Memaparkan catatan dengan label gosip terbaru artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gosip terbaru artis. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

[HOT] LAGI ARTIS BERANI ADEGAN BERAHI

Huh! pagi-pagi dah ada citer camni..

hihihi

image

MUMBAI: Sejak aktres Jacqueline Fernandez mengambil alih daripada Mallika Sherawat bagi membintangi filem Murder 2, banyak pihak melabelnya bersikap serius dan imej gadis baik.

Tetapi, wanita jelita dari Sri Lanka ini tidak suka dibandingkan dengan Sherawat yang lebih terkenal dengan watak seksi.

“Tidak mengapa jika ada pihak membandingkan antara kami. Ia adalah perkara biasa dibandingkan dengan Mallika kerana beliau yang berlakon dalam filem pertama Murder manakala saya terbabit dalam sambungannya.

“Saya tidak pernah bertemu Mallika dan saya secara peribadi tidak mengenali beliau tetapi daripada apa yang saya lihat, saya rasa beliau adalah seorang aktres yang baik.”

Fernandez juga tidak senang dengan kenyataan bahawa filem Murder 2 akan banyak memaparkan adegan mendedahkan dan hubungan intim.

Khamis, 5 Mei 2011

SENARAI GAME YANG MENGHINA ISLAM part2

salam..

hari ni atok jenguk-jenguk internet xde benda best pun..huh! sedih…susah la nak update blog cmni..xde idea baru dan gempak..last-last..atok kaji selidik la pasal game-game yang menghina islam..sebelum ni atok ada penah kongsi satu artikel facebook pasal game yang menghina islam..kalau nak baca..klik kt sini : [TERBARU] GAME YANG MENGHINA ISLAM | peTUA KITA semua

sekarang ni..atok ada jumpa beberapa gambe lain yang turut sama menghina islam..ada game lama dan ada game yang masih hot! hihihi

atok petik dari forum

1.Clive Barker; Undying

image

Permainan ini mengesahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Aku dah habis main lah game clive barker undying ni. memang ada pun nama Allah dengan tulisan terbaik kat dinding ngan tiang. tapi kat stage last- last. tapi kalau kat stage awal-awal tu tak perasan lak aku. Tapi game ni dah lame la.

 

 

2.BATTLE OF THE GODSimage

3.C&C General

kalau korang perasan la, masa kita pakai GLA kita buat orang reramai riot tu......dia akan takbir Allah hu akbar....bunyi salawat pun ada...

yes... civilian tu ada yg takbir dan selawat...
aku guna diorang ramai2 pi attack base US...
terbarai US bila tengok 'pejuang2 islam' nie datang ramai2

C&C Generals, bangunan GLA cam masjid..lagi ampeh gak

P/S : LIKES untuk SHARE di FACEBOOK masing-masing

Rabu, 4 Mei 2011

NAJIB DAN NIK AZIZ..SIAPA YANG LEBIH ISLAM?

cewah..atok hanya lontarkan persoalan..semuanya akan terjawab kalau cucu baca kenyataan media dari dua pemimpin parti dan negara ini…

image

Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama

Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

"Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam.

"Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.

Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

berita penuh : Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama – Malaysiakini

 

Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama

imageDatuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.
"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

sumber : Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama – Malaysiakini

DAH TERJAWAB?

Sabtu, 30 April 2011

BOB LOKMAN DIHENTAM OLEH AWIE KERANA HIBURAN

image

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

Sumber : Metro

P/S :macam-macam dalam dunia nih..selepas berubah makin banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh bob..semoga Allah menguatkan hatinya untuk menegakkan islam