Isnin, 9 Mei 2011

BERFUNGSIKAH PRESIDEN KOLEJ?

Usaha saudara Muhsi, Saudari Intan mewakili MPMUM dan rakan-rakan untuk membela nasib pelajar kolej 2 tidak akan terhenti walau mereka ditempelek oleh Pengetua dan Penyelia kolej dengan menolak permintaan untuk berjumpa dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi.

Hari ini sudah jelas bahawa pihak pentadbiran kolej langsung tidak menghiraukan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kenapa perlu mengelak apabila mahasiswa ingin mempersoalkan tindakan pentadbiran kolej lakukan? Adakah kerana pihak pentadbiran sedar bahawa mereka melakukan kesilapan? Ah..semua bisa diatur..

Malah, saudara Asyraf dijadikan kambing hitam bagi menutup kesilapan kolej. Apabila pertemuan antara mahasiswa dan pentadbiran nak dilakukan, mereka dengan lewa berkata “ Tanyalah Presiden kolej dan Presiden Balai”..

Ini jelas membuktikan bahawa pengetua dan penyelia tidak berniat untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Lebih teruk, saudara Asyraf terpaksa menghadapi pelbagai persoalan dari mahasiswa atas apa yang berlaku di tambah lagi dengan bebanan peperiksaan. Malangnya, Presiden Kolej 2 hanya diam seribu bahasa seolah-olah mengiyakan segala tindakan pengetua dan penyelia.

Inilah bahana yang berlaku apabila Presiden Kolej dilantik oleh pihak pentadbiran kolej. Presiden kolej terpaksa memenangi hati pentadbiran kolej kerana terasa berhutang budi atas perlantikannya. Maka, Presiden kolej tidak mampu untuk memperjuangkan hak mahasiswa kerana beliau tidak rasa terhutang budi dengan mahasiswa. Presiden kolej sudah tidak berfungsi lagi. Yang bertambah peliknya, bila masalah penginapan berlaku mahasiswa terpaksa memanggil MPMUM untuk membantu mahasiswa walhal sepatutnya Tuan Rumah (Presiden kolej) terlebih dahulu membantu warga kolej.

Hari ini, saya terlebih dahulu menggesa Presidan Kolej untuk mengaturkan pertemuan antara Pengetua dan penyelia dengan mahasiswa untuk menjelaskan keadaan sebenar. Saya rasakan orang yang dilipih oleh pengetua mungkin mampu melembutkan hati pengetua dan penyelia untuk bertentang mata dengan mahasiswa. Diharapkan Presiden Kolej berfungsi buat kali pertama untuk mahasiswa.

FIGHT THEM AND FIGHT THEM HARD!

PENDAPAT PERIBADI MENGENAI RAKAMAN SUARA TERSEBUT

tengok video terlebih dahulu disini : RAKAMAN SUARA SEMASA PERTEMUAN ANTARA PELAJAR DENGAN PENGETUA SERTA PENYELIA KK2 MENGENAI MASALAH PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ 2!!! | peTUA KITA semua

image

image

image

akan di update dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan dan keperluan semasa..

RAKAMAN SUARA SEMASA PERTEMUAN ANTARA PELAJAR DENGAN PENGETUA SERTA PENYELIA KK2 MENGENAI MASALAH PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ 2!!!


RAKAMAN SUARA TELAH DIBUANG ATAS SEBAB TERTENTU

pelajar tersebut adalah Presiden Balai Islam KK2 2010/2011 saudara Ahmad Asyraf

jika aku diberi peluang untuk bersama MUHSI,INTAN dan rakan..benda pertama yang aku akan BANGKANG ialah

KENAPA PRESIDEN DAN JKP MASING-MASING DIBENARKAN UNTUK MEMILIH 10 ORANG TERBAIK UNTUK DISENARAIKAN TERPILIH MENDAPAT PENGINAPAN?

APAKAH KRETIRIA UNTUK MEMILIH 50-60 ORANG PELAJAR TERSEBUT? ADAKAH ATAS SIFAT KASIHAN TERHADAP RAKAN ATAU FAKTOR PERSAMAAN IDEOLOGI POLITIK?

FIGHT THEM, AND FIGHT THEM HARD!!!