Selasa, 28 Jun 2011

[TERSENTUH] DEKLAMASI UNGGUN BERSIH DARI A.SAMAD SAID

DARI SEORANG FALSAFAH, TERCETUSNYA REVOLUSI
bersolidariti bersama Unggun Bersih -A samad said

unggun bersih yang dideklamasi oleh A samad Said :

Unggun Bersih by A Samad Said

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

imageUnggun Bersih

Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu. — samadsaid.wordpress.com

hayati dan fahami..amat tersentuh dan ini amat menakutkan UMNO-BN...hahaha
wahai ahli falsafah dan ahli sastera negara..cukuplah lakarkan cerita cinta dan seluar dalam..itu akan kita sebut-sebutkan diwaktu lain
kala ini, rakyat amat rindukan syair dan puisi "kerakyatan"..
hidup sastera untuk kebangkitan rakyat!!

usah dilayan pengkhianat rakyat yang suka rakyat dibodohkan dengan angan-angan yang menjulang awan

hidup A samad Said!! berita dibawah ni macam mana ye? bahaya sangat ke puisi ni??

BERSIH 2.0: A Samad Said, Ambiga dan Ibrahim disiasat – Malaysiakini

Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata' – Malaysiakini

BAHAYA PADA UMNO-BN..hahahaha

daripada seorang FALSAFAHlah, tercetusnya REVOLUSI

Comments
2 Comments

2 ulasan:

Fadzmie Mohamad berkata...

Go Pak Samad. Tiada batas yang tetap untuk bersastera.

# epic win! sila serang pawagam berdekatan! #

FARISZ@AZ.Com berkata...

Pena mampu menjadi lebih tajam dari bilah pedang , lebih panas dari api yang hitam dan lebih bergelora dari ombak Tsunami.