Khamis, 17 Mac 2011

PEREMPUAN : NOVEL DAN DRAMA

malam ni atok nak buka topik pasal perempuan..kalau ade cerita best lagi pasal perempuan akan atok tokok tambahkan..

atok hairan la..kenapa eh..ramai sangat perempuan suka baca novel dan tonton drama..bukan maksud atok nak menidakkan golongan lelaki x baca novel mahupun tengok drama..tapi, kenapa sebilangan besar perempuan suka sangat buat dua benda tu jadi tabiat..huh!

biasanya atok keluar jalan-jalan naik kenderaan awam la..macam LRT, Komuter, Bas dan teksi jarang-jarang sekali..kalau naik bas je, mesti ada perempuan yang baca novel..kecuali naik bas ekspres masa nak balik kampung pada waktu malam..diorang x boleh nak baca sebab gelap dan x boleh buka lampu..padan muka!!

yang atok geramnya dengan spesis XX ni..bila “time” dia baca novel tu, khusyuk gila..sampai atok kat sebelah pun diorang boleh buat derkkk je…damn! nak marah pun ade..bukannya atok nak cakap yang atok ni sehensem shah rukh khan atau sefemes lee chong wei sampai nak minta tanda tangan di dada korang..tapi, tegur la..”hai, boleh berkenalan”..tegur macam tu kan sejuk hati atok memandang..ni x..sombong je..huhuhu..sombong tu satu hal..baca novel macam dia sorang je pandai mengeja..

image

ini satu lagi tabiat yang atok x berapa nak berkenan..pasal drama..x kisah la, drama melayu, korea, jepun, latin..semua sama je..mentebabkan perempuan ni macam terkena satu sindrom je..kalau masa atok kecik-kecik dulu..atok ingat lagi, mama atok, kalau bila dah balik sekolah terus suruh atok buka TV3..”aiman, buka TV3 cepat, mama nak tengok Rosalinda”..atok pun dengan menurut perintahnya membuka la TV3 yang sedang melalut x tentu pasal tentang Rosalinda..memang atok agak rasis dengan telenovela Mexico masa tu..kalau x silap atok, telenovela tu main tahun 1999..kadang-kadang atok join sekaki jugak..hahaha..sebab pelakon memang lawa-lawa..mantop lah!

yang atok peliknya, macam mana satu sekolah tempat mama atok mengajar tu boleh bercerita pasal Rosalinda tu..kalau di kantin, nampak je cikgu perempuan tengah makan, mesti ada jugak mengumpat pasal Rosalinda ni..x pasal-pasal si Rosalinda tu dapat pahala free..sampaikan, kalau x boleh tengok 1 episod je dah mengigau igau malam tu..

nasib baik la sekarang dah maju, kalau x sempat nak tengok di TV pun, boleh lagi tengok di TONTON TV3 tu..xpun download je terus..berlambak-lambak cerita dan drama kat lam internet..

masalah baru pulak datang..perempuan-perempuan masakini lebih suka bercerita pasal drama koren dan jepun..dari bercerita soal keselamatan negara, pasal status ekonomi malaysia atau pasal kemiskinan tegar di bandar dan desa..kenapa la diorang x penah fikir macam mana nak bangunkan masyarakat? kan itu lebih bagus dari bercerita pasal My Girl atau Boys Before Flower..

hairan betul atok sekarang ni..kenapa la orang perempuan suka baca novel dan tengok drama..sapa-sapa ada jawapan x?

Rabu, 16 Mac 2011

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ATOK DAH BER”ISTERI”~

test4

gambar yang masuk contest edit gambar..tapi kalah

hahaha…mesti ramai yang terkejutkan? mesti ada jugak yang mengeluh..huh! kenapa la atok ni x pilih aku..hahaha..*perasan

sebermula ceritanya sebegini..pagi tadi, mata air atok ajak atok pergi hospital..katanya sakit..atok dah taw pun dia sakit, sebab malam tu dia ada muntah-muntah, pening-pening dan sesak nafas..maka, sebagai teman lelaki yang bertanggung jawab, atok pun dengan tanpa segan silu teman la mata air atok ni pergi hospital..

hospital mana? Hospital Kuala Lumpur je..hihihi

sampai je di hospital, jumpa la seorang doktor ni..dia tanya mata air atok, sakit apa? mata air atok cerita la, muntah-muntah, bla2..semua bagai la ada..apa doktor tu jawab??? awak ni dah kahwin ke belum??

WTH..woitttt…agak2 la nak tanya soalan pun..atok dah agak dah, mesti doktor tu pikir bukan-bukan..dah la masa tu nurse tu dah tengok semacam je..celaka tol..kitorang masih suci lagi la..

maka, dengan menurut perintahnya..mata air atok pun pergi la buat urine test..dalam hati ( kalau positive??) hohoho..takot jugak..dah la duk sumpah seranah kat doktor tu..hihihi..mana la taw kan..tiba-tiba kena bala or what..x sampai sejam kemudia..dapat la keputusan..NEGATIVE!!!

nah ko!!!!( doktor & nurse) tadi..hihihi…then. kene jumpa doktor tadi balik..padan muka..fitnah la lagi atok yang masih teruna nih..hihihi…dosa tuh…rupa-rupanya…hmmmm….mata air atok kene masuk wad..laaaaaa…keciannya..meh atok teman ye sayang…hihihi

kene jumpa jururawat lain pulak lepas tu, sebab nak daftar masuk wad..masa nak daftar tu la lawak bermula..bila atok ketuk pintu nak masuk dalam bilik tu, nurse tu cakap…”suami tunggu kat luar ye”…kah..kah..kah..”saya masih teruna”, hati atok berkata-kata..masa tu, atok tersenyum simpul malu..haish…ada jodoh kot…

lepas tu, atok hantar la mata air atok ke wad..sampai dalam wad..ada sorang lagi doktor perempuan buat lawak..atok duduk la sebelah mata air atok tu..doktor tu tnye mata air atok “ puan ye?”…hahahaha..tergelak sekali lagi atok..atok pun cakap la.”kami kawan”…lepas tu boleh pulak doktor tu tanya “ awak nak dengar ke saya nak soal kawan awak ni?..lepas tu saya nak buka baju dia nak periksa perut dia”

ala…malu la doktor..cakap je la..”boleh adik keluar sebentar”…hihihi..atok yang dah faham ni dengan machonye cakap “ ye, saya tunggu kat luar”..lepas tu atok tunggu je kat luar wad..

dan sekarang..mata air atok tidur sorang-sorang je kat hospital..nak buat camne, orang lelaki x boleh teman pesakit perempuan di wad perempuan walaupun suami dan adik beradik..kecuali untuk bilik kelas satu..tapi, xde duit la nak duduk kelas satu..lagi pun, parent mata air atok tu keje sendiri je..huhuhu

buat mata air atok : sabar je la ye sayang..kalau abang jadi suami ayang pun belum tentu boleh teman ayang tidur dekat wad malam ni..inikan pula yang masih berstatus “kawan”…hihihi..petang esok abang pergi temankan ye..sabar..jaga diri elok-elok..tido malam ni jangan buas-buas..nanti jatuh katil..hik3…

buat doktor & nurse : tq sebab fikir atok ni suami kepada mata air atok..harap-harap la tu doa yang jujur dan ikhlas dari anda semua…hahaha

buat nurse pelatih di wad : jaga mata air atok elok-elok..awak ni lawa la..minta facebook..hahaha…*kalau mata air taw mesti dia marah..

mata air : gurau je la sayang….hihihi

x sabar rasanya nak kahwin..hik3..mesti syok jadi suami dan

buat doktor first check : dapat jadi bapa ( tangan ke bahu, mata pandang ke atas) sekaligus…