Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2011

[LAWAK] TESTIMONI GELANG BERKUASA AC

atok lepak di tweet #kuasagelangAC tadi..memang lawak..kah3..

image

disebabkan ac masuk UMNO dengan gelang berkuasanya..tweet tentang testimoni gelang ac berlambak-lambak keluar..antara yang paling best

    • dulu bdn saya keding. dgn #kuasagelangAC saya kembali tegap seperti @remy_ishak
    • Dulu saya ada lima orang awek,sekarang saya ada lapan orang awek single handedly. Terima kasih #kuasaGelangAC - @amirsyafiq
    • Aku nak simpan air tu dalam badan 2 hari - ini makanan terakhir tu - kopi dan karipap - dgn #kuasagelangAC - ia x akan jadi najis.
    • RT @fahmi_fadzil: I can already see Utusan's headline tmrw: "Perkasa pertahan hak Melayu dengan #kuasaGelangAC"
    • Umur sudah lanjut tetapi ingin berbini warga arab? #KuasaGelangAC adalah jawapannya
    • Haha RT @fahmi_fadzil: Sebenarnya Saiful telah dpt menahan ahem nya selama 2 hari kerana #kuasaGelangAC
    • Dengan #kuasagelangAC, ada baiknya kerajaan menimbang balik cadangan 50mil untuk myemail. Jimat 23juta n rakyat juga gagah!"
    • Nak terer english? Gunalah #kuasagelangAC komfem u sound silly when you speak in Malay
    • @anwaribrahim patut pakai gelang AC. InsyaAllah dengan #kuasagelangAC dapat menang kes – @AyamDanBabi
    • dengan #kuasagelangAC minggu ni gaji masuk. bole shopping dan beli gelang baru untuk tambahkan #kuasagelangAC - @meerkatofkl

hahaha..agak nakal la testimoni gelang ac nih..dari pasal kuasa gelang hingga ke kes anwar ibrahim dan email 1 malaysia najib..semua ada..hahaha

nak layan tweet testimoni gelang ac terbaru?? tengok pada url ni : http://twitter.com/#!/search?q=%23kuasagelangAC

Sabtu, 19 Mac 2011

TIKET KE ANGKASA LEPAS ELAK KIAMAT

ini bukan cerita dongeng..ini cerita  bukan lawak..ini serius..ini bukan mainan..

bahawasanya kiamat akan berlaku pada bila-bila masa sahaja..ini adalah fakta yang x dapat disangkal..namun, bilakah tarikh sebenar kiamat akan berlaku, itu masih menjadi misteri..

namun, setelah bermacam petanda-petanda kiamat akan berlaku sudah muncul, maka, segelintir manusia mula menjangkakan bahawa kiamat kemungkinan akan berlaku pada tahun 2012..kalau ini benar?

memang x benar..hahaha..sebab hanya ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI..

manusia hanya merancang dan menjangka sahaja..

jika ada tarikh jangkaan, mesti ada cara untuk selesaikan masalah kiamat ni..kan?

teeeeet……SALAH…memang xde cara..bila kiamat berlaku..semuanya akan hancur..x perlu nak lari jauh2…tunggu saja balasan dari ALLAH atas perbuatan kita..

tapi………

ada orang nak berniaga atas kejadian kiamat ni..peniaga ni nak bawa umat manusia ke planet lain sebelum kiamat berlaku…

kejap…kah…kah..kah…lawak bodoh ke ni? kalau masuk raja lawak 6 lepas ni..komfem menang..serius, ini memang lawak paling lawak selawak-lawaknya..kah..kah…kah…

x nk percaya ada lawak ni? nah buktinya

image

mesti ada yang x percaya lagi kn? nak lagi?

image

siap kene ada pasport dengan ID card bagai..hahaha..benda ni sume macam IC la..nanti baru boleh berumah tangga kat planet baru tu..

image

yang x tahan tu..ada 2 pakej..cucu boleh la pilih yang mana cucu nak..pasal pekej tu..cucu tengok sendiri la ye..jap agi atok kasi link ke website tu kat bawah skali..

harganya murah je..pekej pertama : 24.49 USD is equal to: 74.548 MYR (Exchange rate: 3.04400)

pakej kedua : 44.99 USD is equal to: 136.950 MYR (Exchange rate: 3.04400)

memang murah..kalau macam ni..nanti dah kahwin..atok nak ajak isteri atok tu honeymoon kat bulan…hahahha..xpun, kat planet baru ke…

sape nak tempah boleh klik kt sini : Escape Earth 2012 Tickets

kalau macam ni..boleh la bawa rakyat jepun yang kene tsunami tu ke planet baru..kesian kat diorang..lari dari negara kerana radiasi..

Jumaat, 18 Mac 2011

TSUNAMI JEPUN : KALIMAH BISMILLAH SEMASA KEJADIAN

Bismillah…simple, tapi bermakna buat semua muslim..

kalau baca tajuk pun dah tahu apa yang atok nak ceritakan kan? mesti ramai yang cakap..”alah, asal jadi je benda pelik, mesti ada teori-teori macam ni”..”dulu, masa tsunami di Acheh pun ada jugak berita pasal ni”

atok pun pelik jugak..macam mana la ada orang boleh cari kalimah ALLAH, Muhammad atau kalimah-kalimah yang lain semasa kejadian alam atau sebarang bencana atau nikmat yang Allah kurniakan?

adakah kita perlu mencapai imiginasi ke tahap tertinggi untuk nampak semua tu? atau, atok masih lagi belum mencapai keimanan yang cukup untuk melihat kebesaran tersebut?

kalimah-kalimah yang atok nampak, semuanya yang telah ditunjukkakan oleh orang lain..x caye? cuba cucu-cucu cari kalimah Bismillah dalam gambar ni..

image

kalau kecil, klik untuk besarkan

nampak x? sila lah cari sampai jumpa kalimah Bismillah tersebut..kadang-kadang atok pelik…macam mana la orang lain boleh nampak..tapi atok x nampak pun..dikatanya, kalimah tersebut terhasil dari susunan kereta berhampiran asap tebal tu..

nampak x? kalau x nampak..tengok skali lagi gambar ni..gambar yang sama

image

x nampak jugak..jom tengok kalimah tersebut setelah diselidik dan di kaji oleh orang-orang yang nampak..

image

dah nampak? adakah ia satu kebetulan? atau satu khayalan? adakah ini satu perkara yang telah dirancang?

hanya ALLAH yang MAHA BERKUASA dan MAHA MENGETAHUI..

mungkin selepas ini ada gambar lain pulak dalam asap tu…hihihi..

jom perhati ramai2..biar terkeluar biji mata..

kalau rasa pening-pening, boleh betulkan balik otak tu dengan entry ni : TEST OTAK CUCU SEKALIAN.. | peTUA KITA semua

Selasa, 15 Mac 2011

[LAWAK] SAMAN EKOR PERBUATAN HARAM

hahaha..hari ni atok nak gelak puas-puas..sebab hari ini atok jumpa lawak paling seram dan amat melucukan..hahaha..nak baca lawak tu?

lawak pasal saman ekor je..tapi, memang betul-betul lawak..ini lawak seantero dunia..Mr Bean pun x boleh lawan..baca la ye..pastu gelak puas-puas..kah..kah..kah..

Lelaki uzur kena saman

ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam.

BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.

Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi.

artikel asal dari Kosmo online : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

inilah lawak paling lawak di seantero dunia..pakcik yang uzur ni pun kene saman ekor kerana pandu laju..dah la kesalahan pandu laju..yang lebih kelakarnya tu, macam mana Honda 70cc ni boleh bertukar menjadi 90cc-250 cc?

oitt penyamun penyaman…culup la nak bodohkan rakyat..

HAPUSKAN SAMAN EKOR!!

artikel mengenai mengenai saman ekor : KASE – Saman ekor tidak sah  , Kase terus desak hapus saman ekor — HarakahDaily

Sabtu, 5 Mac 2011

[ALI RUSTAM MB MELAKA] KARI BIAWAK DISANGKA AYAM

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

image

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'

"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.

http://www.malaysiakini.com/news/157727

bersyukur dengan apa yang cucu makan pada hari ini..atok bukan nak mengulas mengenai politik, tetapi ingin mengajak cucu bersyukur dan ingat bahawa masih ada rakan-rakan kita yang miskin dan tidak mampu makan dengan sempurna.. 

macam mana agaknya rasa kari biawak eh? uweeek..hohoho

image

KOMEN MENGENAI RASA BIAWAK : » Weird Food Series 8: Cobra (Naja naja) & Biawak (Varanus indicus) Michelle Walewangko’s Fave Things

  • Kita pesen: Cobra (15ribu), Biawak (20ribu) sama Monyet (40ribu), semuanya digoreng. Kita makan tanpa nasi, karena sebelumnya udah begah abis makan di Sushi Tei dan Haagen Dazs PS, jadi niat ke sini icip2 aja ngemil gitu.
  • recommended at all. Dagingnya agak2 amis gitu, yieekss…walao sama2 digoreng kering tapi taste-nya gak enak. Entah bumbunya yg laen atau emang karakter dagingnya gitu. Gw sih sekali ini aja dah, gak mau lagi. Si PB aja gak abis makannya, Cuma coba sekali trus stick to the snake. Sisanya mao gak mau gw yg abisin..hehehhe..gak doyan blaz pun bisa abis ternyata..daripada mubazir gitu sayang udah dibeli..

agak memualkan la..nak tido je lah..huhuhu

Dunia Aku Ibu Muda: Ketagih join Contest atau GiveAway?

mata LENSA: KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

[GAMBAR] BATU TERAPUNG ITU PALSU

pernah x cucu tengok gambar ini? yang mengkaitkan kekuasaan Allah dengan batu yang boleh terapung

image

sebenarnya gambar tu adalah palsu semata-mata..gambar tersebut telah di edit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..bukan untuk menidakkan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi kita hendaklah jujur dan ikhlas untuk menyatakan kehebatan dan kebesaran Allah..

gambar sebenar tersebut ialah :

imageimage

nampak x ada macam tongkat dibawah batu besar tu..hmmm..macam-macam la manusia sekarang ni..sengaja menggunakan photoshop semata-mata untuk kepentingan indivudu sahaja..

atok pun pernah nak sebarkan benda ni..tapi, nasib baik dapat tahu pasal penipuan ni terlebih dahulu..

*p/s : bagitaw kawan2 yep..

Selasa, 1 Mac 2011

BOB LOKMAN BANTU KEMPEN PAS DI PRK KERDAU

image

dipetik dari malaysiakini :

Setelah muncul di Merlimau sebelum ini, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini turun ke Kerdau dengan misi memenangkan calon PAS Hassanuddin Salim.

Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga mendedahkan beberapa kali terlibat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi membantu calon BN dan dibayar antara RM2,000 hingga RM3,000 ribu.

Bob juga berjenaka dengan menyentuh pelbagai perkara, antaranya bertanyakan penonton sama ada calon BN bernama "Side Effect" (kesan sampingan) dan tidak akan percaya lagi pada Datuk Seri Najib Razak walaupun walaupun perdana menteri berucap "dengan golek kepala".

bagus la..bob lokman dah insaf dan mendekati agama islam..tapi, ada jugak yang x seberapa setuju bila bob lokman ini terjun ke arena politik..apatah lagi politik pembangkang..huhuhu..

tapi atok ok je..hihihi

pendapat cucu lak camne? ok x bob lokman ni masuk politik? ada nak bagi komen?

BERITA PENUH : Bob Lokman berkempen di Kerdau pula

AWAS! FACEBOOK TIRUAN BERBAHAYA

image

atok terjumpa benda ni dalam laman FACEBOOK yang betul..tajuk artikel tu : Protect Yourself Against Phishing

rupanya bahaya jugak facebook tiruan ni..admin facebook tiruan ni dapat informasi mengenai email dan password facebook kita yang sebenar..apa yang bahayanya, pisher(yang buat  kerja jahat ni) akan menggunakan email kita untuk hantar atau edar sebarang spam, virus dan lain2 lagi..malah, ada yang hantar mesej berunsurkan porno kepada rakan-rakan kita..hurmm…

macam mana nak elak jadi mangsa pishing ni ek?

  • Gunakan up-to-date pelayar yang memaparkan sebuah senarai hitam anti-phishing. Beberapa contoh termasuk Internet Explorer 8 atau Firefox 3.0.10.
  • Gunakan login dan password unik untuk setiap website yang anda gunakan.
  • Semak untuk melihat bahawa anda login dari laman Facebook yang sah dengan domain facebook.com.
  • Berhati-hatilah dari setiap posting, mesej atau link anda dapati di Facebook yang kelihatan mencurigakan atau memerlukan login tambahan.

Menjadi peminat Facebook Security Page untuk  lebih lanjut tentang ancaman baru serta maklumat bermanfaat tentang cara melindungi diri anda secara online.

Ahad, 27 Februari 2011

[18SG] GAMBAR-IBU MAKAN ANAK SENDIRI

image

huh..tajuk memang power habis..ada ke ibu makan anak sendiri? sedangkan haruan betina x makan anak walau ada peribahasa mengatakan haruan makan anak..mungkin x makan kot..nak selamatkan anak dia dari musuh n mak dia letak dalam mulut..kan2? betoi x?

tapi lain pula jadinya pada manusia..ada jugak manusia yang sanggup makan manusia..bagi sesipa yang x boleh tengok dinasihatkan pejam mata..huhuhuhu

image

image

kan atok da cakap..huhuhhu..atok suh pejam mata xmo dengar..

kredit gambar untuk BORAK KOSONG..

ENTRY ASAL : IBU MAKAN ANAK SENDIRI

Jumaat, 25 Februari 2011

ANAK AYAH PIN PELAJAR CEMERLANG STPM TERENGGANU

Bukan niat xnk caya..nak tergelak pun ada..hahaha..dah gelak pun..mula2 baca macam lawak..tapi ini betul..serius betul..xnk caya? baca berita di bawah ni :

(kalau x nampak, klik la..kasi besar sikit)

image

mesti ada yang terkejut kan..dah la si Nadhir ni cacat penglihatan..apa pun, tahniah buat Nadhir..

Ayah Pin x turun tengok anak dia ke? hihihi..atau, tengok dari atas langit je? hahaha,,teringat pulak kat kerajaan langit tuh..

image

Khamis, 24 Februari 2011

[18SX] SIAPA KATA PEREMPUAN X SUKA SKODENG?!?!?!

awek melayu

dulu, atok ingat orang lelaki je yang suka skodeng ni..rupa-rupanya orang perempuan pun sama je..siapa yang x pernah skodeng, angkat keyborad..

haaa..semua dah pernah skodeng..kan? atok x cakap..cucu sendiri yang mengaku dan xnk angkat keyboard..tapi, atok x sangka la pulak orang perempuan suka skodeng..kah..kah..kah..

Huh!! teruk jugak orang perempuan ni ye….tengok la muka yang skodeng tu..da macam apa entah..hahaha..sorang ternganga, sorang lagi tersenyum sinis sambil mata terbeliak..hahaha

agak-agaknya, apa yang diorang nampak hah? hahaha..jom teka..nk? hik3…

Selasa, 22 Februari 2011

KESAL DENGAN GHAUTH JASMON, NC UM BERKENAAN IBU MASTURAH

image

HARI INI..saya selaku mahasiswa Universiti Malaya menyatakan secara terbuka kekesalan atas tindakan GHAUTH JASMON, Naib Chanselor UM mengenai sidang media beliau bersama MALAYSIAKINI..

link ke kenyataan media Ghauth Jasmon di MALAYSIAKINI : Pilihan raya kampus: UM kesal campur tangan luar

saya berasa kesal kerana GHAUTH JASMON, Naib Chanselor UM bersikap tidak professional apabila menyalahkan ibu masturah (masturah merupakan calon PRO-M yang menang pada Pilihanraya Kampus UM 2010/11) kerana bersolat hajat bersama mahasiswa di hadapan Dewan Tunku Chanselor dan mendawa ibu masturah berkempen untuk masturah..

 

imageSaya yang hadir pada malam tersebut, mendengar ucapan ibu masturah sendiri, merasakan bahawa tidak salah ibu masturah berada di situ dan memberikan ucapan pada malam tersebut..malah, hanya Ghauth Jasmon yang buta hati untuk sama-sama mahasiswa untuk membantu mencari masturah..bukan itu sahaja, Ghauth Jasmon dengan tanpa malu menyalahkan ibu masturah kerana didakwa berkempen untuk masturah.mungkin kerana bukan anak Ghauth Jasmon yang hilang, jadi beliau berfikir sedemikian.

Sabtu, 19 Februari 2011

PELIK & X PASTI part6

dah lama atok x berkongsi mengenai benda pelik kan? dan sampai sekarang sudah sampai bahagian ke-6..sesiapa yang baca siri-siri sebelumnya boleh cari dalam blog atok..

benda pelik pertama ialah ALIEN ni..betul ke wujud si Alien ni? atau ni tayol? atau makhluk apa?

ada sesiapa tahu x kewujudan makhluk macam ni?

image

Rabu, 16 Februari 2011

[ GEMPAR ] KTMB MENGGALAKKAN VALENTINE’S DAY?

atok mendengar khabar la..iye ke? atok pun terkejut jugak mula-mula..tapi bila atok tengok dan baca poster ni atok jadi semakin konfius..koc-retro-cinta

KOC RETRO CINTA pada 14 FEBUARI 2011..

hairan atok..kenapa perlu promosikan koc retro cinta ini pada 14 FEBUARI 2011? kalau untuk yang sudah berkahwin sahaja, kenapa perlu pada tarikh yang sama dengan VALENTINE’S DAY? pelik betul..

harganya adalah RM100 untuk 1 PASANGAN..adakah pasangan yang sudah berkahwin sahaja yang dibenarkan tempah? atau macam mana sebenarnya ni?

atok x faham la..ada cucu yang boleh jelaskan x?

ataupun sambut RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM DIHARAMKAN MERAIKAN VALENTINE’S DAY, TETAPI DIHALALKAN MENYAMBUT RETRO CINTA..hahaha..

pelik betul sekarang nih..

Isnin, 14 Februari 2011

[ GAMBAR ] MOTOSIKAL FERARRI

memang terbaik la..FERARRI pun keluarkan motosikal sendiri..memang power dan teramatlah mantap…memang terbaik..jom la cuci-cuci mata tengok2 motosikal berkuasa ni..

image

Jumaat, 28 Januari 2011

UNICORN BENAR-BENAR WUJUD

image

UNICORN di alam fantasi

Unicorn yang selama ini dianggap fantasi kini sudah menjadi realiti..atok telah terjumpa beberapa keping gambar yang menunjukkan bahawa unicorn itu benar-benar wujud..gambar itu ada dibawah..

Sabtu, 22 Januari 2011

PETUA ELAK KUCING KENCING DAN BERAK DALAM RUMAH

imagebuat peminat-peminat kucing dan yang x suka  bela kucing sebab kucing suka kencing atau berak lam umah..atok ada petua nk elak kucing kencing atau berak ni..

atok memang suka kucing…hohohoho..rindu kucing-kucing kat umah..kat umah atok ada 4 ekor kucing…ish..bestnya dapat tido ngn diorang tu..tp kadang2 diorang tu nakal sikit..suka sangat gigit jari kaki…kadang2 nk terterajang pun ada bila terkejut…hihihihi..

 

 

penah dulu orang tengok pelik je kat atok di cafe..sebab atok bercakap ngn kucing..hahaha…memang da tabiat atok sejak kecil..suka cakap ngan kucing..x pasti la kucing tu paham x..kalau kat rumah pun, kucing tu jadi adik bongsu..atok n adik atok ajar kucing tu panggil ma n abah kat parent atok..hahaha..kami sekeluarga memang suka kucing..yea!

da melalut panjang lak..nah atok kasi petua tu..baca sendiri la ye..

PELIK & X PASTI part 5 [ GAMBAR DENGAN 2 MAKSUD ]

aish…hari cuti ni memang best duk lepak-lepak kat umah dengan family kn? ataupun pergi picnic dengan kawan-kawan..wah…syoknya…atok lak rasa macam nak pergi honeymoon ngn nenek je..tp “poket” x mengizinkan..hahahaha

so, atok pun duk lepak-lepak ngn nenek je kat umah..sambil surfing internet..last2..kitorang jumpa gambar yang riang dan mempunyai 2 makna..ada dalam 5 keping gambar kalau x silap atok..hihihihi..cucu gelak2 la ye..boleh ceriakan hari minggu cucu yang kebosanan tu..

antaranya :

makan kepala manusia?? hah!

image

Isnin, 10 Januari 2011

MAKAN TAHI HIDUNG UNTUK KESIHATAN

wah...ingat masa kecik-kecik dulu..terhirup "benda" melekit berwarna hijau...uweeeks! kotor...

yang ini lagi best...makan tahi idung..kajian ini dilakukan oleh orang bijak pandai..x pasti sejauh mana kebijaksanaa mereka ini..tapi, kajiannya seperti ini...huh! 

 baca laporan akhbar dibawah..atok da copy n paste balik..senang nak baca...hua3...

Rabu, 5 Januari 2011

PELIK & X PASTI part3

dah berkerut-kerut muka atok duk fikir pasal minyak naik hari ni..huhuhu…penim2! nak kene kayuh beskal tiap hari pakai tulang old school nih…dah la kes menteri rogol amah x abis lagi..macam-macam masalah malaysia nih..

pada duk pikir sal tu..jom jenguk gambar-gambar segmen PELIK & X PASTI atok..kui3..da lama atok x updatekan segman ni..jom tengok gambar yang atok nak share ngn cucu..

image

hahaha…camne la budak ni duduk? hairan atok..camne kepala boleh lekat kt kerusi…kalau dulu time kecik2..selalu je jengkitkn kaki kerusi tu..maksud atok angkatkan kaki kerusi…pakai 2 kaki kerusi je..pastu duk asyik main2..sampai jatuh terlentang lam kelas..malu woo…hahaha..mau x nye di gelak satu kelas..huh!

image

COMELnya gigi! ishh…geram atok tengok baby ni…cute je..x sabar nak dapat baby lagi..nenek boleh progress baby baru lagi x? kah3…

image

ha! macam ni la yang atok maksudkan..tapi yang ni lagi teror kot..hahahaha…ada sapa2 mau challange?

image

kawan aku tertido kt sini ke? hahaha…kecian la…da nasib kawan ko cik T oii…mati terlekat kat situ..pape pun..binatang masih lagi mempunyai rasa kasih dan sayang berbanding manusia yang sanggup membuang bayi..hurmmm…patutnya pembuang bayi patut mati kt pengepit tikus tu..kan?

itu la sikit sebanyak gambar yang atok nak share…dalam bergelak ketawa pagi ni..satu pengajaran yang dapat ialah..sayangi sesama makhluk..sedangkan tikus pun sayang pada sesama makhluk mereka..jadi…kalau dah termengandung tu..jangan la buang bayi tu ye..

ada pic lain? jom share ngn atok..hehehe