Selasa, 22 Februari 2011

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA

bagi lepasan STPM dan SPM..mesti cucu semua tengah pening kan..kemana la nak pergi lepas ni..nak belajar apa la di universiti nanti..universiti mana ek yang best? nak pergi oversea atau local? hurmmm..

sebelum tu..fikir dulu, masa sebelum dapat keputusan STPM atau SPM..ada isi borang kemasukan ke IPTA 2011/12? kalau ada..lengkapkan borang itu sekarang..

image

kepada pelajar lepasan STPM yang ingin memohon biasiswa JPA..boleh layari laman web ini :  http://esilav2.jpa.gov.my/ ..mana la taw..kot2, JPA bermurah rezeki nak beri biasiswa tahun ni…hihihi

image

lepas tu..borang UPU dah penuhkan belum? bagi cucu yang belum penuhkan borang UPU..boleh klik pada link ini (http://upu.mohe.gov.my/) untuk penuhkan ruangan yang belum penuh..

kepada pelajar lepasan SPM 2010..cucu jangan risau..tidak ada mana borang yang perlu diisi buat masa sekarang..kerana, keputusan SPM 2010 masih menjadi teka teki..nak isi borang apa2 pun, sekitar seminggu atau dua minggu selepas keputusan spm keluar..

kepada cucu yang nak tahu bila tarikh pengunguman keputusan SPM 2010, boleh tengok disini

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010

TARIKH JANGKAAN KEPUTUSAN SPM 2010

InsyaALLAH betul…

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

 

imagememalam ni..atok nak berkongsi sikit dengan cucu pasal petua atau cara mudah nak ubati sakit gigi..petua ni boleh pakai kejap je..kalau dah sakit sangat tu, elok cabut je la..kalau klinik dah tutup atau klinik x buka, boleh la cuba petua ni sementara menunggu klinik buka..

Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

namun, sebelum gigi menjadi sakit..ada satu lagi petua untuk elakkan sakit gigi..caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

itu je dua petua pasal gigi yang atok jumpa..boleh la cucu cuba ye..atok pun tengah sakit gigi jugak ni..hohoho..gigi berlubang..nak cuba dengan bunga cengkih, tapi sayangnya xde..hohohoho..x mo jumpa doktor..waaaaa!!!