Selasa, 22 Februari 2011

KESAL DENGAN GHAUTH JASMON, NC UM BERKENAAN IBU MASTURAH

image

HARI INI..saya selaku mahasiswa Universiti Malaya menyatakan secara terbuka kekesalan atas tindakan GHAUTH JASMON, Naib Chanselor UM mengenai sidang media beliau bersama MALAYSIAKINI..

link ke kenyataan media Ghauth Jasmon di MALAYSIAKINI : Pilihan raya kampus: UM kesal campur tangan luar

saya berasa kesal kerana GHAUTH JASMON, Naib Chanselor UM bersikap tidak professional apabila menyalahkan ibu masturah (masturah merupakan calon PRO-M yang menang pada Pilihanraya Kampus UM 2010/11) kerana bersolat hajat bersama mahasiswa di hadapan Dewan Tunku Chanselor dan mendawa ibu masturah berkempen untuk masturah..

 

imageSaya yang hadir pada malam tersebut, mendengar ucapan ibu masturah sendiri, merasakan bahawa tidak salah ibu masturah berada di situ dan memberikan ucapan pada malam tersebut..malah, hanya Ghauth Jasmon yang buta hati untuk sama-sama mahasiswa untuk membantu mencari masturah..bukan itu sahaja, Ghauth Jasmon dengan tanpa malu menyalahkan ibu masturah kerana didakwa berkempen untuk masturah.mungkin kerana bukan anak Ghauth Jasmon yang hilang, jadi beliau berfikir sedemikian.

Comments
0 Comments

Tiada ulasan: