Memaparkan catatan dengan label gambar terbaru himpunan bersih 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar terbaru himpunan bersih 2. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

BEZA ANTARA RUSUHAN DI LONDON DAN PERHIMPUNAN AMAN BERSIH

imageimage

Salam..mungkin buat masa sekarang..mereka yang anti perhimpunan aman Bersih akan menggunakan dalil rusuhan di london untuk mengharamkan tindakan rakyat yang turun ke jalanraya bagi menyokong 8 tuntutan Bersih 2.0..

namun, jauh bezanya..hehehe..buat sesiapa yang ingin berhujah dengan mereka yang anti Bersih ni..boleh menggunakan hujah dibawah sebagai sokongan..

* Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;

* Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong BERSIH 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;

* Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;

* Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;

* Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;

* Di KL, penyokong BERSIH 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;

* Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;

* Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta BERSIH 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.

* Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.

* Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.

P/S : demonstrasi patriot pun lagi merbahaya dari rusuhan dilondon..sebab menggunakan kepakaran dari luar negara untuk melawan Bersih..mana ketuanan melayu hishamuddin keris?

image

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

P/S : tolong SHARE dekat mamat dan minah UMNO, PERKASA, PESILAT WHEELCHAIR

Isnin, 11 Julai 2011

SURAT DARI PEMERHATI BERSIH 2.0

image

surat yang dihantar kepada atok petang tadi dan minta atok publishkan di blog atok..

atok boleh publishkan pendapat ini di blog.kawan saya minta.

ade orang terpekik bilang peserta perhimpunan kotorkan kota raya.selepas lihat semua video dari berita luar negara dan dari orang awam sendiri.aku membuat kesimpulan mudah.yang mengotorkan banda raya dan menyebabkan kerugian adalah polis sendiri.100 juta rugi kenapa?depa pakai water canon dengan asap pemedih mata tu.tu semua duit rakyat.depa seronok ha kata macam tu.depa senang nak ratah duit rakyat lepas ni.atas alasan nak beli senjata untuk tutup mulut rakyat.bagi aku.aku lansung tidak memikirkan politik dalam perhimpunan 9 julai.tapi bagi aku, itu adalah suara rakyat meminta keadilan pada pilihan raya.katanya gunalah surat khabar atau tv untuk suarakan sesuatu.namun apa yang rakyat ada?hak apa yang mereka beri kepada rakyat untuk bersuara?

dari shahizan, 26 tahun

P/S : Siapa nak “publish” pendapat atau sebarang artikel ke blog Petua Kita Semua boleh hantarkan ke facebook atok di : 'Aiman Wahid' | Facebook

boleh bagi sebarang artikel atau gambar serta video untuk “publish” di blog Petua Kita Semua..

Ahad, 10 Julai 2011

LAWAK : DI BANGLADESH PUN ADA PATRIOT!

banglapatriot

mesti ramai yang terkejutkan bila baca tajuk post entry atok kali ni..pasti ramai yang tidak percaya..yang orang ramai tahu, BERSIH 2.0 sudah jadi internasional bila ramai rakyat malaysia di luar negara turut sama berhimpun di negara tumpangan masing-masing untuk menyokong 8 tuntutan BERSIH.

namun, tiada siapa tahu bahawa PATRIOT pun telah menjadi badan internasional apabila PATRIOT turut disertai oleh rakyat bangladesh..ini adalah pencapaian yang amat baik bagi penyokong tegar UMNO kerana warga bangladesh ini akan menjadi warga melayu yang sejati dan menyokong penuh ketuanan melayu..maka, kata-kata pendekar Hang Tuah, “tidakkan melayu hilang didunia” menjadi realiti kerana warga melayu boleh di import seperti mana malaysia terpaksa mengimport seluar dalam bersaiz XXXL untuk “big momma”

ok..xpe kalau x caya cakap atok bahawa mamat bangla ni penjaga ketuanan melayu sejati..baca berita ni

Patriot ikrar pertahanan kedaulatan negara

Kumpulan Patriot akan sentiasa tegas dan tidak berkompromi ketika berdepan cubaan menggugat kedaulatan negara oleh puak penderhaka, kata pemimpin kanannya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Abdul Azeez, yang ditahan bersama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ketika

Patriot membantah perhimpunan jalanan di Bukit Bintang semalam, berkata tindakan kumpulan itu bukanlah semata-mata mahu menyertai demonstrasi jalanan, sebaliknya sebagai satu protes terhadap pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dalam negara.

berita penuh : Patriot ikrar pertahanan kedaulatan negara - Malaysiakini

bangla ini sanggup mempertahankan tanah air kita! salute buat mereka

sekian dulu dari atok..kita tengok gambar live dari bangladesh..

bangla umno

Selepas demostrasi BERSIH , maka Najib pun buatlah panggilan kepada KPN.

Najib: Terima Kasih, Tan Sri, you telah uruskan dengan BERSIH, cekap amanah.

KPN: Ini hal kacang putih, kami tangkap 1600 orang dari jumlah 300,000, yang 298,400 terlepas.

Najib: prestasi Cukup cemelang.

KPN: Tapi kami sudah tangkap pemuda umno seramai 20 dari 300, didapati tahu bahawa antara 280 adalah mamak dan Bengala.

Najib: Yang Bengala itu ada kad pengenalankah?

KPN: Semua kerja kontrak dan PTI. macam mana nak uruskan.

Najib: Hantar mereka ke pejabat JPN dan berikan kad penegnalan, lain kali mereka layak jadi pengundi.

KPN: Yes boss, ikut arahan , kami akan uruskan.

sumber : Photos from Road To PutraJaya | Facebook

P/S : x salah nak berlawak kan? esok dah kerja..pasti tension..kalau tension boleh layan blog atok..nanti atok akan ceritakan satu persatu cerita lawak, geram, sedih dan teruja di blog petua kita semua..

kalau kawan di pejabat tu boring-boring masa kerja..boleh la bergelak ketawa dengan post ni..kah..kah..kah..