Rabu, 16 Februari 2011

PETUA & RESIPI KURUS DARI SELURUH NEGARA part 1

pagi ini atok dengan suka hati nak berkongsi petua kurus yang atok kutip dari negara ke negara yang atok jelajah..atok ada jumpa beberapa petua kurus yang berlainan dari setiap negara..

atok bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memendekkan senarai petua kurus tersebut..sesiapa yang nak cuba boleh la yep..kalau x jadi jangan marah..

BRAZIL

NASI DENGAN KEKACANG

Rio de Jenairo terkenal dengan makanan yang lazat. Pernahkah anda terfikir, bagaimana wanita-wanita di sana dapat mempertahankan bentuk badan yang menarik walaupun sering digoda dengan makanan lazat.

menurut penetilian dalam jurnal Obesity Research mengatakan nasi yang dicampur bersama kekacang mampu mengurangkan risiko berat badan sehingga 14%. Dengan mencampurkan kekacang bersama nasi akan membuatkan makanan anda berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.

owh..kalau macam ni..atok kene cuba la tanak nasi bersama kekacang..cucu pun boleh cuba tanak nasi bersama kekacang seperti kacang dal, jagung dan mungkin barli..hihihi..atok pun xtaw la..banyak kot jenis kekacang lain..

lagipun, kalau tambah jagung mesti sedapkan rasa nasinya? ntah la…atok belum cuba lagi..hohohohoho…

NASI JAGUNG SATU!!!

image

RESIPI NASI JAGUNG..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

    1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
    2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
    3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
    4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
    5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
    6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

RESIPI DIPETIK DARI : http://www.myresipi.com/

Comments
3 Comments

3 ulasan:

TheChekJah berkata...

nasi jagung satu?? siap!! ngeh3... wah... makin cantik la nasi jah tok... bukan puith je, ade kuning (jagung), hijau (kacang bulat tu, apa ntah namanya, lupa sudah)...

nur intan hazirah berkata...

wahhhh mkn nasixyah laukdah pasnie....yessss petua kurus tanpa perlu berlapao....i likeeeeeeeeee....

CT NoArIzAh ArIs berkata...

Oooo.. patutlah dlm nasi lemak ada kcg ...emmm!!!