Memaparkan catatan dengan label jerawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jerawat. Papar semua catatan

Ahad, 28 November 2010

PETUA HILANGKAN LINGKARAN BAWAH MATA..

hik3…meti cucu ada masalah ni kan? atok pun sama..sejak berusia ni..makin banyak hitam-hitam kat bawah mata tu..dah jadi macam lingkaran api pasifik pulak..hohoho..camne nak hilangkan benda ni yep?

image

atok pun xtaw camne nak hilangkan..harap-harap dapat pandangan dari cucu…tapi tadi..atok ada pusing kat internet..terjumpa pasal nak hilangkan lingkaran hitam tu..apa petuanya tok? hehehe..jom tengok…

Khamis, 11 November 2010

PETUA HILANGKAN JERAWAT

ini la jerawat tu..amacam??


petang ni atok nak cerita sikit pasal jerawat..ye la..masa remaja ni la kene jaga kulit muka...tp masa remaja juga la jerawat naik...aish...camne ni..."aku nak pikat girlfren@boyfren, tapi muka dah macam kulit biawak" keluh cucu2...hahaha..bukan cucu yang tengah baca entry atok ni la..cucu lain..hehehe..jangan salah faham..

bab jerawat ni satu masalah..sebenarnya ia berpunca dari ketidakstabilan hormon dalam badan cucu2 apabila menigkat dewasa..satu lagi disebabkan kurangnya penjagaan wajah serta masalh peluh dan muka berminyak..

yang atok nak pesan..JANGAN PICIT JERAWAT MENGGUNAKAN KUKU..sebab di kuku cucu tu ada banyak kuman..soo, kuman tu akan memasuki tempat jerawat yang dipicit seterusnya menyebabkan jerawat bertambah..ini FAKTA bukan FATWA...hehehe..satu lagi..selalu basuh muka..supaya sentiasa bersih...

satu lagi yang atok penah cuba..try pakai bende yang kaler biru tu..atok pun xtaw ape namanya..dia mcam plastik, tp bukan plastik..guna benda tu, tuk cuci kan muka dari minyak..camne atok taw? atok taw sebab masa sekolah dulu atok penah selongkar maja pompuan..hahaha..jahat atok ni..pastu jumpe bnde tu lam kotak kecik..atok pn tnye la tuannya..dia ckp buat sapu muka la...hampeh~~..atok igt pe..atok pun amik satu..hahaha..sape2 taw nama benda tu bgtaw atok..letak url gmbrnya skali..atok akan bg reward..

kalau nak petua lain..klik kat SINI

Selasa, 9 November 2010

PETUA KECANTIKAN WAJAH


Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya in an instant!

Caranya :

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
(kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!

CREDIT TO : CIK PUAN CANTIK NI..

p/s : aku x penah cuba pun..hehehe..bersyukur dengan papa yang ade..alhamdulillah..tp kebersihan kene la jaga..hahaha

Sabtu, 6 November 2010

Menghilangkan Jerawat


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Menghilangkan Bekas Jerawat


Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Hilangkan Jerawat Halus


Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar


Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil

Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..

letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..

hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…

selamat mencuba…