Memaparkan catatan dengan label bersih 2.0 di stadium. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersih 2.0 di stadium. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

BEZA ANTARA RUSUHAN DI LONDON DAN PERHIMPUNAN AMAN BERSIH

imageimage

Salam..mungkin buat masa sekarang..mereka yang anti perhimpunan aman Bersih akan menggunakan dalil rusuhan di london untuk mengharamkan tindakan rakyat yang turun ke jalanraya bagi menyokong 8 tuntutan Bersih 2.0..

namun, jauh bezanya..hehehe..buat sesiapa yang ingin berhujah dengan mereka yang anti Bersih ni..boleh menggunakan hujah dibawah sebagai sokongan..

* Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;

* Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong BERSIH 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;

* Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;

* Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;

* Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;

* Di KL, penyokong BERSIH 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;

* Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;

* Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta BERSIH 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.

* Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.

* Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.

P/S : demonstrasi patriot pun lagi merbahaya dari rusuhan dilondon..sebab menggunakan kepakaran dari luar negara untuk melawan Bersih..mana ketuanan melayu hishamuddin keris?

image

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

P/S : tolong SHARE dekat mamat dan minah UMNO, PERKASA, PESILAT WHEELCHAIR

Jumaat, 5 Ogos 2011

FATWA BARU WAJIB DIKELUARKAN UNTUK ISU INI!!

apa isunya?? tengok gambar dibawah dan fikirkan..

image

lepas tu gambar ni pulak

image

soalan untuk mufti dan ulama UMNO : APAKAH HUKUM KALAU MENIPU ORANG RAMAI SEMASA PILIHANRAYA???

ada sesiapa boleh contact hamba Allah ni x?

imageimage

sesiapa yang rajin boleh emailkan post ni kepada pengerusi jawatankuasa Fatwa kebangsaan, Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj Husin..kalau amat rajin..boleh pukul no telefon pejabat dia..

kah..kah..kah…

macam mana sebijik LEMBAGA yang usia hampir mencapai 100 tahun boleh mengundi dan disahkan walaupun lembaga ini tidak mempunyai kad pengenalan jika disemak di laman web Jabatan Pendaftaran Negara??

P/S :atok dah jumpa gambar pengundi hantu ni..dah terjumpa semalam ( [TERGEMPAR] HANTU MUNCUL DI GOOGLE MAPS!! | peTUA KITA semua ) siapa jumpa hubungi atok melalui pesbuk..atok akan bagi ganjaran yang lumayan..

X PERCAYA?? jom check

No IC : 111231325542

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DARI SPR : http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

SEMAKAN STATUS MYKAD : http://www.jpn.gov.my/semakic/

kalau x percaya lagi boleh hantuk kepala kat dinding sekarang..

ESOK(sabtu)  BERSAMA BERKUNINGAN~ hahahaha…

jom tengok video lawak komplot SPR,UMNO, ATM

image

Jumaat, 29 Julai 2011

SISTEM BIOMETRIK, SIAPA ORTODOKS?

Dipetik dari UMNO ONLINE

Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas

KUALA LUMPUR, 26 Julai  - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.

berita penuh : UMNO Online - Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas

Kenapa Pas tolak sistem biometrik? dengar jawapan husam musa

 

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. 

berita penuh : Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

lebih baik dituduh ortodok daripada jadi penipu…hahaha

Isnin, 11 Julai 2011

SURAT DARI PEMERHATI BERSIH 2.0

image

surat yang dihantar kepada atok petang tadi dan minta atok publishkan di blog atok..

atok boleh publishkan pendapat ini di blog.kawan saya minta.

ade orang terpekik bilang peserta perhimpunan kotorkan kota raya.selepas lihat semua video dari berita luar negara dan dari orang awam sendiri.aku membuat kesimpulan mudah.yang mengotorkan banda raya dan menyebabkan kerugian adalah polis sendiri.100 juta rugi kenapa?depa pakai water canon dengan asap pemedih mata tu.tu semua duit rakyat.depa seronok ha kata macam tu.depa senang nak ratah duit rakyat lepas ni.atas alasan nak beli senjata untuk tutup mulut rakyat.bagi aku.aku lansung tidak memikirkan politik dalam perhimpunan 9 julai.tapi bagi aku, itu adalah suara rakyat meminta keadilan pada pilihan raya.katanya gunalah surat khabar atau tv untuk suarakan sesuatu.namun apa yang rakyat ada?hak apa yang mereka beri kepada rakyat untuk bersuara?

dari shahizan, 26 tahun

P/S : Siapa nak “publish” pendapat atau sebarang artikel ke blog Petua Kita Semua boleh hantarkan ke facebook atok di : 'Aiman Wahid' | Facebook

boleh bagi sebarang artikel atau gambar serta video untuk “publish” di blog Petua Kita Semua..

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0 YANG BERSEJARAH

semalam, 9/7/2011 adalah antara hari yang bersejarah buat malaysia..hari yang mana rakyat malaysia bangun melawan penindasan dan kezaliman terhadap pilihan raya yang dilaksanakan suruhanjaya pilihanraya yang juga “sebahagian” dari komponen Barisan Nasional

imagetarikh 9/7/2011 adalah hari pembelajaran baru buat anak muda kental semangat yang ingin menghirup udara demokrasi yang subur di malaysia..pembelajaran yang mustahil untuk dicari dimana-mana dewan kuliah di seluruh universiti mahupun kolej..proses pembelajaran yang memerlukan tekad, semangat dan menuntut pengorbanan yang tinggi..ramai mahasiswa turut sama menyertai himpunan aman tanpa merasa gentar dan takut untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih..mahasiswa sanggup menggadaikan nasib mereka di universiti dan usia muda mereka..malah, pemegang biasiswa pun tidak gentar walau percaya biasiswa mereka akan dilucutkan jika didapati menyertai himpunan aman Bersih..namun, atas kesedaran yang tinggi dan berani mahasiswa turut bersama rakyat.

sebelum ini..rakyat diugut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika himpunan aman bersih diteruskan..rakyat di ugut dengan berlakunya tumpah darah dan rusuhan antara kaum..kalau sesiapa yang turun sama, mereka akan tahu siapa yang memainkan isu perkauman dan agama ini..di himpunan tersebut, soal perbezaan agama dan kaum tidak menjadi topik malah langsung tidak difikirkan..dibenak setiap rakyat malaysia yang menyertai himpunan adalah soal harapan mereka untuk melihat 8 tuntutan Bersih terlaksana..

imageyang hairannya, pekedai-pekedai melayu ada yang menutup kedai kerana bimbang rakyat merusuh..namun, peniaga cina ada yang sanggup menjadikan premis mereka sebagai tempat berehat bagi mereka yang terkena gas pemedih mata dan tempat berehat sementara..malah, melayu pun di selamatkan oleh cina yang membawa masuk orang ramai ke lobi hotelnya supaya dapat berehat dan memberikan minyak zaitun untuk menghilangkan pedih mata..ini senarionya..

soal kaum,agama,dan umur bukan menjadi topik bila kita berjuang dengan ikhlas untuk menuntut keadilan dan hak! rakyat malaysia yang pelbagai kaum ditambah lagi etnik dari sabah dan sarawak datang ke Bersih dengan membawa harapan yang sama.  perbezaan agama pun tidak menjadi soal bila titik persamaan dalam perjuangan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih ditemukan..anak muda, mahasiswa sanggup menggadaikan usia dan masa depan mereka dan yang berusia pun bangkit sama dengan harapan yang besar untuk malaysia..inilah gerakan rakyat yang paling hebat di malaysia kerana walau ditekan dan ditindas sebegitu teruk, rakyat pelbagai agama,kaum dan umur tetap bangun melawan.."

“Salute” buat mereka yang berani kecuali Patriot sebab mereka turun kerana rakyat turun "BERSIH” bukannya atas dasar perjuangan..sekadar untuk menunjukan UMNO masih wujud..

kah..kah..kah..

nak tengok siapa yang join PATRIOT??

image

melayu ke ni?

asal mana?

baru dapat kad pengenalan ke?

nanti turun mengundi dacing ye?

kah..kah..kah..

rakyat malaysia tidak akan diperbodohkan lagi!!

lihat mereka yang BERSIH

image

image

ini baru rakyat malaysia..mamat PATRIOT 2 orang tu orang mana? hahahaha

dah la pilihanraya pun menipu..turun berdemonstrasi pun nak menipu?

sampai kiamat aku tidak akan izinkan rakyat ditipu oleh UMNO dan BN

tolong pasangkan lagu ni..atok tujukan khas buat rakyat malaysia..peace!

harapan atok kepada anak muda..jangan jadi seperti ini

x sukur

pandai-pandai la nilaikan

Khamis, 7 Julai 2011

DEKLAMASI SAJAK PELUDAH WARNA–A.SAMAD SAID

nampaknya sasterawan rakyat sudah berani dengan puisinya~

DEKLAMASI SAJAK OLEH A SAMAD SAID

Peludah Warna by A Samad Said

 

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

P/S : jangan lupa UNGGUN BERSIH dari A Samad Said : [TERSENTUH] DEKLAMASI UNGGUN BERSIH DARI A.SAMAD SAID | peTUA KITA semua

VIDEO : IKLAN BERSIH PALING LAWAK DI TV

tengok la..hahahha..iklan paling lawak

nampaknya kerajaan UMNO-BN sudah amat terdesak untuk menggagalkan BERSIH 2.0..bukan saja menggunakan media massa dan media cetak..malah, sekolah pun dipaksa untuk membuat aktiviti wajib pada hari sabtu ini untuk mengelakkan guru-guru dan ibu bapa turut serta dalam perhimpunan aman bersih

tambahan lagi, JPA telah mengeluarkan pekeliling baru yang melarang semua penjawat awam untuk hadir sama dalam perhimpunan tersebut..ini jelas menunjukkan kerajaan sudah mula rasa tergugat untuk mempertahankan pilihanraya yang kotor..sudah jelas pelbagai taktik kotor yang digunakan oleh SPR dan UMNO-BN dalam menentukan survival politik UMNO-BN..kalau benar UMNO menang dengan undi ikhlas dari rakyat, kenapa kerajaan menolak kesemua tuntutan BERSIH 1.0 yang lalu?

kalau nak tahu kenapa kerajaan UMNO-BN menolak BERSIH 2.0.. rujuk disini : BERSIH 2.0 DI STADIUM MERDEKA & ALASAN UMNO TOLAK BERSIH | peTUA KITA semua

Selasa, 5 Julai 2011

AGONG SETUJU BERSIH 2.0 DI STADIUM?

image

dipetik dari malaysiakini

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

sumber: BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium - Malaysiakini

hahahaha..kesian orang UMNO..terpaksa tunduk dengan warna kuning..hihihi..nampaknya, Agong pun sanggup berbincang dengan pertubuhan “HARAM” ni..tapi, atok agak sedih la sebab x dapat nak berpesta air dijalanan tahun ni..hmmm..

yang atok tengah fikir sekarang ni..PERKASA nak berhimpun kat mana..hahaha..puak2 gerombolan dah surrender xnk berdemo dengan alasan patuh pada titah Agong..sebenarnya, xde pun ahli UMNO nak turun demo..kah..kah..kah..setakat bawa budak sekolah berhimpun boleh la, tu pun kene bagi RM10.00

semalam, PERKASA umum nak turun sama mengacau BERSIH 2.0 (rujuk : Perhimpunan: Jika BERSIH buat, PERKASA teruskan – Malaysiakini) ..tapi, puak2 PERKASA ni belum minta izin polis pun lagi..malah, jumpa Agong pun tidak..BERSIH dah dapat perkenan Agong..nampaknya PERKASA bersorak la di stadium merdeka dengan labu-labunya 9/7 nanti..hihihi

dasyatnya, perang psikologi dan tuduhan terhadap BERSIH masih wujud walaupun Agong dah bersetuju dengan BERSIH tentang beberapa perkara dan ini menunjukkan sikap terdesak UMNO dan Najib dalam meraih kepercayaan rakyat setelah Agong bertitah supaya Najib bersikap adil..kih3..

dipetik dari malaysiakini

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

sumber : Iktibar kepemimpinan tulen untuk Najib – Malaysiakini

najibnamun, najib kelihatan amat terdesak apabila memberikan respon yang menjatuhkan maruah dan kepimpinannya sendiri kerana termakan hati dengan teguran Agong

dipetik dari malaysiakini

Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu:

“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah”

Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.

sumber : Iktibar kepemimpinan tulen untuk Najib – Malaysiakini

malah, BERSIH terus diburukkan oleh media PRO-UMNO walau Agong bersetuju dengan BERSIH atas beberapa syarat..rakyat terus ditakutkan dan dimomokkan dengan himpunan ini..ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak inginkan pilihanraya yang bersih selaras dengan hasrat Agong yang ingin melihat demokrasi sihat hidup subur di malaysia..

atok : setuju sangat la bila Agong pun dah setuju dengan BERSIH..rakyat bukan nak jumpa fru dan najib pun..rakyat nak minta perkenan Agong..harap-harap Agong turut sama hadir di stadium dan memakai baju kuning pada 9/7 nanti..

UMNO dah terdesak gila babi..polis dan fru tengah meroyan sebab x dapat nak lawan rakyat, Agong dah setuju dengan BERSIH..hihihi..baca berita dibawah

x taw la kalau pakai baju BERSIH 2.0 dan baju warna kuning pun kene tangkap sebab Agong dah bagi lampu hijau..kalau polis tangkap jugak INI NEGARA POLIS!!!