Ahad, 21 November 2010

[versi serius] PETUA TERCEKIK

hehehehe..maaf la ngn entry lawak bodoh pasal PETUA TERCEKIK TULANG..yang ni atok bagi betol-betol petua.. cucu leh amalkan...yang ni serius menjadi..bukan lawak2 lagi dah..hehehe..pertama..apa nak buat kalau tercekik?



A. Bayi (Umur kurang daripada setahun)

Bantuan kecemasan:

1. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan.

2. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.

3. Tepuk badan bayi lima kali (bawah sedikit daripada bahu).

4. Terlentangkan bayi. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.

5. Jika dia masih lemas, letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan).

6. Periksa mulut bayi dan ulang langkah 5 jika bayi masih tidak sedar. Segera hubungi ambulans jika keadaan tidak berubah.


B. Kanak-kanak (antara satu hingga tujuh tahun)

Bantuan kecemasan:

1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan. Suruh anak anda batuk.

2. Tepuk lima kali di belakang anak (di belakang dada). Periksa mulutnya.

3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakang anak. Letakkan tangan kanan di dada anak dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri.

4. Tarik bahagian dada anak ke atas sebanyak lima kali. Jika dia masih lemas, teruskan langkah

5. Berdiri belakang anak dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika anak masih lemas, hubungi ambulans.

C. Orang dewasa

Bantuan kecemasan:

1. Suruh mangsa batuk beberapa kali untuk keluarkan benda yang tersengkang di tekaknya.

2. Bongkokkan badan mangsa ke depan dan tepuk badannya lima kali.

3. Jika mangsa masih tercekik, berdiri di belakang mangsa. Letakkan tangan anda di bahagian ulu hati mangsa (seperti memeluk dari belakang) dan tarik tangan anda ke atas. Ulang lima kali.

Ulang semua langkah sehingga objek dapat dikeluarkan. Jika keadaan masih tidak berubah, segera hubungi ambulans

Comments
1 Comments

1 ulasan:

L0veLinkz berkata...

tingkatkan backlink dan visitor hanya copy paste banner sahaja dan simpan di blog anda....hasilnya nantikan ...
kalau rajin x plore banner kat bawah post dalam blog tu....satu persatu masukkan backlink....try la...thanks...