Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

PETUA : LARANGAN MINUM AIR SAMBIL BERDIRI

Dipetik dari blog aku dan blog

image

kenapa Nabi Muhammad melarang kita minum sambil berdiri??

entry asal dalam bentuk esei..jadi atok ambil point-point supaya senang untuk dibaca..

  • kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri.
  • Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup.
  • Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.
  • jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi.
  • Air itu boleh terus masuk menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.
  • Kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.

nak baca entry penuh?? disini : Jangan Minum Air Putih Sambil Berdiri | aku dan blog

Rabu, 6 April 2011

PETUA CANTIKKAN RAMBUT

imageEhem2…salam…

dah lama atok x berkongsi pasal petuakan? xpelah, malam ni atok nak kongsi petua rambut..orang cakap rambut ni mahkota setiap insan? ye ke? abis tu kenapa ada yang botakkan rambut? x suka pakai mahkota ke? ataupun pepatah tu sesuai untuk perempuan je? hmm..

x kisah la apa pendapat masing-masing pasal rambut..tapi, malam ni atok nak kongsi sikit pasal petua untuk cantikkan rambut dengan cara organik..semua lapisan masyarakat boleh cuba, lelaki, perempuan, tua, muda, melayu,cina dan india kecuali makhluk asing..hihihi

petuanya atok salin dari artikel di Scribd..

 

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.

2. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

3.Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.

Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

hah! itu je yang atok dapat kongsikan dalam entry kali ni..selamat mencuba…