Rabu, 23 Februari 2011

KEMENANGAN 11 CALON PRO-M UPM DIBATALKAN HEP

image

RENTETAN PERISTIWA

[UPM - GEMPAR ! 11 orang calon Pro Mahasiswa UPM yang telah memenangi PRK UPM 2011 telah dibatalkan kemenangan mereka oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di atas alasan mereka bertanding secara berkumpulan. Rayuan hanya boleh dibuat hingga jam 10 pagi 23 Februari 2011 dengan bayaran RM 100 bagi seorang calon]

2.36 am/23-2-2012 : Aktivis Pro Mahasiswa UPM, menawan pentadbiran UPM, isu pembatalan semua calon-calon Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Kesemuanya enggan berganjak, selagi tidak mendapat jawapan dan penjelasan daripada TNC HEP Fauzi Ramlan.

5.52 am/23-02-2012 : Aktivis Pro Mahasiswa, masih lagi berada di bangunan pentadbiran. Tiada sebarang jawapan dan penjelasan daripada pihak Jawatankuasa Pelaksana.

[UPM - Demonstrasi & protes besar-besaran terhadap tindakan zalim pihak HEP UPM akan diadakan pada jam 8.30 pagi di bangunan pentadbiran UPM. Sekarang seluruh pendokong & penyokong Pro M UPM sedang berkumpul sebagai tanda protes di bangunan pentadbiran UPM dan tindakan ini akan berlanjutan hingga ke pagi & sehingga pihak pentadbiran tunduk terhadap desakan mahasiswa

UPDATE ; 23/2/2011 ; 14:14

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyokong agar kesemua calon PRO-M yang menang diberikan hak dan UPM wajib menarik balik kenyataan yang dikeluarkan oleh HEP UPM..

BUKTI KENYATAAN Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

12.30 pm/23-02-2011 - UPM menarik balik pembatalan kemenangan calon PRO-M.. 10 calon PRO-M tersebut disahkan menang setelah HEP UPM TUNDUK PADA DESAKAN MAHASISWA UPM..

BUKTI UPM TARIK BALIK PEMBATALAN

LAGI LINK MENGENAI PRO-M UPM

UPM diarah kekalkan status calon MPP, jangan sampai dilabel ‘macam Burma’

BERITA RASMI MENGENAI PEMBATALAN KEMENANGAN 11 CALON PRO-M DI UPM

[UPDATE] KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS 2010/2011 SELURUH MALAYSIA
Comments
6 Comments

6 ulasan:

amirah berkata...

betul ke ni tok?

AiMaN berkata...

@amirahbetol la..terpetik di facebook PRO-M UPM

Aku Ibu Muda berkata...

hurm...macam2 ye...

Nak menang hadiah wang tunai?

syara shah berkata...

atok..petang td dlm kul 4 lg dahsyat

namaki aishah berkata...

siapa yg tak marah klu minta penjelasan secara baik tp tak dilayan.sudah banyak kali bersabar

AiMaN berkata...

@syara shahada laporan x pasal tu?