Jumaat, 8 April 2011

VIDEO : BAYI JANTUNG DILUAR MASIH HIDUP

atok petik cerita dari KOSMO ONLINE

Derita bayi jantung di luar badan

image

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.

sumber : Derita bayi jantung di luar badan

VIDEO BAYI TERSEBUT

 

sama-sama kita doakan kesejahteraan bayi terbabit…kehebatan Allah tiada bandingannya..

Comments
3 Comments

3 ulasan:

combi berkata...

kesiannye. smoga parents baby 2 tabah . aminnn

Farah Hanim Mohd Alwi berkata...

subhanallah =')

mdfaizal berkata...

subhanallah, semoga Koh Jun Hao dapat menjalani semua pembedahan dgn jayanya.
sama2 kita doakan dia akan hidup normal selepas ni.