Isnin, 14 Mac 2011

TSUNAMI JEPUN : KARTUN ULTRAMAN BERITA HARIAN DIKECAM

Dipetik dari malaysiakini

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.
entry asal : http://www.malaysiakini.com/news/158502

KOMENTAR ATOK :

agak kurang beradap pelukis kartun ni kerana tidak terasa sensitif atas apa yang berlaku kepada mereka yang terkorban dan mengalami bencana..ini juga, kesilapan pihak berita harian kerana tidak menapis secara terperinci akhbar tersebut sebelum dicetak dan diedarkan kepada orang ramai

walaubagaimanapun, pihak berita harian telah memohon maaf secara terbuka melalui kenyataan penuh di berita harian :

Berikut adalah kenyataan penuh Berita Harian:

Merujuk kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

lain kali jangan nakal-nakal lagi~



PERMOHONAN AWEK DITUTUP

tadi atok ada post satu entry ([HOT] BORANG PERMOHONAN MENJADI AWEK KINI DIBUKA!!! | peTUA KITA semua) mengenai permohonan untuk mana-mana perempuan tuk jadi awek kn? huhuhuhu..

tapi, atok kena marah dengan budak mucuk ni..huhuhuhu

Picture0453

cuba teka siapa ni? hihihihi…dia la marah2 atok tadi..

mesti dia jelez..hihihi..cian kat dia..maaf ye sayang….

ini la mata air atok..buat kali kedua gambar dia ada lam entry blog ni..hik3..

atok xde niat pun nak cari yang lain..saje nak gurau2 dengan cucu-cucu perempuan..tapi, dia terasa kecik hati..huhuhu

maaf ye sayang..love u..hik..

*malu la plak…

maka dengan ini..sesiapa yang dah isi borang permonan tadi diminta buang la borang tu ye..maaf~