Account > Privacy Settings.
3) Pada ruangan Apps and Website, klik pada link edit your setting.
4) Klik pada remove unwanted and spammy apps.
5) Kenalpasti apps yang digunakan untuk menghantar spam secara automatik. (apps paling atas adalah yang terbaru)
6) Apabila sudah dikenalpasti, klik pada tanda X di sebelah apps tersebut.
7) Klik Remove.
8) Ulangi langkah 5 hingga 7 untuk remove apps yang lain.

InsyAllah, cara tersebut berkesan. Jika ada cara yang lebih berkesan, sila post di wall page ini.
Sekian....
Spread the word!
"Security is worst when there is loophole"

sumber : Cara buang virus FB | Facebook

sebelum ni atok penah ceritakan pasal masalah FACEBOOK ni..antaranya

p/s : nak sebar di FACEBOOK?? senang je..klik butang LIKES dibawah

ini bukan main-main

image

Jumaat, 18 Mac 2011

FACEBOOK PUNCA SEBAR VIRUS

sebelum atok cerita lagi panjang..cucu tengok dulu gambar-gambar ni :

facebook2

pernah x dapat mesej sebegini pada ruangan chatting?? yang atok peliknya..bukan orang tu yang hantar..tapi, macam dia generate sendiri untuk hantar mesej tu,

facebook

yang tambah lagi peliknya..bukan je sorang yang hantar..tapi ramai..kemungkinan mesejnya lain..yang samanya, dalam mesej tu ada link dan spam ke macam-macam aplikasi facebook..

facebook1

kadang-kadang, orang yang hantar mesej sebegitu melebihi 10 orang pada satu masa..

adakah ini satu ancaman virus???

atok pernah skali je klik pada link yang diberi..dan dia terus ke satu aplikasi facebook..lepas tu, terus atok tekan [ X ] ..hihihi..takot la..kan jadi pape kat laptop tersayang ni susah pulak..

cucu-cucu pernah x dapat mesej semacam tu? macam mana nak elak benda tu berulang ye?

adakah benda ni yang melambabkan lagi facebook?