Memaparkan catatan dengan label MAHASISWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAHASISWA. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Mac 2011

[VIDEO BULI] KELING BABI

tengok dulu video ni..



kenapa masih perlu sikap perkauman? kenana masih mahu membuli? melayu, cina, india, dll adalah sama sahaja..kita adalah rakyat malaysia yang bernaung bawah raja yang sama, menyanyikan lagu Negaraku yang sama dan hidup di bumi malaysia yang sama..


atok mengutuk sekeras-kerasnya terhadap mereka yang membuli pelajar india tersebut..diharapkan Allah dapat memberikan hidayah kepada mereka yang membuli..


Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

Khamis, 3 Mac 2011

[GEMPAR] IMAM MUDA AGENDA YAHUDI?

image

terkejut jugak atok baca di satu artikel tadi..ada ceritakan bahawa program imam muda ni satu rancangan yahudi dan israel laknatullah..betul ke? meh baca komen yang atok dah printscreen kan..hmmm

image

image

image

image

image

image

macam-macam la dunia sekarang..atok pun dah bertambah keliru..semua benda nak dikaitakn dengan illuminati dan yahudi..cucu rasa camne? atok pening ni..huhuhuhu

atau ini hanyalah lawak semata-mata? hohoho

kalau nak baca komen penuh mengenai isu ini..boleh ke facebook : http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=197962030228650&id=163629210328599

Sabtu, 26 Februari 2011

[GEMPAR] HITLER MATI DALAM ISLAM DI INDONESIA

image

hah!..atok pun terkejut..atok terbaca semalam satu artikel mengenai hitler..dikatakan bahawa hitler ini mati dalam agama islam di Indoonesia..atok x pasti kebenarannya..

terkebil-kebil mata atok semalam bila baca hujah demi hujah yang mendakwa bahawa hitler itu beragama islam..malah terdapat penafian bahawa hitler menbunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri..ada mengatakan bahawa hitler terminum racun..pelik…macam mana diorang kaji ek?

semakin pelik bila dikatakan bahawa hitler mati di indonesia..hmmm..macam mana hitler boleh sampai ke indonesia? lgipun, memang benar bahawa tiada sebarabg tanda atau mayat hitler ditemui..siapakah yang menemui tempat bersemadinya hitler?

jawapannya semua disini :

Bukti Hitler Mati Islam di Indonesia 1970 Ditemui

SELAMAT MEMBACA DAN MENEROKA DUNIA~

Jumaat, 25 Februari 2011

ANAK AYAH PIN PELAJAR CEMERLANG STPM TERENGGANU

Bukan niat xnk caya..nak tergelak pun ada..hahaha..dah gelak pun..mula2 baca macam lawak..tapi ini betul..serius betul..xnk caya? baca berita di bawah ni :

(kalau x nampak, klik la..kasi besar sikit)

image

mesti ada yang terkejut kan..dah la si Nadhir ni cacat penglihatan..apa pun, tahniah buat Nadhir..

Ayah Pin x turun tengok anak dia ke? hihihi..atau, tengok dari atas langit je? hahaha,,teringat pulak kat kerajaan langit tuh..

image

Khamis, 24 Februari 2011

KEPUTUSAN PRK UM DAN SELURUH MALAYSIA AKAN DIBATALKAN

image

ini bukan lawak..ini yang atok jumpa dalam berita di UTUSAN MELOYA..saluran cerita lawak bodoh dan tiputamen rakyat malaysia..meh atok nak petik sikit..baca ye..

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia mendakwa terdapat pencabulan demokrasi dalam memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Pilihan Raya Kampus 2010/2011.

Sehubungan itu, persatuan tersebut yang terdiri daripada bekas-bekas MPP sejak 2000 hingga 2010, mendesak Kementerian Pengajian Tinggi membatalkan keputusan dan mengadakan semula pilihan raya kampus di semua IPT.

Dalam pada itu, Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM, Mohd. Asri Zulkifli meminta tindakan tegas dikenakan terhadap Masturah Abu Bakar dan kumpulan promahasiswa kerana membelakangkan peraturan universiti.

BERITA PENUH : Pencabulan demokrasi pada pilihan MPP

hahaha..satu lawak yang x dapat nak dilupakan..selepas Naib Chanselor UM buat lawak bodoh, sekarang tiba giliran persatuan ntah apa-apa ni pulak..ada lagi yang x dapat terima kekalahan..nak tengok mahasiswa protes seluruh malaysia ke? kah..kah..kah..kalau jadi macam libya..atok xnk bertanggungjawab..

[UPDATE] KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS 2010/2011 SELURUH MALAYSIA
KESAL DENGAN GHAUTH JASMON, NC UM BERKENAAN IBU MASTURAH
KEMENANGAN 11 CALON PRO-M UPM DIBATALKAN HEP

Rabu, 23 Februari 2011

KEMENANGAN 11 CALON PRO-M UPM DIBATALKAN HEP

image

RENTETAN PERISTIWA

[UPM - GEMPAR ! 11 orang calon Pro Mahasiswa UPM yang telah memenangi PRK UPM 2011 telah dibatalkan kemenangan mereka oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di atas alasan mereka bertanding secara berkumpulan. Rayuan hanya boleh dibuat hingga jam 10 pagi 23 Februari 2011 dengan bayaran RM 100 bagi seorang calon]

2.36 am/23-2-2012 : Aktivis Pro Mahasiswa UPM, menawan pentadbiran UPM, isu pembatalan semua calon-calon Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Kesemuanya enggan berganjak, selagi tidak mendapat jawapan dan penjelasan daripada TNC HEP Fauzi Ramlan.

5.52 am/23-02-2012 : Aktivis Pro Mahasiswa, masih lagi berada di bangunan pentadbiran. Tiada sebarang jawapan dan penjelasan daripada pihak Jawatankuasa Pelaksana.

[UPM - Demonstrasi & protes besar-besaran terhadap tindakan zalim pihak HEP UPM akan diadakan pada jam 8.30 pagi di bangunan pentadbiran UPM. Sekarang seluruh pendokong & penyokong Pro M UPM sedang berkumpul sebagai tanda protes di bangunan pentadbiran UPM dan tindakan ini akan berlanjutan hingga ke pagi & sehingga pihak pentadbiran tunduk terhadap desakan mahasiswa

UPDATE ; 23/2/2011 ; 14:14

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyokong agar kesemua calon PRO-M yang menang diberikan hak dan UPM wajib menarik balik kenyataan yang dikeluarkan oleh HEP UPM..

BUKTI KENYATAAN Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

12.30 pm/23-02-2011 - UPM menarik balik pembatalan kemenangan calon PRO-M.. 10 calon PRO-M tersebut disahkan menang setelah HEP UPM TUNDUK PADA DESAKAN MAHASISWA UPM..

BUKTI UPM TARIK BALIK PEMBATALAN

LAGI LINK MENGENAI PRO-M UPM

UPM diarah kekalkan status calon MPP, jangan sampai dilabel ‘macam Burma’

BERITA RASMI MENGENAI PEMBATALAN KEMENANGAN 11 CALON PRO-M DI UPM

[UPDATE] KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS 2010/2011 SELURUH MALAYSIA

Selasa, 22 Februari 2011

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA

bagi lepasan STPM dan SPM..mesti cucu semua tengah pening kan..kemana la nak pergi lepas ni..nak belajar apa la di universiti nanti..universiti mana ek yang best? nak pergi oversea atau local? hurmmm..

sebelum tu..fikir dulu, masa sebelum dapat keputusan STPM atau SPM..ada isi borang kemasukan ke IPTA 2011/12? kalau ada..lengkapkan borang itu sekarang..

image

kepada pelajar lepasan STPM yang ingin memohon biasiswa JPA..boleh layari laman web ini :  http://esilav2.jpa.gov.my/ ..mana la taw..kot2, JPA bermurah rezeki nak beri biasiswa tahun ni…hihihi

image

lepas tu..borang UPU dah penuhkan belum? bagi cucu yang belum penuhkan borang UPU..boleh klik pada link ini (http://upu.mohe.gov.my/) untuk penuhkan ruangan yang belum penuh..

kepada pelajar lepasan SPM 2010..cucu jangan risau..tidak ada mana borang yang perlu diisi buat masa sekarang..kerana, keputusan SPM 2010 masih menjadi teka teki..nak isi borang apa2 pun, sekitar seminggu atau dua minggu selepas keputusan spm keluar..

kepada cucu yang nak tahu bila tarikh pengunguman keputusan SPM 2010, boleh tengok disini

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010

TARIKH JANGKAAN KEPUTUSAN SPM 2010

InsyaALLAH betul…

KESAL DENGAN GHAUTH JASMON, NC UM BERKENAAN IBU MASTURAH

image

HARI INI..saya selaku mahasiswa Universiti Malaya menyatakan secara terbuka kekesalan atas tindakan GHAUTH JASMON, Naib Chanselor UM mengenai sidang media beliau bersama MALAYSIAKINI..

link ke kenyataan media Ghauth Jasmon di MALAYSIAKINI : Pilihan raya kampus: UM kesal campur tangan luar

saya berasa kesal kerana GHAUTH JASMON, Naib Chanselor UM bersikap tidak professional apabila menyalahkan ibu masturah (masturah merupakan calon PRO-M yang menang pada Pilihanraya Kampus UM 2010/11) kerana bersolat hajat bersama mahasiswa di hadapan Dewan Tunku Chanselor dan mendawa ibu masturah berkempen untuk masturah..

 

imageSaya yang hadir pada malam tersebut, mendengar ucapan ibu masturah sendiri, merasakan bahawa tidak salah ibu masturah berada di situ dan memberikan ucapan pada malam tersebut..malah, hanya Ghauth Jasmon yang buta hati untuk sama-sama mahasiswa untuk membantu mencari masturah..bukan itu sahaja, Ghauth Jasmon dengan tanpa malu menyalahkan ibu masturah kerana didakwa berkempen untuk masturah.mungkin kerana bukan anak Ghauth Jasmon yang hilang, jadi beliau berfikir sedemikian.

Isnin, 21 Februari 2011

[UPDATE] KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS 2010/2011 SELURUH MALAYSIA

PRK

KEPUTUSAN PRO-MAHASISWA DI PRK 2010/11 DI SELURUH MALAYSIA YANG MENJALANKAN PENGUNDIAN PADA 21/2/2011

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH
[Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]

UPDATE 23/2/2011 ; 14:00 :

DI UTHM, PRO-M KALAH [13 dari 30 kerusi]

Pro Aspirasi menang 17 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan Promahasiswa menang 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan..PRO-A menang dengan Majoriti 4 kerusi.

KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA KAMPUS 2010/2011 UTHM

DI UNIVERSITI MALAYA

Pro-M telah berjaya memenangi semua 9 kerusi umum,14 kerusi fakulti di UM.PENGGERAK MAHASISWA hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

PRO-M menyapu bersih kedua-dua kerusi fakulti yang dipertandingkan di Akademik Pengajian Melayu, Akademik Pengajian Islam dan Fakulti Ekonomi&Pentadbiran..

STATISTIK KELUAR MENGUNDI DI UM : http://umisisweb.um.edu.my/modules/evoting/turnover.php

Rabu, 9 Februari 2011

ISU PINJAMAN MARA HARAM & PENDIDIKAN PERCUMA – SEMAKIN PANAS

imageimage

hahaha….nampaknya ada cucu yang bagi respon di atas entry PINJAMAN MARA – HARAM (sesiapa yang lom baca WAJIB baca) yang atok postkan pagi tadi..TAHNIAH BUAT KALIAN, kerana mempunyai sensitiviti terhadap isu ini..nampaknya cucu tahu yang hutang WAJIB di bayar..

pertama kalinya soal pinjaman..semangnya benda yang dipinjam wajib dipulangkan dan dalam soal ini pinjaman untuk belajar wajib dibayar..hari ini atok nak bawa cucu berfikir pada sudut yang lain..pernah x cucu tengok orang miskin? apa perasaan cucu?

Selasa, 25 Januari 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN YANG BETUL [ LAWAK ]

malam ni atok sesangat la sibuk..jadi atok x ada banyak masa nak berceloteh panjang-panjang..

malam ni atok sekadar nak berkongsi gambar-gambar lawak yang wujud ada teramatlah benar ketulenannya..

kepada sesiapa yang nak amik peperiksaan..x kira la peperiksaan apa pun..boleh ambil teknik ni sebagai panduan..memang berkesan..terbaik punya..hahaha

imageimage

Khamis, 13 Januari 2011

SIRI PMN 11 [ pekeliling UiTM ]

uitm

hahaha..padan muka…anjing sudah mula takut pada bayangan sendiri..anjing menyalak di atas sungai kerana nampak anjing serupa dengannya di dalam air…kalau boleh atok nak tendang anjing tu masuk dalam air..itu anjing bodoh dan bebal..maaf..ini bukan anjing yang betul-betul anjing..tetapi anjing pada sikapnya…

memetik ayat yang di tulis oleh FAHMI REZA

Pengurusan UiTM keluarkan surat pekeliling bertarikh 10.1.11 mengingatkan mahasiswa UiTM bahawa mereka "dilarang sama sekali menghadiri atau menyertai Perhimpunan Mahasiswa Negara 11.1.11 mengikut ketetapan dalam Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 Seksyen 10(5)".
Syabas pihak pengurusan UiTM kerana mengingatkan mahasiswa UiTM bahawa mereka belum cukup matang untuk buat keputusan sendiri dan sepatutnya biar pihak pengurusan yang buatkan keputusan yang terbaik buat kamu!

hahaha…penghinaan cukup besar buat mahasiswa, bukan sahaja mahasiswa UiTM..tapi seluruh mahasiswa yang menyokong Perhimpunan Mahasiswa Negara..seolah-olah mahasiswa adalah kaki angguk-angguk, geleng-geleng, seperti lagu ahli fikir..sebenarnya..inilah kitaran pembodohan mahasiswa..