Sabtu, 9 April 2011

MOVIE TERBARU : DATIN GHAIRAH

image

Tarikh Terbitan May/June 2011

Genre Comedy

Studio The Millionaire's Club

Perihal KALAU TAK PECAH PANGGUNG...PECAH PUNGGUNG....

Keterangan KALAU TAK PECAH PANGGUNG...PECAH PUNGGUNG....

Garis Kasar Plot

kisah seorang datin bernama ghairah yg kononnya kematian suami seorang hartawan dan jutawan. jADI, BIOASLAH BANYAK NAK TRY...ADA YG JAHAT ADA JUGA YG BAIK NAK BIDA UTK MASUK BERSAING...Lakonan paling seksy dan baik dari Maria Faridah & Arron Aziz di bantu oleh Faizal Hussein, Sheera Iskandar, Yank Kasim dll.

Anugerah FILEM KOMEDI TERDIDIK SEDUNIA....

Dibintangi Oleh Aaron Aziz, Maria Farida

Diarah Oleh Sabree Fadzil

Ditulis Oleh Taiko Z LOKMAN & Isa MJ

Lakon Layar Oleh ALL THE TEAM

Diterbitkan Oleh de Baron Production

INFORMASI TAMBAHAN DI SINI : Profile Pictures | Facebook

Movie terbaru ni..sedang hebat di promosi di facebook..jap atok printscreenkan

image

ha..macam mana? atok ada dia punya OST kt youtube..

Jumaat, 8 April 2011

VIDEO : BAYI JANTUNG DILUAR MASIH HIDUP

atok petik cerita dari KOSMO ONLINE

Derita bayi jantung di luar badan

image

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.

sumber : Derita bayi jantung di luar badan

VIDEO BAYI TERSEBUT

 

sama-sama kita doakan kesejahteraan bayi terbabit…kehebatan Allah tiada bandingannya..