
atok pun xtaw camne nak hilangkan..harap-harap dapat pandangan dari cucu…tapi tadi..atok ada pusing kat internet..terjumpa pasal nak hilangkan lingkaran hitam tu..apa petuanya tok? hehehe..jom tengok…
Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda;
1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.
benda ni atok salin dan tampal dari sebijik blog..atok saja nak share ngan cucu..mungkin cucu ada masalah ni kan? sebab tu atok kongsi..pape pun atok nak cuba..hehehe..tapi ada cara satu lagi taw…camne ye?

letak hirisan timun di bawah mata…lepas tu makan timun tu..hahaha..xde la membazir kan? tol x?
cara lain lagi??

alamak..macam nak save budget je..boleh jalan ke lau letak uncang teh yang dah diguna?? kalau letak tomato tu…boleh jadi cantik ke kulit? selalu yang atok dengar, makan tomato boleh cantikkan kulit..bukan letak tomato atas kulit atau muka…hmm…macam2…
cucu taw x cara lain yang boleh dipraktikkan? tolong share ye…huhuhu..mata atok dah macam kene tumbuk je..sebab besar sangat kehitaman tu..huh!