Memaparkan catatan dengan label anwar ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anwar ibrahim. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2011

VIDEO : JOHARI MENGAKU ITU “ANWAR” ??

nampaknya UMNO sudah amat terdesak..rakyat pun sudah makin meluat dengan taktik kotor UMNO! rakyat sudah bijak menilai..bila pemimpin pakatan mengajak berdebat soal ekonomi, katanya jam omega belum diserahkan..bila pemimpin pakatan ajak berdebat soal ketulusan kerajaan, dibicarakan oleh mereka soal video yang penuh kepalsuan

semua mainan politik UMNO ini akhirnya menjahamkan UMNO sendiri..pada mulanya fitnah video seks muncul, rakyat terpegun dengan kehebatan trio dato’…

namun, sumpah laknat memakan diri,

umno terus demam kuning x henti-henti..

najib meroyan siang dan malam,

polis menggila mendengar ceramah pakatan..

malah, atok rasa, umno sudah mula menggunakan senjata baru iaitu mendakwa kononnya johari abdul mengesahkan bahawa lelaki dalam fitnah video seks tersebut adalah Anwar..ini amat bertentangan dengan penerangan yang diberikan oleh johari abdul sebelumnya..rujuk sini :[SEBARKAN] PENERANGAN FITNAH VIDEO LUCAH ANWAR | peTUA KITA semua

apa video tersebut? sama-sama kita saksikan

kalau benar apa yang didakwa..kenapa tidak tunjukkan video yang penuh??

kenapa perlu sunting video terbabit?

malah, atok rasa video tersebut sengaja disunting untuk mengambil bahagian tertentu sahaja bagi membuktikan bahawa itu lah anwar!!

kita tidak tahu apa yang diperkatakan oleh johari abdul secara keseluruhannya..mungkin johari abdul menafikan bahawa itu adalah anwar..siapa tahu??

kalau betul…mana video yang asal?

mengenai jam omega..Eskay mendakwa bahawa jam Omega ada bersamanya dan di tonjolkan dalam video diatas..namun, lupakah kita bahawa setiap jam omega original mempunya nombor siri..melalui nombor siri tersebut, pihak polis sudah pun mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa pemilik jam terbabit kerana setiap pembeli dan pemilik jam omega akan direkod siapa pemiliknya..

kenapa sampai sekarang polis tidak mendedahkan siapa pemilik jam terbabit? kalau benar anwar..kenapa tiada sebarang dakwaan??

imagesama-sama kita fikirkan~

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti --------------------->

Selasa, 21 Jun 2011

RAKYAT MALAYSIA PALING KETAGIH SEKS?

image

manusia diberi pilihan..antara baik atau buruk..tiada ditengah-tengah..hanya ada syurga dan neraka..

sejak semalam atok meniti dari berita ke berita, dari portal ke portal, dari blog ke blog..huh! banyak jugak cerita seksnya..antara kisah seks yang paling femes dalam alam melayu adalah

  1. kes video seks yang difitnah melibatkan pemimpin pembangkang
    • atok x dapat mengesahkan siapa pelakunya..malah, sudah berbulan-bulan polis menyiasat dan janjinya hanya perlukan 2 minggu untuk mengetahui siapa pelakunya..namun, sehingga sekarang ketua polis negara tidak mampu menunjukkan pelaku dalam video tersebut..yang mereka tahu jam omega dan ketulenan video semata-mata..
  2. kisah seks melibatkan keluarga sendiri atau sumbang mahram.
    • kes seperti ini amat banyak dibicarakan dalam blog..malah, semalam gempar dengan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah keatas ayah dan anak yang berzina hingga melahirkan 3 orang anak..kes-kes sebegini amat banyak dihurai dalam blog-blog
  3. cerita lucah/seks
    • yang ni pun boleh tahan banyaknya..atok terkejut bila menaip carian cerita lucah dan melihat hasil carian di GOOGLE
    • image
    • terdapat lebih daripada 7,030,000 carian yang terkandung dalam pencarian google..betapa banyaknya blog atau portal yang mengandungi perkataan “CERITA” dan “LUCAH”
  4. yang paling disukai remaja..3gp..
    • pada mulanya atok hairan..apakah yang ada dengan 3gp..ianya hanyalah format video di telefon bimbit..setelah selidik sedikit demi sedikit, rupa-rupanya bani melayu ini sedang ramai memuatnaik video seks yang dirakam dengan telefon bimbit masing-masing..ohh..alangkah malunya..malah, bertambah ramai lagi yang memuat turun 3gp tersebut..
    • nampaknya semakin bertambah koleksi video seks melayu di internet.

di atas hanyalah sedikit kes atau cerita yang panas tentang seks di alam maya ini..berlambak lagi kes yang boleh ditemui..asalkan rajin mengkaji dan sedikit berfikir..namun, jangan kita tumpang menambah dosa dengan carian dan bahan seperti ini..

atok sekadar menasihati..

buat datuk, nenek, ayah, ibu, abg, kakak, dan adik diluar sana..pantaulah kegiatan ahli keluarga cucu..jangan kerana seketika kecuaian..keluarga kita menjadi seperti berita dibawah..nau’zubillah..

Bapa aniaya seks anak tiri selama 7 tahun dipenjara

21/06/2011 4:06am

MELAKA 21 Jun – Seorang pengusaha kedai makanan ringan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menganiayai anak tirinya secara seksual selama tujuh tahun sejak mangsa berusia sembilan tahun.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki tersebut yang berusia 43 tahun selepas tertuduh mengaku melakukan perbuatan sedemikian terhadap mangsa yang kini berusia 15 tahun.

berita penuh : Utusan Malaysia Online – Terkini

Pemuda rogol kakak saudara berusia 16 tahun ditahan

21/06/2011 4:08am

KENINGAU 20 Jun – Polis menahan seorang pemuda berusia 27 tahun setelah dipercayai merogol kakak saudaranya berusia 16 tahun sebanyak dua kali di Kampung Biah, di sini pada 30 April dan 30 Mei lalu.

Suspek ditahan semalam, beberapa jam setelah mangsa yang tidak bersekolah bersama ibu bapanya membuat laporan polis.

berita penuh : Utusan Malaysia Online – Terkini

ini berita yang terkandung didalam utusan pada hari ini sahaja! adakah kita mahu melihat kes seksual sebegini setiap hari? renung-renungkan

atok masih terfikir…adakah rakyat malaysia merupakan manusia yang paling ketagih seks didunia??

Rabu, 4 Mei 2011

[SEBARKAN] VIDEO MIMPI PALING BODOH YANG TERASUK SYAITAN

hahaha…bodooooooh dan amat bangang teramat bangang sekali…zahid mat arip ni wali dan nabi ke sampai mimpi pun boleh dikira hidayah dan petunjuk dari Allah??

SIAPA ZAHID MAT ARIP??

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Jumaat, 29 April 2011

VIDEO SUMPAH DATO’ T [Shazryl Eskay Abdullah]

amacam? ramai yang nak tengok kan?? jadi atok jumpa di youtube tadi..

aish..buat main-main pulak sumpah menyumpah ni..kang atok sumpah jadi sesumpah baru taw..

apa la nak jadi dengan politik malaysia ni..yang patut dibicarakan soal ekonomi dan sosial rakyat..yang ini pulak nak di ceritakan..hampeh!!

jom kita tengok apa kata DATO’ SERI ANWAR

Ceramah DSAI:

8 Mlm ini (29 Apr)

Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang.

turut ucap Azmin Ali, Tian Chua, Zuraida Kamaruddin, Khasim Abdul Aziz.

Datang beramai2, kita tolak fitnah!!!!

Isnin, 18 April 2011

[ANALISIS] ANWAR IBRAHIM MENGALAHKAN NAFSU SEKS MALAYSIA..

hahaha..semua orang nak tahu kan..apa jenis analisa yang atok buat ni..tajuk analisa ni ialah ANWAR IBRAHIM MENGALAHKAN NAFSU SEKS MALAYSIA..

adakah analisa ini betul? bergantung kepada ujikaji dan eksperimen yang atok telah jalankan..

bila malam menjelma je, sudah menjadi lumrah alam bahawa kebanyakan makhluk akan tidur kecuali makhluk aktif malam seperti mat rempit, bohsia dan pekerja seks(nak sebut pelacur malu, lucah sangat)..mata atok pun x ngantok lagi sekarang ni walhal jam di laptop bergedik-gedik menunjukkan waktu 4.24 pagi..ntah mengapa mata masih xnk pejam walau atok bukan makhluk aktif malam seperti yang dinyatakan diatas..mungkin sebab penangan exam yang bakal tiba kot (walhal x study pun)..

bila godek-godek internet ni, terlintas nak cari keywords berunsurkan seks..yela, boring jugak duk tengok video ceramah anwar ibrahim je(bukan video lucah ye)..apa lagi..bukak GOOGLE TRENDS la..

klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas

image

image

dah terfikir macam-macam keywords nk test di google trens ni..hihihi..benda pertama pasti lah SEKS!! nak tengok sejauh mana kegilaan seks rakyat malaysia di carian google..perghh!! memang tinggi semenjak tahun 2004 hingga sekarang..TAPI!! carian video seks tidak boleh meng"challenge" carian anwar ibrahim..kah..kah..kah..

nampaknya anwar ibrahim lebih mendominasi di google berbanding seks..malah kalau di teliti, carian mengenai kes liwat anwar lebih hot berbanding video seks yang dibarisi pelakon handalan seperti maria ozawa..hahaha..kes liwat anwar adalah carian paling tinggi di google dan selepas itu di tingkatkan lagi dengan carian video seks mirip anwar dengan pelacur cina akhir-akhir ini..

atok pun cuba bahagikan kepada topik yang lebih khusus iaitu SEKS MELAYU..bila di perhatikan pada google trends, carian video seks melayu membentuk separuh daripada carian video seks..ini bermakna, video lucah buatan tempatan setanding dengan video lucah pelakon professional di luar negara..

apabila dibahagikan mengikut negeri..rakyat negeri yang paling banyak dan paling suka mencari video seks ialah negeri PAHANG..hahaha..tapi, senario berbeza di selangor apabila anwar ibrahim mampu memberikan tentangan yang sengit kepada carian seks..diperingkat bandar pula, memang benar anwar lebih mengusai di selangor apabila Petaling Jaya, Kajang, Kelang dan Shah Alam semuanya didominasi dengan carian anwar ibrahim..mungkin orang selangor lebih minat politik dari seks..kih3...

yang sedihnya..bila atok try carian "ceramah agama" keputusanya adalah "0"

hmmm..macam mana ni?? adakah ini salah satu tanda akhir zaman??

p/s : kepada yang nak mencuba nasib SEO boleh try entry Anwar ibrahim...mana taw..kot2 sangkut..hihihihi

p/s : bila la nak tido ni..mata asik nak berkelip-kelip je..jam dah 4.49 pagi..hurmmmm...