Rabu, 29 Jun 2011

PENGGUNA PRABAYAR/TOP UP AKAN DIKENAKAN CUKAI 6%

hahahahahaha…

atok rasa inilah model negara kebajikan terbaik yang pernah diilhamkan oleh pemimpin seluruh dunia..tiada kerajaan didunia ini mampu memberikkan kebajikan yang sebegini baik untuk rakyatnya..malah, atok rasa makhluk asing pun tidak terfikir untuk melaksanakan model kerajaan berkebajikan seperti ini..

x percaya??

image

macam mana?? tu la..mak ayah bagi duit beli top up buat cal pakwe dan makwe..sekarang, sama-sama kita dengar nasihat Timbalan Perdana Menteri, Muh@#%$^#@*

ini apa kes??

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

sumber : Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan – Malaysiakini

atok rasa nak jentik je telinga Muhyi$$$$$$$$$

imageATOK : sedang melatih burung gagak untuk hantar mesej..sbb free je..hihihihi..kat KL banyak burung gagak

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti --------------------->

Selasa, 28 Jun 2011

[TERSENTUH] DEKLAMASI UNGGUN BERSIH DARI A.SAMAD SAID

DARI SEORANG FALSAFAH, TERCETUSNYA REVOLUSI
bersolidariti bersama Unggun Bersih -A samad said

unggun bersih yang dideklamasi oleh A samad Said :

Unggun Bersih by A Samad Said

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

imageUnggun Bersih

Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu. — samadsaid.wordpress.com

hayati dan fahami..amat tersentuh dan ini amat menakutkan UMNO-BN...hahaha
wahai ahli falsafah dan ahli sastera negara..cukuplah lakarkan cerita cinta dan seluar dalam..itu akan kita sebut-sebutkan diwaktu lain
kala ini, rakyat amat rindukan syair dan puisi "kerakyatan"..
hidup sastera untuk kebangkitan rakyat!!

usah dilayan pengkhianat rakyat yang suka rakyat dibodohkan dengan angan-angan yang menjulang awan

hidup A samad Said!! berita dibawah ni macam mana ye? bahaya sangat ke puisi ni??

BERSIH 2.0: A Samad Said, Ambiga dan Ibrahim disiasat – Malaysiakini

Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata' – Malaysiakini

BAHAYA PADA UMNO-BN..hahahaha

daripada seorang FALSAFAHlah, tercetusnya REVOLUSI

VIDEO : JOHARI MENGAKU ITU “ANWAR” ??

nampaknya UMNO sudah amat terdesak..rakyat pun sudah makin meluat dengan taktik kotor UMNO! rakyat sudah bijak menilai..bila pemimpin pakatan mengajak berdebat soal ekonomi, katanya jam omega belum diserahkan..bila pemimpin pakatan ajak berdebat soal ketulusan kerajaan, dibicarakan oleh mereka soal video yang penuh kepalsuan

semua mainan politik UMNO ini akhirnya menjahamkan UMNO sendiri..pada mulanya fitnah video seks muncul, rakyat terpegun dengan kehebatan trio dato’…

namun, sumpah laknat memakan diri,

umno terus demam kuning x henti-henti..

najib meroyan siang dan malam,

polis menggila mendengar ceramah pakatan..

malah, atok rasa, umno sudah mula menggunakan senjata baru iaitu mendakwa kononnya johari abdul mengesahkan bahawa lelaki dalam fitnah video seks tersebut adalah Anwar..ini amat bertentangan dengan penerangan yang diberikan oleh johari abdul sebelumnya..rujuk sini :[SEBARKAN] PENERANGAN FITNAH VIDEO LUCAH ANWAR | peTUA KITA semua

apa video tersebut? sama-sama kita saksikan

kalau benar apa yang didakwa..kenapa tidak tunjukkan video yang penuh??

kenapa perlu sunting video terbabit?

malah, atok rasa video tersebut sengaja disunting untuk mengambil bahagian tertentu sahaja bagi membuktikan bahawa itu lah anwar!!

kita tidak tahu apa yang diperkatakan oleh johari abdul secara keseluruhannya..mungkin johari abdul menafikan bahawa itu adalah anwar..siapa tahu??

kalau betul…mana video yang asal?

mengenai jam omega..Eskay mendakwa bahawa jam Omega ada bersamanya dan di tonjolkan dalam video diatas..namun, lupakah kita bahawa setiap jam omega original mempunya nombor siri..melalui nombor siri tersebut, pihak polis sudah pun mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa pemilik jam terbabit kerana setiap pembeli dan pemilik jam omega akan direkod siapa pemiliknya..

kenapa sampai sekarang polis tidak mendedahkan siapa pemilik jam terbabit? kalau benar anwar..kenapa tiada sebarang dakwaan??

imagesama-sama kita fikirkan~

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti --------------------->

Isnin, 27 Jun 2011

SELEPAS NAMEWEE, MALAYSIA DIHINA LAGI!!

sebelum ni, malaysia dikejutkan dengan video namewee yang didakwa menghina malaysia..

tapi, hari ini, 1MALAYSIA MENGHINA MALAYSIA! inilah bahana KEDAI 1 MALAYSIA

seluardalam1malaysia

bagaimana pendapat semua kalau nama MALAYSIA diletakkan dibahagian kemaluan? adakah ini caranya untuk menunjukkan semangat patriotik?

imagemacam mana? rasa-rasa SPENDER 1MALAYSIA NI MENGHINA MALAYSIA X?

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti --------------------->

[SEBARKAN] JANGAN PERCAYA BAHAWA BERSIH 2.0 AGENDA KOMUNIS

memetik berita dari media pro-bn

Berbaur komunis

KEPALA BATAS: Polis menahan 31 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj selepas menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas yang mereka naiki, di Plaza Tol Sungai Dua dekat sini, petang kelmarin.

Antara yang ditemui adalah 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che.

Turut ditemui kira-kira 7,000 risalah PSM dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil yang bertulis ‘Udahlah tu... Cukup 54 tahun.
bersaralah’, 600 risalah berkaitan perhimpunan haram 9 Julai, 25 naskhah sosialis termasuk 15 naskhah berbahasa Tamil, satu set pembesar suara mudah alih, 15 bendera PSM, sembilan helai baju T tertera tulisan ‘Serangan Neo Liberal Rakyat Terus Sengsara’ dan lapan helai baju T tertera tulisan ‘Anti Capitalism’.

sumber : Berita Harian Online | Berbaur komunis

PESANAN ATOK : jgn terpengaruh dengan dakyah bahawa BERSIH 2.0 turut ada agenda KOMUNIS..taktik ini telah digunakan untuk menjustifikasi pembunuhan ibrahim libya supaya tindakan UMNO-BN adalah betul dan tepat!! mereka sengaja ingin wujudkan propaganda ini!

ini adalah taktik yg sma untuk menjatuhkan pas waktu ibrahim libya nak dibunuh! ibrahim libya turut di sabitkan dengan komunis untuk menjustifikasikan bahawa tindakan kerajaan adalah tepat! dan memohon agar rakyat redha dengan perlakuan UMNO-BN..tp, rakyat tidak pernah redha dengan kezaliman yg dilakukan ke atas ibrahim libya..

kalau x percaya tanya Abang Mat Sabu..abang mat dah terangkan sejelas-jelasnya sebelum PERANG SARAF JAHAT UMNO dicanangkan!!

P/S : Minta tolong sebarkan supaya PERANG SARAF JAHAT UMNO-BN dapat dipatahkan dan RAKYAT BERANI turun menutut hak sebagai rakyat yang merdeka pada 9/7/2011

imagesama-sama kita bersihkan politik kotor UMNO!

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti --------------------->

pesanan tambahan dari abang mat sabu…

Ahad, 26 Jun 2011

[WAJIB BACA] PANDUAN PENTING SEMASA DEMO BERSIH 2.0

atok nak kongsi sikit beberapa panduan yang amatlah penting dan semua wajib tahu sebelum turun ke sebarang demonstrasi apatah lagi demonstrasi yang besar seperti MANSUHKAN ISA dan juga BERSIH..

dah baca pesanan pertama atok? lau belum baca..boleh baca disini : [FORWARD] PESANAN PENTING KEPADA PESERTA BERSIH! | peTUA KITA semua

Sila baca dan ingat apa yang perlu dilakukan..atok hanya petik beberapa bahagian yang amat penting sahaja..benda lain pun banyak seperti bawa bendera negeri, pakai baju yang seragam n bla2..tapi, atok nak berkongsi pasal ISU KESELAMATAN SEMASA DEMO

  1. imageSetiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  2. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  3. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  4. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  5. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  7. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  8. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula

itu sahaja dari atok buat masa sekarang..

imagesalute buat mereka yang berani~

P/S : tolong sebarkan kepada semua yang akan menyertai demonstrasi BERSIH 2.0 nanti..TQ

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti -------------------->

 

imageimage

 

 

sumber : SUARAM » Blog Archive » Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0

[FORWARD] PESANAN PENTING KEPADA PESERTA BERSIH!

image
Teknik rahsia PDRM dan cara penyelesaian...Oleh : AdukaTaruna
Teknik 1. Hapuskan imej keperluan.
Imej keperluan BERSIH 2.0 perlu dihapuskan. 800 report polis. Perbahasan mengenai keburukan. Ancaman melakukan huru-hara. Sabotaj. Tinjauan pendapat. Media dan pelbagai cara bagi menghapuskan imej keperluan Bersih.
Cara penyelesaian : Setakat ini, status quo. Kita hanya berjaya menjelaskan kepada pengundi media baru. Manakala pengundi media hutan still hutan.
Teknik 2. Hapuskan leader.
Leader demo akan ditahan sebelum 9 Julai. Mat Sabu, Dr Hatta antara leader wajib ditahan. Gua bagi istilah leader level 1. Motifnya ialah bagi membuatkan puluh ribu peserta menjadi anak ayam kehilangan ibu.
Cara penyelesaian :
  1. Leader level 1 harus mengelak dari ditahan sebelum 9hb. Lepas 9 hb nak kena tangkap di lampu isyarat pun takpe. Leader level 1 harus memasuki KL lebih awal.
  2. Ada ratus leader dari pemuda PAS, PKR yang tidak menonjol, tetapi masih bertaraf public figure. Taraf public fugure penting bagi mendapatkan kepatuhan. Agih2kan mereka untuk setiap port (Sogo, Kg Baru dan DBKL). Mereka akan ambil alih tugas seandainya leader level 1 gagal hadir di setiap port.

[SEBARKAN] PENERANGAN FITNAH VIDEO LUCAH ANWAR

penerangan tersebut dari Johari Abdul..ada 4 bahagian semuanya

 

 

Sabtu, 25 Jun 2011

YOUTUBE & FACEBOOK : PRO PR vs PRO BN..

image

salam..

bercakap soal potik dan fungsi media..kalau sebelum ni, cara berkempen hanyalah melalui ceramah dan media massa (BN), tapi sekarang cara berkempen dan menyampaikan maklumat sudah terbuka luas dengan kedatangan internet..kalau sebelum ni, orang cakap hanya umno-bn yang memonopoli kempen di media massa dan media cetak..tapi sekarang??

atok tengok, dah ramai mulai teroka cara berceramah dan berkempen yang baru iaitu melalui youtube dan facebook..pergh!! memang dasyat la diorang berkempen..atok pun kadangkala turut terlibat sama ber”gaduh” ideologi dan mempertahankan parti politik tertentu..hihihihi

pusing balik pasal yg atok nak bincangkan sebenarnya..dalam post ni atok nak kongsi sedikit mengenai channel di Youtube dan group di Facebook milik PRO PAKATAN RAKYAT dan PRO BARISAN NASIONAL..bukan apa..atok nak kasi keadilan sikit..biar penyokong pakatan tahu apa yang pemimpin barisan nasional buat dan biar penyokong barisan nasional tahu apa yang pemimpin pakatan rakyat yang buat..

CHANNEL DI YOUTUBE MILIK PRO PAKATAN RAKYAT

CHANNEL DI YOUTUBE MILIK PRO BARISAN NASIONAL

sebenarnya atok x berapa tahu sangat pasal channel milik pro BN ni sebab atok cenderung pada pro pakatan..jadi, buat penyokong tegar BN, sila bagi URL dan nama Channel yang pro Barisan Nasional..biar atok tahu sikit..kih3..

GROUP FACEBOOK MILIK PRO PAKATAN

GROUP FACEBOOK MILIK PRO BARISAN NASIONAL

sebenarnya ada banyak group di facebook..atok hanya senaraikan 2 je sebab tu group paling aktif dan “PANAS”..so, sesiapa yang nak tengok hujah siapa yang lebih bagus..boleh ke group tersebut..atok dah hyperlinkkan..

selamat berjuang~

p/s : sesiapa yg tahu channel milik PRO PAKATAN dan PRO BARISAN NASIONAL tolong bagitaw atok diruangan komen..atok akan tambahkan..cepat2! hihihihi

6 PANTAI DISELURUH DUNIA AKAN HILANG!

atok ada terbaca satu artikel di internet mengenai beberapa buah pulau yang akan hilang dan musnah dalam beberapa tempoh tahun akan datang..malah, ada pulau yang dikatakan akan hilang dari peta dunia sebaik tamat abad ke-21..hohoho..

canme nih..x sempat lagi atok nak keliling dunia, banyak pantai yang best-best akan lenyap..atok pun x pasti cucu-cucu atok dapat tengok pantai ni lagi x..cucu tengok gambar je la ye..hihihi

nak taw kenapa pantai tu lenyap boleh rujuk artikel ni : Last-Chance Beaches

enam pantai tersebut ialah

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN GAY DILULUSKAN

image

huh! haram tol..memang sah dunia nak kiamat..apa xnya, undang-undang perkahwinan gay telah diluluskan di New York..jadi, perkahwinan antara gay adalah “halal” di new york walau banyak komuniti agama menentang perkara tersebut

atok terjumpa berita ni di yahoo.com..nak baca?

NY Gov. Cuomo signs gay marriage law

ALBANY, N.Y. – Same-sex marriage is now legal in New York after Gov. Andrew Cuomo signed a bill that was narrowly passed by state lawmakers Friday, handing activists a breakthrough victory in the state where the gay rights movement was born.

New York becomes the sixth state where gay couples can wed and the biggest by far.

"We are leaders and we join other proud states that recognize our families and the battle will now go on in other states," said Sen. Thomas Duane, a Democrat.

berita penuh : NY Gov. Cuomo signs gay marriage law - Yahoo! News

malah..cikgu pun x terlepas dari nak kahwin sesama gay nih

"I am spellbound. I'm so exhausted and so proud that the New York State Senate finally stood on the right side of history," said Queens teacher Eugene Lovendusky, 26, who is gay and said he hopes to marry someday.

artis juga ada yang sokong dengan tindakan ni..huh! arghhh!

A number of celebrities also praised the vote. Lady Gaga tweeted that she couldn't stop crying, while Pink tweeted, "congratulations! About time!"

ada siap yang berbangga lagi..katanya :

"I have never be prouder to be a lifelong New Yorker than I am today with the passage of marriage equality," Cyndi Lauper said in a statement.

bertambah kebengangan atok..obama turut menyokong hak gay-gay ni untuk berkahwin sesama gay..

On Thursday night, Obama encouraged lawmakers to support gay rights during a fundraiser with New York City's gay community. The vote also is sure to charge up annual gay pride events this weekend, culminating with parades Sunday in New York City, San Francisco and other cities

nampaknya dah rosak abis dunia ni..x lama lagi dunia dah nak kiamat..nantikan je bala dari Allah..kita berdoa agar musibah penyakit ini tidak menimpa keluarga kita, negara kita dan umat islam umumnya

Jumaat, 24 Jun 2011

PRA U : BIASISWA JPA DIHENTIKAN!!

image

Biasiswa pra-U dihenti

Sebagai ganti pelajar cemerlang SPM akan ditawarkan dermasiswa, pinjaman kerajaan

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian peringkat prauniversiti, termasuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level.

Sebaliknya, mereka hanya ditawarkan bantuan kewangan atau dermasiswa daripada kerajaan, manakala biasiswa JPA dikhaskan kepada pelajar pra universiti yang cemerlang dan mendapat tempat di universiti terkemuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semakan semula dasar sedia ada perlu kerana kerajaan mendapati pemberian biasiswa pada peringkat SPM bukan idea yang sesuai kerana ia setaraf O-Level.

Beliau berkata ini kerana pelajar yang cemerlang pada peringkat SPM tidak bermakna akan cemerlang apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti.

berita penuh : Berita Harian Online | Biasiswa pra-U dihenti

komen atok :

nasib la..hihihi..nak cerita sikit..sebelum ni atok dapat biasiswa JPA semasa belajar di Pusat Asasi Sains UM dalam bidang sains fizikal..sekarang atok berjaya meneruskan biasiswa JPA di peringkat ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Malaya..

nak diceritakan, ada benar jugak cakap Najib ni walaupun pada hakikatnya atok agak x suka dengan pemerintahan najib..hihihi..memang betul..masa atok diperingkat asasi dulu, ada 99 orang pelajar asasi memerima biasiswa JPA, malah ada yang menerima biasiswa berstatus universiti penyelidikan..malangnya, tidak semua pemegang biasiswa diperingkat asasi mampu melanjutkan biasiswa tersebut ke peringkat ijazah kerana tak dapat “perform” masa asasi.

malah, lebih kurang 200 orang pelajar asasi yang gagal (pointer bawah 2.0) masa keputusan akhir keluar..agak malang kepada mereka yang tidak dapat sambung ke ijazah kerana keputusan Asasi adalah gagal..maka, mereka perlu menggunakan balik keputusan spm untuk memohon Diploma..membazirlah satu tahun di asasi..

nasihat atok, masa masih panjang..kepada cucu-cucu di asasi dan matrikulasi, masih terbuka luas peluang anda untuk mendapatkan biasiswa JPA apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di dalam negara..kepada cucu-cucu yang mengambil SPM, atok nasihatkan buat yang terbaik untuk mendapat tempat ke luar negara..insyaAllah pasti mendapat tempat jika keputusan cemerlang..

apa-apa pun..selamat belajar dan selamat maju jaya~

Khamis, 23 Jun 2011

GEMBIRANYA BILA AUKU MASIH BERKUASA

*atok ditukar kepada aku untuk entry ini

11

gambar diatas akan aku rungkaikan kenapa aku gembira dengan AUKU..walaupun segelintir besar aktivis mahasiswa amat menyampah bila disebut AUKU..

Apa sebenarnya AUKU? Akta Kolej dan Universiti..bunyinya semacam akta biasa, tetapi ia adalah musuh bagi aktivis mahasiswa dan senjata bagi pentadbiran universiti..masakan tidak, apabila mahasiswa cuba bersuara maka tangan yang semacam kaki pentadbiran universiti lantas menempelak mahasiswa dengan auku..

aku cuba memahami, apa yang sebenarnya dilawan dan ditentang oleh mahasiswa dengan akta ini..adakah semenjak akta ini diwujudkan secara rasmi, maka mahasiswa tidak boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan baik? atau, Auku menyebabkan mahasiswa dihalang untuk bertanya soalan kepada pensyarah semasa berada di dalam dewan kuliah..

huh! hairan..aku tengok auku tidak menyebabkan prestasi pelajaran mahasiswa tergugat, jauh sekali menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran pensyarah didalam kuliah..adakah ini menunjukkan bahawa mahasiswa yang membantah auku ini mereka yang tidak sedar dek untung kerana dapat belajar dimenara gading dengan bantuan kerajaan tapi masih mahu melawan kerajaan? aku berfikir lagi..jauh otak ku merewang..

imageSTUDENT POWER!

apa student power ni? lebih rumit lagi ditambah dengan student union..kenapa student union dilumpuhkan? apa fungsinya HEP? 1960? mahasiswa menggugat? kaitan mahasiswa dan parti politik? pro mahasiswa dan aspirasi?

aku x pernah dengar pun perkataan sebegini semasa di sekolah menengah dulu..malah, semasa berada dalam kuliah litar elektronik, algebra, kalkulus, elektronik fizik, asas sains bahan, tiada satu pun perkataan seperti di atas tersembul dari mulut pensyarah aku..bila terdengar perkataan sebegini aku terasa pelik..aku cuba mencari balik nota-nota dan latihan yang diberikan pensyarah..maka aku berasa amatlah hampa kerana tiada pun istilah sebegitu..

maka, aku tinggalkan perkataan tersebut tanpa ingin tahu apa yang ada..aku pun tinggalkan sejarah gerakan mahasiswa zaman 1960 dan student union…ahh..semua tu cerita lama…zaman tersebut internet masih terhad, harga barang masih murah, kos sara hidup masih boleh ditanggung..semuanya cerita lama..tiada yang bersangkutan dengan aku..yang aku tahu..aku adalah mahasiswa zaman 2000..orang kata zaman millenium..zaman ICT..zaman harga barang NAIK!

Rabu, 22 Jun 2011

PENCUKUR TERMAHAL DIDUNAI BERNILAI RM300 000++

image

gambar pencukur bernilai RM300 000++

Atok terkejut jugak bila terbaca berita camgini..huh! x ada benda lain dah ke nak buat hingga menjual pencukur berharga RM300 000 lebih..tersedu atok..

memang mahal amat la..atok terjumpa berita ni di laman web yahoo.com..katanya pemegang pencukur tu diperbuat dari iridium.sejenis keluli yang amat mahal dan terhad serta mampu bertahan didalam larva yang cair..hohoho..extrem betul kekebalan keluli nih..mata pisau pencukur pula dibuat dari sejenis batu permata iaitu batu nilam buatan..bukan original la..bilahnya juga dikatakan mempunyai ketahanan selama 10 tahun dan servis mengasah bilah disediakan secara percuma selama sedekad

memang terbaik la pencukur ni..

maaf la kalau bahasa tunggang terbalik..sebab atok transalte sendiri dengan pemahaman BI atok..

nak baca artikel asal boleh ke sini : Would you pay $100,000 for a razor? - Yahoo! News

Selasa, 21 Jun 2011

GAMBAR : BATU BERWAJAH MANUSIA

image

sekali imbas memang tiada apa yang istimewa pada batu ni..apatah lagi kalau semasa menaiki kenderaan..

cantik x? dua tiga kali tengok, maca ada rupa manusia pulak..hihihihi..atok petik cerita ni dari the star online…

deskipsinya :

Let’s face it

by Liang Chiou Yi

If you were to see this face-like formation in the middle of the night in Teluk Bahang, Penang, you would run away, right? Right? Hey, where did you go?

sumber : The Star Online : Thumbnails

RAKYAT MALAYSIA PALING KETAGIH SEKS?

image

manusia diberi pilihan..antara baik atau buruk..tiada ditengah-tengah..hanya ada syurga dan neraka..

sejak semalam atok meniti dari berita ke berita, dari portal ke portal, dari blog ke blog..huh! banyak jugak cerita seksnya..antara kisah seks yang paling femes dalam alam melayu adalah

  1. kes video seks yang difitnah melibatkan pemimpin pembangkang
    • atok x dapat mengesahkan siapa pelakunya..malah, sudah berbulan-bulan polis menyiasat dan janjinya hanya perlukan 2 minggu untuk mengetahui siapa pelakunya..namun, sehingga sekarang ketua polis negara tidak mampu menunjukkan pelaku dalam video tersebut..yang mereka tahu jam omega dan ketulenan video semata-mata..
  2. kisah seks melibatkan keluarga sendiri atau sumbang mahram.
    • kes seperti ini amat banyak dibicarakan dalam blog..malah, semalam gempar dengan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah keatas ayah dan anak yang berzina hingga melahirkan 3 orang anak..kes-kes sebegini amat banyak dihurai dalam blog-blog
  3. cerita lucah/seks
    • yang ni pun boleh tahan banyaknya..atok terkejut bila menaip carian cerita lucah dan melihat hasil carian di GOOGLE
    • image
    • terdapat lebih daripada 7,030,000 carian yang terkandung dalam pencarian google..betapa banyaknya blog atau portal yang mengandungi perkataan “CERITA” dan “LUCAH”
  4. yang paling disukai remaja..3gp..
    • pada mulanya atok hairan..apakah yang ada dengan 3gp..ianya hanyalah format video di telefon bimbit..setelah selidik sedikit demi sedikit, rupa-rupanya bani melayu ini sedang ramai memuatnaik video seks yang dirakam dengan telefon bimbit masing-masing..ohh..alangkah malunya..malah, bertambah ramai lagi yang memuat turun 3gp tersebut..
    • nampaknya semakin bertambah koleksi video seks melayu di internet.

di atas hanyalah sedikit kes atau cerita yang panas tentang seks di alam maya ini..berlambak lagi kes yang boleh ditemui..asalkan rajin mengkaji dan sedikit berfikir..namun, jangan kita tumpang menambah dosa dengan carian dan bahan seperti ini..

atok sekadar menasihati..

buat datuk, nenek, ayah, ibu, abg, kakak, dan adik diluar sana..pantaulah kegiatan ahli keluarga cucu..jangan kerana seketika kecuaian..keluarga kita menjadi seperti berita dibawah..nau’zubillah..

Bapa aniaya seks anak tiri selama 7 tahun dipenjara

21/06/2011 4:06am

MELAKA 21 Jun – Seorang pengusaha kedai makanan ringan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menganiayai anak tirinya secara seksual selama tujuh tahun sejak mangsa berusia sembilan tahun.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki tersebut yang berusia 43 tahun selepas tertuduh mengaku melakukan perbuatan sedemikian terhadap mangsa yang kini berusia 15 tahun.

berita penuh : Utusan Malaysia Online – Terkini

Pemuda rogol kakak saudara berusia 16 tahun ditahan

21/06/2011 4:08am

KENINGAU 20 Jun – Polis menahan seorang pemuda berusia 27 tahun setelah dipercayai merogol kakak saudaranya berusia 16 tahun sebanyak dua kali di Kampung Biah, di sini pada 30 April dan 30 Mei lalu.

Suspek ditahan semalam, beberapa jam setelah mangsa yang tidak bersekolah bersama ibu bapanya membuat laporan polis.

berita penuh : Utusan Malaysia Online – Terkini

ini berita yang terkandung didalam utusan pada hari ini sahaja! adakah kita mahu melihat kes seksual sebegini setiap hari? renung-renungkan

atok masih terfikir…adakah rakyat malaysia merupakan manusia yang paling ketagih seks didunia??

ERRA FAZIRA KE KELANTAN DENGAN BERTUDUNG

Gambar Erra Fazira bertudung semasa merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu

 

image

image

image

image

image

cantik jugak bila kak efa bertudung ni..makin manis..harap-harap la bertudung tu kekal hingga ke akhir hayat..tudung dah cantik..cuma baju je sedikit ketat..sekurang-kurangnya bertudung..bagus la ye..harap-harap artis lain pun dapat contohi benda baik camni..jangan pulak masa nak datang kelantan je pakai tudung..hihihihi

VIDEO MUZIK KUMPULAN GULA-GULA, M-POP DIPINGGIR?

terlebih dahulu atok nak berkongsi video klip kumpulan Gula-gula..untuk sesiapa yang belum tengok dan tidak kenal la..

sebelum ni..kecoh segenap manusia duk bising-bising pasal seketol dua rakyat malaysia yang nak jadi korea..bukan bermaksud nak tukar warganegara, tapi nak jadi orang korea terus dah..hahaha ( hyperbola )..kononnya nak bawa jalur muzik baru di tanah air malaysia iaitu M-POP ( malaysia pop ) kot..

jangan salah paham, M-POP ini bukan tiruan dari K-POP..tapi, K-POP yang mengada-ngada nak tiru M-POP..kah..kah..kah..

x percaya? huh..

malah, dikhabarkan juga..kumpulan Gula-gula lah yang menjadi pengasas utama muzik seperti ini di malaysia dan dengan tidak malu orang korea telah meniru lagu seperti mereka..lebih teruk lagi, artis K-POP dari korea tidak pernah memberikan sebarang royalti kepada kumpulan gula-gula..ini amat menghina dan menjatuhkan industri muzik tanah air..diharapkan kumpulan gula-gua dapat membawa kes ini ke mahkamah keadilan antara bangsa untuk mendapatkan keadilan bagi negara malaysia yang memperjuangan muzik M-POP supaya tidak ditiru oleh rakyat negara lain kerana M-POP ini adalah genre muzik asli dari malaysia seperti ulik mayang dan kuda kepang..

walaubagaimanapun, masih ramai rakyat malaysia tidak yakin dengan slogan “MALAYSIA BOLEH” dan cuba menjatuhkan kumpulan gula-gula dengan menuduh kumpulan gula-gula meniru gaya K-POP..benarlah kata DR. M melayu mudah lupa

tidak kurang juga yang mengutuk kumpulan gula-gula melalui laman sosial seperti di facebook dan youtube..malah, hitler menjadi manusia paling lantang menentang kumpulan gula-gula

image

nasib baik ketidakpuasan hati rakyat malaysia tidak ditunjukkan melaui demonstrasi aman seperti BERSIH 1.0 dan juga BERSIH 2.0 yang akan dijalankan pada 9 julai 2011..

jika dihitung pada bilangan dislike pada video Kumpulan Gula Gula - Suka Gitu (K-Pop Malaysia) diatas..atok amat terkejut kerana amat besar bilangan dislikes..

image

mereka yang dislike video ini adalah mereka yang tidak suka pada muzik tradisional tanah air..mereka seolah-oleh menghina malaysia dan sanggup memuja artis K-POP yang jelas bukan senegara tambahan pula meniru gaya muzik asli tanah air.

sebelum ni, pernah atok kecam satu kumpulan muzik lelaki yang x sedar diri kerana mendakwa mereka kumpulan K-POP walhal orang korea yang tiru muzik kita..nak tahu siapa??

image

selepas dikutuk hebat, kumpulan tersebut secara rasminya menukar nama kumpulan menjadi MAX 247…nampaknya kumpulan ini masih menghormati nasihat atok sebagai orang tua..tahniah kerana mendengar nasihat berguna..

setakat itu saja dari atok buat masa sekarang..atok ucapkan selamat memperjuangkan muzik tanah air..

dibawah ni atok sertakan gambar dan nama artis-artis K-POP yang meniru gaya kumpulan Gula-gula..atok harap cucu-cucu dapat boikot mereka nih!

image

p/s : atok suka-suka je..jangan salah paham..baca hingga paham sebelum LIKES atau KOMEN..

hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Isnin, 20 Jun 2011

AF LAKNATULLAH DIHARAMKAN DAN HUKUM PEREMPUAN MENYANYI

kenal ustaz azhar idrus? siapa x kenal memang satu kerugian yang amat besar la..antara penceramah agama paling best dan paling atok suka..hujah dan dalil serta contoh yang beliau gunakan amat rasional dan senang untuk difahami..

atok saja nak berkongsi pasal AF dan hukum menyanyi bagi perempuan untuk sekadar menasihati dan mengingati sesama muslim..

 

peace~ hihihihi

sekali sekala kene jugak jenguk2 video agama..jangan asyik nak bergelak ketawa ja

PETUA ELAK PASSWORD BOCOR

mesti ramai nak tahu ni..entah-entah kerajaan malaysia pun nak taw camne caranya nak elak di”hack” dan elak password diketahui orang ramai..ye la..sekarang ni kan musim hack laman web milik kerajaan..hahaha..

atok x pandai nak ajar..cucu tengok je la caranya dibawah ni..

image

image

image

SELAMAT BERAMAL~

VIDEO : KEMPEN SIBER PROF ABU HASSAN (UM)

Forum Rakyat Manir Kuala Terengganu

image

Name : Associate Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah

Designation : Associate Professor

Department : Department of Media Studies

Faculty : Faculty of Arts and Social Sciences

Tel. No. (Office) : 0379675664

Fax No. : 0379675464

E-mail Address : muring_wienasofi@um.edu.my

Homepage URL : www.muringwien.uni.cc...

Address(Office) : Department of Media Studies, Faculty of Arts and Social Sciences Building, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

SUMBER : ASSOCIATE PROF. DR. ABU HASSAN BIN HASBULLAH

 

 

 

 

 

10 PETUA KENALI LELAKI YANG KURANG BERGUNA

buat cucu-cucu lelaki jangan marah ye..bukan semua orang lelaki camni..sedelintir aje..buat cucu-cucu perempuan..atok dah sediakan sedikit guidelines lelaki kurang berguna..kih3..

sekadar berkongsi gelak ketawa dan nasihat di tengah hari..kepada cucu lelaki yang mana terasa tu, boleh jadikan panduan ni sebagai nasihat dan jadi yang terbaik..

ada 10 cara nak kenali lelaki yang kurang berguna ni..jeng..jeng..jeng…

image1. dah ada awek, kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

image5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

hahaha…

selamat memilih pasangan buat cucu perempuan