Khamis, 7 Julai 2011

DEKLAMASI SAJAK PELUDAH WARNA–A.SAMAD SAID

nampaknya sasterawan rakyat sudah berani dengan puisinya~

DEKLAMASI SAJAK OLEH A SAMAD SAID

Peludah Warna by A Samad Said

 

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

P/S : jangan lupa UNGGUN BERSIH dari A Samad Said : [TERSENTUH] DEKLAMASI UNGGUN BERSIH DARI A.SAMAD SAID | peTUA KITA semua

VIDEO : IKLAN BERSIH PALING LAWAK DI TV

tengok la..hahahha..iklan paling lawak

nampaknya kerajaan UMNO-BN sudah amat terdesak untuk menggagalkan BERSIH 2.0..bukan saja menggunakan media massa dan media cetak..malah, sekolah pun dipaksa untuk membuat aktiviti wajib pada hari sabtu ini untuk mengelakkan guru-guru dan ibu bapa turut serta dalam perhimpunan aman bersih

tambahan lagi, JPA telah mengeluarkan pekeliling baru yang melarang semua penjawat awam untuk hadir sama dalam perhimpunan tersebut..ini jelas menunjukkan kerajaan sudah mula rasa tergugat untuk mempertahankan pilihanraya yang kotor..sudah jelas pelbagai taktik kotor yang digunakan oleh SPR dan UMNO-BN dalam menentukan survival politik UMNO-BN..kalau benar UMNO menang dengan undi ikhlas dari rakyat, kenapa kerajaan menolak kesemua tuntutan BERSIH 1.0 yang lalu?

kalau nak tahu kenapa kerajaan UMNO-BN menolak BERSIH 2.0.. rujuk disini : BERSIH 2.0 DI STADIUM MERDEKA & ALASAN UMNO TOLAK BERSIH | peTUA KITA semua