Memaparkan catatan dengan label belajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belajar. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2011

PETUA MASUKKAN WEBSITE DALAM ENTRY [ iFRAME ]

image

TOLONG KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAJUKAN KERETA ATOK..

ATOK SEDANG BERLUMBA DI CHURP-CHURP RACE…ngeee~

…………………………………………………………………………………………………

image

ajaib sangat ke benda tu sampai c-tea nak buat?? hihihi..kalau cucu lain nak tengok apa maksudnya atok masukkan web site lain dalam entry tu, boleh jenguk blog c-tea dekat bawah ni :

http://illustrasiaku.blogspot.com/

nak taw jugak?? senang je..

mula-mula copykan kod dibawah ni :

<html>
<body>

<iframe src=http://illustrasiaku.blogspot.com/ width="100%" height="500">
  <p>Your browser does not support iframes.</p>
</iframe>

</body>
</html>

P/S : Tulisan berwarna hendaklah diubah mengikut kehendak masing-masing

url warna ungu : diubah berdasarkan url website yang cucu nak letak

tulisan warna merah : lebar website dalam entry tu..100% maknanya, website memenuhi lebar  entry tersebut..

tulisan warna biru : tinggi website dalam entry.x pasti ukuran dalam KM or milimeter

kalau cucu taipkan entry tu pakai Windows Live Writter..cucu kena add plug-in “paste code”, barulah website yang cucu nak letak tu keluar di entry..

kalau taip entry pakai blogger…sekadar tukarkan penulisan tu kepada “ Edit HTML” dan terus paste kan code yang telah diubahsuai..pastu, kalau nak tengok jadi ke x..boleh tukar ke “Compose” balik

try la..hihihi..

kredit untuk c-tea kerana bertanya..kan x pasal2 dapat peluang pomot blog fre..kih3..kalau cucu nk tanya..cepat2 la tanya..mana taw..dapat peluang macam c-tea..

Ahad, 24 April 2011

PETUA LETAK BLOG DI “YAHOO SEARCH ENGINE”

image

nampak x link ke blog atok?? hahahaha..eksyen jap..paling atas wooo..kih3..

hihihi..nak exam pun sempat lagi..kih3..amacam?? ada sesapa nak belajar x?? nak taw cara letakkan blog atau website di yahoo search engine?? senang je..

bukan apa..dapat tambah external link ke blog atok..hihihi..lagipun..nak senangkan cucu-cucu nak cari blog atok..kalau dulu..cari di YAHOO! memang sah-sah x jumpa..kena cari pakai GOOGLE baru jumpa..

sekarang, blog atok dan fan page dah ada di YAHOO!! jom la try buat sekarang..kih3…

1. mula-mula..klik url ni : http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit

dia akan keluar macam kat bawah ni

image

2. lepas tu, klik pada “submit a website or webpage

image

dah submit belom??

3. kalau dah..klik di “MySites

site

nampak x? kalau la blog cucu tu xde lagi dalam site tu..cucu boleh letak url blog cucu di ruang sebelah “add my sites” tu

4. Lepas tu, cucu kena sahkan blog tu adalah milik cucu..dia akan terus redirect ke page authentication tu kan?

ada 2 cara..atok pilih cara “add meta” sebab senang sikit..hihihi

image

ada orang tanya..camne nak letak META tag ni?? caranya..

klik pada “design” blog cucu..pergi ke “edit HTML”..pastu “tick” pada kotak “Expand Widget Templates”

kalau dah..cari <HEAD> dengan menekan [ctrl+F]..seperti gambar dibawah

head

kalau dah jumpa <HEAD>, paste kan code META tag yang diberi tadi selepas <HEAD>..lepas tu “SAVE TEMPLATE”..then, pergi ke page yahoo balik dan tekan “Ready to Authentice”..

lepas tu..tunggu si yahoo ni buat keje dia dalam tempoh 24 jam..bila blog cucu dah disahkan..boleh mencuba cari blog cucu tu di yahoo search..selamat mencuba-cuba~

ok.lah..itu aja rasanya..kalau ada apa-apa yang x paham..boleh tanya atok di ruangan komen ye..

Jumaat, 1 April 2011

BIASISWA YAYASAN NEGERI

kepada cucu yang berwarganegara malaysia..mesti cucu-cucu ada negeri kelahiran di masing-masingkan? jadi, apa salahnya bagi pelajar lepasan SPM 2010 untuk pohon biasiswa atau pinjaman melalui yayasan negeri masing-masing..kemungkinan besar biasiswa dan pinjaman akan diberikan..

nak maklumat lanjut? tengok kat bawah ni..atok dah sediakan alamat dan url ke website yayasan negeri masing-masing..

Yayasan Perak

Tingkat 1, Wisma Yayasan  Perak, No 111, Jln Sultan Idris Shah, 3000 Ipoh Perak
www.yayasanperak.com.my

Yayasan Selangor

Menara Yayasan Selangor, No 18 A Jln Persiaran Barat Petaling Jaya 46000 Selangor
www.yayasanselangor.org.my

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Paras 25 Komtar 10503 Pulau Pinang

www.penang.gov.my

Yayasan Negeri Sembilan

Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan 7000, Seremban Negeri Sembilan
www.yns.gov.my

Yayasan Kelantan Darul

YAKIN, Jln Gajah Mati. 15000, Kota Bharu Kelantan  

http://yakin.kelantan.gov.my

Yayasan Terengganu

Bangunan Yayasan Terengganu, Jln Sulatan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

www.ytrg.terengganu.gov.my

Yayasan Pahang

Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur              
www.yp.org.my

Yayasan Johor

Aras 2,Wisma YPJ Holdings, No 5  Jln Seri Perkasa 1\3 Tmn Tampoi Utama, 81200 Johor Bharu  

Yayasan Sarawak

Level 9 & 10, wisma Satok, 93400 Kuching, Sarawak

www.yayasansarawak.org.my

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras2, Blok c, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Star. Kedah Darul Aman 

www.ibnk.gov.my

Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak

www.perak.gov.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPNM)

Aras 3, Blok B, Seri Negeri 75450 Ayer Keroh, Melaka

tapem@melaka.gov.my

jangan malu-malu ye..

cepat!! sementara peluang masih dibuka

Selasa, 8 Mac 2011

KEKASIH IDAMAN : AGAMA, AKAL, RUPA PARAS, KERJAYA??

hati atau sayang

kalau cucu ditakdirkan untuk memilih pasangan hidup..apa kreteria utama yang akan cucu mahukan??

AGAMA, RUPA PARAS,KEKAYAAN, ATAU PILIHAN KELUARGA?

dulu, masa atok mula-mula kenal CINTA…ehem…yang menjadi pilihan mesti la lawa..hahahaha..sape yang x nk awek cun…nak2 kalau awek tu muka macam acha yang berlakon dalam my heart..sebab “time” atok bercinta tu cerita my heart memang meletop la..kalau dapat awek muka macam acha, femes satu sekolah la budak tu..

tapi, lepas sekolah..xde jugak jodohnya…hahaha..padan muka..cinta monyet rupanya..hampeh!..dulu mak bapak pesan x ingat dunia..dialah kekasih awal dan terakhhir..tapi sekarang..kemana??

lepas je SPM..ehem2…hahaha..masih lagi mencari yang cantik dimata dan suci dihati..kah..kah..kah…tapi, bila dah lama bercinta baru la terasa nak teman yang faham jiwa dan perasaan..cantik ni x penting sangat pun sebenarnya..walau kadang2 pegi jugak cuci mata tengok amoi cun..hahaha..

nanti dah habis belajar macam mana la pulaknya..belum masuk alam kerjaya lagi..belum kahwin lagi..jauh lagi tu..tapi, atok dah dapat kekasih hati..hahahaha..nak kenal?

xyah la…

tapi kan, atok pernah dengar masa zaman sekolah dulu..orang perempuan ni suka pilih pasangan yang pandai je..kalau boleh nak ngorat dengan top student kat sekolah tu la..betol ke eh??

lepas tu, ada pulak mitos mengatakan bila dah abis zaman sekolah ni, perempuan suka pilih pasangan yang ada banyak duit dan x kedekut..macam, nak tumpang hidup senang la dengan boyfriend dia tu..kalau boleh nak kapel dengan lelaki yang ada kereta je..x main la naik bas bila keluar dating..hmm..pelik betul la perempuan ni..

MATA DUITAN kot..hihihihi

kalau cucu lak..apa kreteria utama nak pilih pasangan? hik3…

x kisah la..pasangan tuk berfoya-foya, skandal, pasangan kapel, atau pasangan suami isteri..hik3..

Isnin, 7 Mac 2011

MASALAH DIA PROBLEM, PROBLEM DIA MASALAH

matikatak

arghhhh…terasa geram bercampur sedih hiba dan nak marah atas masalah-masalah yang berlaku..

malam ni nak update blog..hihihi..dah jadi macam ketagih pulak..kalau x update tiap malam x boleh tido..hohoho

malam ni jugak nak kene hantar email pada pensyarah BI,dah siap hantar tu beliau nak pulak di“print screen”kan email yang telah dihantar tu dan printkan menggunakan kertas A4..ESOK (4/7/2011) WAJIB HANTAR..

seperti yang selalu di cakapkan kura-kura dan siput babi, masalahnya…

kura-kura : internet lembab macam siput babi

siput babi : internet lembab macam kura-kura

atok x pasti la yang mana satu lembab, samada kura-kura atau siput babi sebab kedua-duanya suka menyalahkan satu sama lain..(kedua-dua lembab)

lembab di sini bukan bermaksud bodoh..tetapi bermaksud lambat..hihihi..

lepas tu printer pulak buat hal..kalau print warna itam macam-macam warna keluar..sebelum ni warna merah, lepa tu hijau pulak..padahal sebelum ni atok pakai “single ink mode” yakni katridge warna sahaja ok je.sekarang ni printer tu jadi lembab* pulak tuk campurkan warna-warna tu jadi warna hitam..hohoho

*lembab = bodoh..

ohhh internet dan printer..kenapakah kau  mengendalakan segala macam kerja ku pada malam ni….abis semua kerja x dapat buat..apa la agak2nya aku nak cakap kat pensyarah BI esok pagi..hmmm..mesti beliau xnk percaya…

Jumaat, 4 Mac 2011

BAPOK SKODENG BUDAK SEKOLAH LANGGAN PELACUR MAHAL

SKODENG BUDAK SEKOLAH

image

GAMBAR BAPOK

bapok

CERITA LANGGAN PELACUR MAHAL

MAHAL

huh..ini lah antara keywords “pelik” yang masuk keblog atok semenjak dua menjak ini..apakah kejadahnya la diorang gi cari gambar bapok..atok pun x faham la..ada jugak orang nak cari gambar bapok dan yang peliknya macam mana boleh landing dalam blog ni..pape pun, terima kasih kepada pencari tersebut kerana tolong menambah traffik atok..hihihi

lepas tu kes skodeng budak sekolah..diorang nak skodeng apa sebenarnya ni? nak skodeng budak-budak belajar dalam kelas ke? x puas lagi eh masuk kelas masa sekolah rendah dan menengah dulu? hahaha..xde keje lain betol..

langgan pelacur mahal?atok cuba la taip pada google..atok pun lupa, pernah ke atok pernah cerita pasal pelacur..

image

pergh!! pernah la..entry : PELACUR : MURAH ATAU MAHAL berada di tangga pertama dengan carian cerita langgan pelacur mahal..sebab tu la asyik ada je keywords pelacur..hohoho..sesapa nak baca entry tu boleh la..xde cerita pasal pelacur pun..cuma cerita pasal harga pelacur melayu yang jauh lebih murah berbanding pelacur bangsa lain..hohoho..buat malu je..

rakyat malaysia suka baca, tengok, dengar benda lucah ek? hmmmm

p/s : ini sebenarnya cara untuk bermain dengan keywords..tulis tajuk entry yang bermain di kepala pencari maklumat..hik3…

keywords KEPUTUSAN SPM memang mantop la!! atok dah dapat lebih 1K unique visitor sehari dengan keywords KEPUTUSAN SPM..

Khamis, 3 Mac 2011

[GEMPAR] IMAM MUDA AGENDA YAHUDI?

image

terkejut jugak atok baca di satu artikel tadi..ada ceritakan bahawa program imam muda ni satu rancangan yahudi dan israel laknatullah..betul ke? meh baca komen yang atok dah printscreen kan..hmmm

image

image

image

image

image

image

macam-macam la dunia sekarang..atok pun dah bertambah keliru..semua benda nak dikaitakn dengan illuminati dan yahudi..cucu rasa camne? atok pening ni..huhuhuhu

atau ini hanyalah lawak semata-mata? hohoho

kalau nak baca komen penuh mengenai isu ini..boleh ke facebook : http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=197962030228650&id=163629210328599

Rabu, 2 Mac 2011

23 MAC : KEPUTUSAN SPM 2010

image

atok dapat berita terbaru bahawa keputusan SPM 2010 akan diumumkan pada 23 MAC 2011..macam mana atok tahu? Tuuuu(sambil memuncungkan mulut ke arah gambar diatas)…Hua3..atok pun x tahu bila tarikh sebenar keputusan SPM 2010 ni..

jangan la marah-marah eh..atok pun dah naik pening dengan tarikh pengunguman keputusan SPM 2010 ni..ada orang cakap 28 FEBUARI..tapi satu butir perkataan “pengunguman keputusan SPM” pun x keluar dari mulut pembaca berita di radio dan TV..

hmm..entah la sayang..atok pun x tahu..besar kemungkinan keputusan SPM diumumkan pada minggu ke-2 bulan MAC..sebabnya atok dah bagi taw disini : TARIKH JANGKAAN KEPUTUSAN SPM 2010 DIUMUMKAN.. 

jadi, kepada cucu yang mengambil SPM 2010, diharap bersabar la ye..sempat lagi nak solat hajat pohon semua A ni..hihihi

GURU PEREMPUAN “USIK” PELAJAR LELAKI

image

Kalau semalam 1/3/2011 ada kes guru lelaki cabul murid perempuan ; 11 pelajar dakwa dicabul guru disiplin ..hari ini lain pula ceritanya..masih lagi dengan profesion yang sama tetapi jantina berbeza..NUTP dedah salah laku guru wanita

apa yang salah, apa yang lakunya? hihihi

“Setakat ini, ada tiga ibu bapa menghubungi NUTP mengadu guru wanita mengambil kesempatan terhadap anak lelaki mereka di sekolah.

“Satu daripada aduan membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mendakwa pipinya selalu ‘dicubit-cubit manja’ oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin.

haish..macam-macam sekarang ni..nak buat camne ek?

ini dah dikira jenayah seksual..hahaha

Selasa, 1 Mac 2011

BOB LOKMAN BANTU KEMPEN PAS DI PRK KERDAU

image

dipetik dari malaysiakini :

Setelah muncul di Merlimau sebelum ini, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini turun ke Kerdau dengan misi memenangkan calon PAS Hassanuddin Salim.

Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga mendedahkan beberapa kali terlibat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi membantu calon BN dan dibayar antara RM2,000 hingga RM3,000 ribu.

Bob juga berjenaka dengan menyentuh pelbagai perkara, antaranya bertanyakan penonton sama ada calon BN bernama "Side Effect" (kesan sampingan) dan tidak akan percaya lagi pada Datuk Seri Najib Razak walaupun walaupun perdana menteri berucap "dengan golek kepala".

bagus la..bob lokman dah insaf dan mendekati agama islam..tapi, ada jugak yang x seberapa setuju bila bob lokman ini terjun ke arena politik..apatah lagi politik pembangkang..huhuhu..

tapi atok ok je..hihihi

pendapat cucu lak camne? ok x bob lokman ni masuk politik? ada nak bagi komen?

BERITA PENUH : Bob Lokman berkempen di Kerdau pula

Isnin, 28 Februari 2011

KENAPA BLOG SUSAH FAMOUS? CARANYA SENANG SAJA…

kesian atok tengok…huhuhu..ramai cucu yang mengeluh…kenapa la blog aku ni susah nak femas macam blog redmummy, yuyu zulaikha, Ben, zack, n bla2 blogger yang femes lain2 tu..

sedih kan bila tengok visitor x lebih pun 10 orang setiap hari..entah2 yang lawat blog kita tu, kita je..hohoho..lagi la sedih.rasa berhasad dengki pun ada bila tengok pelawat blogger femes yang lain mencecah ribu-ribu..blog en.BEN pun dah mencapai 5000 unique visitor setiap hari..pergh!!! memang hebat la penangan blog dia tuh..

tapi yang peliknya..kenapa la blog cikai aku ni x femes? hurmmm…kenapa agak2nya eh? macam mana nak kasi femes?

BLOGLIST!

haa!..satu cara yang atok tengok menjadi gilaan semua blogger..buat bloglist…sana-sini ada bloglist sampai blogger nak join pun da rasa jemu..x caya? meh jenguk bloglist ni : cuba bilang..berapa blog yang join? hmmm..

jap atok nak join la..hihihi

SAYA NAK JOIN SEMPOI BLOGLIST NADIA.

image

TARIKH TUTUP : 4 MAC 2011

sesiapa yang nak join boleh klik pada banner(SEMPOI bloglist) diatas..

*p/s : sesiapa yang nak jadi cucu atok cepat join bloglist ni..kecian atok tengok si NADIA comey ni..huhuhu

kenapa agak2 nya susah ek nak tarik orang lain join bloglist kita? hurmmm…pelik jugak..padahal free je..bukan kene bayar satu sen pun..

sebenarnya, blogger lebih cenderung untuk memilih blog yang mempunyai ramai pelawat sebelum join sebarang bloglist..jangan silap faham..blog kita, xkan femes dengan bloglist..bloglist adalah satu cara yang paling cikai tuk promosi blog..

cuba tengok balik blog BILA NADIA CERITA ..kenapa walau usia blognya melebihi 1 tahun.namun, tahap kefemesan masih rendah walau follower dah melebihi 400 orang..bloglist adalah salah satu kayu ukur yang paling berkesan untuk menilai dimana tahap kefemesan blog kita di hati sanubari blogger lain..kalau ramai yang nak join bloglist kita, Alhamdulillah..blog cucu FEMES~ hihihi

oleh itu, cuba la  baiki ranking kefemesan blog cucu dengan cara yang atok pernah ceritakan di sini :image

TIPS UNTUK AMOI DAN BLOGGER
BLOG BARU, TUJUAN DAN PENCAPAIAN
BLOGGER CANTIK/HENSEM, BLOG JADI FEMES..

cuba2 la baca..dan selamat membaiki ranking kefemesan anda~

Ahad, 27 Februari 2011

[GAMBAR] BUKU PENDIDIKAN SEKS

hahaha…ni mesti semua orang nak tengok..asal seks je mesti mata dah terbeliak..apa la yang best sangat dengan perkataan seks ni..sampai tangan mengiyakan jari untuk klik….hahaha..

semalam, atok ada terjumpa satu artikel mengenai buku pendidikan seks di China khabarnya..atok x tahu la benar atau tidak..tapi yang pastinya buku tu bertulisan cina dan bergambar kartun..huhuhu

imageimage

imageimage

imageimage

image

bagaimana ek agak2nya kalau silibus macam ni di ajar di malaysia..hahahaha

ada sesiapa paham x? kalau paham boleh tolong terjemahkan..hihihihi

Sabtu, 26 Februari 2011

[GEMPAR] HITLER MATI DALAM ISLAM DI INDONESIA

image

hah!..atok pun terkejut..atok terbaca semalam satu artikel mengenai hitler..dikatakan bahawa hitler ini mati dalam agama islam di Indoonesia..atok x pasti kebenarannya..

terkebil-kebil mata atok semalam bila baca hujah demi hujah yang mendakwa bahawa hitler itu beragama islam..malah terdapat penafian bahawa hitler menbunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri..ada mengatakan bahawa hitler terminum racun..pelik…macam mana diorang kaji ek?

semakin pelik bila dikatakan bahawa hitler mati di indonesia..hmmm..macam mana hitler boleh sampai ke indonesia? lgipun, memang benar bahawa tiada sebarabg tanda atau mayat hitler ditemui..siapakah yang menemui tempat bersemadinya hitler?

jawapannya semua disini :

Bukti Hitler Mati Islam di Indonesia 1970 Ditemui

SELAMAT MEMBACA DAN MENEROKA DUNIA~

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2010 ONLINE

haish..agak2 nya bila la keputusan SPM 2010 akan diumumkan eh? dengar-dengar khabar akan diumukan pada 28 FEBUARI 2011..iye ke? kalau mengikut apa yang atok pernah tulis dalam entry sebelum ni..lain pula ceritanya

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010

TARIKH JANGKAAN KEPUTUSAN SPM 2010 DIUMUMKAN..

hmm.atok pun xtaw yang mana betul..tapi, kalau cucu dah taw bila keputusan SPM 2010 akan diumumkan..cucu boleh “check” keputusan tersebut melalui sistem online..kalau x caya leh cuba yang KEPUTUSAN STPM 2010 ONLINE punya..

kepada cucu-cucu yang nak buat rayuan atau semakan semula keputusan STPM 2010..boleh lawat di SINI

bagi pelajar SPM 2010..sabar ye,,nanti, bila dah taw bila keputusan diumumkan..cucu boleh check keputusan SPM 2010 secara online di : http://www.mpm.edu.my/

SELAMAT BERJAYA~

Jumaat, 25 Februari 2011

EARNING NUFFNANG SATU PENIPUAN!!!

image

arghhhhh! nak marah ni..kenapa la jadi macam ni hah? sebelum ni x pernah pun jadi macam ni..TIDAK!!! atok x dapat terima hakikat..

apa la yang atok merepek ni? hihihihi..apa x nya..dah lebih 2 minggu nuffnang tersayang ni x update earning..huhuhu..kenapa ni nuffnang sayang? majok lagi ek? dulu dah majok..xkan sekarang majok lagi…hmmm..olololo, nuff manja nih..sayang nuff…kah3…macam bodo je kan pujuk camtu..pujuk nenek ok jgk..ni pujuk syarikat iklan..hahahaha

atok pelik la..dah ramai pengguna nuff ni komplain pasal nuffnang x update earning semenjak 2 minggu ni..adakah nuffnang sudah kerugian? hingga menyebabkan nuffnang x dapat bayar duit pada bloggers…atau nuffnang akan gulung tikar??? hah! biar betul..

cucu pun sama macam atok x? ngeeee~

CARA MENUNJUKKAN CINTA & SAYANG DI FACEBOOK

haaaa…tadi atok sibuk dengan pasal perempuan yang #$%&&*@ di entry [KAJIAN] SEMUA PEREMPUAN MATA DUITAN?? ..petang ni, atok nak kongsi..cara untuk tunjukkan kasih sayang dan cinta pada sesiapa sahaja di FACEBOOK.hihihi

mungkin ramai terfikir macam mana la aku nak bagi taw kat kekasih aku ni yang aku sayang sangat kat dia..jangan risau..atok ada penyelesaiannya…jeng..jeng..jeng..

TEXT ART FOR FACEbOOK………

imageimageimage

cantikkan? hihihi..macam mana nak buat ni tok? nah..masuk je ke website ni : http://fsymbols.com/text-art/

lepas tu cucu godek2 la sendiri..macam2 gambar ada..lepas tu..kalau x tahu cara nak tampal di wall..boleh jenguk disini : http://fsymbols.com/generators/carty/facebook/

di page tu, dia ada ajar cara nak pasang benda ni di wall atau komen facebook..

SELAMAT MENCUBA~

UNTUK NENEK TERSAYANG..hihihihi

────(♥)(♥)(♥)────(♥)(♥)(♥) __ ɪƒ ƴσυ'ʀє αʟσηє,
──(♥)██████(♥)(♥)██████(♥) ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɧα∂σѡ.
─(♥)████████()████████(♥) ɪƒ ƴσυ ѡαηт тσ cʀƴ,
─(♥)██████████████████(♥) ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɧσυʟ∂єʀ.
──(♥)████████████████(♥) ɪƒ ƴσυ ѡαηт α ɧυɢ,
────(♥)████████████(♥) __ ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ρɪʟʟσѡ.
──────(♥)████████(♥) ɪƒ ƴσυ ηєє∂ тσ ɓє ɧαρρƴ,
────────(♥)████(♥) __ ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɱɪʟє.
─────────(♥)██(♥) ɓυт αηƴтɪɱє ƴσυ ηєє∂ α ƒʀɪєη∂,
───────────(♥) __ ɪ'ʟʟ ʝυѕт ɓє ɱє.

Khamis, 24 Februari 2011

TIPS UNTUK AMOI DAN BLOGGER

image

Nak tahu tak nape amoi join blog pastu tak reti-reti nak promote?? sebenarnyer moi ni ta punyai banyak kawan... moi tak tahu nape... mungkin sebab moi ni nampak sombong... tapi moi bukan macam tue... da banyak kali moi sembang dengan kawan-kawan pasal bende ni... tak kesah la laki ke perempuan... dah kongsi da cerita ni tapi result cam 2 gak...

huhuhu..agak sedih dan menyedihkan la bila atok baca..itu yang atok petik dari blog seorang amoi kot..hihihi..kalau nak baca entry yang penuh..klik je kat SINI..sesiapa nak jenguk2 si AMOI tu..boleh klik pada gambar..atok da hyperlinkkan..

sebelum atok bercerita panjang, tengok dulu statistik pelawat atok untuk minggu ni..

image

Rabu, 23 Februari 2011

BLOG BARU, TUJUAN DAN PENCAPAIAN

Alhamdulillah, atok sempat jenguk beberapa blog baru yang menarik minat atok untuk review..bukan apa, sekadar berkongsi..blog pertama yang atok nak kongsi ialah BITTER SWEET OF MY LIFE

image

Agak menarik warna layout blognya, sesuai dengan jiwa feminim yang dimiliki oleh blogger perempuan..bermula dengan entry pertama iaitu IM NEW, blog ini terus bertapak pada kedudukan 9,732,958 pada 23/2/2011..apa yang menariknya terletak pada entry SEDIH (klik la kalau nak baca) memang agak sedih la..hahahaha

image

blog kedua ialah SAYA KUAT MAKAN..dan entry yang menrik minat ialah DON’T GIVE UP (baca la, best kot, rugi kalau x baca)..entry berkisar tentang mood beliau dan follower.. seperti atok dulu-dulu..terasa jelez sangat bila tengok follower blog orang lain dah sampai beribu.dulu, siap blogwalking x henti-henti 25 jam semata-mata nak tambah follower..bermacam cara atok buat, try guna teknik bodek blogger lain, ugut orang lain follow, dan merajuk kalau orang lain xnk follow atok

tetapi tu semua agak menjadi..apa yang lebih menjadi adalah tarikan entry yang menarik..sehingga sekarang, atok masih mencari identiti blog dan cara menulis yang baik..dan x lupa, contest yang atok anjurkan amat banyak membantu disamping pertolongan facebook..

kepada blogger baru,apa tujuan cucu berblog dan bagaimana dengan pencapaian blog cucu? jangan risau..atok pun seperti kamu jua dahulu..cuba yang terbaik untuk dapatkan pelawat yang tetap..SELAMAT BERJAYA~

Selasa, 22 Februari 2011

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA

bagi lepasan STPM dan SPM..mesti cucu semua tengah pening kan..kemana la nak pergi lepas ni..nak belajar apa la di universiti nanti..universiti mana ek yang best? nak pergi oversea atau local? hurmmm..

sebelum tu..fikir dulu, masa sebelum dapat keputusan STPM atau SPM..ada isi borang kemasukan ke IPTA 2011/12? kalau ada..lengkapkan borang itu sekarang..

image

kepada pelajar lepasan STPM yang ingin memohon biasiswa JPA..boleh layari laman web ini :  http://esilav2.jpa.gov.my/ ..mana la taw..kot2, JPA bermurah rezeki nak beri biasiswa tahun ni…hihihi

image

lepas tu..borang UPU dah penuhkan belum? bagi cucu yang belum penuhkan borang UPU..boleh klik pada link ini (http://upu.mohe.gov.my/) untuk penuhkan ruangan yang belum penuh..

kepada pelajar lepasan SPM 2010..cucu jangan risau..tidak ada mana borang yang perlu diisi buat masa sekarang..kerana, keputusan SPM 2010 masih menjadi teka teki..nak isi borang apa2 pun, sekitar seminggu atau dua minggu selepas keputusan spm keluar..

kepada cucu yang nak tahu bila tarikh pengunguman keputusan SPM 2010, boleh tengok disini

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010

TARIKH JANGKAAN KEPUTUSAN SPM 2010

InsyaALLAH betul…

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

 

imagememalam ni..atok nak berkongsi sikit dengan cucu pasal petua atau cara mudah nak ubati sakit gigi..petua ni boleh pakai kejap je..kalau dah sakit sangat tu, elok cabut je la..kalau klinik dah tutup atau klinik x buka, boleh la cuba petua ni sementara menunggu klinik buka..

Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

namun, sebelum gigi menjadi sakit..ada satu lagi petua untuk elakkan sakit gigi..caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

itu je dua petua pasal gigi yang atok jumpa..boleh la cucu cuba ye..atok pun tengah sakit gigi jugak ni..hohoho..gigi berlubang..nak cuba dengan bunga cengkih, tapi sayangnya xde..hohohoho..x mo jumpa doktor..waaaaa!!!