Huh! pagi-pagi dah ada citer camni..
hihihi
MUMBAI: Sejak aktres Jacqueline Fernandez mengambil alih daripada Mallika Sherawat bagi membintangi filem Murder 2, banyak pihak melabelnya bersikap serius dan imej gadis baik.
Tetapi, wanita jelita dari Sri Lanka ini tidak suka dibandingkan dengan Sherawat yang lebih terkenal dengan watak seksi.
“Tidak mengapa jika ada pihak membandingkan antara kami. Ia adalah perkara biasa dibandingkan dengan Mallika kerana beliau yang berlakon dalam filem pertama Murder manakala saya terbabit dalam sambungannya.
“Saya tidak pernah bertemu Mallika dan saya secara peribadi tidak mengenali beliau tetapi daripada apa yang saya lihat, saya rasa beliau adalah seorang aktres yang baik.”
Fernandez juga tidak senang dengan kenyataan bahawa filem Murder 2 akan banyak memaparkan adegan mendedahkan dan hubungan intim.