Ahad, 7 November 2010

Petua Pilih Sayur-Sayuran

Kubis - Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

Sawi - Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.

Timun - Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

Tomato - pilih yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.

Ubi keledek - Pilih buah yang lurus dan kulitnya putih bersih.

Bendi - Pastikan hujungnya lembut

Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.

Bersihkan Getah Nangka


Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.

SEJAUH MANA CINTA ANDA BERSAMA PASANGAN?

SEJAUH MANA CINTA ANDA PADA ORANG LAIN?

DAN CINTA ORANG LAIN PADA ANDA?

ANDA BOLEH MENCUBA DI SINI...KLIK PADA PERKATAAN CINTA KAMI DI BAWAH


10 Tips Pikat Lelaki


Tips ini khas untuk perempuan cara-cara bagaimana untuk pikat lelaki. Tetapi ianya tips untuk yang belum berpasangan. Yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana akan hancur leburlah hati pasangan anda itu andai dia tahu anda membuat dirinya sedemikian. Ok? Semoga berjaya! :)

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka.
  6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
  8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  9. Jangan terlalu mengokong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

PETUA MELUPAKAN BEKAS KEKASIH


1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...

6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

NOTE: A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..

B.Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh...

10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa pueih..

p/s: amacam?canggihkan idea ni... hehehe. sungguh mujarab... belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak mahu cuba lagi SELAMAT MENCUBA

PETUA DI DAPUR 2


• Mengelakkan Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
atau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air

• Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.

• Melemakkan Masakan Pulut
Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa.

• Menanggalkan Kerak
Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

• Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya .

• Hilangkan Hanyir Ikan Keli
Rendamkan ikan keli yang sudah disiang ke dalam air sagu lebih kurang 5 - 10 minit. Selepas itu basuh ikan keli tersebut dengan air bersih. Ikan keli tersebut tidak akan berbau hanyir apabila dimasak.

• Kurangkan Ulat Beras (Bubuk)
Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

• Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

• Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

PETUA DI DAPUR


• Mengekalkan Kesegaran Sayuran Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.

Jemput-jemput Sentiasa Lembut Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

• Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.

• Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

• Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

• Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

• Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

3 RAHSIA LELAKI YANG WANITA MESTI TAHU


3 Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tau!

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

Patung yang membawa keuntungan jika disentuh payudaranya


Aku xtaw la ni peTUA dari mana..hahaha

Sebuah patung yang dibangun sebagai penghormatan bagi percintaan Shirley Valentine di kawasan tempat percutian terkenal kini rosak kerana banyaknya kaum hawa yang menyentuh payudara kanan patung tersebut agar beruntung.

Patung peringatan setinggi manusia yang menggambarkan pasangan pelancong dan nelayan itu diciptakan di resort pantai Makarska di Croatia sebagai penghargaan kepada semua pelancong wanita yang jatuh cinta pada pemuda tempatan.

Di sini ada tradisi bahawa jika anda baru mempunyai hubungan dengan pemuda tempatan dan anda menyentuh payudara kanan patung anda akan beruntung. Kerana selalu disentuh, cat di patung tersebut kini pudar.

Warga tempatan menamai karya seni itu sebagai Tribute to the Unknown Seagull, dari nama pelaut yang mencuba untuk menpunyai hubungan dengan pelancong wanita.

Asal Usul Mencarut "BABI"

Tentu anda pernah dengar orang mencarut samada melahirkan kemarahan, kekesalan atau kekecewaan dengan perkataan "babi".


Contohnya lah: "Siapa la yang rosakkan barang aku ni, babi sungguh"..
memang keras dan tidak enak di dengar.:).

Tahukah anda bagaimana perkataan 'babi' itu boleh digunakan untuk situasi tertertu..?
Tengok gambar di bawah untuk lebih jelas.:)

(kalau x jelas tolong klik pada gambar..maaf...)



P/S: da faham sekarang kn? nak mencarut "BABI" lg?

Petua Mengenal Kawan

Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:

Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai
2- halaman rumah
3-tepi/tengah padang
4-belakang rumah/tepi dapur

Jawap dengan jujur ya



dah pilih????

ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu

1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan begitu baik sekali

3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

sahabat anda macam mana??hehehehe

Mengelakkan Pencuri


cuba ko check dengan orang tua ko.check dengan ahli keluarga ko yang dah tua..kalau ada yang warga tua pun ok lagi la...cuba ko tanya diroang.bende tu kalau betul mesti ada sebab.dan tiap2 sebab mesti ada akibat...akibatnya apa yang kita ada sekarang ni lah.

macam petua letak penyapu terbalik kat pintu dapur nanti pencuri tak masuk rumah...pernah dengar?

PETUA SENGAL BODOH..

1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang.
2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat² Yg Kendur Tu..
3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak. ..
5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .
7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo. ..
10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket
13. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir
14. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..
15. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
16. Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..